Bab 33 Lelah

Short Story Completed 83757

Setiap hari Luq akan telefon aku minta buat laporan. Kemana aku pergi, pergi mana, dengan siapa. Pening aku. Kadangkala aku terpaksa bercakap bohong. Tanduk kecil sudah ada di hujung kepala. Bohong sunat tu... Kalau aku cakap betul-betul kang.... Mengepak Luq terbang balik ke sini.

Hari ni walaupun hari sabtu aku terpaksa tinggalkan Chinta dengan pengasuhnya sebab ada perkhemahan kokurikulum kat sekolah. Luq pula ada mesyuarat PIBG. Selalunya Luq akan balik bila cuti hujung minggu begini jika tiada aktiviti kat sekolah. Kalau tak balik.... maknanya aku kena buat laporan hujung minggu setiap 3 jam. Teruk tak laki aku. Masih layan lagi.

Kebetulan pula aku ditugaskan untuk menjaga displin murid hingga pukul sembilan malam. Ya... dari lima setengah petang. Aku yang pilih untuk sesi itu. Jika tidak, sesi kedua dari sembilan malam hingga dua belas tengah malam. Aku pun tidak mahu, tambah lagi berkaitan Chinta. Tak elok untuk baby bila aku pulang lewat malam. Takut ada yang ikut balik bersama dan ganggu Chinta. Kalau tidak mungkin Luq akan minta aku ke sana bersama Chinta.

Bila Luq telefon, aku memang bercakap benar. Aku ada perkhemahan kat sekolah. Nak dijadikan cerita hanya aku dan Cikgu Shukri sahaja bertugas pada waktu itu. Aku pun beritahu yang betul. Mulalah Luq bersoal selidik dengan aku macam-macam sampai panas telinga aku dibuatnya.

"Mana cikgu lain? Tak kan berdua kot?

" Cikgu lain pergi solat la abang. Laila tunggu budak perempuan dan Cikgu Shukri tunggu budak lelaki". Aku sengaja bercakap perlahan dan bawa diri aku jauh dari cikgu Shukri, malu juga teruk disoal siasat. Kalau boleh tak nak orang tahu yang suami aku cemburu buta.

Laila tak solat?

"Cuti la abang..elok la abang tak balik minggu ni hi.. Hi..." Aku sekadar buat lawak.

"Seronok la abang tak balik. Boleh berdua-dua begitu. Sembang dan bersuka-suka tak ingat dunia... huh" Luq tiba-tiba berangin la pulak, tersentap aku , baru nak cakap rindu. Terbantut terus.

"Kenapa cikgu tu tak solat ke? Nak temankan Laila?? . Dia sukakan Laila ke atau Laila suka dia? Laila jangan macam-macam. Abang dok jauh ni Laila, jangan buat abang tak senang duduk kat sini"

"Kenapa tak senang duduk pula, Laila bukan buat apa-apa pun. Abang tu yang lebih-lebih, dah la tak percayakan Laila, pastu tuduh pula macam-macam, Laila penat la abang"

"Oh... Dah penat nak layan abang la... Tu yang nak cari orang lain. Selalu ambil kesempatan kalau abang tak balik. Entah-entah banyak lagi benda yang Laila buat di belakang abang"

"Abang ni dah kenapa? Jangan tuduh melulu boleh tak? Tak tahan la macam ni. Stress betul lah. Laila tak suka la macam ni...semua Laila buat jadi salah di mata abang. Ini tugas la bang... Lagipun ramai orang ada kat kawasan ni. Laila benci abangg.... ". Aku pun dah berangin ni suara yang manja tadi entah hilang ke mana. Yang ada rasa benci. Benci aku dituduh begitu.

Diam.... Luq diam. Aku tahu dia tak puas hati. " Abanggg..... Hello abang.... Hello..... Luq masih diam. Hanya deru nafasnya sahaja yang aku dengar.

" Abanggg...! Nak cakap ke tak nak ni?.Tak nak cakap sudah. ". Geram betullah....Aku malas la nak melayan rajuknya. Aku terus letak ja telefon tu. Lebih baik bagitu dari tak bercakap apa-apa. Nak cemburu sangat.... Biarlah. Aku bukan buat apa-apa pun, cikgu Shukri sebelah sana dan aku sebelah sini. Aku pun bendul sangat tersebut nama cikgu Shukri. Dah tahu Luq tu jenis cemburu... Aduh!! .... Menyesal betul aku angkat call dia tadi.

Aku lepaskan geram sebenarnya bila letak telefon macam tu. Bukan nak biadap tapi... aku mahu Luq sedar aku pun ada perasaan. Ingat aku apa? Berlaku curang? Gedik? Tak ada maruah? Aku sedar aku seorang isteri. Bercakap dengan orang pun aku memilih, inikan mahu curang. Bukan Laila Suhaila la jika berperangai begitu. Lepas kahwin aku sangat menjaga tingkah laku dan pergaulan untuk menjaga hati Luq. Aku tahu Luq tak suka aku terlalu peramah terutama dengan Lelaki walaupun sepupu atau ipar duai.

Aku ni bukanlah peramah sangat. Aku ramah pun dengan orang yang aku telah biasa. Rakan sekerja? ... Memanglah aku ramah sikit. Kadang-kadang bergurau dengan rakan sekerja ataupun saudara terdekat adalah biasa bagi aku tapi luar biasa bagi Luq. Seringkali kami bergaduh sebab hal yang remeh sahaja. Kebahagian di tempat kerja macam dah tak ada sebab aku rasa Luq ada dimana-mana.
Aku rasa semua yang aku buat dia boleh tahu sahaja. Kadang-kadang aku takut-takut menjawab sapaan orang kerana aku rasa Luq akan tahu dan dia tidak suka. Aku bukan seperti diriku yang sendiri, aku terpaksa berlakon menjadi apa yang Luq mahukan bukan dengan kerelaan aku. Kadang-kadang aku seperti orang sombong, tak mahu berlebih-lebih bila bercakap dengan lelaki mana sekalipun walaupun kawan sekerja.

Luq selalu berpesan, bawa dia walaupun ada di mana-mana. Masa bercinta dan awal-awal kahwin dulu memang la seronok bila Luq berkata begitu, Setiap hari.... berpesan itu ini. Minta aku sentiasa ingat dia. Masa tu aku rasa bahagia sangat, memang rasa Luq kepunyaan aku dan dia hanya ada aku. Tetapi... lama kelamaan aku rasa terkongkong pula, ini tak boleh, itu tak boleh dan apa yang aku buat di matanya semua salah. Aku baru sedar yang aku sekarang ni hidup terkongkong.

Pukul sembilan tepat, habis tugas, aku tak nak fikir apa-apa lagi. Aku nak balik. Ambil Chinta dan nak berehat. Masih tergiang kata-kata Luq mengguris hati. Sampai bila aku nak rasa macam ni. Rasa itu mengundang rasa sedih, aku tak rasa bahagia bila kesetiaan tidak dihargai. Aku akui Luq memang sayangkan aku tetapi... Cemburunya itu.....membuatkan aku menjadi benci!

Bila fikirkan balik.... Itu hanya mainan perasaan orang yang cemburu. Kerisauan dia menjadi sebab dia menuduh aku yang bukan-bukan. Dia risau aku tersuka pada orang lain, terus dia tuduh aku buat benda tu. Kadang-kadang sampai menangis bila merayu aku supaya tidak tinggalkan dia. Aku masih sabar kerana aku tahu dia sakit.

Selepas ambil Chinta dari rumah pengasuhnya, aku terus balik ke rumah. Aku melayan Chinta hingga dia ketiduran barulah aku bersihkan diri. Sambil berbaring di katil aku capai telefon. Aku tengok juga kot ada mesej dari Luq. Tiada. Marah benar agaknya. Biarlah, malas aku nak layan. Sesekali aku perlu lepaskan ketidakpuasan hati aku. Ingat dia seorang ke ada perasaan. Aku tahu, Luq perlu di pujuk. Jika aku pujuk tu, selesailah masalah. Sekarang ni aku dah penat, Lelah sangat. Aku dah tak larat nak memujuk. Biarlah aku nak tengok , lama mana dia tahan kalau tak bercakap dengan aku. Katanya sayang sangat.....

Selepas kejadian tu, Luq langsung tak hubungi aku. Marah benar tu. Aku sabar aja. Nak tengok besok pula.

Hari ni hari ke tiga, Luq masih tak hubungi aku langsung. Senyap. Mesej pun tak. Aku rasa sedikit tenang jika dia tak hubungi aku, pada masa yang sama aku bimbang, juga sedikit risau.... Sakitkah dia? Hai... Hati kenapa berdebar sangat ni. Tangan aku ringan sahaja membuat panggilan.

" Truttt.... Truttt......". Aduh.... Tak diangkat-angkat. Sengaja tak angkat ka atau..... Ini yang membuatkan aku risau. Risau juga takut Luq buat sesuatu..... Aku perlu tahu, apa yang Luq buat sekarang. Aku teringat teman serumah Luq... Hakim.

Aku terus mencari nombor Hakim dalam senarai kenalan di telefon aku. Tak ada pula. Aku rasa Luq pernah mesej aku guna telefon hakim. Lama aku cari tak jumpa pula. Menyesal pula aku tak ambil nombor telefon Hakim, kesnya tak mahu Luq cemburu sahaja. Lagipun dia memang tak suka dalam telefon aku ada nama lelaki. Begitulah Luq. Aku sampai tak letak nama lelaki langsung dalam senarai kenalan aku. Kalau terpaksa aku letak nama lelaki tu jadi nama perempuan.

Pernah satu ketika, ada kawan sekolah aku ucap birthday. Namanya Izzul. Aku save nama dia jadi Izzuliya. Aku tahu Luq dah tengok ucapan tu tapi dia tak kata apa-apa la.....Terasa lucu juga... Biarlah.... aku dah penat nak gaduh dengan Luq.

Memang betul la... Apa yang aku baca tentang sakit cemburu ni, pesakit akan check panggilan keluar masuk pasangan. Mereka selalu akan syak wasangka walaupun sebenarnya tiada apa-apa pun. Kes Luq ni lain sikit, dia tak check selalu telefon aku, mungkin dia cuba percayakan aku. Tetapi.....ada juga sekali-sekala dia akan curi-curi ambil fon aku, aku nampak tapi aku saja buat-buat tak nampak. Kalau hari-hari check aku pun naik geram juga. Melampau juga kalau hari-hari, tak dak kerja sangat la kot....

Akhirnya aku jumpa juga nombor telefon Hakim selepas mencari mesej-mesej lama. Aku terus call Hakim. Biarlah kalau Luq nak marah pun, dia yang tak angkat fon.

"Assalamualaikum Hakim... Luq ada?". Tak sempat - sempat Hakim jawab salam, kalut aku bertanya tentang Luq. Malu juga pada Hakim.

"Waalaikumussalam..... Luq? Dia tak ok. Dah 3 hari demam rindu katanya. Nak angkat fon, orang sana benci kat dia. Betul ke?" Hakim selamba ja memalukan aku. Geramnya.

"Kalau benci orang sini tak telefon la tanya orang kat sana. Kalau sihat tak apalah, orang sini cuma bimbang. Okeylah.... Kirim salam orang kat sana. Bye". Aku terus letak telefon, malu pun ada. Nasib baik tak nampak muka. Biar la tak sempat nak cakap dengan Luq, aku tahu dia ok sudah memadai. Mungkin ok kot... Sebab Hakim sempat nak melawak, walaupun bodoh sikit lawaknya.

Biarlah... Aku anggap dia sengaja tak nak angkat bila aku call. Kalau dia perlukan aku, dia akan usaha pulihkan hubungan kami. Kalau tak... aku pun dah tak rasa nak pujuk dia lagi macam dulu.

....... Sambung...

.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience