Bab 67. Pindah

Short Story Completed 83757

Esok dah nak sekolah.....malas betul rasanya sebab dah bercuti lama. Tak tahu lah murid-murid macamana. Luq dah ikut aku tinggal di Perlis. Setiap hari dia pujuk aku suruh minta tukar sekolah ke Johor. Luq beritahu aku dia buka pejabatnya di Johor Baharu. Dia cakap kalau aku dah tak nak jadi Cikgu pun tak apa , boleh saja isi borang berhenti kerja. Dia mampu menyara aku dan Chinta. Aku pun tak nampak lagi gambaran Syarikatnya...tak tahu setakat mana perkembangan Syarikat itu.

Luq ...sebulan sekali akan turun ke Johor Baharu setiap hujung bulan , tak pernah lagi dia culas. Bermakna tiga minggu dia akan bersama aku. Kadang-kadang risau juga aku bila dia ada dua rumah takut ada dua orang rumah juga. Yang mencurigakan tu Luq tak pernah pun ajak aku dan Chinta ke sana. Ish...kadang-kadang orang cakap naluri seorang isteri ni kan...oh tidak-tidak ...."abang.... Laila tak nak ingat macam tu ok ..tolonglah". Harapan aku Luq tidak akan buat macam tu kepada aku. Aku baru saja membuang segala yang buruk tentang dia . Aku dah buka lembaran baru bermakna aku dah buang yang lama, tak perlu difikirkan lagi.

Semakin hari aku semakin sayang pada Luq. Hari-hari ceria. Luq tak pernah lagi pesan itu ini yang menunjukkan sikap cemburunya itu. Dia selalu berpesan jaga diri dan Chinta baik-baik. Cuma aku....semakin hari semakin menjadi cemburu aku. Setiap hujung bulan....aku gelisah bila Luq akan tinggalkan aku selama seminggu. Aku jadi tidak percaya pada dia pula. Dahlah hensem ...pastu gayanya macam CEO Syarikat besar-besar. Kereta pula ....aduh....Audi Sedan A3 you ....Risau aku lain macam la.....

Emak dengan ayah pun sudah perasan tentang perubahan Luq. Luq besarkan rumah dan menambah tiga bilik lagi untuk rumah di kampung. Banyak juga belanja tu. Mereka mula bertanya tentang kerja Luq. Aku pun tak tahu nak jawab apa. Aku cakap yang dia buka Syarikat jual buku sekolah. Aku bukan menipu tapi ada kaitan juga la...Aku agak-agak saja lah.....Luq ada cerita tentang itu pada aku...tapi,. aku memang lemah sikit bab-bab Syarikat ni atau selok belok perniagaan kerana ini bukan bidang aku. Benak kot bab tu.

Luq tidak puas hati bila aku masih menyewa di rumah lama kami. Sudah banyak kali dia ajak aku pindah rumah. Katanya nak beri keselesaan pada aku dan juga Chinta . Aku bukan tak nak pindah tapi aku letih nak pindah banyak kali, lagipun aku dah isi borang tukar sekolah. Kalau dapat kami akan berpindah lagi. Luq akur sahaja dengan alasan aku .

Selalunya ....bila nak masuk mengajar di Perlis ni memang susah. Ada yang bertahun-tahun nak pindah masuk tak dapat dapat. Berpisah anak- beranak. Kalau nak berpindah keluar memang sangat di alu-alukan, entah -entah hujung tahun ni aku sudah dapat pindah keluar tetapi yang merisaukan aku Johor yang aku minta, negeri lain pula yang dapat. Ngeri juga tu....

Kehidupan aku masih macam biasa, macam aku janda dulu. Ada yang mengusik aku pandai sangat memikat orang baru. Ramai yang tidak percaya yang aku kahwin semula dengan duda aku. Kata mereka...Suami baru aku nampak lebih hensem dari yang dulu. Dalam ramai-ramai yang memuji ada juga si mulut puaka. Ayat orang dengki...."Tak sesuai langsung Laila tu dengan suami baru dia ...apa yang di pandang pun tak tahu la..tak ikut trend terkini langsung Laila tu"

Aku? Ingat boleh diam ke? Terasa tau...aku teringat zaman bercinta dulu, sampai dalam toilet orang cakap tentang aku. Yang aku suka bila ada yang puji aku comel dan sesuai dengan Luq. Masa tu aku terima saja sebab aku sentiasa rasa sempurna bila bersama Luq. Tapi.... itu Lima enam tahun dulu. Masih comelkah aku? Risau pula jika Luq dah tak nampak aku comel macam dulu-dulu lagi.

Dulu...Luq sangat cemburukan aku. Tak boleh sembang atau berhubung dengan lelaki lain. Suka check Telefon aku, suka tuduh aku macam-macam , bila aku nak keluar pesan itu ini, selalu tanya aku sayang dia tak....selalu merayu supaya jangan tinggalkan dia......Ouh...banyak sangat ......Tapi, yang aku hairan tu....sekarang ni semua yang Luq buat itu berbalik pada aku. Aku pula yang bersikap macam tu. Tak kan lah Luq pergi berubat untuk buang semua itu , dia datang ke aku pula. Balas dendam? No....Tak pernah pun dengar cerita macam tu kan? Aku jadi risau dan takut Luq pula minta berpisah bila dah tak tahan dengan sikap kontrol aku tu. Aku perlu berubah ....mungkin ini yang Luq rasa dulu...terlalu menyanyangi. Eh...tapi dulu...aku sayang juga dia....mungkin sayang biasa-biasa saja kan? Sekarang dia dah kaya dan nampak hensem sebab tu aku tak boleh melepaskan dia lagi.....mata duitan betul kau Laila.....

Aku semakin risau bila aku tengok sendiri mata-mata gatal yang memandang dan menegur Luq. Dulu ....aku tak rasa apa-apa pun bila Luq buat macam tu. ... tapi sekarang ni terbalik pulak. Terlalu cemburu?...aku tahu kesannya ....sangat sakit... tetapi itulah....aku terpaksa menerima semua itu kerana jika aku mengamuk aku samalah macam Luq dulu. Aku ambil ikhtibar dari kesilapan Luq dulu yang tidak menjaga hati orang yang disayangi.

Aku tahu Luq perasan dengan perubahan aku. Ada juga dia mengungkit cerita yang aku cemburu buta. Dia tidak marah sedikit pun...tapi dia macam suka pula , mungkin dia nak cakap pada aku macam tu la perasaan dia dulu ....

Keputusan pertukaran guru telah di umumkan. Seperti yang dijangka pertukaran aku telah pun diluluskan. Nasib aku sedikit baik bila aku dapat bertukar ke sekolah Pagoh , Johor. Alhamdulillah. Luq dah minta aku bersiap sedia untuk berpindah ke rumah baru di Johor sebulan lagi .

"Sayang....abang suka sangat bila Laila dah dapat tukar sekolah. Abang tak perlu lagi ulang alik setiap hujung bulan dan Laila sentiasa ada di samping abang...itu yang abang nak kan?. Laila seronok tak?

"Mestilah seronok ...dapat tidur bawah ketiak abang selalu" Kata ku sambil menyondol-nyondol ketiaknya. Entah ..sejak akhir-akhir ni aku suka bau seluruh tubuh dia.

" Laila sayang...abang sayangkan Laila sorang saja. Apapun Laila.. abang terima seadanya. Abang harap Laila pun begitu. Abang suka bila Laila selalu cemburukan abang. Abang tahu cemburu itu tandanya Laila sayangkan abang sebagaimana abang cemburukan sayang dulu."

" Maksudnya...sekarang ni abang dah tak sayangkan Laila la kan?"

" Loh....baru cakap saja yang abang sayangkan Laila...kenapa tak percaya pula ?"

" Sekarang ni abang dah tak cemburukan Laila kan..abang cakap cemburu tanda sayang kan? Kalau tak cemburu maksudnya dah tak sayang lah" Aku memuncung mulut merajuk.

"Laila ingat abang tak cemburu ke? Fuh...ikutkan hati abang ni berkecai mulut-mulut orang yang menegur Laila, berlubang mata mereka yang melihat setiap lenggok Laila, abang cabut telinga yang mendengar suara Laila berceloteh. Bagi abang Laila untuk abang sorang....tak boleh ada siapa pun yang dapat menikmati wangi tubuh Laila kecuali abang. Laila milik abang seorang ". Meremang aku dengar tutur kata Luq...psiko ke apa. Melonggo aku seketika.

"Tetapi abang belajar dari kesilapan...abang dapat kawal perasaan yang sebegitu...abang masuk ke alam realiti. Abang cuba amalkan ayat-ayat penenang....Alhamdulillah...sekarang ni abang dapat kawal semua tu. Tipu la kalau abang cakap tak cemburu.....cumanya jangan terlalu rapat dengan lelaki...Laila pandai jaga batas itu sudah memadai bagi abang. Terima kasih sayang" Luq terus memeluk erat dan aku membalasnya .

"Babah....Jom tidur dengan Chinta malam ni....Ibu tidur sorang ye...Chinta nak babah baca buku ni". Chinta tiba-tiba datang dari bilik sebelah membuatkan aku rasa akan kehilangan malam ini. Kehilangan bau ketiak hi..hi....

Luq terus di heret Chinta ke bilik sebelah. Aku bangun ke bilik air untuk berus gigi dan cuci muka. Aku menghampiri meja solek lalu mencapai toner untuk disapu ke wajah. Aku pakai toner dan krim malam. Sekarang ni aku dah pandai sikit menjaga wajah bila ramai kawan sekolah minta aku menjaga penampilan diri memandangkan Luq sekarang sudah jadi perhatian. Tergugat juga aku, jadi aku rajin mengikut mereka ke spa setiap dua minggu sekali. Takut juga kau kan Laila? Hu..hu...

Tit...bunyi notification di Telefon Luq. Mula-mula aku biarkan saja... Aku cuba buat baik , tidak mahu melihat pesanan itu....tapi ... bunyi itu berkali-kali.....terpanggil juga aku untuk melihatnya....suatu nombor bukan kenalan Luq. Nombor biasa dengan lima mesej yang belum dibaca. Tit....satu lagi mesej lalu di skrin " Abang dah tidur??"...terkejong aku sebentar...terus sakit urat kepala aku bila terbaca pesanan itu. Hati ini terus melonjak ingin tahu siapa gerangan yang memanggil Luq abang. Setahu aku Luq tidak ada adik....Nafasku tiba-tiba sesak ....terbayang sesuatu yang menyakitkan...... sayup-sayup aku dengar suara Luq menjerit nama aku. Mataku terus terpejam bila pandangan aku kelam. Tubuh terus memberat dan aku dah tak ingat apa-apa lagi.

.......Sambung......

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience