Selesai makan malam barulah aku terasa letih. Aku mahu merehatkan diri dalam bilik. Aku menarik beg beroda dari dalam kereta dengan bersusah payah. Luq cepat-cepat membantu aku membawa beg itu ke bilik. Aku sebenarnya menunggu kesempatan itu untuk aku berterus terang dengan Luq tentang rancangan aku. Aku tak boleh berlama-lama di sini. Aku takut ayah mak dapat menghidu sesuatu tentang hubungan kami.
Sebaik sahaja pintu bilik ditutup, Luq cuba menghampiri aku. Aku menjauhkan diri. Dia hairan.
"Abang rindu Laila. Kenapa Laila buat abang macam ni?
"Abang tak boleh ikut Laila. Laila cuma sewa bilik sahaja di sana" Aku buat tak dengar apa yang dikatakan tadi. Malas mahu melayan rindu yang pura-pura itu. Aku berterus terang sahaja. Biar Luq tahu aku tak perlukan dia di sana.
"Kenapa Laila cakap macam tu? Laila memang tak perlukan abang ke? Laila boleh hidup tanpa abang? Luq dah mula buat drama. Matanya dah mula merah. Aku tak rasa apa-apa dah sekarang ni. Dulu.... Aku selalu nak jaga hatinya. Tapi bila hatiku tidak dijaga aku sepertinya hilang rasa.
" Laila sangat kecewa dengan abang. Kalau ikutkan hati ni memang Laila tak nak balik dah kat sini. Laila nak terus tinggal kat Perlis sana. Laila balik ni pun sebab nak jumpa mak dengan ayah saja. Kalau boleh Laila dah tak nak jumpa abang dah."
"Laila... Jangan cakap begitu sayang. Abang sayang sangat dengan Laila. Abang memang tak boleh hidup tanpa Laila. Tolonglah Laila... Jangan buang abang, sayang. Please...." Air mata Luq sudah menitis. Aku masih bertahan dengan ego aku. Aku sudah berniat untuk tidak menangis lagi kerana dia.
" Laila sudah mati rasa bila nampak abang bersama Seri. Abang tak ingat ke tangan abang dah sampai ke muka ni disebabkan Seri. Abang ingat Laila boleh sabar ke? Memang abang silap besar.
" Laila... Itu abang minta maaf. Memang abang salah. Laila tuduh abang yang bukan-bukan. Sebab tu tangan abang naik ke muka dengan tak sengaja..."
" Ouh! Laila menuduh bukan-bukan ? Sedihnya dituduh begitu. Sakitkan jika benda yang kita tak buat, dituduh-tuduh di ungkit-ungkit? Tuduh menuduh ni... dah lama abang buat untuk Laila. Abang tak sedar ke apa yang selama ni Laila rasa? Ha....rasa macam tu la.... Abang tak apa la boleh naik tangan ke muka ni". Sambil aku menunjuk pipi yang kena penampar sulung hari tu.
" Kalau sebab Seri, abang boleh explain. Laila perlu tahu sendiri dari mulut abang sendiri. Laila kena percaya pada abang." aku mula sedikit cuak. Ada hubungan ke mereka berdua? Aku menanti dia bercerita dengan hati yang berdebar.
Sebenarnya abang dengan Seri memang dah kenal lama. Kami kenal waktu sekolah lagi. Abang dan Seri bukan satu sekolah. Kami berjumpa pertama kali semasa satu acara sukan sekolah-sekolah daerah negeri Perak. Kebetulan abang dan dia adalah wakil sekolah masing-masing dalam acara 100 meter. Kami mula berkenalan di situ.
"kenapa tak pernah beritahu Laila?
" Abang tak beritahu supaya Laila tidak salah anggap. Lagipun abang tak nak ada hubungan apa-apa lagi dengan dia?
"Ouh. Maksudnya abang pernah ada hubungan dengan dia? Hebat.. Hebat....." Aku sepertinya tertipu oleh kedua-duanya. Tersentuh juga hati ini.
" Kami pernah rapat, sayang.... tetapi bukan sebagai kekasih. Abang yang tidak mahu sebab abang anggap dia sebagai kawan biasa sahaja ."
"Sebenarnya hari itu... dia ada ugut abang. Abang jadi stress sikit sebab tu tanpa sedar abang dah naik tangan ke muka Laila. Maafkan abang.
" Ugut apa? "
" Dia nak beritahu Laila tentang hubungan kami, walau tiada hubungan apa-apa dia nak beritahu Laila yang dia dan abang pernah rapat. Dia cemburukan kita sayang, maafkan abang"
" jika tak ada hubungan apa-apa, kenapa abang takut? Tak kan dia saja nak bersusah payah nak jumpa abang. Abang nak pergi mana sebenarnya hari itu?
" Dia cuma ajak abang makan dan pergi tengok sekolah dia kat kampung abang tu, tak salahkan? "
" Ouh! Tak salah ke? Jadi ceritanya abang setuju nak pergi ke? Huh...tak malu. Isteri sendiri di tuduh curang. Apa yang abang buat dengan Seri tu bukan curang ke? Laila tak boleh terima dek akal. Laila benci la... Laila benci semua ni." Aku sedikit menjerit. Betul-betul kecewa dengan sikap Luq. Dada aku tiba-tiba rasa ketat. Sepertinya tak dapat bernafas dengan baik.... aku tercungap-cungap. Aku cuba dapatkan seberapa banyak oksigen tetapi....
" Laila.... Hey... Kenapa ni? Masih terngiang Luq memanggil nama ku. Laila..... sayang.... Kenapa ni? Gelap. Sampai setakat itu saja aku dengar. Aku dah tak ingat apa-apa dah.
" Bila sahaja aku buka mata, aku nampak mak, ayah dan adik sedang memandang aku dengan sedih.
"Mak, ayah.... adik. Kenapa ni? Apa dah jadi dengan Laila mak? Kenapa Laila ada kat hospital? Kenapa semua orang sedih ni.... Laila tak apa-apalah." Aku sedikitpun tidak teringat nak tanya tentang Luq. Marah aku masih ada. Biarlah.... Biarlah dia tak pedulikan aku. Aku rela begitu.
" Kak tau dak yang kak mengandung? Adik tanya aku tapi nadanya merisaukan aku. Aku diam saja.
" Lela.... Adik tanya tu... Tau dak? Emak pula bertanya.
"Mmmm....." aku menggangguk.
" Kenapa tak bagitau kak oi.... anak tak sihat tu." ayat mak tu membuatkan aku terfikir sesuatu.
"Kenapa mak? Apa yang jadi dengan anak Lela mak? Aku mula risau, dan aku terus menanggis. Aku rasa bersalah. Aku tak pedulikan anak aku. Aku tak buat apa-apa pun untuk anak aku. Aku cuma layan perasaan aku saja.
" Anak Laila lemah sangat. Laila ada darah tinggi. Bahaya untuk anak jika darah naik tinggi.. Laila kena banyak berehat. Mungkin letih berjalan jauh kot"
Luq balik mandi dan rehat sat. Sepanjang malam dia tak tidoq, tunggu hang sedar, dok tereyak ja aku tengok. Hang ada masalah dengan dia ka? ". Ayah mencelah setelah lama berdiri diam memerhatikan aku.
" Ish.. Ayah hang ni. Masa tak sesuai lah... Tak apalah Lela. Tidur dulu. Rehatkan diri. Ingat
.. Anak pun nak kena rehat juga. " Mak cuba menenang aku. Aku pejamkan mata dan mahu lupakan pertengkaran aku dengan Luq. Aku mahu rehat diri dan otak. Penat dah rasanya nak fikir. Aku terlelap.
" Bila aku jaga semula... Luq dah ada dekat aku. Dia menggengam tanganku erat. Dia mencium belakang tanganku dengan air mata berjujuran.
" Abang minta maaf sayang. Abang salah. Abang buat Laila tak tenteram sebab tu darah Laila naik tinggi. Tolong jaga diri Laila demi anak kita." Luq mencium dahiku. Aku rasa tenang sikit. Tetapi.... Bila aku tengok Luq, aku terbayangkan Seri. Aku sakit sangat.
" Kenapa tak bagitahu abang berita gembira tu? Aku nampak sangat wajah teruja Luq dengan berita itu. Kasihan? Huh.... Aku dah tak ada apa-apa perasaan pun.
" Laila tak nak abang ikut Laila ke Perlis nanti. Laila nak hidup sendiri. Kalau jodoh kita panjang... Kita akan bersama juga nanti. Abang tak boleh ikut Laila ke sana.
" Laila.... Please..... Jangan buat begitu pada abang sayang. Abang tak boleh tanpa Laila. Laila hilang tiga hari pun abang dah macam orang gila sayang. Tambah sekarang ni, Laila mengandung. Kita akan jaga anak kita sama-sama" Luq mahu memeluk aku.
" Abangg... Stop. Kalau abang sayang anak kita, abang jangan ikut Laila ke sana" aku rasa tawar hati. Hanya itu yang perlu aku buat untuk jauhkan diri dari Luq supaya amarahku cepat hilang. .
"Laila... Jangan cakap macam tu sayang. Beri abang peluang. Abang tak kan ulang benda yang abang dah buat. Tolongah Laila...
" Sorry abang, buat masa ni Laila tak dapat terima apa yang abang dah buat pada Laila. Boleh tak abang balik dulu... Laila sakit tengok abang kat sini. Tolonglah....". Aku malas mahu bertekak lagi dengan Luq. Aku pejamkan mataku. Aku tak mahu lagi melihat Luq.
Aku sempat berpesan pada hatiku yang polos...." " Tolonglah kuat....aku mahu pergi jauh dari dia."
.....Sambung.....
.
Share this novel