"Laila... aku ada satu permintaan"kata Luq sambil tersenyum memandang aku. Manis sungguh. Bila bertentang mata aku jadi tertunduk malu.
" Apa dia, "kataku sambil menunduk.
" Panggil aku abang, boleh tak? "
" Ish, kenapa? aku malu la. Kalau dah kawin mungkin boleh.
"Jom kita kahwin, Laila... Aku rasa, dah bersedia, kita pun dah nak praktikum , pastu nak posting dah, nanti dapat jauh susah. .. Kalau tidak pun, kita boleh tunang dulu.
" Eh... Kau tak rasa terlalu awal ke? Kita tak betul betul kenal lagi la...
"Tak pa aih, lepas kahwin kita kenal la... Acah acah bercinta lepas kahwin. Ramai tau orang bahagia cinta lepas kahwin. Kita kan sama - sama suka, kita boleh cuba.
"Aiii....banyak cantik, ingat nikah kahwin ni boleh cuba-cuba ke? Aku kalau boleh aku nak kawin sekali sahaja seumur hidup aku, sebab tu aku nak orang yang betul betul boleh terima ketidaksempurnaan aku dan boleh yakinkan aku yang dia betul betul ikhlas.
". kau tak percayakan aku ke Laila? dari dulu aku suka kau. Pertama sekali jumpa, aku rasa aku dah sukakan engkau....kau terlalu baik Laila. Boleh aku jumpa mak ayah kau, Laila?
" Tengok dulu la Luq, aku sebenarnya belum bersedia... nanti sampai masa aku bagitau kau." Aku tidak berani berjanji dengan Luq , tapi aku akan cuba bagitau mak ayah aku tentang Luq perlahan-lahan.
******sambung******
Share this novel