Bab 15 Mencari Nahas

Short Story Completed 83757

Setelah berehat selama sebulan. Aku ditawarkan pula mengajar di sekolah yang jauh sedikit dari rumah sewa kami. Nasib baik aku dah ada kereta sendiri. Tak perlu suruh Luq hantar aku lagi. Aku ganti guru yang bercuti tanpa gaji selama 3 bulan.

Sekolah baru ni ada dua sesi iaitu sesi pagi dan petang. Kali ni aku mengajar sesi petang. Bermakna aku berada dirumah pada waktu pagi.

Bila mengajar petang, aku berkesempatan untuk memasak makanan kegemaran aku. Maklumlah aku suka sangat memasak. Waktu bersama Luq pada waktu pagi aku manfaatkan. Kami joging dan sarapan sama-sama. Kadangkala Luq membantu aku masak. Luq sibuk waktu petang dan malam.

Sebelum ni, bila aku mengajar pagi, kami akan berjumpa pada waktu malam sahaja. Manakan tidak, pagi - pagi lagi aku dah ke sekolah. Bila aku balik Luq dah pun ke pusat tuisyen hingga malam. Bila waktu cuti sahaja masa kami bersama, itupun jika Luq tidak mengajar di pusat tuisyennya.

Alhamdulillah, tahun ni ramai murid mendaftar kelas tuisyen untuk SPM. Sudah melepasi target kami. Luq buka lagi kelas menjadi 3 sesi. Ini mungkin gara-gara tahun ini ramai murid cemerlang SPM dari Pusat tuisyen kami. Mungkin secara kebetulan atau pendekatan yang kami gunakan sesuai dengan pelajar. Jadi perhatian jugalah Pusat Tuisyen kami tahun ini.

Akupun tidak terkecuali untuk jadi glamour sekejap. Ramai parent mengenali aku. Maklumlah murid-murid aku ramai. Sudah lima buah sekolah aku mengajar walaupun aku mengajar paling lama 6 bulan untuk sesebuah sekolah. Jadi ada murid-murid yang telah biasa dengan aku belajar di Pusat tuisyen kami.

Pergi ke mana saja mesti ada orang menegur. Aku sekadar senyum atau membalas terguran mereka. Aku tidak berani beramah mesra sangat kerana Luq tak suka.

Pernah sekali Luq bermasam muka hampir tiga hari gara-gara aku melayan bapa Faijoy anak murid aku yang bercakap tak henti-henti. Jumpa dekat pasar malam ja pun, cerita macam mesyuarat lembaga pengarah. Padan bapa si Faijoy tu pun, Luq ada sebelah aku boleh dia buat tak tahu sahaja. Macamana tak memuncung aja si Luq tu. Jalan penyelesaiannya aku minta maaf dan janji tidak buat lagi.

Aku ni dari dulu seorang peramah. Kadang-kadang orang tak tegur aku, aku yang tegur orang. Tetapi itu dengan perempuan, kalau lelaki memang aku taklah. Aku ni bukan teruk sangat, aku tahu batasnya. Tapi bila Luq selalu tegur aku macam aku teruk sangat, aku jadi tak seronok sikit. Aku taklah menjawab, cumanya aku sedih, aku diamkan saja supaya cerita ni tak panjang.

Luq memang tak boleh tengok aku sembang dengan mana-mana lelaki tambah-tambah lagi yang tidak kenal. Gelisah sangat dia, macam aku dok hangat bercinta dengan orang tu.
Kadang-kadang aku nampak macam dia stress, memikirkan aku dah tak sayang dia lagi. Sampai aku terfikir Luq ni sakit sebab cara dia fikir tak macam aku atau orang lain fikir.

Luq suka fikir sesuatu yang negatif. Aku kadang-kadang hangin juga kalau dia tuduh aku macam-macam. Bila aku sembang ja dengan lelaki, macam-macam dia kata aku. Jadi aku malas nak gaduh. Aku sabar saja selagi boleh sabar. Jangan sampai angin kus-kus aku lawan dengan angin cemburu dia sudah. Boleh jadi taufan turnado nanti.

Aku tahu, aku perlu menghormati Luq sebagai seorang suami. Kadang-kadang aku tidak sedar telah mengguris hatinya dengan kata-kata kasar. Aku cuma mahu dia tahu aku tidak begitu. Apa yang dia takuti itu tak akan terjadi kerana aku tak akan menduakannya kerana aku adalah aku. Aku tahu diri aku. Aku memang seorang yang setia. Aku harap Luq juga seperti aku.

Aku tahu Luq cuma mahu pujuk hatinya untuk mempercayai aku sepenuhnya. Aku tahu kisah lalunya membuatkan dia jadi fobia. Aku cuba selami kisah itu, tapi cerita itu belum sampai ke penghujungnya. Aku cuba cari tahu perlahan-lahan. Mungkin Luq masih belum bersedia menamatkan ceritanya pada aku. Tak apa aku sabar menunggu.

Sebelum aku mengahwini Luq, banyak wanita yang cuba mendekatinya. Luq seperti sudah putus asa. Tiada seorang wanita pun yang dia ingin dekati kecuali aku. Ini adalah pengakuan Luq. Aku tak tahu sejauhmana kebenarannya.

Aku masih tidak tahu apa yang ada pada aku hingga Luq bertekad hingga mahu mengahwini aku. Dia takut sangat aku menduakannya. Apapun alasannya, aku telah pun menjadi isterinya. Aku yang rela menjadi isterinya. Gatal betul.

.............

Hari ni adalah hari bermakna bagi aku.
"Laila sayang... mari sini" Luq tiba-tiba memanggil aku manja sambil menepuk-nepuk pehanya. Meremang bulu romaku. Aku menghampirinya dengan rasa cuak. Dia tersenyum dan menarik tubuhku mendekatinya. Dia letakkan aku di atas pehanya.

"Abang ada sesuatu untuk sayang" Luq mengeluarkan sebuah kotak kecil dari kocek seluarnya. Di hulurnya pada aku.

"Apa ni abang?" aku senyum teruja.

"Buka la" Aku terus membuka kotak itu.

"Cantiknya abang, terima kasih." sepasang rantai tangan sudah berlabuh di tanganku. Cantik sungguh.

"Happy anniversary sayang and Happy birthday." Semoga panjang umur dan jodoh kita. Abang sayang kamu Laila. Setia dengan abang ya ". Ayat yang terakhir itu.... Tak tahu lah yang ke berapa kali. Aku pun layan ajalah.

" Ya.... Abangggg... Laila setia dengan abang" aku sebenarnya pun penat nak layan bila keluar ayat tu. Kalau aku tak ngaku macam tu, asyik merajuk memanjang. Manja sangat.

Manja-manja pun, kalau merajuk kalahkan budak-budak. Muncungnya sedepa. Kalau dia merajuk tak apa, aku boleh pujuk. Tapi kalau aku yang merajuk, tunggu sejuk sendiri lah jawabnya. Bila aku muncung sedepa, sedepa tu lah sampai bila pun dia tak cuba pendekkan muncung aku tu. Itulah Luq Baktiar suami aku.

..............

Hari ni hari sukan kat sekolah. Aku terlibat dalam acara pembarisan rumah sukan. Aku ditugaskan menyiapkan murid-murid untuk menghias diri mengikut tema rumah. Macam-macam ragam. Sempat juga mengambil gambar dengan guru rumah dan murid dengan berbagai gaya Untuk koleksi aktiviti sekolah.

Rupanya, dalam kekalutan dan sedang bersuka suki itu aku sedang diperhatikan oleh seseorang. Mulanya aku tak perasan . Aku toleh lagi, dia masih di situ. Masih memerhati ke arah aku. Aku jadi seram pulak. Kalau dapat tahu oleh si Luq, lembik dia dikerjakan.

Aku cepat-cepat beredar daripada terus menjadi perhatian. Dalam hati aku berdoa jangan la dia yang suka aku, meroyan Luq nanti.

Acara sukan yang berlangsung berjalan dengan lancar. Kemenangan berpihak kepada rumah hijau. Rumah kuning tempat kedua, diikuti rumah merah dan biru ditempat ketiga dan keempat masing-masing. Aku selaku guru rumah kuning tumpang bangga, tambahan lagi acara pembarisan dimenangi rumah kuning pula.

"Tahniah cikgu, awak bersungguh-sungguh tadi. Sudah tentu jadi pemenangnya."

" Terima kasih, Encik" sebaik berpaling melihat orang yang ucapkan tahniah tu... Alamak... lelaki tadi. Lelaki yang perhatikan aku sejak tadi.

"Boleh kita sembang sekejap?" Lelaki itu tersenyum dan berharap dapat mencuri sedikit masa aku.

"Maaf encik, saya tak kenal encik. Saya ada kerja. Maaf ya.". Aku jadi takut pula, Macam psikopat aja lelaki ni. Aku terus berlalu.

"Eh... Laila, kau kenal ke lelaki tu? Hati - hati sikit" Suri rakan guru aku mengingatkan.

"eh... tak. Tak kenal pun, tiba-tiba ja dia tegur aku. Nak sembang apa entah. Aku nampak macam ada yang tak kena ja... Tu yang aku buat tak tahu aja tu. Siapa dia tu?

" Sebab kau baru kat sini, aku nak bagitahulah. Dia tu sebenarnya baru pulih dari sakit jiwa lepas isteri dia meninggal. Kau tak perlu layan dia sangat. Bahaya."

" dia sakit jiwa ?"

"Ha.... dia nak cari isteri ganti. Dia suka yang shabi-shabi macam awak tau.... Hati-hati"

"Alamak takutnya" Minta-minta la bukan seperti yang difikirkan. Aku paling takut itu terjadi. Aku takut Luq mengamuk dan salahkan aku pulak.

Luq Baktiar kalau mengamuk kalahkan budak-budak. Dia tak pukul aku dan sikitpun tak sentuh aku walaupun sebenarnya dia marah aku. Walaupun dia tak sakiti aku, tapi dia akan rosakkan benda-benda yang paling dekat dengannya. Mungkin juga dengan cara itu dia dapai mengelak dari sakiti aku.

Dia pernah angkat meja sampai bertabur barang atas meja sebab dia jumpa gambar aku dengan cikgu lelaki. Bukan berdua, tetapi kami ambil gambar itu berempat. Dia seorang ja lelaki, kebetulan cikgu lelaki tu duduk sebelah aku. Pada mulanya kami nak ambil bertiga sahaja tiba-tiba dia mencelah antara kami. Jadi berempat lah.

Luq tiba-tiba marahkan aku sebab ada lelaki sebelah aku. Naik geram juga bila dia angkat meja sebab marahkan aku. Rasa macam nak hempuk balik meja tu atas dia, biar dia tahu aku pun ada angin juga. Tapi aku masih sedar syurga isteri ada pada suami. Aku cuma perlu memujuk. Dalam hati aku masih tertanya-tanya sakitkah suami aku ini?

Kisah lelaki pada hari sukan itu aku sembunyikan dari Luq. Aku harap cerita hari tu tak kan berulang. Jangan la dia suka aku. Aku takut sangat Luq mengamuk.

Hari ni Luq offer diri nak hantar aku ke sekolah sebab dia nak guna kereta. Kereta dia nak hantar baiki brek kat bengkel. Kebetulan dia nak ajak aku balik kampungnya di Ipoh. Petang nanti dia akan ambil aku dan terus balik ke Ipoh.

Sampai di pintu pagar sekolah, aku ternampak lelaki hari tu betul-betul depan pintu pagar sekolah. Dia sedang bersembang dengan guard sambil tunjuk-tunjuk arah aku. Ah! Sudah.

Aku mencium tangan Luq dan turun dari kereta. Aku nampak lelaki itu dia berjalan ke arah aku. Aku cepat-cepat lambai Luq supaya dia terus beredar. Namun... Namanya Luq Baktiar.... macam biasa akan tunggu aku berjalan masuk hingga hilang dari pandangan.

Bila sampai dekat aku, lelaki itu terus menarik tangan aku supaya mengikutnya. Hih... Cari penyakit betul la lelaki ni. Aku terus merentap tanganku hingga terlepas. Jantung aku berdegup kuat seperti mahu keluar dari tubuh.... apatah lagi aku sudah nampak pintu kereta terbuka dan Luq sudah menapak keluar.

Aku cemas, gelabah sungguh. Aku tercegat di situ dan pada masa yang sama otak aku berhubung, bergabung dan berpusing-pusing mencari akal untuk menyelamatkan keadaan. Hanya dua idea yang sempat datang. Samada aku pura-pura pengsan atau berlari minta pertolongan. Aku tak tahu nasib lelaki itu nanti.

*****sambung*****

.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience