Bab 52 Fikir semula

Short Story Completed 83757

Aku membeli nasi putih dan sup ikan bawal untuk Seri. Takut pula aku nak beli makanan lain untuk orang berpantang ni. Aku pun dah lupa apa yang boleh dan apa yang tak boleh di makan.
Aku bawa naik ke bilik Seri. Kedua orang perempuan itu masih ada di situ. Mungkin menunggu aku naik semula. "Ah...lantaklah. Nak marah aku pun marah lah....aku dah tak hadap semua tu. Aku terus masuk ke bilik Seri. Aku buat riak biasa saja. Aku Salam dengan bekas mertua dan mencium tangannya. Aku tahu dia terkejut, mungkin dia ingat aku tak nak bersalam dengannya. Aku bukan bermusuh dengan dia, dia masih nenek kepada anakku Chinta. Hubungan kami tidak akan terputus. Samiyah menyambut salamku dengan muka tidak berpuas hati. Aku tak tahu apa masalah perempuan itu.

" Mesti kau yang yang telefon ambulan untuk bawa Luq ke sini kan? Dia orang cakap isteri dia yang telefon. Kau perasan yang kau masih isteri Luq ek ? Kesian ....Tak tahu malu langsung.". Samiyah bersuara sebaik saja melepaskan huluran salam aku .

" Memang aku yang telefon ambulan tu. Puas hati tak? Kau nak marah Aku? marah la... Aku tengok sakit macam Luq tu perlu di rawat kat hospital la...bukan cara kampung yang kau bawa tu. Mana tahu ada Kuman ke apa ke...boleh ke bomoh kampung buang Kuman tu? Cuba pakai akal sikit"

" Hey aku tahu la ..itu bukan Kuman la... ini mesti kau takut kan? Bomoh yang aku jumpa tu bukan sebarangan. Dia yang cakap kau yang mandrem Luq, kau buat-buat tak tahu pula kan.?

"Jangan menuduh sebarangan , Apa bukti yang kau ada nak tuduh aku macam tu? Cuba kau Tanya doktor apa sebabnya Luq jadi macam tu. Mesti mereka ada jawapannya. Kalau orang kena mandrem mesti mereka cakap tak ada penyakit apa-apa pun atau penyakit tak dapat di kesan."

" Hish...dah...dah...berhenti gaduh. Sini Hospital lah? Samiyah dah ...jom kita balik. Err...Laila...terima Kasih sebab telefon ambulan. Mak minta maaf ya...." Aku nampak wajah Samiyah masam tetapi dia turutkan kata bekas mak mertua aku tu dan matanya tajam menjeling aku".

" Mak...Laila yang perlu minta maaf pada mak. Mak jangan risau , insyaallah nanti sembuh lah abang Yusuf tu. Dia perlukan doa dari emak. Jangan putus doa untuk dia mak". Aku Salam bekas mak mertua sekali lagi . Seri minta makan sebaik keduanya melangkah pergi.

" Hey....mana makanan aku , aku lapar la. Nak ketar kaki dah ni . Mertua aku petang nanti baru sampai. Suami aku pergi ambil kat kampung sana. Lambat lagi la dia orang nak sampai."

"ouh !! sori...sori aku tahu nafsu makan orang bersalin. Nah..makan ni dulu. Kejap lagi makanan hospital sampai lah tu . Kasihan kau menahan lapar. Tak elok la orang berpantang makan lambat-lambat.". Aku membuka bungkusan sup bawal dan nasi putih yang aku beli tadi. Aku hulurkan kepada Seri yang hampir pucat kelaparan.

" Sori Seri, yang ini aja yang aku beli untuk kau. Aku tahu bila lapar kau akan bedal apa yang ada. Sebenarnya aku takut nak beli yang lain , aku tak tahu sangat makanan orang dalam pantang ni."

"Tak apa, ni kan makanan kesukaan aku ni. Tapi untuk orang lepas bersalin tak elok hirup sup banyak-banyak kan? Nanti kembang kata orang tua-tua."

" Tahu tak pa, jangan sampai lepas pantang nanti tengok perut kau orang kata ada anak seorang lagi". Seri mencubit aku kuat sampai keluar air mata aku. Kasar gurauan dia rupanya.

" Seri ....terima Kasih kerana bantu aku . Kau dah mudahkan kerja aku. Aku rasa tenang sikit bila aku tengok Luq tadi. Dia nampak segar sikit. Aku sampai tak boleh tidur teringat keadaan dia masa aku mula-mula tengok dia sakit. Aku kasihan anak aku kalau jadi apa-apa pada Luq.

"Itulah kau. Dulu ada lesen jaga dia kau lepaskan. Dulu tu...siap dengan cemburu kat aku lagi .....Sekarang ni kau lepaskan pula. Kau tak ada niat nak baik balik dengan Luq ke lepas ni?"

" Aku rasa tak kot. Aku dah senang hidup macam ni. Tak terkongkong dan bebas"

" Eh...Kau ni ..nak bebas pulak. Susah tau hidup sebagai janda. Aku dulu pun...walaupun janda berhias tak tenteram hidup aku tau. Aku pergi mana pun ada saja mulut puaka kat mana-mana. Sekarang ni aku dah kahwin rasa terjaga sikit hidup aku".

" Kenapa laki kau datang lambat ni. Dia dah tengok anak dia ke belum ni?

" Dah...dah tengok pun, Azan sekali. Tapi dia cakap dia ada kerja nak selesaikan. Sekarang dah balik agaknya. Rehat sekejap. Penat kot berjaga dari malam tadi. Pastu nak kena ambil mak dia pula. Petang karang kot datang sini."

" Kerja apa suami kau tu ? Sibuk sangat , tak boleh ambil cuti ke? " Aku nampak mata Seri berkaca. Rasa bersalah pula tanya soalan macam tu. Aku ingat dia baik-baik sahaja.

" Dia kerja sebagai penolong pensyarah kat kolej jer .. Dia cakap selalu sibuk. Aku pun tak tahu antara percaya atau tak. Aku tak nak gaduh panjang-panjang atau syak wasangka pada dia sebab tu aku diamkan sahaja. Aku husnuzon sahaja.

" Kau tak boleh macam tu, kau kena tahu apa tugas dan bidang kerja dia kat kolej tu. Sekurang-kurangnya kau tahu dia penat sebab apa, sampai balik kerja nak rehat bagai. Isteri bersalin kot...tak siapa tunggu macam pelik pula. macam-macam hal boleh jadi tau. Luq dulu nasib baik dia tak ke Johor lagi. Dia yang jaga aku sepenuh masa sampai aku lepas pantang. Mak dia sendiri pun tak sempat nak jaga"

"Aku tahu..Luq memang macam tu. Rugi tau kau lepaskan dia. Aku dulu memang la suka dia. Senang cerita ada hati pada dia. Bila kami ditangkap khalwat sebenarnya aku rela aja tapi tidak dia. Dia ceraikan aku malam nikah kami tu la. Aku sampai hari ni tak tahu siapa yang busuk hati sangat sampai perangkap kami macam tu.
Dia betul-betul cintakan kau Seri. Memang rugilah kau. Kau nak ke dia kahwin dengan Samiyah tu? Aku tak setuju langsung!.

Kata-kata Seri membuatkan aku terfikir betul ke aku telah buang permata yang berharga?

" Aku tak boleh hidup terkongkong lah Seri. Luq tu terlalu cemburu. Dulu tu...aku bercakap dengan orang jual nasi lemak pun dia marah...dia tak boleh nampak aku ramah-ramah sangat. Aku cuma tanya isteri pak Cik tu pergi mana lama tak nampak ja...pastu dia cakaplah isteri dia melecur satu badan semasa bakar sampah. Aku pun berbual panjang sikit ja...Luq yang tunggu aku kat atas motor nampak tak senang duduk la. Sepanjang jalan balik rumah tu, dia bising sampai dua tiga hari hingga aku sendiri rasa penat tau tak?"

" La ...biasa la tu, dia sayangkan kau sebab tu dia tak suka kau sembang dengan orang lain. Kau kan dia yang punya, mana boleh kongsi dengan orang lain"

" Padan padan la nak tegur aku, ni hah... sampai berhari-hari diam tak nak cakap dengan aku . Kalau sekali dua aku boleh maafkan tapi dah berkali-kali macam tu . Aku rasa kesalahan aku tak lah besar sangat tapi dia buat macam kesalahan tu tak boleh dimaafkan.

"Apapun...aku nak kau fikir semula sebab susah tau nak cari suami macam Luq tu. Terlalu mengambil berat dan sayangkan kau. Kau tengok aku ni.... Helmi tak pernah tegur apa yang aku buat . Aku nak pergi mana pun dia tak kisah. Aku nak sembang dengan siapa pun dia tak peduli.. Aku bersalin ni pun dia tak yanya aku dah makan ke belum. So.... aku pun buat macam tu juga. Dia nak buat apa pun dia buat, dia nak sembang dengan siapa pun aku tak kisah. Tapi macam tu lah...nampak sangat kan dia tak sayangkan aku . Tak macam Luq."

" Kau jangan la cakap macam tu, cerita aku dengan Luq dah pun berakhir. Biarlah dia dengan cara dia dan aku dengan cara aku. Asalkan hidup bahagia."

" Kau nampak ke Luq tu bahagia sekarang ni? Aku nampak kau gelabah semacam ja bila tahu dia sakit. Maksudnya kau masih ambil berat pasal dia kan?

"Err. aku....aku kasihankan dia. Aku tak boleh tengok dia sakit.

" Tahu pun engkau... Dah tu maksudnya kau masih ambik berat pasal dia la kan....Maknanya kau masih cinta dia kan? Jangan tipu hati kau tu Laila"

". Aku memang cinta dia, aku sayangkan dia tapi tekanan yang aku alami ketika bersama dia membuatkan aku jadi tak seronok. Aku rasa macam tak bahagia. Mungkin kau tak tahu sebab suami kau bukan macam tu."

" Aku tahu la... cemburu tu kan tanda sayang. Aku tahu Luq cemburu buta. Cemburu buta ni kena berubat. Kau dah bawa dia berubat?

" Itulah masalahnya. Aku dah bawa dia jumpa kaunselor dan bagi lagi dia peluang, tapi dia cakap dia tak sakit. Kalau aku ikut apa yang dia suka hilanglah sakitnya tu katanya."

" Kau ikut lah apa yang dia nak tu kan senang. Dia pun tak perlu nak cemburu lagi."

" Hah...kau kata senang ? Kau tau tak dia tak benarkan aku sembang dengan lelaki, dia tak bagi aku tegur lelaki, aku tak boleh Telefon atau mesej lelaki, aku tak boleh panggil adik atau abang pada lelaki . Kau rasa boleh hidup ka macam tu? Kita kat sekolah banyak juga berurusan dengan lelaki. Rakan sekerja kita lelaki. Anak murid kita pun lelaki . Kau rasa?"

" Tak kan sampai macam tu? Dia pun cikgu juga kan? Tak kan dia nak cemburu kat murid kot"

" Ha...kau tak tahu...tu la namanya cemburu buta. Kau tak pernah alaminya kau mana tahu. Yang aku tak tahan lagi , kalau dia mimpi tentang aku dengan lelaki lain pun dia cemburu tahu tak? Macam mana aku tak tension...boleh sakit otak aku ni tau takkk...."

" Maksud kau mimpi apa yang buat dia cemburu sangat tu? tak faham aku"

" Macam ni, kalau dia mimpi aku keluar dengan lelaki lain ke, aku kahwin dengan lelaki lain ke atau apa-apa la aku dengan lelaki...dia marah aku macam benda tu betul-betul terjadi. Aku pun tak tahu nak gelak atau nak menangis. Pening aku. Nak bagi dia diam aku kena pujuklah...kena janji tak kan buat macam tu dan kena ngaku aku sayang dia seorang saja....ehemmm....mula-mula aku layan la...lama-lama aku dah tak larat dah...."

" Ouh ..macam tu ke? Sekarang ni Ikut hati kau lah....aku minta kau fikir semula masak- masak sebelum buat apa-apa keputusan. Tapi bagi aku...aku harap sangat kau fikirlah tentang nak berbalik semula dengan Luq . Beri dia peluang untuk baiki dirinya sendiri"

" Aku menongkat dagu berfikir. Perlukah aku fikir semula apa yang telah aku buat pada Luq? pada Chinta? Betul ke apa yang aku buat ni? Aku berjuang untuk dapatkan pembebasan. Aku berjuang untuk pulihkan masalah tekanan yang aku lalui. Perlukah aku berpatah balik rujuk semula dengan Luq. Oh...tidak....tidak sama sekali ..."

Esok sebelum balik Penang aku akan melawat Luq sekali lagi. Aku harap pendirian aku tidak goyah . Cukup- cukup lah aku terasa bebanan yang aku tanggung bila berkahwin dengan orang yang cemburu buta. Biarlah....walaupun masih ada cinta, masih ada sayang padanya aku tidak akan kembali padanya. Biarlah hubungan hanya sebagai kawan biasa demi Chinta ...buah hati kami.

........Sambung......

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience