Bab 51 Senyum kembali

Short Story Completed 83757

Aku pergi ke hospital dengan Grab. Dengar cerita Seri dah bersalin. Suaminya masukkan dalam group kelas kami. Mungkin dia tak sempat beritahu aku keadaan dia. Mesti masih lemah. Aku ada alasan melawat Seri sambil menjenguk keadaan Luq di sana.

Sampai di pintu masuk hospital aku nampak Samiyah dan bekas mertua aku gelisah. Aku tak tahu kenapa...aku masuk kedalam tanpa menoleh. Mereka tidak perasan itu aku sebab aku pakai pelitup muka. Aku terus mencari pergi ke wad bersalin yang menempatkan Seri. Senyum sengeh sahaja melihat keadaan Seri seperti telah menang di medan perang. Aku terus teringatkan detik-detik melahirkan Chinta. Luq sentiasa ada bersamaku sehinggalah aku habis pantang. .

Aku mengucapkan tahniah pada Seri. " Comel benar anaknya itu. Seri melahirkan anak lelaki , suaminya berada di rumah, baru balik kerja katanya sedang berehat. Aku teringatkan Luq. Luq sanggup tidur di hospital semasa aku melahirkan Chinta. Dia tak benarkan aku bergerak langsung semasa aku bersalin. Semua kerja dia buat . Dia sangat bertanggungjawab. Selama aku dalam pantang tidak sekalipun dia merungut penat. Aku tahu Luq suami yang baik tetapi dek kerana cemburunya berlebihan , aku tak dapat bertahan. Penat sangat .

" Kau dah tengok Luq? Lamunan aku terhenti.

" Belum...Aku ingat nak gi kejap lagi. Tadi aku jumpa tunang Luq dengan mak dia kat luar, macam susah hati . Aku pun tak tahu la kenapa dia orang gelisah sangat tadi.

"Kau patut ke sana dulu , baru datang sini. Aku dah selesai, nasib Luq belum lagi. Baik kau pergi sekarang"

" Ya lah...ya lah....kejap lagi aku datang balik, aku nak tengok keadaan dia dulu"

Aku terus ke wad lelaki. Aku mencari kelibat Luq di sana. Tak jumpa! Hilang.

Aku tidak putus asa, aku bertanya jururawat dan pekerja dihospital tu. Akhirnya aku dapat jawapannya. Luq di rawat di bahagian kecemasan sementara menunggu giliran masuk ke wad.

Aku duduk menunggu di tempat duduk pesakit luar sementara mendapat berita tentang Luq. Sambil melayari aplikasi di telefon bimbit, ada dua orang wanita duduk betul-betul di kerusi hadapan aku. Kebetulan sangat, rupanya si tunang dan bakal mertuanya. Aku buat-buat tak nampak sahaja, lagipun mereka tidak perasan yang aku ada di situ.

" Kena tahan pula kat wad ni? Macamana kita nak bawa jumpa bomoh tu lagi. Kan kita kena bawa esok, kalau tak nanti makin teruk abang Luq tu Aunty "

" Biarlah dulu, apa yang mereka boleh buat. Kita tengok rawatan kat sini pula, dah masuk air mungkin Luq ok sikit. Ni Aunty tengok kering je kulit si Luq tu...nak minum sendiri memang Idok lah Luq tu"

" Macam ni tak boleh la Aunty .. Mak Iti kan dah pesan jangan bawa ke hospital. Kalau kena jarum Mak Iti tu tak nak ambil tahu dah."

" Biar saja. Kita kan dah bayar penuh kat Mak itu tu, dia tak akan cari kita dah kot. Aunty rasa selesa pula Luq dirawat kat sini "

Aku nampak muka Samiyah terus berubah. Marah tetapi kena sabar .Ha..ha..bakal mertua kot mana boleh buat muka tak puas hati. Aku sedikit bersyukur emak Luq setuju Luq di rawat di sini.

"Aunty ni kan....senang sangat terpengaruh. Janji tak di tunaikan. Tengoklah nanti kalau terjadi apa apa pada abang, Aunty jangan menyesal pula..Eh!! siapa yang telefon ambulan tadi? Jangan-jangan Aunty tak?

"Tak la...Aunty cuma terkejut bila Luq tiba-tiba senyap bila Aunty kejutkan dia tadi, macam mati. Aunty cuma terfikir nak telefon ambulan sebelum aunty telefon kamu . Aunty amat bersyukur bila ambulan datang tepat waktu. Kalau la Aunty tahu siapa yang telefon ambulan tu... rasa nak ucap terima Kasih kepada dia.
Wajah Samiyah merah menahan marah. Dia mesti tidak berpuas hati dengan jawapan bakal mertuanya itu. Ketawa aku hampir pecah melihat muncung tidak puas hatinya itu. Aku merasa lega bila bekas mertua aku tidak terikut sangat Kata-kata Samiyah tu .

Luq di tolak dari bilik kecemasan masuk ke wad biasa. Aku nampak wajahnya sedikit jernih. Aku tak boleh melawat dia selagi Samiyah dan bekas mertua aku masih di situ. Aku nampak Luq sudah pun sedar sebab dah tidak perlu berlakon lagi . Aku besyukur sangat sebab plan aku Dan Seri berjaya.

Aku kembali mendapatkan Seri. Suaminya masih belum datang melawat. Dia memberitahu aku yang dia lapar. Aku hairan kenapa suami Seri belum datang. Mertuanya juga tidak datang.

" Siapa yang hantar kau tadi? Raykal ke?

" Ya .Dia hantar aku lepas tu dia terpaksa kerja, tak dapat cuti katanya. Dia nak ambil separuh hari. Sekejap lagi datang lah tu dengan mertua aku sekali . Aku dah tak tahan lapar ni, tak boleh tunggu dah ni, nak menggeletar rasa dah ni . Tak menyempat dah aih nak jamah makanan yang mereka bawa nanti . Kau tolong aku beli makanan kejap."

"Ya...lah...kejap aku turun belikan. Kasihan sangat Seri tu . Aku teringat mak aku, masa lepas bersalin dia sempat masak untuk aku kat hospital. Nak makan pula Luq yang suapkan. Mengada betullah. Aku dimanjakan sehingga terlupa sakit semasa nak bersalin tu.

Sebaik sahaja aku mahu keluar dari bilik Seri, Samiyah dan bekas mertua aku masuk melawat Seri. Nasib baik aku sempat memakai pelitup muka. Mereka cuma pandang aku m sekali lalu saja, mungkin masih tak menyangka aku yang ada di situ.

" Laila...kau belikan aku biskut juga ye.." Aku besarkan mata bila Seri membuka suara, siap memanggil nama ku sekali. " Aku cepat- cepat melangkah pergi sebelum mereka tanya aku macam-macam.

" Errr...itu Laila ke? " Aku terdengar Samiyah menyebut nama aku , aku tak menoleh lagi. Pandai-pandai la kau jawab Seri..."

Kebetulan aku lalu melalui wad lelaki, aku terus masuk berjumpa Luq. Alang-alang mereka berdua tiada disitu aku ambil kesempatan ini bertanyakan Khabar dia di situ.

"Abang ok ke? Nampak macam segar sikit " look better ".

" Hem... Ya..rasa ok sikit bila doktor masukkan air ni. Terima Kasih Laila sebab bantu Abang ke sini Abang terhutang budi dengan Laila. Abang nak bagitahu , malam karang abang akan keluar dari wad ni. Abang minta tolong kawan abang tukarkan secara senyap ke hospital lain. Mak dengan Samiyah tak perlu tahu. Abang tak nak jumpa mak atau Samiyah buat masa ini. Abang akan jalani rawatan dengan pakar kesihatan. Abang nak sihat kembali dan abang nak Laila tahu yang abang tak akan kahwin dengan Samiyah. Abang nak tunggu Laila. Jangan buang abang lagi " Aku jadi serba Salah dengan pengakuan Luq. Aku bukan mengharapkan itu, aku cuma mahu dia sihat sahaja.

" Abang... Laila tak nak janji apa-apa buat masa ni. Laila cuma nak tengok abang sihat. Hidup Laila tak tenang bila abang sakit. Laila minta maaf pada abang jika sakit abang ni berkaitan dengan Laila. Laila tak nak abang macam ni. Laila nak abang sihat macamana dulu..hu..hu..". Air mata aku mengalir laju . Aku tak dapat menahan lagi. Aku rasa sangat bersalah tinggalkan dia. Aku tak kuat untuk berterus- terang.

" Laila pergi dulu abang, takut mak dan Samiyah datang. Mereka dah tahu yang Laila ada kat sini. Laila nak beli makanan untuk Seri. Abang nak pesan makanan tak?

"Tak payah la Laila, abang rasa segar sikit. Tetapi masih tak rasa nak makan apa-apa lagi. "

Mungkin esok Laila akan bertolak balik ke Penang. Laila harap abang sihat nanti. Abang kena tahu Chinta tunggu babah dia " . Aku mengelap air mata dan berganjak pergi dari situ. Aku melihat mata bundar Luq ditakungi air mata. Aku tahu dia sedih dan mata itu menghantar aku hingga ke pintu keluar. Aku menoleh dan sempat dia melambai ke arah aku dengan tersenyum yang sangat manis. Aku teringat senyum yang menggetarkan jiwaku satu waktu dulu dan hari ini senyum itu kembali padaku. Aku akan simpan senyum itu dalam ingatanku.

......Sambung.......

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience