Aku siapkan diri untuk ke sekolah. Hari ni aku akan berpraktikum di sekolah aku yang dulu, ya sekolah sewaktu remajaku, ceria tanpa masalah. Cikgu yang mengajar aku dulu pun sudah jadi rakan seperjuangan. Cepat sungguh masa berlalu.
Aku mesej Luq nak bagitau aku akan keluar dengan Siti selepas balik sekolah nanti. Siti juga sama praktikum dengan aku, tapi dia cikgu sains. Dia sewa rumah dengan dua lagi rakannya. Nasib baik rumah aku dekat dengan rumah, tak perlu sewa rumah, Jimat duit aku.
Luq membalas mesej aku sebaik saja mesej sampai. Luq kalut tanya pi mana? naik apa? Pi lama mana? Jangan balik lambat dan jaga diri. Hish... Macam-macam dia pesan. Naik rimas juga aku kalau macam ni. Aku cuba bertenang mungkin dia risau pasal aku, maklum lah sayang tunang.
Aku dan Siti sebenarnya nak ke kedai kain Viral. Saja nak tengok - tengok kain baju pengantin. Aku yang ajak Siti temankan. Dia pandai bab-bab menjahit dan fesyen. Senanglah aku nanti.
Sedang memilih kain-kain tu...Terdengar suara orang bagi salam dan bila aku pusing, rupanya mamat yang Ek sangat dengan aku tu..... si Zaheer tu lah . Terkedu aku seketika, tambah haru lagi teringat kata - kata adik aku hari tu yang si Zaheer tu lama dah suka kat aku.
"Aaa, Waalaikumussalam" Aku jadi gagap pulak.
" Pilih kain pengantin ka? Si Ek tanya aku, ish serba salah juga nak jawab.
" Aaa, ya.. tengok tengok saja , abang Zaheer buat apa kat sini, nak pilih kain pengantin juga ka? " aku buat ramah hilangkan getar.
" Teman mak beli barang ,tu ternampak awak kat sini. Nak pilih kain penggantin pun, pengantinnya orang punya. Bila tarikh kawinnya?" si Ek macam perli pulak.
"Em... bulan 12 ni, lambat lagi tunggu habis praktikum, ok la abang Zaheer, Lela pergi dulu, kawan dok tunggu tu" aku segan nak berlama-lama.
" Ok.. Ok.. Bertuahnya si dia tu, nanti dapat isteri Comel" sempat juga dia melawak dengan aku. Telinga aku menangkap perkataan comel tu... Betul ke aku comel?? Merah padam muka aku rasa. Maluuuu...
Aku mendapatkan Siti. Sambil tunggu grab aku pun buat report kat Luq nak bagitau nak balik dah. Semuanya aku report, sebab dia suka macam tu. Aku pun seronok rasa macam tunang mithali tahun ini. Ha.. Ha..
Sampai rumah, aku terus mandi dan solat. Belum sempat aku landing atas katil Luq dah telefon. Mesti dia nak tanya aku dah sampai ke belum.
Aku dah mula memanggil si Luq ni abang sejak kami bertunang. Dia ajak aku berjumpa. Sebenarnya sejak bertunang, kami jarang berjumpa. Kata orang darah manis. Tak elok kerap berjumpa takut jadi macam-macam. So, sebab lama dah tak berjumpa aku pun bagitau mak dan ayah aku. Mereka pun izinkan tapi dengan syarat jangan sampai malam. Luq akan ambil aku kat rumah.
.....…............
"macamana kat sekolah?" Luq mulakan bicara semasa dalam kereta.
"Ok.. Ok ja, seronok pulak jadi cikgu, abang macamana?
" Oh... Seronok sangat, ramai peminat abang kat sana tau... " kata Luq sambil menjeling ke arah aku. Nak melawak kot.
" Eh perasannya. Abang ada peminat ka? Ramai?
" Ramai sangat maklumlah abang saja kumbang muda kat situ, rasa macam artis pulak. Abang dah perkenalkan diri abang pun, masih ramai nak berkenalan dengan abang . Maklumlah orang hensem." Luq macam bangga diri, geram betul aku.
" Abang ni betul-betul perasankan? Masuk bakul angkat sendiri"
"Apa pulak nak masuk bakul, bodoh pulak nak angkat sendiri" Luq buat layar buruk pulak.
"Laila boleh jadi down tau bila abang cakap macam tu. Laila tahu Laila ni tak cantik, entah layak ke tidak untuk abang" . Aku macam sedih pulak memikirkan kekurangan diri aku.
"Ok, ok. Sori.... Abang gurau ja la. Walaupun ramai peminat, Laila sorang ja yang suka. Bukan Laila tak tahu abang kan selalu macam ni. Gurau gurau dengan Laila, tu dah nak sampai. Kedai makan ni la yang abang cerita hari tu. Jommm..." Luq ubah topik bila sampai kedai makan, takut aku melalut tak tentu pasal.
Sedang makan aku cerita tentang abang Zaheer yang tegur aku tu. Aku rasa macam bercakap sorang-sorang. Luq langsung tak cakap-cakap apa-apa. Tadi beriya sangat nak usik aku, ni senyap sunyi pulak. Cemburu ke?? Hah... dia cemburu ke? Cemburu kan tandanya sayang, aku rasa disayangi.
"Abang! Kenapa ni? Diam ja. Laila buat salah ke? Abangggg...." Luq masih lagi diam. Mukanya nampak merah seperti menahan marah.
"Abang marah Laila?? Sori laa... Laila bukan tegur dia pun. Ok, ok Laila tak buat lagi. Lepas ni Laila tak cakap dah dengan dia" Aku rasa bersalah menimbulkan cemburunya. Tak sangka pula dia marah.
"Laila... Lepas ni jangan terlalu ramah dengan lelaki boleh, abang tak boleh tengok atau dengar Laila bercakap dengan lelaki lain selain abang. Abang kuat cemburu kerana abang sayang Laila." Luq meluahkan perasaannya dan aku tahu dia sayangkan aku.
Aku tak tahu pulak yang Luq ni jenis cemburu macam tu. Sebelum ni aku tak perasan. Mungkin lepas bertunang ni, dia lebih sayangkan aku, cemburu pun lebih la kan. Boleh aku usik lagi nanti. Aku cerita semuanya supaya tiada rahsia antara kami, tapi menjadi masalah pula bagi Luq. Aku perlu berhati-hati lepas ni untuk menceritakan sesuatu pada dia lebih-lebih lagi tentang lelaki.
Selepas makan, kami ke Shoping kompleks, membeli serba sedikit kelengkapan kahwin dan sambil menjamu mata untuk menghabiskan masa bersama. Aku bersyukur Luq tak pernah mengambil kesempatan sepanjang kami berhubungan. . Luq juga sangat menjaga perilaku dan juga solat, setiap kali kami mahu keluar berdua, dia selalu mengingatkan aku membawa alatan solat. Aku bangga sangat. Rasa bertuah memilih lelaki ini.
Jam menunjukkan pukul 6 petang semasa kami dalam kereta untuk pulang. Luq sempat berpesan jangan ada rahsia antara kami. Dia kerap berpesan itu ini sehingga aku kadang-kadang rasa budak kecil yang dibebelkan. Tak pa lah, sayang punya pasal aku turuti kemahuanmu Luq Baktiar.
******sambung ******
Share this novel