"Abang... Kenapa ni? Laila ada buat salah ke? Kenapa ni bang. Tak seronoklah cakap sorang-sorang. Macam orang gila"
" Pergilah cakap dengan si Hakim tu. Berdua-dua pulak tu. Tak malu, dah ada suami masih nak layan lelaki lain."
"abang.... Loh...Hakim ke ? sepupu Laila kot. Dari kecil la Laila kenal dia. Tak kan tak boleh Laila sembang-sembang biasa ja"
"Tak boleh ! Abang tak suka. Namanya lelaki abang tak boleh.
Semakin lama aku kenal LuQ Baktiar, semakin aku tak faham. Aku macam baru kenal dia. Segala kebiasaan yang aku buat segalanya jadi salah dimatanya.
Secara logik akal, memang salah tindakan aku. Misalnya bila berdua dengan Hakim. Bila fikir balik... Hakim tu aku kenal dari kecil. Dia dah jadi sebahagian dari keluarga aku. Mak dan Ayah pun tahu. Kami bukan ada hubungan apa-apa pun selain sepupu. Aku rasa tidak salah aku sembang dengan Hakim berdua begitu.
Sekarang ni aku pun keliru. Salah ke betul tindakan aku. Sekarang apa yang aku nak buat ni aku jadi takut. Aku nak sembang dengan Hakim aku jadi takut. Aku takut Luq marah. Aku nak jaga hati dia jadi aku diamkan sahaja walaupun dalam hati aku tak setuju tindakan yang dia buat.
Penyelesaiannya aku minta maaf dan mengaku kesalahan aku. Yang paling penting aku cakap tak akan buat benda itu lagi.
"Abang bukan marah sayang sembang dengan Hakim. Abang marah sebab sembang berdua walaupun dalam rumah mak. Kalau ada ramai di situ tak mengapa. Abang harap Sayang jangan buat apa yang abang tak suka"
"Ok abang. Baik.. Laila tak buat lagi" aku ulangi kata-kata itu supaya isu ini tidak berpanjangan. Bila aku fikirkan memanglah tak manis. Jika tidak ditegur mungkin aku tidak perasan.
Selepas aku minta maaf dan berjanji tak buat lagi, Luq menggenggam tanganku dan menciumnya.
"Abang sayang awak Laila, jangan buat yang abang tak suka. Janji dengan abang ya.. Jangan suka orang lain." Luq seperti merayu.
Aku pernah terfikir mungkin Luq Baktiar yang aku kenal pernah dikecewakan pada masa lalu. Aku akan selidik sendiri. Macam ada sesuatu yang dia takuti. Memang dia takut aku akan tinggalkan dia. Cemburunya aku rasa lain macam.
" Laila akan selalu dengan abang. Selagi abang sayangkan Laila selagi itu Laila akan ada dengan abang. Abang jangan risau ya. Laila janji." ayat yang perlu aku katakan untuk menghilangkan gundahnya. Mata Luq bersinar setiap kali aku berjanji tidak akan tinggalkannya.
Malam itu menjadi malam terindah aku. Aku nampak kasih sayang Luq dengan jelas. Aku tahu dia memang sayangkan aku. Dia terima aku seadanya. Segala kekurangan yang aku miliki terlihat sempurna dimatanya. Aku sangat bahagia. Aku memang sayangkan dia. Aku cintakan dia.
.......................
Aku tersedar pagi itu dengan tangan sasa itu masih melingkari tubuhku. Aku menarik tangan itu perlahan menjauhi tubuhku. Aku mahu bangun bersihkan diri dan bertahajud.
Hari ni ulangtahun pertama perkahwinan kami. Masih tiada tanda-tanda aku hamil. Aku bersyukur Luq tidak terlalu mendesak. Aku bahagia bersama dengannya.
Panggilan untuk posting pun belum ada. Kami masih seperti biasa. Aku akan mengajar jika diperlukan sebagai guru sementara manakala Luq pula sibuk dengan pusat tuisyennya.
Alhamdulilah... Pusat tuisyen kami sudah ada dua cawangan. Luq menyewa sebuah lagi rumah 4 bilik untuk dijadikan pusat tuisyen. Pusat tuisyen ni Luq akan serahkan kepada sepupunya Shukri untuk menguruskannya. Luq mencari tenaga pengajar dan kadang kala dia sendiri yang mengajar. Urusannya menjadi semakin sibuk.
Aku cuba minta nak pandu kereta sendiri kerana aku kasihankan Luq. Dia terpaksa hantar dan ambil aku tidak kenal waktu. Kadang-kadang ada aktiviti sekolah hingga ke petang. Jadual aku tidak menentu. Jadi Luq izinkan aku untuk memandu sendiri.
Mulanya aku pandu sendiri kereta Luq. Luq naik motor je ke mana-mana. Aku akan terus balik rumah jika tiada aktiviti di sekolah. Sejak kahwin aku jarang keluar dengan kawan-kawan kerana Luq sentiasa menemani aku ke mana-mana.
Luq jarang keluar dengan kawan-kawannya. Dia banyak masa bersama aku. Cuma kadang-kadang ada juga sekali dua Luq keluar lepak dengan kawan-kawannya.
Luq membeli aku sebuah kereta kelisa terpakai sempena ulangtahun perkahwinan kami yang pertama. Kereta itu masih baru. Mungkin tuannya jarang guna kereta tu. Walaupun usianya sudah 5 tahun, tapi ia tampak masih baru. Aku suka.
" Ada kereta ni, abang harap Laila jaga baik-baik. Drive juga elok-elok. Jangan langgar undang-undang jalan raya. Jangan berangan semasa memandu. Abang terlalu sayangkan Laila."
"Baik abang. Terima kasih beli kereta untuk Laila. Laila akan ingat apa yang abang pesan"
" Ya... Bagus. Itulah isteri abang, selalu dengar kata abang. Malam ni bagi hadiah kat abang tau"
"eh... Nak balasan pulak. Baik nanti Laila bagi hadiah special untuk abang. Tunggu tau." Aku buat muka menggoda sengaja nak usik Luq.
" Baiklah...hari ni abang tak nak pergi pusat tuisyen . Sayang dah janji kan..."
". Takut nyerr..... Tak... Tak....sori-Sori...Laila gurau gurau ja. Ampun bang. Laila kata bukan sekarang... "Aku pun jadi kecut pula dengan sengihan penuh makna itu. . Aduh.... Silap cakap.
*****sambung*****
Share this novel