Bab 54 Pintu hati di ketuk

Short Story Completed 83757

Chinta kini sudah berusia tiga tahun bermakna Sudah dua tahun aku memegang gelaran ' Mak Jan' . Berbagai dugaan telah aku tempuhi . Aku tahu aku harus bersabar kerana aku yang pilih untuk hidup sendiri.

Chinta tidak langsung menyebut babahnya lagi. Kalau dulu dia merasai kehilangan Luq. Setiap malamnya menyebut babahnya membuat aku merasa bersalah padanya. Aku pernah berjanji yang Kasih sayang babahnya tidak akan berkurang untuknya tapi....aku telah mungkiri. Siapalah aku untuk menilai Kasih sayang babahnya ....yang aku tahu Kasih aku tidak sedikitpun berkurang buat Chinta sama seperti dulu. Itu janji aku tentang nilai Kasih sayang aku pada Chinta.Luq? Aku tak pasti tentang perasaan dia pada Chinta. Kalau dia ingat pasti dia akan mencari , sudah hampir dua tahun aku terputus hubungan dengan dia. Aku sudah boleh mengagak perasaannya pada Chinta ketika ini.

Luq terus hilang dalam kisah cerita kami . Sejak dia keluar dari hospital tempoh hari, aku tidak pernah lagi berjumpa dengan dia. Aku cuba juga cari dia di sekolah , katanya dia dah menamatkan perkhidmatannya sebagai guru. Mulanya aku memang terkejut besar tetapi akhirnya aku akur. Di sebalik berita itu sebenarnya aku bimbang penyakitnya belum sembuh . Aku Cuba fikir positif sahaja. Aku berharap Luq sekarang ni sihat dan bekerja sendiri. Sekarang ni aku tidak tahu dia ada di mana.

Hampir sahaja aku melupakan semua kisah cinta aku dengan Luq , aku di sapa oleh dua orang lelaki dalam satu masa. Kisah Zaheer di kampung sudah tamat . Dia sudah pun berkahwin dengan kekasihnya tiga bulan lalu setelah aku menolaknya sungguh-sungguh. Kami berdamai secara rasmi. Dia tidak menganggu aku lagi selepas aku berterus- terang dengannya tentang perasaan aku yang menolaknya,
walaupun di pujuk berkali-kali oleh emak dan ayah akhirnya mereka akur juga dengan keputusan aku.

Aku sudah tiada rasa untuk bercinta. Aku banyak luangkan masa bersama Chinta dan pengajianku. Sekarang ni aku bakal menamatkan pengajian sarjana Matematik secara jarak jauh di UUM hanya beberapa bulan lagi.

Bercerita tentang dua lelaki yang meminati aku dalam diam, salah seorangnya adalah Zydan. Seorang guru sekolah Vokasional yang juga sama-sama menyambung sarjana dengan aku. Sesekali ada juga bertembung sewaktu peperiksaan semester. Aku sebenarnya bukan kisah sangat tentang lelaki. Rasanya dah lama aku tidak memikirkan tentang itu lagi. Hari ini baru aku berfikir semula selepas pintu hati aku di ketuk lagi.

Seorang lagi peminat rahsia , aku tak tahu namanya pun. Bukan aku perasan, tapi ternyata dia seperti betul-betul mengenali aku. Rasanya dah lama dia mengikut perjalanan hidup aku. Mula-mula aku menerima sekuntum bunga ros merah di sekolah. Kemudian aku terima lagi pada minggu berikutnya dua kuntum pula Mawar merah. Aku tidak dapat berbuat apa-apa kerana aku memang tidak tahu siapa gerangan yang menghantar bunga itu.

Zydan pula mula mendekati aku semasa kami sama-sama mengharungi peperiksaan akhir. Aku tak berminat sangat untuk menjalinkan hubungan dengan mana-mana lelaki tambahan lagi status aku yang satu ini.

Zydan cuba untuk menjelaskan keperluannya dan meminta aku untuk memikirkan. Aku tidak ada rasa mahu berfikir tentang itu. Pintu hati pun masih belum terbuka luas. Aku masih memikirkan Luq , lelaki yang sangat baik tetapi aku tidak boleh terima sakitnya . Aku takut lelaki di luar sana juga ada sifat cemburu buta itu. Aku takut tersalah pilih lagi. Aku mahu lari dari semua itu.

Aku terima lagi tiga kuntum bunga pada minggu berikutnya. Bunga itu tiba sebaik sahaja aku keluar dari kelas. Aku rasa nak marah juga bila si dia begitu berani menghantar bunga itu ke sekolah. Ya...tiga kuntum bunga ros merah pada hari jumaat juga . Aku serba salah untuk menerimanya. Tiada perasaan yang boleh aku gambarkan ketika itu kecuali kelu. Bukan aku suka tapi ....aku sangat malu ...terlalu malu ...aku takut orang mengata aku janda gatal. Aku tak mahu begitu ...kalau la aku tahu siapa dia ..mahu aku lepaskan marahku itu padanya . Mungkin dia tak akan ganggu aku lagi . Masalahnya aku tidak tahu dari siapa bunga itu. Aku mahu katakan yang usahanya itu hanya sia Sia sahaja.

Ramai yang tahu aku menerima bunga itu dari seseorang. Manakan tidak , penghantar bunga terus ke pejabat. Tak tahu lah samada mereka menyampah atau menyumpah. Aku buat tak tahu sahajalah. Terpaksa juga aku menerima bunga itu walaupun berat . Aku sebenarnya tak suka benda-benda macam tu. Aku bukan terikat dengan kemahuan Luq , dari dulu memang sikap aku tak suka benda-benda macam tu. Kalau Luq ada tentu dia cakap aku memang suka benda-benda macam tu. Mahu tak naik api marah aku...aku pendam saja dalam hati sebab tu bila tak tahan terus meletup sehinggalah akubberani buat keputusan macam aku buat sekarang ni. Kalau aku betul-betul bercinta dengan Si dia yang memberi bunga tu mungkin lain la ceritanya...tapi Kalau macam ni aku tak suka.

Aku tak suka jadi perhatian. Kalau boleh aku tak mahu berdandan elok-elok ke sekolah , janda lah katakan. Tapi tuntutan seseorang guru memerlukan penampilan yang menarik untuk menaikkan minat murid untuk belajar , aku terpaksa menjaga penampilan. Aku cuma berhias biasa biasa saja, tapi kadang-kadang dapat pujian yang ku rasa tak sepatutnya. Kata orang janda ni saham tinggi aku tak sukaaaa . Tolonglah.....Aduh....bagaimana aku mahu terangkan . Kalau aku cakap ramai yang tak percaya yang aku sebenarnya tidak selesa begitu. Dari dulu aku ini low profile dan kurang kayakinan diri sehinggalah aku bertemu Luq. Dia yang yakinkan aku dalam banyak hal sehinggalah aku berani menghadapi situasi sebenar. Ya... Aku rasa sangat sempurna bila bersama Luq. Sekarang ini aku jadi macam dulu , selalu rasa rendah diri.

Meskipun sekarang ni aku cakap bahagia dengan cara aku ini sebenarnya tidak. Aku masih juga terasa sunyi. Mungkin sunyi tidak mempunyai keluarga sempurna seperti orang lain. Tiba waktu cuti sekolah aku hanya membawa Chinta pulang ke kampung. Sekali sekala ada juga aku join sepupu sepupu aku yang membawa anak-anak pergi bercuti. Kadang-kadang terlintas juga di hati seronok jika Luq ada

"Laila....kau tak sunyi ke hidup tanpa suami?" Tiba-tiba soalan yang keluar dari mulut Seri membuatkan aku kelu seribu bahasa. Otak aku berlegar-legar mencari jawapan. Seri sering mengunjungi aku bila cuti sekolah. Dia akan bermalam di rumah aku jika suaminya keluar kawasan. Dia akan. membawa Milia anaknya berkunjung kami di sini.

"Er...kenapa kau tanya aku macam tu, kau nampak aku terdesak ke? Kataku sambil tersenyum.

"Bukan la....aku rasa ramai yang minat kat kau. Kenapa kau tak pilih saja?"

"Kau ingat pilih suami macam pilih ikan ke? Aku tak rasa la nak kahwin lagi. Tak sanggup nak hadapi perangai masing- masing. "

" Kau cari la yang sempurna di mata kau"

." Semua manusia tak sempurna Seri... Luq tu habis sempurna dah di mata aku, tetapi sebaliknya bila dah kahwin . Ada juga sisi dia yang tidak dapat aku terima. Suami kau? Sempurna?

" Memanglah tak sempurna, ada juga yang tidak berkenan di hati, tapi semua tu boleh bincang kan?

" Kalau Bab cemburu buta tu mana boleh bincang. Silap- silap penumbuk sampai ke muka tahu. Luq tu dulu kalau tak kawal diri , hilang muka aku ni tau ..nasib baik dia lepaskan di dinding atau rosakkan benda lain. Kadang-kadang aku kesian pula kat dia yang Cuba kawal diri dari pukul aku. Kau rasa?

" Itulah....manusia ni tiada yang sempurna. Cumanya kita menerima saja jodoh yang Allah tetapkan. Kalau pandai baiki diri untuk lebih baik itu bonus untuk diri kita kan ...Sebab tu saling nasihat menasihati perlu dalam sesuatu hubungan." Seri Cuba memujuk diri.

Aku tahu semua manusia ada kekurangan dan kelebihan. Kata orang kita perlu melihat kebaikan pasangan terhadap kita dari melihat keburukkannya supaya kita sentiasa rasa beruntung.

Bagi aku , Luq ni baik sangat. Tapi ....setiap Kali Luq menegur aku aku tak boleh terima. Dia berfikir tak macam orang biasa, Ini semua gara-gara cemburu. Aku cepat penat bila memikirkan perkara yang dulu dulu tu....Serik...aku tak mahu jika dia berulang lagi .

" Aku dah cuba cara kau tu, Seri untuk perkahwinan aku dulu, tapi aku tak boleh terima kekurangan Luq yang satu itu. Bukan aku tak cuba untuk menerima tapi aku rasa terbeban bila terpaksa menelan kesakitan hati saat itu"

" Jadi...kau lupakanlah Luq tu, lagipun dia sekarang entah ke mana. Aku tak terfikir pun dia akan lupakan kau macam ni. Selama dua tahun ni dia langsung tak hubungi kau kan?". Chinta pun dah lupakan dia. Kau cubalah beri peluang untuk diri kau bahagia Laila..."

"Sebenarnya aku masih lagi takut untuk mencari peganti Luq...kata-katanya dulu aku masih ingat. Tiada orang lain yang dia sayang kecuali aku. Dia selalu merayu untuk aku tidak jatuh cinta pada orang lain...aku rasa kata-kata itu masih tergiang di telinga aku. Kau rasa? Aku masih cintakan dia ke?

" Hah ... ya lah tu , itu memang jelas kau masih cintakan dia. Kalau dia masih menunggu kau, kau boleh ke terima dia ke ?

" Cinta tak semestinya memiliki kan? Aku bukan menunggu dia kembali pada aku. Aku cuma mahu dia ingat Chinta dan bertanggungjawab. Aku mahu dia berubah dan tidak lagi cemburu buta. Aku mahu dia pulihkan diri dia, aku tahu itu mustahil . Dia sendiri tidak mahu berubah, sebab itu aku terlalu kecewa hingga aku mengambil keputusan berpisah. Biar orang kata aku yang jahat memisahkan Chinta dengan dia sedangkan orang tak tahu pun kesengsaraan aku ."

"Kiranya kau masih tunggu dia kembali dengan harapan dia berubah total seperti yang kau nak? Macamana kalau dia dah kahwin ?"

" Bukan....aku tak kisah pun kalau dia dah kahwin tetapi aku tidak boleh maafkan dia kalau dia terus lupakan Chinta begini dan lupakan janji- janji dia pada aku . Kalau dia dah kahwin maksudnya dia dah lupakan janji itu. Aku juga akan membuka pintu hati aku untuk orang lain.

.............

Aku terima lagi 5 kuntum bunga Mawar merah untuk jumaat yang seterusnya. Kali ini bunga itu dihantar ke rumah. Aku masih berteka teki siapa yang menghantar bunga dan kad itu. Oh...apa yang aku buat pada bunga itu? Aku latakkan dalam botol berair, kata orang kalau nak bunga tu tahan lama, letak Panadol . Aku buat aja kot-kot betul . Belum sempat bunga itu layu....bunga Lain pula yang menyusuri. Aku pun musykil kenapa aku sayang sangat dengan bunga tu. Adakah pintu hati sudah terbuka? masih setiakah aku?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience