Setahun lagi berlalu tanpa Luq. Hari ini hari lahir Chinta. Aku bercadang mahu membuat sesuatu yang special untuknya. Pertama Kali Chinta menyambut hari lahir. Bukan sebab babahnya tiada untuk kami menyambut bersama tetapi ini tahun pertama Chinta menyambut hari jadi kerana dia lahir pada 29 Februari. Aku mahu buat kenduri kesyukuran di kampung. Semua saudara jauh dekat aku jemput. Maklumlah hari ini special buat Chinta. Aku mohon cuti pada hari Khamis dan telah diluluskan. Hari jumaat pula kebetulan cuti umum. Aku pulang ke kampung untuk menyambut birthday Chinta.
Chinta sekarang ni sudah petah bercakap. Pelatnya pun dah tiada. Fasih sahaja tuturnya. Dia pun sudah pandai bertanya itu ini. Dalam usia empat tahun ini dia sudah lancar membaca. Alhamdulillah... aku bersyukur kerana berikan aku anak yang bijak dan sihat.
Hari ini , aku terkejut bila Chinta tiba-tiba bertanya tentang babahnya. " Mana Babah....Ibu? Aku tiba-tiba jadi kelu. Longlai rasa kaki yang selama ini menampung tubuhku tanpa jemu. Aku jadi gementar pula mahu menerangkan. Aku takut Chinta menyalahkan aku. Kerana aku yang melepaskan Luq pergi dari kami.
" Chinta ingat babah?" Aku mahu kepastian kerana selama ini dia tak pernah sebut pun babahnya.
" Babah...babah baik. Chinta tunggu babah balik ."
Anak ini membuatkan aku rasa bersalah melepaskan Luq pergi. Aku bukan minta Luq pergi terus . Aku ingat Luq akan mengambil berat pada Chinta selepas kami berpisah rupanya aku salah. Luq terus pergi dari hidup kami.
" Babah tak ada kat sini sayang. Babah kerja jauh sangat. Nanti babah satu hari babah datang jemput Chinta.
" Hmmm.....Chinta sayang....Mai sini kat Tok...Panggil kawan-kawan ke sini kita potong kek". Chinta terkedek-kedek berlari untuk memotong kek harijadinya. Kasihan pula padanya, empat tahun lagi barulah Chinta dapat sambut lagi harijadinya. Sekarang ni dia belum faham lagi kenapa dia tidak dapat sambut hari jadi setiap tahun.
Semua tetamu sudah beransur-ansur pulang. Chinta aku nampak sudah letih dan lesu. Mungkin dia tidak terasa letih kerana seronok melayan kawan -kawan yang datang. Sedang kami anak beranak berehat selepas penat melayan tetamu, sebuah kereta masuk ke halaman rumah dan terus memarkir di situ. Semua mata tertumpu pada seorang lelaki yang baru keluar dari perut kereta mewah itu.
" Babah!!! Chinta dengan yakin berlari memeluk lelaki itu. Terlepas gelas ditangan aku. Terkejut benar dengan laungan Chinta. Semua orang terkejut, tidak menyangka itu Luq. Semuanya memandang dua Kali untuk pastikan betulkah itu Luq Bakhtiar.
"Chinta!!! Aduh kalau bukan babahnya macamana? Lelaki itu berbadan Sasa dan berjambang nipis. Aku pun tak yakin itu Luq. Lain benar dari gambaran kotak fikiran aku . Aku terus perhatikan wajah lelaki itu. Dia sedikitpun tidak memandang aku. Aku terus menghampiri Chinta dan mahu jauhkan Chinta dari dia. Lelaki itu semakin kuat memeluk Chinta.
" Ibu ...ni babah lah...kenapa ibu takut" Chinta tersenyum memandang aku. Aku cuba mencari wajah Luq di situ, aku tak nampak pun wajah yang aku cari.
" Laila dah tak kenal abang?" Suara garau lelaki itu menerobos masuk ke telingaku membuatkan jantungku tiba- tiba berdegup kencang. Suara itu...Ya...suara itu memberi signal ke otak membuatkan aku teringatkan Luq. Ya ...memang sama suara itu. Akhirnya ...aku mengaku bahawa itu Luq bila melihat susunan giginya yang putih itu. Ya... sepasang gigi taringnya naik sedikit kedua-duanya yang membuat aku gila setengah mati satu ketika dulu. Manis sekali . Aku kenal itu.
"Ouh....abang...minta maaf , Laila hampir tidak kenal. Abang dah lain. Badan sedikit berisi. Last Laila tengok abang , abang kurus melidi. Abang dah sihat?" Belum sempat Luq menjawab ayah dah melaung....
" Luq...ke sini lah....pergi mana? Lama sangat menghilang, nasib baik Chinta kenal? Kuat juga memori cucu tok Wan ni.". Ayah tidak sabar lagi mahu dengar cerita Luq. Bukan ayah saja, semua orang .. Aku pun sama, memasang telinga dekat-dekat.
" Selepas keluar hospital hari tu...saya terus di bawa ke Singapura. Ada kawan saya doktor di sana. Alhamdulillah...selepas rawatan tu saya semakin pulih. Saya baru dua bulan selesai menerima rawatan. Mama dan papa pun belum tahu saya dah balik. Saya rindukan Chinta sebab tu saya terus balik sini .
Aku sedikit terasa bila Luq langsung tidak menyebut aku. Tidak rasa rindukah dia pada aku ? Perlu ke aku terasa? Eh...malunya.
"Sebenarnya saya curi-curi jumpa Chinta di sekolah. Dah dua bulan dah saya buat begitu. Saya minta maaf mak, ayah. Abang minta maaf sebab tidak beritahu Laila. Abang malu"
" Kenapa nak malu Luq, anak kot ..Patutlah Chinta tak kekok jumpa babah dia .". Emak tiba-tiba bersuara dari dapur membawa dulang air teh o kegemaran Luq.
"Saya nak minta izin bawa Chinta keluar malam ni. Saya nak luangkan masa dengan dia boleh tak? Laila perlu ikut sekali , saya ada banyak rancangan untuk Chinta. Jangan risau bawa makan- makan saja"
" Ouh . Abang boleh bawa aja Chinta tu, Laila tak dapat ikut, ada meeting online" Aku mencari alasan kerana malas nak ikut. Yang betulnya aku kecil hati sebab Luq lebihkan Chinta dari aku. Kecil hati? Eh.mbukan kecil hati....rasanya lebih pada cemburu kan....aku cemburukan Chinta? Ya...sedikit cemburu....
Aku menampar-nampar manja mulut aku ni supaya ia bersabar...macam-macam sebenarnya yang mahu aku katakan pada Luq . Aku perlu kawal diri supaya tidak keterlaluan. Elok-elok dia datang jenguk Chinta nanti hilang terus pulak .
" Tu dah kenapa tampar-tampar mulut tu? Ada yang nak dibebelkan lah tu. Kalau teringin nak ikut cakap ja la ..." Ayah dah mula buat aku terkedu di situ. Malu aku pada Luq ....aku sengaja tak nak ikut.
" Kalau Ibu dah tak boleh tak apalah...besok aja la kita keluar ya Chinta? Esok jangan tak jadi pula ya"
" Eh...esok ? Ada minta izin ke nak bawa Laila keluar ? Awak tu bukan suami dia lagi. Sedar ke idokkk ni ? Emak ayah masih penjaga dia tau. Kalau Chinta tak apalah...kamu bapaknya". Emak dah warning. Ingat senang nak bawa anak orang keluar.
."Eh..terlupa. Saya minta izin ayah dengan mak nak bawa Laila keluar . Tolong percayakan Luq mak,ayah, Luq tak akan buat benda tak elok....Insyaallah.
" Iyalah tu.. emak izinkan . Ayah tak tahu pulak izin ke tak ni , nak bawa keluar anak dia ?
"Mmmm....balik awal sikit, jangan nanti jadi buah mulut orang. Kalau ikut hati nak biar kamu bincang di sini saja. Biar mak ayah ada sekali. Tetapi dah kena birthday Chinta , eloklah kamu bawa dia keluar, teruja sangat nampaknya tu"
" Laila rasa tak nak keluarlah. Kalau abang nak bawa Chinta keluar, bawalah. Dia rindu abang. Kalau kita keluar bertiga rasanya adalah mulut puaka nak tabur fitnah. Tak habis cerita kita nanti . Kalau abang nak bincang apa-apa kat sini saja. Kalau nak personal kita whatsApp saja. Itu lebih baik Laila rasa." Malas betul aku nak ikut. Kalau nak bawa Chinta bawalah. Aku tak nak.
"Kalau macam tu ok juga. Sekarang lah Chinta ikut babah. Dah Ibu tak ikut , boleh kita pergi homestay babah yang ada kolam tu. Chinta tidur kat Sana ya....Besok pagi babah hantar balik ya. Minta Ibu siapkan baju cepat " Chinta terlompat suka , geram pula aku bila dia suka aku tak pergi. Chinta mahu saja bermanja dengan babahnya walaupun jarang berjumpa. Walaupun lama Luq menyepi Chinta tidak kekok dengan babahnya. Aku bersyukur dengan penerimaan Chinta.
Aku masuk ke bilik menyiapkan baju Chinta. Suka sangat dia dengan babahnya itu. Di hati. kecilku , aku memaafkan Luq kerana meninggalkan Chinta sekian lama dengan alasan dia pergi dapatkan rawatan. Aku bersyukur sangat melihat dia sihat semula.
Selepas Chinta pergi bersama babahnya. Aku untuk sekian kalinya mencapai album gambar perkahwinan kami yang aku simpan rapi. Aku melihat betapa cerianya wajah Luq waktu itu. Gembira sangat. Aku pun sama . Manakan tidak, dapat berkahwin dengan orang yang dicintai sepenuh hati. Sumpah, sampai hari ini aku masih cinta dia.
Wajah Luq hari ini aku nampak lebih tampan dengan kumis dan jambang nipis. Hampir saja aku tidak mengecamnya. Nampak macam hero cerita Bollywood yang kacuk dengan Mat Salleh gitu . Kalau nak cari peganti aku pun , petik jari berderet orang beratur nak interview, rasanya lah. Aku lupa pula nak bertanya....jangan-jangan dia dah kahwin kan? Mana tahu ...lama sangat dia hilang, entah-entah di sambar orang kaya Singapura hingga berhenti jadi cikgu. Boleh jadi kan ? Kalau dia masih menjadi suamiku bolehlah aku bangga sekejap ....hi..hi.. dapat suami yang sangat hensem, tapi apakan daya walaupun hensem, cemburu nak mampus. Tersangattttlah cemburu. Aku tak sanggup.
Jumaat datang lagi , macam biasa aku menerima bunga ros merah lagi dari si dia yang aku tidak kenali. Kali ini bilangan kuntumnya berjumlah Lima belas kuntum. Aku semakin pelik dengan bilangan bunga-bunga yang berbeza ni. Aku cuba google tentang bilangan bunga-bunga yang aku terima tu. Aku bukannya tahu sangat tentang semua tu.... Fuh! Lima belas bunga bermaksud minta maaf..... Aku cuba mencari siapalah yang membuat salah dengan aku ni? Tak ada tapi... ...mungkinkah itu Luq?
Dia macam tahu saja aku ada kat kampung ni. Mak pun macam faham ja bila aku dapat bunga. Siap dengan perli-perli lagi. "Amboih ..ada ke yang berkenan kat hang Lela....kesian kat depa. Hang suka hang ambik, kalau hang tak suka hang lempar macam tu ja. Tengok macam Luq dulu, merayu-rayu bagai, hang buang juga ."
"Mak....Lela bukan buang dia mak.... Lela cuma ..nak dia berubah saja . Mak macam tak faham dengan anak mak sendiri ." Aku sedikit tersentuh bila mak ungkitkan kisah lalu aku dan Luq. Aku bukan buang dia pun. Dia masih dihati aku, aku masih cinta. Tapi ....bila dia tak berubah aku hilang rasa ....rasa untuk menghormati. Aku takut berbuat dosa kepadanya setiap hari , sebab itu aku mengambil keputusan itu kerana aku tak mampu nak bersabar dan menerima dia seadanya.
Aku berbalik pada bunga yang aku terima...banyakk....cantik dan wangi. Seronok pula dapat banyak bunga. Aku letakkan dalam pasu. Teruja pula nak tahu makna di sebalik bilangan bunga yang aku terima dulu... Ada makna rupanya. Aku pun mencari info lagi ...rupanya....
satu bunga? bermakna cinta pandang pertama
dua bunga? luahan rasa sayang
tiga bunga? Aku cinta padamu
Lima bunga? Mengambil berat
Siapa yang menghantar bunga ni????...Luq ke? Macamana nak tahu bunga tu semua dari dia. Nak Tanya ke....Hish malunya......kalau bukan dia naya aku dan nak letak muka yang tak sememeh ni .
.......Sambung.......
Share this novel
Eeh xkan laila pulak cemburu... Tu la xsabar kan rindu Luq pulak dah mcm xsudi.. Ke Luq ni memang seorang yg romantic n manja laila yg xalert... Nnt update lagi tq