Hah.... Eksiden??? Macamana kau boleh tahu? Siapa beritahu kau? Kat mana kejadian berlaku?
Aku sangat terkejut tentang berita ini... Tapi lebih terkejut bila Seri yang tahu dulu. Berlegar di kepala adakah Luq mahu bertemu Seri semasa kejadian berlaku?
Syaitan di dalam diri menguasai. Aku menjadi semakin sakit hati. Mahu sahaja aku menjerit sekuat hati. Kejadian yang menimpa Luq sudah tidak aku peduli.
Aku tidak tahu mahu ketawa atau mahu menanggis dengan berita ini . Kalau ketawa terasa kejam bagaikan tiada hati perut aku ni... Tapi kalau menanggis pun untuk apa.... Tiada perasaan apa-apa. Aku tidak tahu apa telah jadi pada diri aku. Mungkin kerana aku terlalu marah pada Luq.
" Dia call aku, dia cakap aku kena tolong dia....dia cakap dia gaduh lagi dengan kau....selepas itu aku dengar suara dia cemas dan kelam kabut ja...mungkin masa tu la eksiden tu berlaku. . Aku minta maaf, Eh.. Kau datang sekarang, Ni dekat hospital Tapah ni... Luq Parah ni ada kat Zon merah" Seri sambung cerita dan cuba menjelaskan keadaan sebelum kejadian.
" Allahu akhbar, Parah? Zon merah? Ok... Aku datang" Aku ingat sikit-sikit aja. Parah rupanya.. Aku telefon mak dan beritahu tentang keadaan Luq. Mak minta aku balik ambil dia dan ayah supaya dia boleh jaga Chinta. Mak menanggis teresak-esak bila dapat berita itu, tidak seperti aku. Kosong... Rasa kosong. Aku tak dapat berfikir dan perasaan pun tak ada. Rosak ke hati aku ini?
Rasa gementar pula untuk memandu. Aku ambil wudhuk dan sembahyang sunat dua rakaat. Selesai solat, barulah aku dapat berfikir. Aku menanggis semahu-mahunya. Sempatkah aku berjumpa dengan Luq jika keadaannya kritikal sekarang ni. Aku berasa berdosa menghalaunya balik siang tadi.
Aku siapkan kelengkapan Chinta dan terus memandu terus ke rumah mak dan ayah aku. Masa, tu dah pukul tiga pagi. Letih balik siang tadi belum hilang, aku terus memandu dengan hati-hati. Nasib baik Chinta tidur, aku boleh fokus memandu. Aku tak boleh tunggu esok lagi. Aku mesti sampai sebelum subuh. Aku takut tidak sempat berjumpa Luq.
Sambil memandu aku berdoa supaya Luq stabil. Aku takut jika nyawanya tidak panjang dan pergi meninggalkan aku yang penuh dosa. Membenci suami sendiri yang sudah cuba berkali-kali memohon maaf dan nak perbaiki hubungan kami.
Letih melampau membuatkan aku rasa mengantuk sangat. Nasib baik dah nak sampai ke rumah mak. Chinta sesekali merengek. Dia diam bila susu di beri. Terasa terlalu lambatnya aku memandu.
Seri telefon aku lagi.... "Laila.... Kau dah kat mana? Boleh cepat sikit tak?"
" Aku on the way..... Kau dah kenapa? Aku jauh kot....jangan takutkan aku boleh tak? Setiap kali kau telefon aku jadi takut tahu tak? Kau sayang dia kan Seri?" Diam.... Seri memutuskan talian. Ya lah... aku takut Seri membawa berita yang tak baik tentang Luq. Aku terus berdoa dalam hati.
Aku terus memandu sampai ke kampung. Emak dan ayah sudah pun menunggu. Aku keletihan. Adik terus mendapatkan Chinta yang masih lena . Belum boleh berfikir apa yang berlaku pada babahnya.
" Ayah dah minta tolong Ek bawa kereta untuk kita. Ayah tahu kau mesti letih., dengan Chinta lagi. Apapun kita kena cepat. Lepas subuh kita bertolak"
............
Sampai di hospital, semua keluarga Luq sudah ada di situ. Begitu juga dengan keluarga Seri. Aku rasa sedikit ralat sepertinya aku dan keluarga aku di pinggirkan. Nampaknya mertua aku sangat rapat dengan keluarga Seri, ya lah besan lama. Aku rasa macam tertipu.
Mak dan ayah belum tahu Luq pernah berkahwin. Kalau boleh aku tak mahu mereka tahu, tapi hari ini macamana aku nak mengelak? Mahu tidak mahu emak dan ayah harus menerima kerana semua yang bakal didengari.
Bila melihat kami sampai, mama Luq terus menghampiri dan menyalam mak dan ayah. Mak dan ayah terus menyalam semua yang ada. Mama Luq peluk aku dan terus mendukung Chinta yang berada dalam pelukan aku. Diciumnya Chinta bertalu-talu rindu katanya sambil bercucuran air mata. Mungkin kasihankan Chinta dengan apa yang terjadi pada babahnya.
"Luq belum sedar Laila.. Parah juga tuh.. Peha kiri dan tangan kanan dah dia patah". Seri menghampiri dan memelukku erat. Aku punTak menyangka dia buat aku begitu. Dah insaf lagaknya atau dia cuba merebut semula Luq dari aku. Mana tahu kan.
Alhamdulillah....Sebaik sahaja kami sampai ada khabar baik yang kami terima. Luq sudah stabil tetapi dia masih belum sedar. Dia akan di bawa masuk ke unit rawatan rapi. Aku bersyukur sangat. Dalam hati aku mohon supaya Luq tidak apa-apa. Rasa bersalah mula menerpa bila aku melihat keadaan Luq. Mungkin aku antara penyebab Luq mengalami kecelakaan itu. Tiba-tiba air mata aku menitis laju. Ketara sangat kejahilanku dalam menyelesaikan masalah dengan Luq.
Semakin aku cuba bertenang.... Semakin banyak pula kekesalan yang datang. Kesalahan yang aku buat pada Luq semakin banyak bermain di fikiran. Terasa aku ini isteri yang berdosa. Aku berdosa kerana menidakkan keikhlasan dia. Aku tahu ini permainan syaitan yang sentiasa mahu rumahtangga aku berantakan. Aku perlu bangkit dan betulkan keadaan. Lagipun Luq bukan buang aku lagi. Aku yang meroyan tak tentu pasal.
Mama mertua aku kembali menyerahkan Chinta pada aku. Sudah merengek dia, mungkin sudah lapar. Adik yang berada di situ mengambil Chinta dari aku. Mak dan ayah masih berbual dengan papa Luq.
Mama mertua tiba-tiba memegang bahu aku.
" Laila... Mama minta maaf". Tiba-tiba mertua aku mohon maaf. Hairan juga aku apa kes aku tak tahu
"Minta maaf kenapa ma? Ada yang Laila tak tahu ke ma?". Aneh juga ibu Luq ni. Minta maaf bagai. Dia ada salah dengan aku kot. Mungkin ya.
"Err... mama minta Luq rahsiakan dari Laila tentang Seri. Laila marah mama?
" Laila tak marah mama. Cumanya Laila rasa terkilan kerana Luq tak berterus-terang tentang tu. Tak apalah ma, benda dah jadi. Sekarang ni kita sama-sama doakan abang supaya cepat sedar ."
"Sebenarnya.... Semua yang terjadi antara Luq dan Seri... Adalah kesilapan mama. Mama yang paksa Luq kahwin dengan Seri setelah mereka di tangkap basah. Mak memang suka Luq kahwin dengan Seri, rupanya Luq tak pernah ada hati dengan Seri. Mama minta maaf. "
" Macam Laila cakap tadi, semua telah pun terjadi. Tak perlu kita ungkit lagi. Ma. Laila dah maafkan semuanya mama. "
Luq telah pun di masukkan ke unit rawatan rapi. Cuma dua orang sahaja dibenarkan masuk dalam satu masa. Mulanya aku dan mama Luq yang dibenarkan masuk. Dengan lafaz bismillah, aku dan mama memakai pakaian khas bilik icu dan melangkah masuk ke bilik itu. Bauan ubat-ubatan membuatkan aku rasa sangat gementar, sedar berada di kawasan hospital apatah lagi mahu melihat Luq yang parah.
Menangis aku melihat kaki dan tangan Luq yang berbalut. Rupa? Bukan rupa dia yamg sebenar ...membengkak dengan luka didagu yang telah di jahit . Agak mengerikan bagi aku. Kasihan sungguh. Tentu dia akan sakit bila sedar nanti.
"Maafkan Laila abang, Laila tak berniat untuk halau abang. Laila buntu ketika itu. Tolonglah kuat untuk Laila dan Chinta" timbul pula keinsafan dalam diri. Mama juga aku lihat membelai rambut Luq sambil mengelap air mata. Manakan tidak anak lelaki satu-satunya tempat dia bergantung harap. Aku keluarkan surah Yassin dari beg dan aku mula membaca. Mama sudah keluar untuk digantikan dengan orang lain pula.
Orang yang ketiga masuk ialah papa Luq. Aku teruskan membaca Yassin dengan suara yang perlahan. Aku senyum pada papa yang sedang mengelap matanya yang merah. Selesai membaca aku keluar bersama papa. Kami digantikan dengan Seri bersama ibunya.
Seri terus menyalahkan dirinya. Pantang nampak aku, dia akan menanggis dan minta maaf. Aku pun tak tahu apa yang salah sangat tu? Patutnya aku yang rasa bersalah sebab lepaskan Luq dengan rasa marah. Luq pergi dari rumah aku dalam keadaan kecewa. Kejamnya aku ini.
....... Sambung......
Share this novel