Bab 49 Intip.

Short Story Completed 83757

Seri telefon aku lagi . Aku tak tahu lah dengan Seri ni. Dia betul- betul ambil tahu pasal Luq. Apa perasaan dia pada Luq sekarang ni aku pun tak tahu . Sukar untuk aku tafsirkan.

" Laila ....kau dah tengok Luq?

" Dah...minggu lepas aku pergi. Mak dengan ayah aku ikut sekali. Kasihan betul. Tau tak dia orang tuduh aku yang buat Luq Sakit. Mak ayah aku pun kena tempias .Kesian kat mak dan ayah aku tu...balik rumah dua tiga hari jadi pendiam."

" Ish...ada ke pulak macam tu. Tak sangka kan dia orang macam tu . Itulah kat kampung tu semua orang mula cakap-cakap tentang kau. Kasihan kau dan mak ayah sekali. Luq macamana ? Dia pun tuduh kau juga ke? Aku kasihan Luq tu mungkin telah teraniaya.

" Itulah...aku dok fikir-fikir ni, masa aku nak balik hari tu, dia sempat bisik kat aku supaya tolong dia. Aku tak tahu nak cakap macamana. Nampak sangat dia perlukan pertolongan aku. Dia ada cakap dengan aku yang dia nak ke hospital tapi mak dia tak benarkan dan bawa berubat cara kampung . Kau rasa?"

" Macam sesuatu kan? Aku rasa dia terpaksa ikut saja cakap mak dia sebab dia dah tak larat tu. "

" Betul tu ....aku nampak dia macam tak bermaya sangat. Ni satu lagi...perempuan tu siapa namanya tu...Summaiyah eh Samiyah kan?.. tunang dia tu la, semacam ja bila tengok aku bersama Luq. Nasib baik Luq suruh dia pergi masa aku kat situ. Luq cakap dia susah hati bila dipaksa bertunang dengan Samiyah tu. Aku pun serba Salah la...aku dah tak ada hak untuk bantu dia sebab aku bukan isterinya lagi"

" Apa kata kau bawa ja dia ke hospital atau kau telefon ja ambulan datang ambil Luq kat rumah dia, kau ada semua maklumat tentang dia kan? Kau berlakon la konon-konon kau isteri dia"

" Idea yang bagus juga tu...aku baru terfikir-fikir nak buat macamana. Aku memang nak pergi sana. Aku nak pantau dulu siapa yang keluar masuk rumah mertua aku tu. Baru aku boleh buat sesuatu"

" Kalau macam tu ok juga. Bila kau nak datang sini? Kau duduk aja homestay mak uda aku tu...rasanya semalam orang dah keluar. Mungkin rezeki kau , nanti aku Tanya mak uda aku tu"

" Esok aku ke sana. Kau confirmkan dulu tarikh tu tak ada orang . Kalau tak aku nak cari hotel saja. Dekat ke dengan rumah mertua aku tu?

" Mertua kau? bekas mertua kan?

"Mertua la...opah anak aku. Tak kan jadi bekas opah pula..."

" Eh...ya tak ya juga . Tak jauh dan tak dekat. Sedang-sedang saja. Kalau kat situ ok kot, orang tak kenal kau sebagai menantu Mak Irah tu. Selamat sikit. Ok...ni hah mak sedara aku dah mesej homestay tu tak ada orang dalam minggu ni, minggu depan ada dah orang nak masuk. So kau ada masa seminggu untuk selesaikan masalah Luq tu "

" Ok ..kalau macam tu esok aku sampai kat Sana. Aku naik bas ja. Kau jemput aku boleh? Kau boleh bawa kereta ke dengan perut memboyot tu.

" Boleh ja..kalau tak boleh aku minta suami aku drive la... jangan risau."

" Oklah Seri , terima Kasih atas idea kau. Harap-harap menjadi lah plan aku. Kau nak join ke? Jadi plan kita"

" Ya! Aku join kau. Sebenarnya aku pun tak puas hati dengan tunang Luq tu. Aku dengar orang dok cerita benda tak baik tentang dia. Aku kesian Luq tu jadi mangsa. Mak dia macamana boleh terikut ja kata-kata budak tu macam kena mandram ja aku tengok. Aku ni setiap minggu balik kampung, macam-macam cerita yang aku dengan tentang keluarga Luq. Aku perasan la sejak kau orang berpisah la...keluarga dia macam carca merba kata orang Penang. ..ha .ha"

...........

"Mak , ayah..Laila buat ni untuk Chinta, mak ayah jangan risau . Doa yang terbaik untuk Lela. Lela pergi dengan izin mak ayah insyaallah mungkin sesuatu yang baik menunggu kita . Lela minta maaf mak dan ayah terpaksa merasai tempias masalah yang Lela buat.

". Cukup lah Lela. ..Mak ayah ni bukan marah kat hang. Kami dah maaf lama dah cumanya sedikit terkilan dengan layanan mertua hang hari tu Kalau dok pikiaq saja tak jadi kheja. Pi lah selesaikan apa yang patut. Chinta kat sini hang jangan risau, pi lah... kami restu ." Ayah sudah memberi izin dan mak mengangguk setuju.

" Terima Kasih mak , ayah" Aku menyalami mereka dan dengan Bismillah aku melangkah menuju ke grab untuk ke stesen bas.

............

"Eh...besarnya perut kau...kembar ke?" Aku memegang perut Seri yang memboyot . Suaminya di sebelah tidak aku hiraukan. Entah mengapa aku semakin selesa dengan Seri. Sebelum ni memang aku tak suka tengok muka dia. Aku jadi benci setiap kali aku ingat dia . Tak boleh silap sikit Luq akan jadi mangsa bebelan aku. Mungkin aku cemburu masa tu. Eh..cemburu? Masa tu memang la aku cemburu , nampak sangat Seri cuba dekati Luq dan Luq pun melayan . Sejak di UPSI kau...Mana aku tak hangin .

Sekarang ni aku tak rasa macam tu lagi mungkin sebab dia dah kahwin dan berhenti mengejar Luq. Dia memang mengambil berat pasal Luq, nasib baik suami dia tak cemburu buta macam Luq. Kalau dulu waktu bersama Luq aku dah kena dah sebab ambil berat tentang lelaki lain . Luq nak aku ambik berat pasal dirinya sahaja. Kalau libatkan lelaki dalam situasi mana pun aku akan kena marah...marah dan marah hingga aku jadi tekanan sangat. Dia marah hanya sebab cemburu sahaja . Aku faham ...dia nak aku fokus pada dia seorang saja. Kawan kawan ada juga yang kata bagus dapat suami macam tu..terlalu mengambil berat dan bertanggungjawab. Ada juga suami yang suka isteri yang berdikari tak perlu ganggu mereka dan boleh saja minta pertolongan siapa pun asalkan siap kerja. Luq bukan begitu orangnya. Terlebih ambil berat pulak.

" Ni suami aku Badri, orang selangor. Panggil Bad jer. Ni lah Laila yang Sayang cerita tu ". Aku baru tersedar lari lamunan, Badri senyum pada aku. Aku pun membalasnya. Hensem juga la suami Seri ni. Sesuai dengan dia. Nampak Manis sekarang ni bila berbadan dua. Tak tahu la dia cerita apa tentang aku pada suami dia tu. Harap-harap benda yang baik-baik saja.

Seri membawa aku makan di sebuah kedai makanan laut. Memang aku suka kedai makan yang macam tu. Masakan ala kampung pun ada. Semuanya sedap belaka kat sini terutama masak lemak siput sedut kesukaan aku ...so menjadikannya resepi itu double sedap.

Selesai makan Seri membawa aku ke homestay Mak Udanya. Selesa juga homestay ni, yang penting permandangan indah di sebalik tingkap menghadap dapur. Bukit bukau yang memukau dan pohon nyiur melambai menenangkan jiwa . Aku dah tempah homestay ni seminggu. Biarlah ....aku boleh meninjau keadaan Luq lama sedikit.

Mak uda Seri ramah orangnya. Seri tak beritahu yang aku janda Luq. Mak Uda dia kenal gitu gitu saja dengan Luq. Dia tahu cerita Luq yang sakit, nasib baik dia tak kenal aku. Selamat la aku kat situ .

" Ok Laila , setakat ni saja aku boleh tolong kau. Aku harap kau berjaya . Kalau kau perlukan apa-apa kau telefon saja aku. Aku akan tolong kau kalau tak beranak lagi la . Tu...motor tu untuk disewa . Kau boleh guna untuk bergerak ke mana-mana. Aku pergi dulu".

Aku ucapkan terima Kasih pada Seri atas pertolongannya itu. Kalau dia tidak memberi idea mungkin aku masih berfikir sampai sekarang apa yang perlu aku buat.

Aku membayar duit pendahuluan homestay dan aku juga menyewa motor yang di sewakan itu. Agak mahal juga la...."Demi Chinta mama buat semua ni dan tolong babah keluar masalahnya. Doakan mama berjaya"

Aku sekali lagi Telefon Luq tapi masih tidak diangkat. Aku hantar WhatsApp tiada balasan. Sekadar ucap Salam juga , hairan juga aku hanya blue tick di terima tanpa balasan. Aku agak telefon Luq ada pada orang lain la. Kalau betul di tangan Luq aku pasti dia mesti membalas mesej-mesej aku. Aku yakin itu.

Aku tak boleh duduk bila teringatkan wajah Luq yang cengkung memandang aku minta pertolongan. Terasa kejam jika aku tidak segera menolongnya. " Abang...tunggu jandamu datang..ha..ha..." Aku segera menyarung jacket dan mencapai topi keledar . Aku kenakan mask supaya wajah aku tak di kenali. Niat aku pada malam ni hanyalah untuk memantau keadaan. Aku mahu mencari ruang masuk ke dalam rumah itu bila bersedia nanti. Aku hidupkan skuter yang tersedia ada itu dan bergerak menuju ke destinasi.

Aku sampai di kawasan rumah Luq pada malam tu. Di kawasan rumah Luq ada dua buah kereta. Sebuah kereta Luq dan satu lagi kereta Axia yang aku tak tahu kereta siapa. Aku parkir jauh sedikit dari rumah itu tetapi masih nampak orang keluar masuk ke situ . Aku kerling jam ditangan dah hampir pukul sepuluh malam. Aku nampak perempuan itu keluar dari dalam rumah Luq mengambil sesuatu dalam kereta

" Fuh!! sampai malam dia tunggu di rumah tu. Perempuan tak tahu malu betul. Apa yang dia buat sampai malam -malam ni. Cemburu? Eh! Tak lah.... Aku pun tunggu juga, malam-malam pula tu , aku siapa? Janda dia? ish..amat memalunya. Baik aku balik dan berehat dulu dalam bilik malam ni .

Sebaik sahaja aku mahu bergerak pulang sebuah kereta lagi masuk ke kawasan rumah itu . Aku tunggu sekejap melihat siapa yang datang itu. Nampak macam dua orang manusia lelaki dan perempuan keluar dari kereta itu. Si perempuan itu dengan perut memboyot menapak dengan cermat dan di sambut dengan mesra.

"Hah". Aku membesarkan mata dan fokuskan iris mata dengan sempurna. Seri ? Betul ke Seri yang masuk dalam rumah tu? Apa yang dia Cuba buat? Dia kenakan aku ke? Aku menampar pipi aku sendiri.....Aduh.....

.....Sambung......

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience