Selepas solat Luq menghampiri Chinta yang sedang tidur dan menciumnya. Aku yang berputeh mata melihat ciuman itu bukan untukku. Sedangkan aku betul-betul rindukan ciuman itu. Sampai hati Luq membiarkan aku begitu. Cari orang lain baru tau.. . Aku saja ja kata macam tu. Geram punya pasal. Kalau sampai ke telinga Luq mesti dia histeria tak pasal-pasal. Lucu juga kadang-kadang melayan orang yang cemburu buta ni. Tak apa aku dah tahu punca sebenar kejadian. Aku akan usahakan untuk meneutralkan kembali perasaan dia yang berkecamuk itu. Luq ni kena di pujuk macam Chinta. Manja. Aku terus membuntuti langkah Luq ke ruang tamu semula.
"Abang.... Cuba abang cerita kat mana abang jumpa Cik Din tu? Aku cuba menyentuh tangannya dengan jari aku yang runcing itu. Aku cuba dekatkan diri aku dengannya. Dia diam tidak menolak. Aku tahu hatinya sedikit sejuk bila aku sebut aku hanya ada abang Luq seorang saja.
"Jumpa kat kedai makan malam tadi ". Luq sudah mahu bercakap dengan aku walaupun dengan nada yang masih rajuk. Aku semakin mendekat, jariku sudah dapat membelai kumis dan bulu-bulu halus yang tumbuh rapat di dagu dan pipi. Luq sangat hensem di mata aku. Ya lah suami aku kan ? Siapa lagi nak puji. Jari - jari itu sedikit demi sedikit membelai dadanya yang bidang itu. Aku sudah dapat menghidu wangian tubuh itu.
"Dia kenal abang ke? Tak kan jumpa sekali dah kenal, abang kenal dia?" Aku cuba cari cara supaya Luq bercerita. Kalau dapat cara yang betul bebanan dia akan perlahan-lahan berkurang.
". Mula-mula tak lah.. Dia yang tegur abang dulu dan tanya betul ke abang ni suami Laila. Laila pun dia kenal masa kat restoran Pak Chop Western tu juga kan? Betul ke sekali aja jumpa dia? Entah-entah dah banyak kali jumpa dan Laila yang tak beritahu abang?" Bulat matanya memandang aku.
" Ish... Mana ada. Tak kan Laila macam tu. Malas la Laila nak layan orang macam tu. Lagi pun Laila bawa abang ke mana-mana macam abang pesan selalu tu" Tangan aku terus menjalar-jalar ke seluruh tubuhnya.
"Cik Din cakap apa tentang Laila?"
"Dia cakap dia jumpa Laila dekat hospital hari tu. Dia tolong beli makanan kerana dia nampak Laila letih menunggu giliran. Betul ke?
" Bukan saja beli makanan, sebenarnya dia ajak Laila teman dia makan. Tapi... Sorry la...Laila bukan macam tu suka ambil kesempatan. Laila sedar diri la abang. Laila tak lupakan abang masa tu sebab tu Laila terus menolak baik-baik. Laila tahu gelaran isteri perlu ada jurang dengan lelaki lain. Selepas Chinta di suntik, Laila terus balik rumah. Nasib baik tak selisih dengan dia waktu balik tu. Kalau tidak jenuh fikir alasan pula dengan orang tak reti bahasa ni. Abang jangan risau, Laila tetap bawa abang ke mana-mana.
"Kata jumpa sekali tu ja... Ni jumpa kat hospital pula dah jadi dua kali. Siap ajak teman makan? Huh...Laila tipu abang kan ? Tu nasib baik Langau tu bagitau, kalau tidak sampai sudah abang tak tahu cerita ni. Betul-betul gatal la lelaki tu. Bini orang pun nak try! Laila sengaja tak beritahu abang kan? " Suara Luq sudah bergetar menahan marah. Aku tahu dia terkilan kerana aku tak ceritakan pada dia. Aku tercari-cari ayat yang sesuai untuk menggambarkan suasana sebenar. Orang cemburu ni fikiran mereka selalu menggambarkan keadaan yang bertentangan. Perkara yang biasa-biasa boleh jadi luar biasa. Begitu biasa otak mereka memanipulasikan cerita.. Huh! Mulut aku ni, yang kau keluar cerita tu dah kenapa? Kan dah meroyan lelaki tu.
'' Laila bukan tipu abang... Laila ingat perkara ni biasa ja... Terserempak... Tapi betul abang... Laila tak layan dia pun. Laila cepat-cepat pergi selepas selesai kerja. Betul la bang. Kan Laila bawa abang ke mana-mana macam selalu abang pesan tu...." jenuh la nak yakinkan dia yang aku tak buat semua tu. Ayat kena padu beb.
Luq menggenggam tangan aku dan menciumnya. Dia cium tangan aku? "Laila.... Tolong cerita semuanya. Laila jangan buat abang macam ni. Kalau Laila tak cerita abang anggap Laila tak telus dengan abang. Ada lagi tak apa-apa yang Laila tak cerita dengan abang?" Luq memandang tepat ke mata aku. Dia mahukan kejujuran. Aku tahu.
" Selepas balik rumah hari tu dalam dua jam tu macam tu dia telefon Laila. Tak tahu mana dapat nombor telefon rasanya Ika yang bagi. Dia bagitahu yang dia beli apam balik untuk Laila. Dia terkilan Laila dah balik. Tapi Laila dah blok nombor tu, abang jangan risau ". Adusss!! Mulut aku ni boleh tahan bebelnya , yang gi tambah cerita apa hal. Nanti Luq lagi gelisah. Sudah....
"Itu pun nak bagitahu. Dia tu gigih nak bergatal dengan Laila. Laila tahu tak? Lepas ni... Kalau jumpa dia tak payah layan dia. Jangan sampai abang dapat tahu yang Laila yang beri nombor telefon tu pada dia" Ish... Amaran macam tu dia beri aku. Nasib baik bukan aku yang bagi nombor tu, kalau tidak meledak perang dingin aku dengan dia. Fuh!!
"Ish... Mana ada. Sumpah. Laila tak pernah pun buat macam tu. Mungkin dia dapat nombor tu dari Ika. Kalau betul la Ika yang bagi, tahu la apa yang Laila nak buat. " kalau betul macam yanh aku fikirkan, memang nahas Ika ni. Dia pun tahu Luq jenis cemburu. Macam sengaja pula nak buat aku dan Luq bergaduh.
"Laila... Tolong abang sayang. Hari-hari abang tak tenang bila terfikirkan Laila. Sebelum ni abang betul-betul percayakan Ika. Sebab tu la... abang boleh tahan bila berjauhan dari Laila. Laila ni cantik sangat, abang risau sayang berubah hati.
Hatiku mula berbunga bila Luq kata, aku cantik. Macam tak percaya pula. Kita kena percaya pada suami kita kan? Bila di fikirkan balik.. Biarlah apa orang kata kita buruk asalkan cantik di mata suami. Hah gitu.
"Abang sayang Laila sepenuh hati abang. Abang tak nak siapa-siapa pun dekati isteri abang. Kalau boleh abang tak nak orang pandang isteri abang. Hanya abang yang boleh. Paling abang takut isteri abang ni akan berubah hati" Luq mencuit hidung aku manja. Hum....dah sejuk hati la tu. Kan aku dah cakap... Luq ni kalau normal... Baik aja dia.
"Abang... Esok majlis Ika abang nak pergi tak? Laila rasa berat sikit nak pergi lepas kejadian hari tu. Lagi pun Laila takut jumpa Cik Din tu, Cik Din tu kan kawan bakal suami Ika. Laila takut abang akan berubah watak bila jumpa dia. Kita tak payah pergi lah ya... Kita cakap kat Ika yang kita ada hal.
" Ika tu bukan kawan baik Laila ke? Sampai hati kawan baik dia tak datang di majlis bersejarah dia. Jomlah pergi...kalau Cik Din kacau Laila boleh je abang bagi dia sebijik ni" Kata Luq sambil menggenggam penumbuknya tu. Aku tahu Luq saja menguji aku. Nak tengok akal aku. Kalau cakap nak pergi maksudnya aku nak jumpa Cik Din tu la. Aku tahu dalam hati Luq, dia mengharapkan aku tak pergi.
" Ha.. Tu la...Betul Laila teka, kalau abang jumpa dia macam tu lah kejadiannya. Orang kata cemburu buta. Bini tak cantik mana pun, kawal macam bini tu ratu cantik. "
" Ish... Kalau tak cantik maunya abang cemburu sampai macam ni. Ya la orang lain mana tahu. abang saja yang tahu kat mana istimewanya isteri abang ni. Apa pun orang cakap tentang Laila, Laila tetap cantik di hati abang. Laila perlu ingat satu benda.....Selagi Laila ingat pesan abang, kita akan hidup bahagia sampai mati"
Luq kalau bercakap, lembut gigi dari lidah. Kadang-kadang aku lupa kelemahan diri aku sendiri. Sentiasa aku rasa sempurna di sisinya. Tapi.... Kalau cemburunya datang... Fuh!! sekali aku rasa mahu melayang atau mahu terus lenyap dari muka bumi ini.
"abang tu cemburu lebih sangat, kadang-kadang Laila jadi tak seronok la..abang sayang Laila kan? ." aku cuba luahkan apa yang aku rasa. Aku takut Luq salah faham. Aku cuba menyusun ayat supaya dia faham apa yang aku rasa. Sungguh... Kadang-kadang cemburu membuat aku rasa sedikit benci pada dia. Kalau mood dia elok... Aku akan ambil peluang Luahkan perasaan. Tapi kadang-kadang tak sampai apa yang aku sampaikan.
"Mestilah sayang. Laila satu-satunya isteri abang. Kalau ada dua atau tiga... Mahunya kena bahagi kasih tu. Laila dapat sikit saja. Sebab tu abang suka kawal Laila sebab kasih abang pada Laila semuanya. Abang mahu sayang abang dihargai. Mahal tau... satu dalam sejuta.
"Kalau sayang.... jangan cemburu sangat. Kontrol la sikit. Boleh hilang sayang tu sikit-sikit tau... Lama-lama boleh habis." aku cuba berkias walau dalam hati aku berharap sangat Luq faham.
Luq tahu aku tidak suka perangai dia itu. Sudah banyak kali dia minta maaf apa yang dia buat pada aku bila sakit cemburunya datang. Aku pun selalu sahaja memaafkannya. Aku tahu Luq akan jadi sebaik-baik manusia kalau fikirannya normal. Aku pun tak tahu kenapa aku menjadi seorang yang pemaaf bila dia mohon maaf pada aku. Mungkin aku tahu semua yang dia buag pada aku akan berakhir dengan penyesalan. Sebab tu aku tak ambil bab sangat. Aku tahu Luq marah tak lama.
"Trutt.... Trutt.... Telefon aku berbunyi. Kenapa lain benar bunyinya. Mungkin dari orang yang tiada dalam list kenalan aku. Aku pandang Luq.
" Siapa? "Luq memandang aku. Aku mengangkat bahu. Angkat la.... Aku menggeleng takut sebenarnya. Aku dah takut nak jawab telefon dari orang tak di kenali tambah-tambah di depan Luq. Telefon berhenti berbunyi setelah beberapa saat.
"Trutt.... Trutt.... Berbunyi lagi. Luq terus mencapai telefon aku dan menekan butang hijau.
" Hello..... "
" Hello.... Opp! Encik Luq ke?
" Ya saya. Siapa yang bercakap ni....
" Ni Cik Din.... Nak cakap dengan Laila boleh? "
" Amboi!! Kenapa nak cakap dengan dia ? Ada kerja apa?" muka Luq nampak bengis semula. Apa hal pulak ni!!!
....... Sambung.....
Share this novel