Bab 27 Chinta Sufi

Short Story Completed 83757

Assalamualaikum Chinta Sufi Selamat datang sayang. Umi dan babah tunggu kamu. Air mata aku menitis bila terdengar tangisan bayiku. Luq serahkan Chinta selepas selesai mengqamatkannya. Mata bundar bulat memandang ke wajahku seperti mengucapkan terima kasih kerana melahirkannya. Aku cium pipi.... Wangi...

"Terima kasih Laila, kerana melahirkan puteri kita. Abang bersyukur sangat awak berdua selamat." Luq mengucup ubun-ubunku. Aku terasa amat bahagia sekali. Kedua ibu bapa dan mertuaku juga ada di sini. Aku tidak tahu bila mereka sampai. Mungkin semasa aku bertarung nyawa di dalam sana.

Selepas sehari, Alhamdulillah.... sebaik Chinta kencing dan berak dengan baik, kami dibenarkan pulang ke rumah. Ayah dan mak bermalam dirumah kami.

Chinta Sufi nama yang kami beri untuk puteri kami. Baik sungguh. Hanya merengek bila mahukan susu. Luq menjaga kami dengan baik. Luq memang cekap di dapur. Makanan orang berpantang pun dia pandai aturkan. Semuanya uruskan. Aku cuma menjaga badan nanti nak guna lama.

Alhamdulillah.... Sebaik lepas pantang, Luq menerima surat posting. Rezeki anak mungkin. Kami terpaksa berpisah buat sementara kerana Luq di tempatkan di Selatan tanah air... Jauh benor. Kami menerima sahaja, kerana perjalanan kami masih jauh. Ini hanyalah permulaan kehidupan kami sebagai satu keluarga.

Cuti bersalin aku ambil 3 bulan. Selepas pantang aku ikut Luq ke Johor untuk mencari rumah sewa dan tengok sekolah yang akan di ajar. Nasib baik sekolah itu ada kuarters guru. Ada sebuah rumah yang masih kosong. Luq tinggal di situ. Sementara aku cuti bersalin ni, aku sempat tinggal bersamanya selama sebulan. Selepas itu aku pulang ke Perlis semula untuk mencari pengasuh Chinta.

Bermulalah episod cinta jarak jauh antara kami. Setiap malam Luq tidak lupa telefon aku. Macam-macam dia pesan, maklumlah tidak dapat melihat sendiri kehidupanku selepas Chinta lahir. Luq seperti tidak dapat berjauhan dari aku dan juga Chinta Sufi. Pantang ada cuti walaupun cuti hujung minggu jumaat dan sabtu dia pasti akan kunjungi kami di sini.

Aku banyak menghabiskan masa dengan Chinta. Luq mula merungut tidak di pedulikan. Sekarang ni Chinta dah semakin lasak. Badan aku kadang-kadang terlalu letih, pantang letak kepala aku akan terlelap. Aku tahu Luq sedikit kecewa dengan aku, dia selalu menganggap aku sudah tidak sayang kepadanya. Dia kerap merajuk kadang-kadang aku pun tak larat memujuk. Ada ketika dia pulang ke Johor dalam keadaan merajuk.

Untuk memujuk aku ke Johor menaiki bas bersama Chinta. Maklumlah rindukan suami dan Chinta rindukan babahnya. Letih pun tidak mengapa. Walaupun merajuk sempat juga dia berpesan supaya aku tak memandu kereta ke sana. Bukannya selalu aku pergi ke sana, dalam 3 atau 4 bulan baru aku pergi kunjunginya dia di sana.

Chinta sudah semakin membesar dan sihat. Luq dah kurang kunjungi kami di Perlis. Aku pun tak kisah sebab aku tahu dia mesti penat berulang- alik. Lagi pula mungkin kekangan kerja yang makin banyak. Dia cuma kunjungi kami bila cuti sekolah melebihi tiga hari. Telefon pun dah tak macam dulu, jarang-jarang. Maklum dah biasa dalam keadaan jauh.

Makin hari Luq semakin jauh dari kami. Kami pula yang kerap mengunjunginya ke Johor. Sampailah suatu ketika aku terasa letih sangat untuk berulang alik ke sana. Aku pun banyak juga kerja sekolah yang belum aku selesaikan. Luq dah mula merindui aku.

Suatu hari Luq telefon aku ketika aku masih di sekolah. Kebetulan aku menjalankan aktiviti kokurikulum bersama dua lagi guru, cikgu Sobri dan Ikmal. Ikmal juga guru baru di sekolah itu.

" Abang ada dengar suara lelaki, siapa dia?

" Ikmal dan cikgu Sobri, kenapa abang?

" Ouh... Ada penemam rupanya, patut lama tak telefon abang. Ikmal tu siapa, cikgu juga ke?

" Oh... Dia cikgu baru posting. Muda dari kita. Dia banyak tolong Laila uruskan aktiviti budak-budak ni."

" Sekarang dah ada orang tolong, sampai lupa abang yang jauh kat sini.

" Abang.... Laila masih ada tugas la abang. Nanti Laila telefon abang semula malam nanti."

"Kenapa malam? Tak boleh telefon habis kelas ke?

" Malam kan boleh sembang panjang sikit. Chinta pun dah tidur. Okeylah abang, kawal cemburu tu sikit. Laila ni tak lari ke mana pun, sentiasa terkurung dalam hati abang tu. Ok lah. Bye. " aku cepat - cepat letakkan telefon. Malu pula nanti ada yang menjeling, sewaktu jalankan aktiviti pun nak bergayut. Aku tahu nada Luq tadi berbaur cemburu. Aku malas nak melayan. Nanti silap jawab memuncung tak menentu.

Pulang sahaja dari sekolah aku terus mengambil Chinta dari rumah pengasuh. Sampai di rumah aku buat video call ....

" Laila... Sori abang tengah drive. Nanti malam telefon abang." Luq mematikan talian. Tersentuh hati kecilku. Sekurang-kurangnya cakaplah yang dia akan telefon aku balik, ini nak aku juga telefon dia. Aku nak telefon malam, suruh aku telefon balik sekolah.... Ah... Malas la aku nak fikir. Biarlah.... aku pun ada perasaan. Aku ingat semakin jauh semakin sayang tetapi yang terjadi semakin jauh semakin jemu pula. Biarlah... Aku pun tahu merajuk...hah... Biar sama-sama merajuk.

Sudah tiga hari aku dan Luq terputus hubungan. Sengaja putuskan hubungan. Dah masing-masing merajuk. Esok dah jumaat.... Luq cuti hujung minggu, tiada tanda-tanda nak balik ke Perlis. Aku bercadang cuti hujung minggu nak balik penang sahaja. Dah lama aku tak balik, sejak Chita dah pandai bertatih.

Luq dah berubah.... dia dah tak merayu-rayu aku lagi supaya tidak melupakannya. Aku lega tetapi pada masa yang sama aku musykil tentang perubahan sikapnya itu. Terasa mahu di siasat, tapi aku tiada masa untuk semua tu.


Aku WA Luq semasa perjalanan pulang ke Penang. Risau juga kot-kot dia terjah ke Perlis nak buat kejutan . Kebetulan hari isnin cuti sempena hari Wesak yang jatuh pada hari Ahad. Luq pastinya cuti 3 hari juga tapi dia tiada tanda-tanda nak balik jumpa aku dan Chinta. Aku hairan juga Luq tak balik sambut harijadi dia dengan kami. Tak pernah sekali pun Luq buat macam tu.

Sampai di Penang, ramai benar peminat Chinta termasuklah sepupu - sepupu aku. Baru bagitau nak balik, dah ramai menanti kami. Sebaik sampai ramai tangan nak dukung Chinta dan Chinta pula pantang di dekati semuanya minta di dukung. Aku pun boleh rehat lama sikit.

"Luq tak balik ke sini ke Laila? Lama ayah tak jumpa dia. Dia selalu ke balik jumpa kamu?
Mungkin ayah rasa pelik, aku balik hanya bertemankan cinta sahaja.

" Sekarang ni kerja banyak ayah, sekali sekala saja boleh berjumpa... "

" Hang tak minta tukaq sekolah ka pi dekat dengan dia.

" Dah minta mak... Cikgu baru mana orang nak layan sangat mak. Mau tak mau kena bersabar banyak - banyak. "

" Esok, Laila ingat nak pergi jumpa Luq la mak. Dia sibuk tak dapat nak balik. "

"Nak bawa Chinta sekali ke?"

"Ya mak... Nak jumpa babah dia"

"Tinggal aja kat sini, kesian dia, Johor tu jauh sangat. Letih dia nanti. Mak pun tak puas lagi main dengan dia. Tinggal aja dia dengan mak."

Bila mak cakap macam tu, aku setuju saja. Walaupun aku tak pernah berpisah dengan Chinta, aku terpaksa juga kerana aku mahu berdua dengan Luq. Boleh aku buat kejutan harijadi dia.

Aku sebenarnya nak lihat kehidupan Luq kat sana. Apa yang seronok sangat, sampai lupa nak telefon aku. Merajuk konon.

Aku bertolak malam itu juga ke Johor menaiki bas. Sengaja aku tak beritahu Luq. Lenguh juga sebenarnya duduk atas bas. Kali ini aku tak bawa Chinta, aku boleh bergerak bebas. Lenguh kaki dan pinggul boleh aku kurangkan. Kalau bawa Chinta aku pastinya lebih lenguh meribanya. Itu tidak termasuk rengekan Chinta bila terlalu sejuk atau lapar pada waktu malam.

Aku tiba di Johor pada Waktu subuh. Aku mengerjakan solat subuh di stesen bas. Bila selesai solat aku terus memesan grab untuk menuju ke rumah sewa Luq. Luq sekarang tinggal berdua dengan Hakim. Kawan satu sekolah. Selalunya jika aku nak datang, Hakim akan bermalam di rumah kawan yang lain. Tak mahu mengganggu aku dan Luq katanya. Tapi hari ini Hakim masih ada, sebab aku tak bagitahu terlebih dahulu.

"Assalamualaikum...Hakim. Sorang je ke joging? Luq mana?

" Waalaikumussalam. Oh Laila. Awal sampai? La.... Ingatkan balik sekali Luq.

" Balik mana? Eh... Jangan cakap Luq tak ada" .

" Iya.... Luq tak ada. Luq tak bagitahu ke dia balik Perak? Ha... Khamis lagi dia dah balik. Ingatkan dia dah beritahu".

Nasib baik aku tak bawa balik Chinta, kalau tidak kan dah penat. Geram juga aku sebenarnya, dahlah tak telefon aku, WA pun tidak. Apa dah terjadi ni? Merajuk taik kucing.

" Kenapa Luq buat macam tu? Kamu ada masalah ke dengan dia?

" Tak ada apa-apalah.... Saja dia tu.... Nak tanya sikit, sejak dua menjak ni Luq ada buat benda pelik tak?

" Benda pelik?? Tak ada pun... . Tapi..... bergayut lama di telefon tu ada lah. Saya pelik juga, siang malam dia begitu. Dia bergayut dengan awak ke?

". A.. Iya.... tu rasa pelik tu... Selalu dia telefon saya tak kira waktu". Terpaksa jawab ya... nak lepas dari terkantoi. Dalam hati terasa panas sangat. Dengan siapa yang Luq bergayut tu? Jangan meletup depan Hakim sudah. Boleh berasap kot telinga ni... Mendidih dalammmm.....
.

"Mmm.... Tak apa lah Hakim. Pergilah Joging tu..nanti saya call dia"

Sebenarnya aku buntu. Aku tahu Luq ni ada sesuatu agenda. Jika tidak, dia tak kan melupakan aku dan Chinta.

Aku booking tiket bas dan pulang semula ke Penang. Malas la aku nak ke Perak, takut jadi perang saudara. Baik aku pulang menemui Chinta dan bersedia menghadapi sebarang kemungkinan yang akan terjadi selepas ni. Hati aku benar-benar sakit.

....... Sambung......

Share this novel

Hawani Hashim
2023-09-28 00:34:05 

La ngapa xbalik Perak kut dia kawin lagi ke ke seri tu bini no shatu


NovelPlus Premium

The best ads free experience