Jam di dinding menunjukkan angka 5, Terkejut aku, lamanya aku lena ingatkan dah lepas waktu asar. Aku cepat-cepat bersihkan diri dan tunaikan solat. Belum sempat aku melucutkan telekung terdengar seseorang memberi salam.
"Assalamualaikum.... Milah, aku ni.. Jiha."
"Waalaikumussalam.... Ya mak Cik naik lah, mak ada kat dalam. Sat saya panggil" Aku lihat seorang mak cik memakai baju kurung macam sebaya mak aku..aku masuk mencari emak yang juga baru lepas solat.
" Makkk... tu ada orang mai, mak cik Jiha katanya" kataku sambil menjuih mulut tunjuk kat luar. Mak mengangguk lalu membisik "tu la mak Ek ". Aku tutup mulut sambil tersenyum.
"Mak, nanti bagitau Lela dah ada kawan tau, jangan lupa " aku ingatkan mak takut juga mak mak tak ingat cerita aku semalam. Mak cuma mengangguk saja.
"Anak kau yang aku risik tu ke Milah? Tanya Mak Cik Jiha sambil memandang aku. Aku jadi malu lalu terus ke dapur.
" Ha.. Iya.. Tu lah Lela... Baru balik pagi tadi "
" Sihat juga ya, manis sungguh, patut pun Ek kalut suruh tanya, dah lama dia simpan perasaan sejak dia tengok si Lela masa hari bertunang dia dengan Intan. Emm.... Tak ada jodoh depa no, Harap-harap yang ni jadi terus la ye " tinggi sungguh harapan Mak Cik Jiha. Dari dapur aku memasang telinga mendengar setiap ayat yang diluahkan. Dalam hati aku menyumpah juga si Ek tu. Nak jadi tunang orang dah pun berkenan kat orang lain lagi. Tu la putus tunang tu. Dasar kelaki.
" Macam ni Jiha, rasanya tak ada jodoh juga si Ek dengan Lela ni. Sebenarnya ada orang nak meminang si Lela ni. Minggu depan katanya" Mak tiba-tiba terkeluar kata. Aku jadi tak senang duduk memikirkan Luq di sana belum tahu apa apa.
"La... Iya ka? Kesian si Ek ni, kena mandi bunga agaknya. Tak apa lah aku balik dulu Milah, saja je aku singgah rumah kau sebab aku dengar anak kau dah balik. Aku pi dulu " Suara Mak Cik Jiha terdengar kecewa sekali.
Aku simpati juga tapi nak buat macamana aku dah janji dengan Luq.
Alamak satu hal pulak, nak gitau Luq suruh masuk meminang. Malunya, macamana mak boleh cakap macam tu. Dalam aku memikirkan cara nak beritahu Luq, tiba-tiba telefon aku berbunyi.
"Hello, Waalaikumussalam.... Ya Luq, kenapa call?
" Aikk... Tak boleh call eh? Okeylah... Bye" Luq terus mematikan talian. Geram juga aku dibuatnya. Aku biarkan aja, malas nak melayan rajuknya.
Aku tertunggu- tunggu Luq call semula tapi tak ada. Aku muhasabah diri, mungkin Luq terasa dengan kata-kata aku tadi berbunyi kasar. Ya lah, mesti ada sebab dia telefon. Aku mula rasa bersalah, kesian dia. Aku pun terus mendailnya semula.
"Assalamualikum Luq Baktiar.." Aku mulakan bicara.
"Waalaikumussalam... Mmmm." Senyap pulak si Luq ni. Marah aku agaknya.
"Abangg..." . Aku jadi gatal sangat, gaya nak memujuk , harap-harap ada suara disana.
"mmmm" Cuma itu yang aku dengar.
"Abang, Sori...." Aku pun tak tahu nak guna ayat apa, panggil abang la kot- kot lembut hati. Aku pun nak tergelak sebenarnya.
"Kenapa, sori?? Aku tahu dia cakap dalam nada senyum, mungkin suka aku sebut begitu.
" Buat awak terasa, " aku malas sebenarnya nak memujuk, tapi sebab kes mak dengan mak cik
Jiha aku terpaksa berterus terang.
"Macam ni awak, orang tu jadi nak pinang saya sebab awak lambat sangat" aku tahan gelak takut nanti dia tahu.
"Habis tu saya? Awak jangan macam - macam. Kan saya cakap nak pinang awak. Awak yang tak bersedia, mana boleh macam ni, saya dah bagitahu mak saya dah pasal awak !!!" Suara Luq makin meninggi, marah agaknya.
" Orang tu nak pinang bulan depan, awak pinang la minggu depan boleh tak?" Aku saja - saja buat cerita.
" Awak serius ke Laila?? Saya boleh aja jika itu yang terbaik, awak pasti ka pinangan saya diterima? " Lega hati aku dengar Luq cakap macam tu.
"Sebenarnya mak saya terlepas cakap ada orang nak pinangkan saya minggu depan, nak elakkan Mak Cik Jiha terasa hati tolak lamaran anak dia. Saya minta maaf usik awak tadi.
" Nakal awak ni yerr... Tak apa, saya ok. saya rasa suka bila awak sebut "abang" tadi. Lepas ni awak panggil saya abang tau" Luq Baktiar lagi sekali minta aku memanggilnya abang. Aku pun dah bersedia memanggilnya begitu.
"Okey abang" jawabku tanpa segan silu lagi.
"Minggu depan hari sabtu saya datang bawa mak ayah saya" Luq buat keputusan penuh yakin. Aku pun gedik macam nak melompat. Gatal juga aku ni.
"Makkkk.... O.. Mak..... Ni ha. Tadi Luq cakap minggu depan betul-betul dia nak mai pinang Lela mak, hari sabtu." aku teruja nak bagitahu emak.
"Eh, betul ke? Tadi mak saja kata ja, ada orang nak pinang hang minggu depan, rupanya betul-betul, tak apalah.... Buat persiapan aja lah" Nampak gaya mak macam teruja juga nak sambut menantu.
..............................
Sampai tempoh seminggu, Luq betul-betul membawa rombongan meminang. Aku tak sangka dia betul, seorang Laila buat pertama kalinya yakin kepada cinta seorang laki-laki.
Selesai acara, aku gembira sangat. Aku sudah bergelar tunangan orang. Tunang Kepada Luq Baktiar. Hari - hari berlalu dengan rasa bahagia.
Setiap hari Luq akan hubungi aku, bertanya itu ini, apa aku buat dan dengan siapa. Kadang-kadang over juga Luq ni. Baru jadi tunang ja pun belum jadi isteri.
Buat masa ni aku rasa amat bertuah kerana ada orang ambil berat pasal aku. Aku sangat bahagia sekali.
Setiap pergerakan aku, Luq sedia maklum. Aku akan minta keizinannya jika aku mahu kemana-mana, itu yang Luq mahukan. Belajar jadi isteri mithali kononnya.
Setelah 3 minggu, cuti pun berakhir. Aku diterima sebagai guru praktikum di sekolah lamaku yang dulu akulah muridnya. Rupanya ramai lagi cikgu-cikgu aku yang masih mengajar di situ. Ouh... Cepatnya masa berlalu....
Luq pula menjadi menjalani praktikum di kampung halamannya di Perak. Berpisah sebentar membuatkan kami sama-sama menanggung rindu. Kami merancang mempercepatkan tarikh perkahwinan.
Setelah sebulan bertunang, Kami sedah ada tarikh untuk hari bersejarah kami. Kini kami cuma menghitung hari untuk di ijab kabulkan. Harapan kami semoga Allah memudahkan urusan penikahan kami.
******sambung*****
Share this novel