Bab 17 Kejutan

Short Story Completed 83757

Happy birthday Laila.... Happy anniversary sayang". Luq mencium pipiku dengan mata berkaca. Hari ini adalah ulangtahun ke tiga perkahwinan kami. Kami masih berdua, masih tiada tanda-tanda pun yang kami akan menimang cahaya mata.

"Abang sayang Laila sepenuh hati abang. Jangan duakan abang Laila. Abang mohon, abang merayu sangat. Abang takut Laila tinggalkan abang ." Luq terus merintih dan merayu sampai aku naik hairan.

"Terima kasih kerana sudi menjadi isteri abang. Sudi melayan kerenah abang. Abang tahu abang bukan suami yang baik. Abang tahu Laila tak suka sangat perangai abang yang macam-macam." Aku macam nak gelak pun ada. Kenapa macam tu sekali fikirnya. Aku tak pernah terfikir pun nak duakannya. Dia cinta pertama aku. Aku yang pilih dia jadi suami. Mana mungkin aku cari yang lain.

" Abang... Laila hak abang. bukan orang lain. Macamana abang boleh terfikir Laila nak duakan abang. Sekarang ni dah dua tahun kita hidup berdua dan Laila nak hidup dengan abang sampai Laila mati. Happy anniversary abang." aku mencium tangannya dan seikhlas hatiku mahukan jodohku dengan Luq sampai ajal menjemput.

Sebenarnya kami masih dalam mood honeymoon, dipersisiran pantai Cenang di Langkawi. Hari ini juga adalah harijadi aku yang ke 25 tahun. Kebetulan birthday aku jatuh pada hari cuti peristiwa sekolah aku mengajar. Cuti peristiwa pula berurutan pula dengan cuti hujung minggu. Jadi Luq menempah tiket kapal terbang dan kami terus ke sini.

Aku genggam erat tangannya sambil berjalan dipantai sementara menunggu matahari terbenam. Kami berbual mesra dengan pelbagai cerita dan di sulami janji cinta setia. Aku bersyukur kerana Luq terlalu setia. Aku sangat yakin akan hal itu.

Malam....selepas isyak Luq membawa ku ke pesisiran pantai berdekatan dengan hotel penginapan kami. Ramai orang di situ. Di hujung sana aku melihat meja dan kerusi teratur dengan hidangan yang menaikan selera siapa yang memandangnya. . Ada lampu berwarna warni dan sebuah band muzik juga ada disitu. Aku sangat teruja melihat semua pasangan duduk disitu. Sungguh romantik sekali. Makan-makan sambil berbual mesra dihidangkan dengan lagu-lagu cinta.

Dalam hati aku berkata alangkah seronoknya jika aku di tempat itu bersama Luq. Aku memperlahankan langkah bila sedar kami telah menghampiri tempat itu. Luq terus menarik aku melangkah lagi.

"Abanggg.... Kenapa ni, malu la nak lalu dekat situ. Jomlah kita jalan sebelah sana meriah sangat tu." Aku menarik tangan Luq minta dia jangan pergi ke tempat itu.

"Marilah... Ikut abang. Abang nak tunjuk sesuatu kat Laila. Jangan malu... Jomm.." Luq membawa aku ke sebuah meja kosong yang ada di situ. Ada kek happy birthday dan aniversary di situ. Aku tidak menyangka aku juga antara pasangan yang ada tempat di situ.

Sebaik sahaja aku lalu di kawasan itu, semua orang berdiri dan menepuk tangan sepertinya mereka sedang menunggu aku. Bila aku melabuhkan punggung atas kerusi semua orang disitu menyanyikan lagu happy birthday khas untuk aku. Aku sungguh teruja hingga air mataku mengalir tanpa sedar.

Luq menghampiri dan memelukku. "I love you sayang" Luq mengucap perkataan yang selalu aku tunggu untuk sekelian kalinya. Malam ini menjadi malam yang begitu indah sekali sepanjang hidup aku. Rupanya Luq yang menempah tempat disitu. Pasangan lain adalah jemputan yang di jemput untuk memeriahkan majlis ini. Aku tidak tahu berapa banyak wang telah dia laburkan malam itu semata-mata untuk menyambut birthday aku dan anniversary kami

Selesai majlis, aku dan Luq kembali ke hotel penginapan. Sekali lagi kejutan yang aku terima, hiasan bilik hotel macam bilik pengantin. Ada bunga bertaburan bentuk love dan hiasan api lilin yang cantik menimbulkan suasana yang sungguh romantis. Di tambah pula dengan haruman bilik sungguh mendamaikan.

Terasa lingkaran tangan dipinggangku menaikkan bulu romaku. "Abanggg.... Terima kasih buat semua ni untuk Laila. Laila hargai sangat. " I love you too... Abang".

Malam itu kami bagai pengantin baru, tanpa gangguan kami melayari malam pertama kami di tahun ketiga penikahan. Aku menyerah seluruh jiwa dan raga aku untuk Luq Baktiar tanpa ragu. Dia berjanji setia dan tidak jemu melafazkan cintanya untuk aku. Beruntungnya aku mendapat suami yang betul menyayangi aku seikhlasnya. Aku mengharapkan benih yang ditabur malam ini akan bercambah dengan baka yang terbaik.

..........

Pagi yang sungguh mendamaikan, kami berdua bangun untuk solat sunat tahajjud dan sunat lain hingga subuh. Sungguh indah sambutan ulangtahun pada tahun ini. Penuh dengan kejutan. Tidak mungkin aku akan lupa dan akan menjadi antara memori terindahku.

Selesai sarapan yang disediakan pihak hotel, kami naik ke bilik untuk bersiap untuk pulang. Sedang bersiap itu loceng bilik berbunyi. Luq terus membuka pintu. Seorang pekerja hotel terpacak sambil tersenyum. Sejambak bunga dan coklat ada di tangannya. .

"Bunga dan Coklat untuk Puan Laila" katanya. Luq terus ambil dan ucapkan terima kasih lalu di serahkan kepada aku. Pintu ditutup semula.

" Abanggg...... Aku memandang Luq dengan senyuman. Kejutan lagi ke?" Aku mengambil kad di celahan bunga dan membacanya.

"Khas untuk Laila. Happy birthday and Happy Anniversary. Semalam.... Abang nampak Laila sangat bahagia. Abang turut rasa bahagia. Iklas: Zaheer." Air muka ku terus berubah. Matilah aku. Luq sudah cuak.

"Siapa hantar? Luq mula bertanya. Aduh... Aku serba salah untuk menjawab. Aku takut.

" Err... err... abang tengoklah.... " Aku menghulurkan kad itu kepada Luq. Aku sudah nampak dadanya berombak, mukanya merah dan gigi di ketap.

" Apa yang dia nak hah?" Luq ronyokkan kad itu dan di lempar atas lantai. Di ambilnya bunga dan coklat terus dilempar keluar melalui tingkap bilik hotel. Aku terkedu.

"Awak jumpa dia ke, Laila ? Dia ada di sini? Dia ada hubungi awak? Awak jangan macam-macam. Abang tak kan percayakan Laila lagi kalau Laila tipu abang.

Aku tergamam tidak berkutik. Marah benar Luq. Aku nampak airmata di kelopak matanya. Aku tahu dia cuba mengawal cemburunya. Aku tak pernah lihat dia menggigil begitu. Mungkin dia rasa tercabar. Aku perlu buat sesuatu.

"Tak abang.... Laila tak tahu pun dia ada di sini. Aku terus memeluknya. Aku tahu dia merasa tertekan. Aku perlu meyakinkan dia bahawa aku tak akan kemana-mana. Aku hanya untuk dia.

"Maaf... abang. Laila tak tahu bunga tu dari dia. Laila tak suka pun. Kalau Laila tahu, Laila tak akan......" belum habis aku berkata, Luq dah mencelah.

" Abang tak boleh Laila. Abang tak boleh kawal diri abang. Abang sakit.... Sakit di sini. ". Luq menumbuk - numbuk dadanya. Abang tak boleh tahu ada orang sukakan sayang. Abang benar-benar takut. Tolonglah.... abang merayu... Tolong jangan tinggalkan abang walau apa terjadi.

Aku tidak melepaskan pelukan. Aku kejapkan lagi pelukkan ku. Aku tahu dia cuba meleraikan pelukan itu. "Laila minta maaf abang , apa yang terjadi Laila tetap cintakan abang. Hanya abang di hati ini." Aku perlu yakinkan dia dengan kata-kata positif. Aku takut menjadi lebih teruk jika aku biarkan dia melayan perasaannya.

Aku tarik dia supaya baring di katil dan perlahan-lahan aku mengurut dan memicit kepalanya yang serabut " Laila ada dengan abang.... abang tak perlu risau. Abanglah satu-satunya lelaki yang Laila cinta. Tak pernah terlintas untuk duakan abang."

Aku terpaksa memujuk dan melayan karenahnya kerana aku tidak mahu gaduh berpanjangan. Walaupun aku tahu, aku tidak bersalah dalam hal ni. Luq seolah-olah salahkan aku. Aku sabar aja, akut ikut aja rentaknya. Luq perlukan bantuan.

Dengan beraninya aku perlahan-lahan membuka butang bajunya satu-satu. Dadanya hangatnya aku cium dengan lembut. Detak jantungnya yang tadi tidak teratur sudah kembali normal.. Dia mula membelai dan memelukku erat. Aku cuma menghangatkan suasana sahaja selebihnya Luq yang mengemudikannya. Aku serah segalanya pada dia. Dan kami sama-sama melayarinya lagi. Kami tidur keletihan hingga tidak sedar jam dah berganjak ke pukul sebelas pagi.

Aku terpisat-pisat bangun bila telefon Luq berbunyi. Tertera nama Seri di situ. Dup! Terpana aku seketika. Jantung ku berdetak kuat. Aku hairan. Tak terfikir pula Luq ada menyimpan nombor Seri. Aku pun tak simpan nombor Seri.

Bunyi telefon berhenti. Tit! Mesej masuk.
"Saya dah dapat posting. Sekolah Kat Perak. Harapnya dekat kampung awak, Luq." aku terbaca mesej itu. Aku pejam mata dan menarik nafas. Aku bukanlah seorang yang cemburu.

...... Sambung......

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience