Bab 70 Epilog

Short Story Completed 83757

Sayup- sayup aku terdengar suara Luq memanggil... Aku buka mataku perlahan. Terasa tanganku di genggam erat.

". Abangg ...mana baby? ". Hanya itu soalan pertama ku. Aku mahu tahu tentang anakku. Luq menolak katil bayi menghampiri ku.

" Baby tidur sayang, biar dulu. Sayang tak kuat lagi tu rehat dulu. ". Aku hanya memandang bayi montel yang sedang Lena pulas itu. Aku sedikit terkilan melihat hanya seorang bayi didalam baby cot itu. Bermacam andaian buruk bermain di fikiranku.

"Laila rasa sakit dua Kali tadi....anak kita ada dua kan abang? Jangan cakap Laila mimpi. Laila tahu ada seorang lagi tadi ,wajah dia sebijik macam abang...tapi dia...." Belum habis aku cakap...Luq sudah mencelah ...tak nak aku cakap lebih-lebih la tu.

" Laila...jangan risau anak kita ok. Dia cuma kurang oksigen . Dia kuat macam abang..sabar ya...doktor masih merawatnya. Laila kuat juga kan? Sekejap lagi kita boleh tengok yang seorang lagi tu..." Luq memujuk dengan lembut.

"Betulkan baby kita ada dua orang kan?". aku cuma mahukan kepastian.

"Betul sayang...baby kita ada dua ... anak kita dah empat sayang." Luq tersenyum manis lalu mencium tanganku. Dia cium pipi aku berkali-kali. Jelas terpancar wajah gembira Luq.
"Terima kasih kerana melahirkan anak -anak abang"

"Abang akan pergi Singapura kan malam ni? Laila dah selamat dah bersalin ....abang bolehlah pergi dengan tenang."

"Sayang ni...abang tak pentingkan kerja pun ..abang akan jaga sayang hingga sayang sihat sepenuhnya ...abang tak kan pergi Singapura bulan ni demi sayang". Aduhh....tersentuh benar hatiku dengar kata-kata Luq.....begitu penting aku di matanya. Aku bahagia mendengarnya. Tangan Luq yang ku genggam erat itu ku bawa ke mulut Dan menciumnya .

"Sudah datang....anak ibu datang ni". Seorang jururawat menolak satu lagi katil diikuti oleh doktor Syuhada.

" Encik Luq Bakhtiar ...ini baby kedua. Kecil kecil lagi dah hensem macam ayahnya. Bertuah Tuan dan Puan. Puan Laila boleh cuba pegang dan susukan ya...Anak Tuan Puan perlu di pantau lagi sehari dua ni. Dia masih lemah, Puan perlu kerap susukan dia. Dia berebut nutrisi semasa dalam kandungan. Abangnya dah ambil lebih..."

" Maksud doktor....baby ni tak boleh balik lagi ke?

" Ya , Puan. Kita risau kalau kalau jantungnya lemah. Kita harapkan keadaan ya lebih baik dari yang ini. Kalau dia boleh minum susu dengan baik ...Insyaallah dia akan membesar dengan baik.

Alhamdulillah....Tiada kata yang dapat digambarkan berapa gembiranya aku melihat bayiku yang di bedung kain napkin itu. Hampir sahaja aku putus nafas dek terkejut melihat tubuhnya yang lembik ketika keluar dari perut aku ketika itu. Aku fikir dia sudah tidak bernyawa. Itu semua kuasa yang maha esa. Aku besyukur sangat.

Bangganya Luq kerana benihnya dapat menghasil dua anak sekaligus. Lelaki pula ....memang bertuah sungguh kami. Aku berharap dua putera kami hidup dengan sihat dan menjadi anak soleh yang boleh membawa kami ke syurga. Amin.

" Bu....bu....bah..." Qaseh yang masih pelat berlari-lari ke arah kami, diikuti langkah emak dan ayahku, Chinta dan juga adik Na. Terhenti langkahnya Qaseh bila melihat dua bayi di sebelah aku. Terkebil-kebil mata bulatnya. Luq terus mendukungnya sambil menunjukkan adik-adiknya. Chinta pula tersenyum teruja melihat dua adik kembarnya yang comel itu.

" Kenapa tak sama besar adik Chinta ni ibu" Tangannya menggosok perlahan pipi kedua-dua baby dengan lembut. " Comelnya."

" Ouh.... adik Chinta ni berkongsi makanan dalam perut ibu. Adik bob tu dapat makanan lebih sikit sebab tu dia besar . Adik Cik perlu minum susu lebih sikit baru dia jadi montel macam adik bob" Tak tahu nak terangkan macamana...aku hentam ikut kemampuan aku saja.

"Comelnya adik-adik Chinta dan Qaseh ni...dua orang pulak tu ..tak sangka kan..kembar rupanya..patut mak nampak perut Laila tu besar ...." kata emak sambil mengangkat baby berganti-ganti. Diciumnya berkali-kali. Semua orang nampaknya teruja bila baby mukanya disangka seorang rupanya kembar yang tidak dijangka . Happynya lain macam sangat. Aku sangat bersyukur.

.........

Enam bulan sudah usia bayi kembarku. Alhamdulillah....kedua baby membesar dengan sihat . Si adik sudah membesar hampir sama berat dengan abangnya. Riuh juga rumah aku malam-malam jika semua anak aku berkumpul. Luq masih juga ulang - alik ke Singapura setiap hujung bulan . Sekali -sekala kami akan mengikut Luq bercuti ke sana.

" Sayanggg... abang dah tak berurusan lagi dengan Klien di Singapura lagi bulan depan. Abang ada satu rahsia nak cakap kat Sayang. Sayang jangan terkejut tau. Sayang dengar dulu cerita abang sampai habis ya .. lepas tu baru komen tau."

" Ish ...abang ni...apa ceritanya tu. Suspen betul lah abang ni" Aku sambut dengan senyuman kata-kata Luq..untung untung ada berita gembira yang Luq nak beritahu. Teruja aku mahu mendengarnya.

"Janji dulu dengan abang...tak boleh marah-marah ..tak boleh masam muka ....Mesti dengar sampai habis tau cerita abang". Luq masih mahu aku berjanji lagi. Aku pula semakin tidak sabar mahu tahu.

" Ya...lah...ya lah...Janji...." Aku setuju tanpa berfikir panjang. Tak sabar pula nak dengar apa yang nak diceritakan tu"

"Sebenarnya ....dekat Singapura tu , klien yang abang jumpa tu sebenarnya perempuan. Dia kan....err..dia suka abang dan ajak abang kahwin.". Sambil menelan liur Luq bercerita. Aku sudah panas telinga.

" oooh...ya ka? selama ni abang pergi jumpa dia ke abang? " Bergetar sedikit suara aku menahan sebak. Aku cuba buat selamba tapi air mata aku tak dapat menipu perasaan ku...."Sampai hati abang buat Laila macam ni...hu..hu ..". Bagai mahu pecah dada bila aku Cuba menahan kecewa. Terbit penyesalalan memberi peluang kedua kepada Luq. Aku di sakiti lagi. Air mata aku terus merembes laju. Tidak ku sangka cerita yang ini yang sampai ke telingaku . Aku betul-betul kecewa.

" Jangan menangis sayang.....kan abang minta sayang dengar dulu cerita abang sampai habis. Lepas ni sayang boleh saja hukum abang. Abang terima apa sahaja. hukuman ."

" Dia tahu abang dah kahwin, tapi dia nak juga kahwin dengan abang. Dia siap minta izin nak jumpa Laila tapi abang tak kasi. Dia cuma nak pujuk Laila supaya setuju bermadu dengan dia.". Selamba saja wajah Luq menyambung cerita itu sedangkan hati aku terlalu sakit menahan rasa . Sakit sangat-sangat.

Aku tak mahu mendengar lagi....dada aku mengetat seperti ada batu menghempap. Tak boleh bernafas kalau aku terus menghadap dia. Aku perlu keluar dari rumah itu. Luq ternampak kecil di mata aku ini , rasa mahu sahaja ku pijak-pijak tubuh itu biar terus jadi lempeng. Aku cepat- cepat bangun dan melangkah meninggalkan dia yang masih tersengih-sengih itu. Benci sungguh aku melihatnya. Mahu saja aku renyuk wajahnya itu macam surat Khabar buruk.

"Hey....Sayang....sayang.....abang belum habis cerita lagi. Kan tadi dah janji nak dengar sampai habis....kenapa mungkir janji ni...Sayang". Luq masih boleh tersenyum-senyum melihat aku meroyan. Sampainya hati dia. Aku melangkah juga menuju pintu bilik. Luq menarik aku dalam pelukannya. Aku meronta minta dilepaskan.

" Abang sayang Laila dan anak-anak kita. Tolong jangan pergi abang belum habis cerita lagi."

"Cerita ...cerita ...cerita....itu yang abang tahu. Abang tahu tak hati Laila ni sakit sangat.
Laila tak kan bermadu dengan dia la. Kalau abang nak sangat..pergilah...lepaskan Laila dengan segera"

"Ish.. kenapa marah-marah ni ? Kenapa minta abang lepaskan Laila ....teruk sangat aih.... Abang bukan minta izin nak madukan sayang pun. Abang cuma cerita sahaja yang dia nak kahwin dengan abang , itu aje"

" Itu aje? Senangnya cakap.....baiklah...sekarang ni tak payah berdalih-dalih....cakap sahaja yang abang sayang nak lepaskan dia. Laila akan undur diri kalau abang mahukan dia"

" Sampai hati sayang nak tinggalkan abang ketika cinta dan sayang abang pada sayang terletak paling atas . Abang tak pernah mungkir janji ataupun menyimpan niat nak tinggalkan sayang dalam apa jua keadaan pun."

" Abang tamak kan? Kalau dah tak suka Laila lagi..Laila boleh pergi.. maklumlah Laila dah tak macam dulu....Longgar itu ini....nak cari yang lain la pula kan...yang ketat dan memenuhi kehendak abang. Itu yang abang nak kan ?..fine..sekarang pun Laila boleh pergi la...". Terasa aku bukan berada di atas tetapi di tapak kakinya. Aku cuba mencari kelemahan diri yang membuatkan Luq memilih perempuan lain.

"Kenapa nak pergi....abang bukan minta izin nak kahwin dengan dia. Abang cakap...dia nak kahwin dengan abang!!!"

" Habis tu abang setuju????

" Ha....Tanya pun....soalan macam tu la patut Laila tanya abang, baru abang boleh jawab. Ni belum jawab dah meroyan dah..." terkedu aku sebentar. Betul juga kata dia kan? Aku tak dengar pun dia kata setuju nak kahwin dengan perempuan tu . Aku terdiam terus.

" Abang tak layan pun permintaan dia tu, salah satu sebab abang tak nak berurusan ke sana lagi adalah sebab ini lah.... Abang tak nak dia menaruh harapan yang tinggi pada abang. Abang bukan sorang-sorang berurusan dengan dia tau. Setiap Kali abang jumpa dia...Malek akan ikut sekali, PA abang ni yang terbaik."

"Abang sentiasa jaga diri la sayang... ingat tak pesan abang pada sayang dari dulu sampai sekarang. Jangan buka ruang untuk orang lain dalam hidup kita. Abang selalu elakkan dari bertemu dengan orang yang ambil kesempatan." Aku jadi malu sendiri. Luq memang minta aku berjanji dengar ceritanya hingga habis, rupanya dia nak jelaskan sebab dia tidak mahu ke Singapura lagi. Tiba-tiba aku rasa mahu mengerjakannya.

"Abang ni jahat tau....abang betul-betul jahat....abang akan terima balasan ". Aku naik hantu sekali sekala...aku tumbuk-tumbuk manja dada bidang yang telanjang itu. Aku tolak dia hingga jatuh terlentang atas katil ....aku panjat tubuh yang hanya bertuala itu. Entah apa yang merasuk aku waktu itu..sepertinya terkena ubat perangsang pula...aku terus mengerjakannya dan Luq hanya membiarkan sahaja gilanya aku.

Selepas tersedar ..aku pula yang jadi malu....aku tutup muka dengan selimut. Luq menarik perlahan selimut yang menutup tubuh aku. Perlahan dia mendekatkan bibirnya ke telinga aku dan berbisik " sayang......abang nak lagi macam tu"...please..... " Aku terus bangun terduduk dan ku cubit-cubit seluruh tubuh itu....sehingga Luq berlari ke bilik air....sakit la tu.

Aku tersenyum mengingatkan peristiwa tadi...tak pasal-pasal kena mandi wajib. Luq keluar dengan sengihan gatalnya. Mahu mengusik aku lagi lah tu.

........

" Sayang.....abang dah booking flight kita ke Bali. Hujung minggu ni abang ambil cuti seminggu. Kita sambut anniversary kat sana ya."

"Betul ke abang? Bestnya....anak-anak sekali ke abang?

" Ya...kita akan bawa semua termasuk mak ayah dan Dik Na sekali"

" Seronoknya....Emak dan ayah tak pernah lagi ke Bali. Mungkin dia orang suka. Terima kasih abang"

" Terima Kasih saja tak cukup sayang...abang nak lebih."

" Nak lebih?? Apa?" Tertanya -tanya aku apa yang lebih tu....Aku pun tak dapat fikir.

" Ehem....ehem...yang macam hari tu. Special sangat sayang. Abang tak dapat lupakan serangan Cinta dari sayang hari tu...terkejut abang tau tapi best sangat...abang nak macam tu lagi boleh??"

"Nak lagi...kejap ...tunggu situ jangan lari....". Aku menghampiri Luq lalu mencubit bertubi-tubi. Luq mengingatkan aku tentang perkara itu lagi. Aku malu sebenarnya .

"Bukan abang nak di cubit tapi...abang nak ini..." Luq terus memelukku erat dan mendaratkan ciuman keseluruh tubuhku "

Aku menyintai Luq sepenuh hatiku. Cintaku tulus dan abadi. Sepanjang perkahwinan kedua aku dengannya aku berani meluahkan rasa cinta ini tanpa ragu-ragu. Aku percaya Luq juga begitu. Yang penting Luq sudah boleh mengimbangkan rasa cemburunya mengikut keadaan. Ya...kepercayaan pada pasangan itu lebih penting daripada terus menghukum tanpa usul periksa .

Aku mula menyedari sikap cemburu itu hadir selari dengan rasa cinta kita. Cemburu itu menguatkan hubungan. Jika cemburu bermaksud pasangan betul-betul memerlukan kita. Cemburu itu menunjukkan kesungguhan pasangan pada kita. Bayangkan jika pasangan kita tidak cemburu dan membiarkan kita melakukan apa saja , kita tidak akan rasa dia betul-betul perlukan kita.

Sejak Luq pandai menyembunyikan rasa cemburunya....aku kadang-kadang bertanya dia sudah tidak sayangkan aku lagi ke? Sebenarnya dia sudah menaruh kepercayaan sepenuhnya pada aku. Dia tahu aku tak akan buat sesuatu yang dia tidak suka di belakangnya. Aku bersyukur dapat memilikinya yang hampir sempurna di mataku. Dia suami yang baik dan bapa yang hebat untuk anak-anak aku bahagia dengan kehidupan kami. Silapnya dulu membiarkan sakit cemburu yang keterlaluan menguasai dirinya.

......TAMAT......

Sampai waktu Sakitnya Cemburu melabuhkan tirai. Sebenarnya Sakitnya Cemburu adalah novel pertama eFzet yang lama tergantung. Maaf ya jika Bab akhir ini sedikit membosankan. eFZet kekurangan idea . Semoga pembaca semua dapat sesuatu dari novel ini. Harap terhibur semua.

Share this novel

DHIA ARYA
2025-02-18 22:55:46 

Yeaaa akhirnya.....brsama bahagia depa. kiter yg bc pon trsengih2. Tahniah Author. Best sgt.

Hawani Hashim
2024-01-04 20:49:10 

Tq dah tamat laila dan Luq bahgia bersama anak2 bederet


NovelPlus Premium

The best ads free experience