Bab 62 Penat ke?

Short Story Completed 85091

Jumaat akhir bulan oktober.

Selepas mengambil Chinta dari sekolah aku terus pulang ke rumah. Sebaik sahaja aku mahu membuka tudung, Loceng rumah berbunyi. Aku memakai kembali tudung dan membuka pintu rumah. Aku nampak seorang lelaki sedang memegang jambangan bunga. Kiriman bunga ros merah datang lagi. Kali ini aku tak tahu nak gembira atau sebaliknya. Sejak kejadian yang berlaku antara aku dengan Cikgu Zydan hari tu ..aku rasa di permainankan. Aku tak mengharap bunga dari Luq lagi. Air mata aku mengalir lesu tidak semena-mena.

"Cik...bunga untuk Cik. Tandatangan di sini" Penghantar bunga itu menghulurkan kad penerima untuk aku tandatangan.

" Baiklah, saya tandatangan untuk bunga ni. Tapi ....saya tak nak bunga ni.... awak boleh ambil kembali" Tawar pula rasanya untuk aku terima bunga itu. Rasa tak seronok.

"Eh...tak boleh Cik, bunga ni dah dibayar. Kami tak boleh terima kembali ... Maafkan saya.". Dia terus menghulur bunga itu kepada aku. Mahu tak mahu aku terpaksa terima juga bunga tu. Aku terus buang bunga tu dalam tong sampah depan rumah. Semakin aku tengok bunga tu ..hati aku lagi sakit. Kecewa mungkin .

"Ibu !! ada benda jatuh tu ibu! Tiba-tiba Chinta ada di belakang aku. Ya...sekeping kad kecil jatuh semasa aku membuang jambangan bunga hidup tu. Dia yang mengambil kad yang jatuh itu dan di berikan kepada aku .

"Kenapa ibu buang bunga tu? Eh! Ibu menangis?? Kenapa? Orang menangis selalunya sedih...Ibu sedih ke? Selalunya orang dapat bunga gembira , ni sedih pula. Kenapa ibu buang bunga tu?

" Tak lah...Ibu bukan sedih. Mata Ibu gatal, ibu gosok-gosok dah pedih pula sampai terkeluar air mata. Ibu buang bunga tu sebab ibu takut kalau bunga itu ada racun. Lagi pun kita tak tahu bunga itu dari siapa kan?". Chinta bijak memahami perasaan aku. Aku jadi malu pula pada dia. Aku pun tak tahu aku marahkan siapa dalam Hal ni.

"Laa... Ibu ni. Ibu tengok la dulu kad tu siapa yang bagi. Ini terus buang saja. Sayang bunga tu cantik. Chinta suka bunga. Bagi Chinta la bunga tu ibu". Cinta ambil semula bunga yang aku buang itu. Nasib baik tidak ada samapah lain di situ. Bunga itu masih baik. Cinta terus membawa jambangan itu ke dalam rumah.

Mata aku melihat kad di tangan. Aku membuka di dalamnya. Terbuka luas mata aku, jantung yang berdebar tadi tiba-tiba seperti berdendang.
"Terima abang semula sayang-Luq Bakhtiar." Nak kata apa lagi memang aku terkejut...Kali ni memang Sahih Luq yang menghantar bunga itu .

Hari sudah malam...terlelap aku sebentar selepas menidurkan Chinta. Aku tersedar lalu menggosok mata melihat jam di dinding. Alamak...sudah jam dua pagi . Bergegas aku bangun kerana aku baru tersedar yang aku belum solat insyak. Alang-alang dah terjaga baik aku terus bertahajjud dan beristikharah...esok cuti hujung minggu....tak kisah sangat kalau mengantuk siang nanti.

Aku selalu membaca surah assajadah selepas solat subuh. Lagipun.. nabi suka baca surah ini selepas subuh. Aku bertafakur sebentar sambil mengenangkan nasib aku nanti di kemudian hari. Kalau aku mati esok, siapa pula penjaga Chinta. Mak dan ayah aku? Mereka sudah tua untuk menjaga anak kecil seperti Chinta. Kasihan pula , umur begitu masih menjaga cucu, sepatutnya usia begitu mereka banyak berebut untuk membuat Amal ibadat untuk bekal di sana nanti. Nak harapkan Luq? Entah - entah dah pergi jauh dengan isteri baru. Kalau aku kahwin semula dengan dia, kemungkinan nasib Chinta sedikit terbela.

Aku mencapai telefon. Ada satu mesej dari Luq. Aku terus membukanya. Tidak sabar aku mahu tahu pesanannya. " Sudah dapat bunga abang? Ikhlas dari hati abang. Nilai sendiri....perlukah abang terus merayu? Abang sudah penat. Untuk kali terakhir abang bertanya...sudikah Laila terima abang kembali?"

"Aik?? Penat??....Lain sangat bunyinya. Terasa juga hati aku yang beku ni. Baru rasa nak mencair tiba-tiba jadi beku kembali. Katanya aku tiada penganti. Bunyi penat ni lain macam juga. Dah ada peganti dok tunggu kot. Kejap...aku nak jawab.

"Kalau penat tak payah la tunggu Laila buka hati. Kenapa penat pula, Laila bukan minta abang buat apa-apa pun, Laila cuma minta masa dan abang hanya perlu tunggu. Kalau dah kata penat maksudnya abang tak larat nak tunggu la kan? Ok...Laila faham. Kalau abang ada peganti..go on and Laila akan tumpang happy.... Lagipun Laila ni naik serabut la fikir pasal abang" Biarlah bunyi macam sombong. Aku akui memang aku macam dah tawar hati nak terima Luq kembali sejak aku tahu bunga itu bukan dari dia. Kecewa sebenarnya dan aku tak mahu mengharap apa-apa lagi .

" Sori....ada orang terasa ke? Abang minta maaf sangat-sangat . Abang cuma terkilan dengan Laila yang biarkan abang tunggu terlalu lama. Abang rasa dah bersedia untuk memiliki Laila semula . Abang nak jadi yang terbaik. Abang tak akan ulangi kesilapan lalu. Abang harap Laila nampak perubahan abang. Malam esok abang datang jumpa Laila. Siang abang ada meeting . Tunggu tau". Aku kelu....aku ingat dia nak marah aku rupanya masih cool . Meeting? Aku pun tak tahu apa kerja Luq sekarang ni. Nampak macam sibuk memanjang.

.............

Aku dan Chinta memang ternanti-nanti kedatangan Luq bila hari hampir malam. Gedik juga aku sebenarnya , dalam masa yang sama aku jadi takut pula. Takut Luq masih seperti dulu. Luq yang terlalu cemburu hingga menaikkan tangan pada aku . Bukan selalu dia naikkan tangan tapi dia rosakkan benda lain dalam rumah membuatkan aku benar-benar sakit hati.

Aku juga mahu bertemu Luq kerana ada persoalan yang belum terjawab. Luq belum beritahu aku kenapa dia tidak pulang mengunjungi jenazah ibunya buat Kali terakhir. Hampir aku terlupa untuk bertanya dia tentang itu. Luq seperti mahu melupakan peristiwa itu. Aku tak tahu apa perasaannya bila ambil keputusan tidak pulang melihat jenazah Kali terakhir.

"Pin! Pin! ...Yey! ...Babah dah sampai. Ibu!!...babah dah sampai" Melompat chinta tidak sabar berjumpa papanya. Jambang Luq yang subur tersusun membuatkan jiwa aku kembang semangkuk. Aduh!! bagai mahu luruh jantungku. Hensem lebih dari dulu duda aku ni. Tapi....ah!!aku buang jauh-jauh persona itu . Dia akan membuatkan aku terluka lagi.

Chinta berlari memeluk tubuh Sasa itu membuatkan aku sedikit rasa cemburu kerana aku tidak dapat buat begitu. Padan muka aku, siapa suruh jual mahal sangat kan dah tak laku.

"Kita makan sate nak tak Chinta?" Luq hanya memandang Chinta , dia memang macam tu, suka layan Chinta lebih pada aku. Opp!! jeles pula.

" Hemm...ok babah!! Chinta suka . Mama suka chicken chop, ada tak babah?"

" Ada..." Luq menjeling aku yang masih malu. Gatal. Aku masih diam. Entah...aku rasa Luq seperti orang lain. Aku perlu masa untuk memulakan bicara. Dia semakin matang. Hampir aku lupa wajahnya yang bersih tanpa jambang suatu waktu dulu...Ya... Wajah itu dulu membuatkan aku jatuh cinta. Sejujurnya...wajah baru seperti ini pernah juga menjadi idaman aku di waktu remaja. Aku mahu janggut dan misai yang terjaga . Ya ..melihat penampilan Luq malam ini aku akui aku telah jatuh cinta sekali lagi. Oops ..Diam....aku terlepas cakap ,,Luq tak boleh tahu.

"Jom..".Luq pandang aku. Senyumnya tak pernah tak manis. Aku tersengeh-sengeh dengan mata masih memandangnya suka. Aku mengukir senyum yang paling ikhlas. Aku memang niat mahu menerima dia. Dari semalam aku merasai itu tetapi aku sabarkan diri aku kerana belum menguji tahap cemburunya . Aku mahu pastikan penyakit cemburunya itu benar-benar sudah pulih. Masih terlalu awal untuk aku membuat kesimpulan walaupun kisah aku dan cikgu Zydan tidak menimbulkan kemarahan Luq. Dia tidak cemburu dan tidak pula menyalahkan aku seperti dulu.

Luq membawa kami ke sebuah restoran tepi laut Kuala Perlis. Tempat cantik yang baru beroperasi beberapa hari ini. Aku belum sampai ke sini, maklumlah aku bukan kaki jalan. Balik sekolah selepas ambil Chinta aku selalunya duduk di rumah sahaja kecuali hari minggu . Sekali sekala sahaja aku mengikut kawan - Kawan satu sekolah keluar makan.

Ramai juga orang ke sini. Zaman serba canggih ni, bila masuk ke aplikasi tik tok terus sahaja menjadi viral. Sekejap sahaja tempat itu menjadi tumpuan. Ada satu meja kosong di hujung sana. Luq minta aku pergi duduk dulu dengan Chinta. Luq menghampiri kaunter untuk memesan makanan atau apa , aku pun tak biasa makan di sini. Mungkin kena order di kaunter sana. Aku duduk bersama Chinta di meja makan sambil memerhati Luq memesan makanan.

" Cikgu Laila kan?

" Ya..saya "

" Anak ? Aku mengngguk. " Hem...Comel macam ibu dia". Aku masih tertanya-tanya siapa lelaki ini. Aku macam pernah jumpa dia tapi aku tak tahu di mana. Aku pun bertanya untuk mencari jawapan persoalan yang bermain di fikiran.

" Encik siapa ya....Macam pernah jumpa Encik ni? Tapi tak ingat la kat mana?

" Saya suami Cikgu Syafikah. Ingat tak ? Yang jumpa kat kedai roti canai tu?

" Oh ...ya .ya...saya ingat. Mana Syafikah? Aku memerhati sekeliling. Tak nampak pula kelibat dia di mana-mana.

" Fikah tak ikut. Saya sorang sekarang ni.... Sebenarnya kami......" Terputus kata dia bila nampak Luq dengan selamba menghulurkan tangan dan memperkenalkan diri sebagai suami aku. Aku reda ajalah ...mungkin lelaki ini tidak tahu cerita di sebalik hubungan kami.

" Saya pergi dulu ya....makanan dah sampai tu" Lelaki itu berlalu sebaik sahaja makanan kami sampai.

" Kirim salam Fikah " Aku sempat menitipkan pesan lalu dia tersenyum memandang Luq. Aku tak tahu apa yang dia nak cerita tadi. Macam ada sesuatu dia nak beritahu aku. Aku biarkanlah aja. Buat berat kepala sahaja memikirkan hal orang lain. Aku selalu macam tu , kena dapat jawapan cepat-cepat . Aku tak mahu serabutkan fikiran aku. Kalau tak dapat jawapan aku tak boleh duduk. Penyakit apa pun tak tahu lah tetapi ramai yang kata penyakit itu ada kaitan dengan penyakit darah tinggi. Harap harap janganlah aku ada lagi penyakit tu.

Luq masih tidak bercakap selepas lelaki itu pergi. Cemburu kah? Mungkin ada lagi perasaaan cemburu tu atau mungkin juga dia sedang melawan sakit itu. Aku buat tak tahu pada dia dan terus berbual dengan Chinta.

". Siapa lelaki tu Laila? " Nah....terbit juga persoalan dari mulutnya. Aku ingat dah bisu.

"Ouh...suami Cikgu Syafikah ....satu sekolah dengan Laila. Dia memang macam tu tegur semua orang. Cuba abang tengok tu...tegur siapa pula ntah" Mendengar nada Luq bertanya aku tahu masih ada rasa cemburu di situ. Satu perkembangan yang baik sebab dia cuba tidak marahkan aku dengan hal-hal remeh seperti itu. Lulus.

" Happy anniversary Puan". Pelayan restoran yang membawa makanan menghulurkan sekuntum bunga ros merah pada aku. Aku pandang Luq takut-takut. Takut sangat dia marah aku lagi tapi Kali ni dia senyum sambil mengangguk angguk minta Aku terima bunga itu. Aku hairan tiada sedikit pun terlukis kemarahan di wajah dia.

" Dari suami Puan, terima lah...." Aku sedikit terkejut , Kali ni Luq menggunakan orang lain untuk memberikan aku bunga itu. Selalunya Luq malu buat benda-benda macam ni. Melihat aku terima bunga itu Luq bangun menghampiri Chinta dan menciumnya, kemudian dia memandang aku dengan pandangan yang penuh pengharapan.

" Demi Chinta dan cinta suci abang ini , terimalah abang kembali Laila, Abang dah tak sanggup berpisah dengan Laila lagi. Abang janji akan menjaga hubungan kita dan membahagiakan Laila selamanya" Luq menghulurkan sebentuk cincin untuk aku sambut. Aku baru sedar banyak mata sedang memandang kami. Aku tak sangka langsung Luq sudah pandai buat kejutan untuk aku. Selalunya benda macam ni dia selalu elak. Malu katanya.

Aku tak boleh bayangkan kalau aku menolak dia Kali ini. Bunuh diri ke apa. Aku bukan kejam sangat. Aku memang nak dia tahu yang aku telah menerimanya . Malam tadi aku teringatkan dia selepas aku istikhoroh Kali ke tiga. Mungkin inilah jawapan yang Allah tunjukkan kepada aku.
Aku mengangguk dan dengan tak malunya hulurkan tangan untuk dia sarungkan cincin itu. Alamak....panjang pula kuku aku...lupa potong. Buruk benar...dahlah bekas goreng ayam kunyit untuk Chita siang tadi. Spoil betul.. ah lantaklah bukan Luq perasan pun .

Terdengar tepukan disekeliling kami. Semuanya sedang memandang kami Dan mengucapkan tahniah . Misi Luq berjaya Kali ini. Aku terima dengan hati yang terbuka. Aku cintakan dia. Tak pernah hilang rasa itu sejak dulu. Aku bangga kerana dia tidak mungkir janji yang dia pegang sejak dia memiliki aku. Hanya aku di hatinya ..terima Kasih abang .

......Sambung......

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience