Bab.11.Kahwin

Short Story Completed 83757

Kompang di palu pengantin malu.....Ya hari ni aku yang jadi pengantin itu . Akhirnya...... tiba juga saat aku bergelar isteri buat Luq Baktiar. Aku rasa bahagia sangat bila kekurangan diri ini diterima. Aku semakin yakin dengan diriku sendiri. Aku yakin Luq menerima aku seadanya. Dari jauh aku memandang Luq Bakhtiar dengan hati yang berbunga. Terpaku aku sejenak bila melihat aura pengantin yang hadir dalam diri Luq. Rasanya sudah berkali-kali aku jatuh cinta padanya..... dan aku yakin sekali cintaku sudah berbalas.

Luq menghampiri aku dan aku menyalaminya. Sungguh aku pertama kali menyentuh tangannya terasa dingin. Gementar barangkali. Dia menyentuh ubun-ubun dan mencium dahiku.
Ramai orang membuatkan aku malu-malu. Dia sempat memujiku dalam bisikannya. " Awak cantik Laila, terima kasih kerana sudi menjadi isteri abang". Aku tertunduk malu sambil menggengam dan mencium tangannya seikhlasku.

"Tahniah Laila. Hensem suami kau. Jaga elok-elok, tak sangka pula kau dapat yang elok, tak tembam macam kau. . ". Ucapan dari Ruby sepupu sebaya aku yang selalu kata aku gemuk.

Aku senyum saja, hari ni aku jadi permaisuri sehari, mana boleh gaduh. Lepas ni siap kau Ruby. Aku rasa macam nak kejar dia masa tu. Nasib baik sedar diri.

Aku nampak abang Zaheer menapak ke arah aku. Aku senyum dan dia ucapkan tahniah kepadaku dan menyalami Luq. Dia memberi aku sebuah beg. Hadiah perkahwinan katanya. Aku terus ambil dan mengucapkan terima kasih dan waktu itu aku terperasan perubahan wajah Luq beserta telinganya jadi merah. Aku buat biasa. Buat-buat tak nampak tapi dalam hati aku " cari pasal betul la... Tak pasal-pasal kena pujuk pulak niiii.."

Rakan UPSI ramai juga yang datang maklumlah aku dan Luq sama sama belajar kat sana. Dalam ramai-ramai tu tidak ketinggalan Seri. Aku nampak Seri yang dah hilang seri tetapi dia sempat mengucapkan tahniah kepada kami.

Selepas tetamu pulang, aku masuk ke bilik untuk membersihkan diri dan solat Asar. Luq masih melayan rakannya yang datang dari Perak, kawan sekolah katanya. Selesai mandi aku rasa sangat selesa setelah berpeluh ketiak melayan tetamu yang hadir. Aku tunaikan solat dengan rasa syukur. Aku kenakan baju kurung moden warna kuning sebagai persalinan petang. Baju luq pula baju raihan serona denganku aku sediakan untuk dia salin nanti.

Selesai solat aku.... Aku berbaring sekejap di katil menghilangkan lelah melayan tetamu sambil tangan mencapai telefon dan menekan aplikasi whatsapp. Banyak ucapan tahniah dari rakan rakan aku yang tak dapat hadir ke majlis aku. Aku membaca mesej sehinggalah kepalaku memberat dan tidak sedar apa-apa.

Aku tersedar bilamana terasa sejuk didahi. Rupanya Luq sedang mengucup dahiku. Aku lihat Luq dah siap salin baju yang aku sedia tadi.

"Sori abang, Laila tertidur. Abang dah solat?" aku berbahasa sangat hari ini, sopan sekali. Ya.. Luq suamiku. Aku perlu hormati dia. Aku nekad untuk menjadi isteri yang terbaik antara yang terbaik.

"Dah, abang dah solat. Kesian isteri abang... Letih layan tetamu, rehat lah, malam karang nak kena layan abang pulak" kata Luq sambil tersengeh.

" Ish... Abang ni lambat lagi nak malam, kenapa nak kena layan pulak....jom layan makan nasi dah la ya. Lapar la... Jom keluar, masih ramai lagi keluarga kat luar tu.

" Ha... Pengantin baru dah keluar. Tak lapar ke? Jom makan. Tadi makan sikit aja mak teh tengok, hari ni malu malu kucing kau yerr Laila " Mak Uteh adik mak senyum- senyum kenakan aku.

"Biasalah mak Uteh, Lailakan ni kan pemalu. Sebab tu Luq suka, kan abang? Aku sengaja cakap macam tu nak hilangkan malu malu kucing aku tu. Hakikatnya aku bukanlah pemalu sangat. Dah jadi permaisuri sehari mestilah malu malu. Kami pun menghampiri meja yang siap terhidang lauk pauk kenduri tadi yang dipanaskan.

Malam itu... Selepas solat insyak, Kami buka hadiah yang aku dapat sama-sama. Bermula dari satu hadiah ke satu hadiah. Macam-macam aku dapat... Dari barangan keperluan dapur hinggalah ke barangan peribadi. Yang paling kelakar sekali aku dapat barangan baby. Aduh... Belum apa apa dah sentap.. Ha.. Ha...

Aku teringatkan hadiah dari Zaheer siang tadi. Aku letak bilik mak. Aku terus ke bilik mak dan ambil hadiah tu . Aku masuk bilik semula tapi aku nampak wajah Luq berubah bila nampak hadiah tu . Dari siang tadi aku tahu ada sesuatu Luq sembunyikan. Aku buat tak tahu dan terus membuka hadiah itu.... cantiknya lampu tidur, warna warni buatan dari kaca dan bersinar. "wow. Cantiknya kan abang? Luq senyap aja.

" Abang.... Kenapa ni? Laila ada buat salah ka? Aku mula bertanya sebab rasa pelik sebab dari siang tadi riak mukanya lain macam saja.

"Laila... abang malu nak cakap. Tapi abang nak cakap juga.... Sebenarnya abang tak selesa la bila Zaheer tu dekat dengan Laila. Abang tak boleh tengok. Tak tahu la... Abang rasa dia ada hati lagi kat Laila walaupun Laila dah jadi hak abang. Lepas ni Laila tolong jangan dekat dengan dia ya."

"Kenapa abang? Tak ada apa la abang. Abang jangan risau, Laila ni dah jadi hak abang. Tak ada yang lain"

"Abang tanya ni, Boleh tak Laila janji dengan abang, jangan dekat dengan dia " Luq sungguh-sungguh minta aku berjanji.

"Ya.. ya Laila janji" aku ngaku aja dulu supaya Luq tak fikir yang bukan bukan.

Aku sengaja tak menyebut perkataan cemburu tu. Aku tahu Luq cemburu. Aku memang suka dia cemburu. Sekurang-kurangnya aku tahu dia sayangkan aku. Aku dengar orang cemburu ni tak boleh ditentang. Aku harap cemburu Luq ni cemburu celik bukan cemburu buta .

Malam semakin larut... Luq memimpin tangan aku ajak tidur. Aku jadi kecut perut, takutttt...awat baik sangat sampai pimpin tangan dalam bilik ni... Mak.. tolong.... Tak tahu apa akan jadi lepas ni. Uwaa...

Aku jadi malu sangat... Tak pernah Luq menatap wajah aku macam ni. Mata kami jarang bertentangan. Tapi... Malam ni aku dapat melihat mata dia dalam-dalam. Lentik juga bulu matanya. Sebelum ni aku memang tak perasan. Kumis dia keperangan. Dengan dagunya belahnya aku jadi sedikit terhayal. Rupanya aku kahwin dengan orang yang emmm.... Malu nak cakap hensem sangattt...

Luq bangun dan tutup lampu. Apalagi jantung aku dup dap dup dap, nasib baik aku sorang yang tahu. Tangan aku jadi sejuk gedi, aku beku. Rasa macam nak pengsan. Nak sesak nafas pun ada. Aku duduk terkejung atas katil tak bergerak.

"Jom tidur" Luq menarik aku supaya tidur di sebelahnya.

" Awak mesti letih kan? Pejam mata. Biar abang tidurkan" terasa bagaikan seorang bayi pula bila Luq menepuk-nepuk lembut bahuku.

"Aku mana boleh pejam mata, tidur bertemankan lelaki idaman. Aku terdengar dengkuran halus menusup telinga bila tepukan dibahu aku terhenti. Aku tahu dia yang letih, siang tadi aku nampak dia tolong menurunkan khemah dan membasuh periuk belanga yang besar besar. Ringan tulang juga Luq ni. Aku rasa bertuah sangat. Yang bertuah sekali malam ni aku terselamattt....

Jam dua pagi... Aku terjaga bilamana terasa dahiku sejuk. Aku membuka mata, aku lihat Luq tersenyum sambil mata bundarnya merenungku. Aku cuma mampu tersenyum dalam hati sebenarnya aku malu Luq lihat wajah asliku. Luq membelai rambutku dan mencium ubun-ubunku.

" Awak sangat cantik Laila... Kali pertama abang melihat kamu, jantung abang berdetak kencang. Abang jatuh cinta pandang pertama. Aku terasa jiwaku terawangan bila dibuai dengan kata-kata cinta. Aku terpesona dan membalas rangkulannya. Aku pejamkan mataku.... Selamatkah aku malam ni???

******* sambung*******

### para pembaca budiman, silalah komen please.... Perlu tak sambungan cerita ni??? Boring tak???

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience