Bab 24 Sejuk Hati

Short Story Completed 83757

Aku telah di benarkan keluar wad setelah tiga hari menetap di hospital itu. Luq membawaku pulang ke rumah kami. Kami tidak bercakap sepatahpun sehinggalah sampai di rumah. Aku rasa hilang suara untuk bicara....

Aku merebahkan diri atas katil. Sebaik memejamkan mata, aku terasa tilam bergerak kerana ada beban di atasnya. Aku buka mata. Melihat Luq merenung aku dengan mata bundarnya, aku tahu dia rindukan aku. Sebenarnya aku juga rindukan dia. Marah ku masih ada, itu membataskan aku untuk terus dekat dengannya.

"Sayang.... Maafkan abang. Abang tak boleh...." termati kata-katanya melihat aku bergerak membelakanginya. Aku malas nak dengar suaranya. Aku lebih suka mengikut bisikan itu walaupun aku boleh saja mendengarnya. Bisikan yang membawaku ke kancah dosa. Semuanya sebab mengikut kata hati yang sedang marah. Luq tidak putus asa, dia terus memeluk aku walaupun dari belakang.

"Sayang.... Kenapa buat abang macam ni? Sayang dah tak rindu abang ke? Sayang.... tengok muka abang sayang...." Masih lagi bercakap walaupun tiada tindakbalas dari aku. Dia menarik tubuhku mengadapnya. Aku lihat matanya merah. Aku tahu dia menangis, mungkin menyesal.

Aku bangun. Sakit kepalaku menyerang lagi. Teringat aku waktu di Perlis, langsung tiada tanda-tanda alahan menyerang. Mungkin bayiku pun tak selesa di sini. Berada dengan ayahnya dia pun rimas seperti aku. Aku bangun dan meninggalkannya di situ. Aku kasihan sebenarnya melihat dia merayuku manja.
Aku buat tidak tahu dan mencapai tuala dan terus ke bilik air.

Aku mandi sepuas-puasnya, agak lama hingga hatiku menjadi sejuk. Aku sengaja berlama-lama di situ dengan harapan Luq sudah pergi. Bila puas mandi aku terus keluar dari bilik air. Dengan masih bertuala paras dada aku keluar dari bilik air. Astaga... dia masih di situ menunggu aku. Aku semakin kasihan melihat dia. Aku tahu, jiwa ku rapuh . Perlahan aku melangkah menghampirinya.

"Abang.... Sebenarnya abang nak apa dari Laila? Luq tengok aku atas bawah. Terkejut mungkin dengan penampilan ku yang bertuala itu. Menelan liur juga lagaknya. Maklumlah dah lama berpuasa. Sengaja aku biarkan dia melihat aku begitu. Ku biarkan rambutku lepas dengan bauan syampo menusuk hidungnya, biar dia ternganga. Jahat juga aku ini sebenarnya.

" Abang nak cinta Laila. Abang nak Laila abang yang dulu. Abang nak Laila yang sentiasa bersama abang di mana-mana abang pergi" Luq perlahan menarik aku ke ribanya. Kali ini aku tidak menolak.

"Sebenarnya Laila sayang abang, Laila cinta abang dan Laila sayang hubungan kita. Tapi... perangai abang membuatkan Laila tawar hati. Laila tak suka itu. Laila rasa abang bukan abang yang dulu. Abang sudah lain sekarang. Dulu... Laila sangat percayakan abang. Laila tak pernah nampak abang dengan mana-mana perempuan. Tetapi.... sekali abang dengan Seri, Laila sudah hilang keyakinan. Bukan Laila cemburu tetapi.... sikap abang telah menghancurkan perasaan ini. " Aku kembali menangis. Aku belum puas. Aku perlu luahkan apa yang aku rasa. Aku rasa tangannya yang hangat mengosok belakang tubuhku yang terdedah.

" Maafkan abang... Abang salah... Tolonglah... Abang tak akan buat lagi. Abang dengan Seri tak ada hubungan apa-apa. Abang cuma pernah rapat dengan dia sahaja. Abang tak dapat terima dia kerana abang tak cintakan dia. Tetapi terus terang memang abang cuba juga untuk bersama dia dulu, tapi abang yang tak boleh. ..... Sebab tu dia cuba nak keruhkan hubungan kita. Laila tolong terima abang, abang cintakan Laila seorang"

" Laila sebenarnya kecewa sangat, disebabkan Seri tangan abang naik ke muka. Macamana Laila nak maafkan abang? Sebab tu Laila lari jauh dari abang. Laila kecewa sangat-sangat.

"Laila....abang jika boleh tidak mahu langsung mengasari Laila. Nak jentik pun abang tak sanggup. Tapi tuduhan Laila hari tu, betul-betul menaikkan darah abang sebab abang tak buat apa yang Laila tuduh tu. Abang tak mahu ingat lagi .. Abang menyesal pukul Laila. Abang sedar tuduhan abang pada Laila tidak benar. Abang salah sangka. Abang sudah dapat rasa apa yang selama ini Laila rasa bila abang tuduh Laila yang bukan - bukan "

" mmm.... baru tahu, sakit kan bila di tuduh apa yang kita tak buat? "

" Ya.... memang sakit. Abang dah rasa. Abang minta maaf. Abang merayu sayang maafkan abang. Abang betul-betul menyesal. ". Aku rasa macam kesakitan aku terbang pergi setelah Luq mengaku kesalahannya. Adakah itu sebenarnya yang aku mahu? Aku mahu Luq sedar akan semua kesakitan yang telah dia tinggalkan untuk aku.

" Abang janji... Abang tak akan tuduh Laila lagi.... abang akan kawal cemburu abang. Abang akan cuba berada ditempat Laila...percayalah abang sayang...maafkan abang Laila.

" Laila harap apa yang abang katakan ini abang kotakan. Kali ini Laila memilih untuk percaya. Laila harap sangat.... abang perlu fikir dulu sebelum menuduh. Kali ini Laila maafkan abang, Laila juga minta maaf. Laila banyak salah dengan abang.". Luq terus memeluk aku erat. Aku tahu dia rindu. Rindu haruman tubuhku. Sungguh.... aku tidak menolak lagi, ku biarkan dia melepaskan rindunya pada aku kecuali yang satu itu... aku takut kerana kandungan yang masih baru.

" Abang... hati-hati. Anak kita kita belum kuat" Aku membisik dan menolak sedikit tubuhnya yang menindih aku.

" Opp.... Sori anak ayah. Ayah rindu ibu sangat-sangat. Anak ayah kuat kan sayang, izinkan ayah peluk ibu ya " Luq menggosok perutku yang belum nampak perubahan apa-apa sambil tersenyum. Dalam hati aku berdoa supaya senyuman itu akan kekal selamanya untukku. Sudah ku buang sakit hatiku yang selama ini ku pendam. Hampir sahaja aku niat untuk buat sesuatu yang Allah benci. Aku minta dilepaskan dari satu ikatan yang suci. Ampunkan aku ya Allah.

Bila hati sudah sejuk, terasa bebanan yang ada dalam fikiran terasa tiada. Aku mula mengenangkan dosa yang aku buat pada dia. Aku mohon maaf dan dia pun begitu. Sudah tiada apa yang disembunyi lagi. Kami sudah meluahkan apa yang terbuku supaya hubungan kami jelas.

Aku semakin sihat, loya dan sakit kepala aku sudah kurang. Aku semakin segar dan makan pun dah banyak. Malam ni aku tunggu Luq balik dari pusat tuisyen. Agak lama juga aku merehatkan diri di atas katil sehinggakan aku tak tahu bila aku terlena.

Aku hanya tersedar bila Luq keluar dalam bilik mandi. Aku pura-pura tidur semula. Dengan mataku yang ku buka sempit, aku dapat melihat Luq melepaskan tualanya begitu sahaja. Aku dapat melihat belakang tubuh dan punggungnya yang telah menjadi perhatianku. Kemudian dia menyarungkan seluar panjang tiga suku berwarna putih. Dia tidak memakai baju, lalu dia naik ke katil dan baring di sebelahku. Aku dapat menghidu haruman yang membuatkan aku tenang sekali. Aku tutup mata rapat-rapat dan tiba-tiba Luq terus mencium kedua belah kelopak mataku yang tertutup itu.

"Abang tahu, saya curi-curi pandang abang kan. Rindu ke?". Wajah aku tiba-tiba panas. Malu betul aku bila Luq tahu apa yang aku buat tadi.

"Macamana abang tahu? Aku bertanya malu-malu.

" Tu... Cermin yang jadi saksi. Ouh... Nakal juga ya, curi-curi pandang punggung abang ek?? Kalau abang pusing depan, sanggup tak nak tengok?" aku jadi bertambah malu. Hilang kata-kataku. Terasa lebih malu dari malam pertama.

Luq mencium tanganku lembut. Lalu dia mencium kedua-dua keningku, mencium pipiku berkali-kali dan......." Abang sayang Laila sangat-sangat. Abang rindu.... Izinkan abang malam ni sayang. Abang janji kita buat slow-slow. Hanya kita berdua sayang...." Aku senyum sambil membalas pelukannya. Malam itu menjadi saksi hubungan kami yang kembali bersatu.

Hubungan kami semakin hari semakin baik. Cumanya aku masih sangsi tentang penyakit cemburunya itu.. Masih ada atau sudah lenyap begitu sahaja. Setakat ni semua ok. Aku pun terlalu menjaga pergaulanku. Sebolehnya aku mahu buat apa yang dia mahu dan elak apa yang dia tidak suka supaya hubungan kami sentiasa baik dan bahagia. Aku harap dia pun begitu, perlu menjaga batasan pergaulan yang menyebabkan salah sangka.

..... Sambung.....

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience