Semenjak itu, aku dan Luq selalu juga keluar bersama. Dia macam happy sangat. Aku pun happy sebenarnya, tapi aku tak menaruh harapan yang tinggi untuk step seterusnya. Aku tahu Luq masih banyak waktu untuk memilih mana yang terbaik untuknya.
Aku nampak kesungguhan Luq nak berkawan dengan aku. Semua orang tahu, Luq rapat dengan aku. Mungkin cuma sebagai kawan biasa kerana aku dan Luq umpama langit dengan bumi.
"eh.. Luq dengan Laila tu bercinta ke?" Aku terdengar seseorang bertanya. Aku memasang telinga disebalik pintu tandas.
"Rasanya tak lah, mana padan. Laila tu kan gedebab, mau ka Si Luq tu?"
"Gedebab gedebab dia pun, kau tengok kulit dia putih mulus beb, siapa tak geram, aku pun geram tengok, comel jerr Laila tu. Selalu juga orang jumpa mereka berdua."
"ya ka? Melepas lah Seri.
" Kenapa dengan Seri"
"Eh, diakan minat dengan Luq, kau tak ingat ke, dia kan tergedik tergedik masa mula Luq perkenalkan diri masa sem satu hari tu"
"Oh...yang itu, ya.. ya... Seri kaya gedik tu.... Ha. Ha... Kelakar lah, aku baru ingat.
" Jomlah... Lama pulak kita kat sini.
Bila dengar pintu tertutup, aku pun keluar dari bilik kecil tu. Fuh! .. Macam macam... Gedebab la apa la... Aku merungut kecil tak tahu nak komen apa apa. "Comel ke aku?" ish... Macam tak jer.
Di sudut hati kecilku, aku bangga berkawan dengan Luq. Dia tak pernah ambil kesempatan pada diriku. Dia tidak pernah memaksa untuk aku terima dia, dia serah aja semua pada aku.
Aku selesa, keyakinan diriku meningkat .
Aku mula menjaga penampilanku. Bermula dari situ aku begitu peduli dengan berat badanku. Bermulalah episod.. Berkata tidak kepada gula.
Aku kurangkan makan makanan dan minuman yang manis.
"Wah, bagus kau sekarang, air suam aje yang kau minum, patut aku nampak badan kau susut sikit." ika mulakan bicara.
"ala... Sikit jer turunnya. Lepas ni aku nak diet makanan pulak. Kau tolong aku ika. Tolong bagi menu diet kau tu. Kot kot boleh dapat berat ideal." aku berkata selamba, entah entah boleh ikut ke tidak.
"Senang je... Sebagai permulaan, Kau haramkan makanan bergoreng, jauhi makanan berminyak. Aaa.. Lagi satu katakan no pada jajan jajan.
Kau cuba dulu."
"Okeyyy.... Aku try". Lepas ni kita tengok menjadi ke idokkkk. Ha.. Ha.. "aku pun tergelak sendiri tak yakin dengan diri sendiri.
*******sambung*******
Share this novel