BAB 8. Debaran

Short Story Completed 83757

Macam ni, bulan lepas mak Si Zaheer tu ada tanyakan ayah pasal hang, nak merisik untuk Zaheer katanya. Nak tunggu hang balik la nak tanya. hang suka ka tak?" kata-kata ayah membuatkan aku ternganga luas, terkejut beruk aku dah tu tertelan liur sendiri pulak. Patutlah mamat tu pandang aku semacam ja tadi, macam nak menggoda pun ada. Aku mula teringatkan janji-janji aku pada Luq. Masa ni lah aku terfikir nak cerita pasal Luq pada ayah dan mak. Tuhan tolonglah beri aku kekuatan.

Ayah masih menanti jawapan aku tentang risikan dari mak Zaheer tu. Aku buat buat sibuk hidang nasi kat dapur.

" Kak Lela... Cuti lama ka?" Tiba-tiba suara adik yang baru balik sekolah menerpa. Nasib baik adik menyelamatkan keadaan. Sempat la aku menyedut nafas semula setelah putus nafas dengan soalan ayah tadi.

" urmmm, cuti dalam 3 minggu, awat adik? Ada projek ka? Aku cuba lari dari soalan ayah tadi, harap-harap ayah tak tanya lagi soalan lagu tu, aku tak suka.

" Tak la kak, saja tanya. Bestnya kak balik, tak la sunyi adik nanti"

" Macamana Lela? Ni orang tanya buat tak dengaq pulak! " ayah mengeraskan suara, bunyi macam tegas, naik takut aku.

"Ish ayah ni.... Tak mau lah... Orang nak kerja dulu, nak pegang duit sendiri. Tak sabaq nak menantu ka? Bagi la Lela kerja dulu, kumpul duit"

"Ala... Orang tu dah kerja pun, nanti dia dah boleh sagha hang, dok kalut nak pegang duit sendiri buat apa." Mak pulak menyampuk geram gamaknya dengan jawapan aku.

" Kenai pun gitu-gitu ja...mana tau abang Zaheer tu kedekut, naya Lela ni mak, tak rasa nak pegang duit laki. Lela tak mau la mak, Lela dah ada kawan... " Opp! Tercakap sudah. Lega rasa bila terkeluar kata. Tak payah susah-susah nak cari ayat sesuai nak cerita pasal Luq, harap-harap ada soalan yang keluar dari mak atau ayah tentang Luq. Mulut aku dah berkobar- kobar nak cerita pasal Luq.

" Baru kawan aja bukan laki. Ada dia sebut nak mai minang hang ka? Kalau dak maksudnya kawan biasa saja, jangan dok berharap orang macam tu."

Aku macam blurr sikit, terfikir sekejap bila ayah sebut macam tu. Terkebil- kebil aku nak remind balik kata-kata Luq. Betul ka dia kata nak pinang aku. Bila aku fikiran aku waras semula baru aku ingat dia nak bertunang dengan aku, maksudnya nak meminang la kan.

" Ada ayah... Tapi Lela cakap nanti la dulu, nak bagitau mak dengan ayah dulu. Dia pun diam la tunggu Lela on baru dia mai minang" aku memberanikan diri berterus terang dengan ayah dan mak.

"Jom lah makan dulu, nanti sejuk nasi tu " Mak dah ajak makan. Asyik sembang sahaja sampai lupa juadah dah terhidang. Kecik juga hati aku mak dan ayah tak tanya lanjut pun tentang Luq.

Gulai buah munggal sudah terhidang atas meja. Pecah liur aku. lama betul liurku meleleh dek ketagihnya gulai ni. Tambah pulak mak goreng ikan pekasam dan kangkung goreng belacan, kena pula makan nasi panas-panas.. Aduh.... Tak tertahan nak melahap macam tak makan sebulan, terus lapar.

"Sapa budak malang tu Lela, yang berkawan dengan hang tu" Mak bersuara lagi sambil menyedok nasi untuk ayah.

"Malang kenapa mak? Mak tak terima dia ka?" Hairan aku mak cakap macam tu.

" Huh.... Malang nasib dia la dapat anak mak yang namanya Laila Suhaila yang debab ni.? Sambil tersengih mak perli aku.

" Aik mak tak hairan ke, macam ni punya debab pun dah ada orang risik, entah entah mak abang Zaheer tu tak tahu pun yang Lela ni dah debab sejak masuk u. Sebab tu mak dia risik Laila, abang Zaheer tak tahu pun. Kesian dia nanti dapat menantu debab, gigi pun tunggang langgang" Aku mengakui kekurangan aku sendiri.

"Eh kak, gigi macam tu manis la... Bukan teruk pun, adik dulu teringin nak gigi macam tu. Manis la kak. Kak tau dak Abang Ek tu dah lama la suka kakak, adik dia yang cakap kat adik "

"Adik jangan nak mengada, Kak pun kenal gitu gitu ja dengan abang ek kau tu.. Tu pun lepas dia bertunang dengan Kak Intan. Macamana pula adik kata dia suka kakak" Aku memang tak percaya langsung bila adik cakap macam tu.

"Akak ingat dak yang adik selalu cakap, abang kawan adik kirim salam. Abang kawan adik tu abang ek tu la.... Saja adik tak cakap nama, takut kakak marah. Masa tu kak bukan kenal abang ek pun.

" Masa jumpa abang ek kau tadi, macam dia tak kenal kak pun.. Mesti kerja Mak dia aja ni, abang Zaheer tu entah tak tahu apa pun" Aku macam tak percaya pulak dia suruh mak dia yang risik aku.

" Mak dia yang cakap, Ek tu tiba-tiba tanya hang. Lepas tu dia cakap suruh risik kot hang taK dak sapa-sapa lagi, boleh la dia masuk minang"
Mak jelaskan terperinci.

"Eh, jangan la Mak, Lela tak mau la terikat dengan abang Zaheer tu. Lela rasa dia pun belum betul-betul kenal Lela, lagi pun Lela dah janji dengan Luq." aku sengaja petik nama Luq. Aku ada la gatal gatal sikit nak ceritakan tentang Luq.

" Ouh... nama budak tu Luq? Orang mana? " Ayah akhirnya tanya tentang Luq. Yesss.!!!aku akan cerita semuanya.

" Orang Perak ayah , nama dia Luq Baktiar, sama kelas dengan Lela tapi dia tua dua tahun dari Lela. Tak tau la pasai apa dia nak kawan dengan Laila". Aku bercerita sambil suapkan nasi ke mulut. Enak sungguh masakan mak ni.

"Anak mak ni kan comel, debab-debab pun ada rupa. Mesti Luq tu nampak keistimewaan hang sebab tu dia nak kat hang" Mak memuji lebih pulak. Kembang kempis hidung aku termakan pujian.

….…..............

Selesai makan dan kemaskan dapur, aku terus ke bilik untuk solat zohor dan berehat. Secara tiba-tiba dada aku berdebar dan teringatkan Luq, mungkin dia sedang ingatkan aku, aku rasa saja. Aku terus mencapai telefon dan mendail nombornya.

"Assalamualaikum.....Luq Baktiar" Aku terus memanggil nama penuhnya. Rasa rindu pula bila tak jumpa. Selalunya bila hari hari jumpa aku tak rasa macam ni.

'' Waalaikumussalam.... Laila Suhaila. Hey apa cerita di sana? Rindu saya ke? Lain macam panggilan ni. " Suara Luq terdengar ceria, mungkin dia tunggu aku call.

" Sebenarnya saya nak bagitau awak ni, ada orang merisik saya, orang kampung ni juga" Aku direct to the point gitu. Saja nak tengok reaksi dia. Kecewa ke tak.... Kalau betul dia nak kan aku mesti dia buat sesuatu. Jahat juga aku kan

"Laila.... Awak ingat janji awak kan... Awak cakap nak bagitau parent awak kan tentang kita! Awak jangan macam macam. Dia baru merisikkan? Hantar location rumah awak, saya nak bawa family saya pergi meminang terus kalau gini" cemas sedikit suaranya. Aku tekup mulut tahan gelak. Respon positif.

"Macam ni Luq, saya belum sempat nak bagitau parent saya tentang awak, nampaknya mereka suka orang yang merisik saya tu, hensem katanya" aku terus tahan ketawa.

"Laila... Laila dengar sini. Awak tunggu saya okey. Jangan setuju, saya serius dengan awak dari dulu, tapi awak yang buat tak tahu saja, jangan buat saya macam ni, " Luq menelan liur dan terdengar kesedihan dari kata katanya. Kesian pulak aku.

"Luq saya minta maaf, sebenarnya... saya dah bagitau keluarga saya tentang awak, tapi belum tahu keputusan mereka, so nanti apa apa berita saya bagitau awak, jangan risau okey. Saya letak fon dulu ya " aku berterus terang dengan Luq, harap-harap dia faham. Sebenarnya aku mula rasa debaran di dalam jiwa, mungkin sedikit rasa cinta.

"Baiklah, ingat janji awak Laila, jangan macam macam ya, jangan ubah fikiran tau ." Bye.

Aku putuskan talian dan terus merebahkan diri untuk berehat. Lapang rasa lepas aku ceritakan serba sedikit tentang Luq pada kedua orang tua aku. Aku pun dapat pejamkan mata dengan lena sekali petang tu selepas dengar suara itu.. .. Suara Luq Baktiar.

******sambung*******

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience