Ini bukan lagi gurauan. Ini satu tuduhan. Dengan tangan masih menggengam, nafas menjadi sedikit laju, aku melepaskan air mata yang ku tahan tadi. Meraung. Aku meraung sungguh-sungguh melepaskan sakit hatiku. Aku mahu buang semua duka ku, aku mesti kuat. Jika tidak, Sakit hati yang belum terubat akan menjadi kudis yang tidak akan sembuh-sembuh.
Aku mencapai buku bffku, aku luahkan segala-galanya dalam buku itu. Setiap masalahku atau ketidakpuasan hati, aku lakarkan di dalamnya. Dalam buku ni banyak terlakar kesedihanku. Aku akan bawa ia ke mana-mana aku pergi. Ia pengubat segala dukaku.
Sungguh aku hairan, kenapa Luq tidak mahu terima keadaan aku begitu. Aku jatuh sebab pitam, bodoh sangat la sengaja pitamkan diri semata-mata nak minta dipangku. Nonsense.
Bodoh betul Luq, perkara yang dia buat telah mengurangkan rasa kasih aku pada dia. Dia sendiri memadamkan api cinta yang menyala dalam diri aku. Sedikit-sedikit cinta menjadi benci. Aku rela dia dapat peganti daripada terus merayu aku untuk kembali. Mungkin dengan ada peganti, dia tak perlukan aku lagi. Sikapnya membuat aku mahu lari lagi jauh darinya.
Biarlah apa hubungan dia dengan Seri. Aku dah tak kisah. Sakit hati dituduh curang mengatasi segala-galanya. Aku rasa semakin kuat untuk teruskan hidup ini bersama anakku yang bakal lahir ni. Aku bukan mahu buang Luq dari hidup aku, tapi aku tidak mahu fikirkan dia buat masa ini. Memang aku sedar suatu hari nanti aku mesti perlukan dia. Sekarang ni aku macam tiada rasa. Aku cuma kecewa.
Aku pun tak tahu, apa yang Luq perlukan dalam hidup dia. Aku tahu dia mahu kekasih yang cintai dia. Memang aku cinta dia. Dia mahu ada teman yang sentiasa ada disamping dia. Aku sudah jadi teman itu. Dia mahukan seorang isteri yang sentiasa menemani tidurnya. Ya aku isterinya. Tapi dia lupa menghargai teman, kekasih dan isterinya itu. Tidak menjaga perasaan dan sentiasa menuduh dengan perkara yang bukan-bukan. Hati aku sakit sangat.
Aku akan tinggal dua hari lagi di sini. Aku akan pulang... tetapi aku tak tahu sebagai apa dalam hidup Luq. Aku nak tengok sejauh mana dia perlukan aku dalam hidup dia. Kalau dia bosan untuk memujukku aku, aku rela. Kalau dia nak cari peganti pun aku rela. Biarlah jika dia tidak memerlukan aku lagi.
Malam datang lagi. Aku gelisah. Memikirkan dosa dan pahala. Kadang-kadang aku rasa tindakan aku ini betul. Pilihan yang aku buat tepat. Sepatutnya ini yang aku buat dari dulu. Tinggalkan Luq. Sesekali aku teringatkan berdosa pulak aku buat begini. Aku boleh juga memilih untuk berdamai. Memberitahu berita gembira tentang kandungan aku. Luq mesti suka. Berdosanya aku menidakkan haknya. Aku keliru. Perlukah aku mencari seseorang yang dipercayai untuk aku mengadu domba menyelesaikan masalah aku? Aku takut tersilap langkah.
Salah Luq cuma satu, terlalu cemburu. Jika boleh dia nak aku jadi milik dia seorang. Jangan sesiapa pun menyentuh aku walaupun tak sengaja. Mungkin dia tak dapat menerima bila aku di sentuh. Aku akui, memang la perlu ada perasaan macam tu, tapi agak-agak la sengaja dengan tak sengaja. Terfikir juga aku, andainya aku di rogol, adakah dia mahu menerima aku dengan apa yang terjadi? Nauzubillah.
Banyak kemungkinan yang aku fikirkan. Beban kepala ku makin banyak. Aku tak tahu nak luahkan pada sesiapa. Untuk pengetahuan orang luar tak mungkin aku ceritakan keburukan Luq. Tapi setiap kali fikiranku terbeban dengan perkara yang dapat ku tanggung aku akan luahkan di dalam bffku. Aku melepaskan bebanan itu didalamnya. Ianya lebih selamat daripada menceritakan kepada seseorang.
Selepas aku luahkan segalanya, kepala aku menjadi ringan. Aku akan berfikiran positif kembali. Waktu ini baru aku terasa rindu pada Luq. Aku teringat semula segala kebaikan yang dia telah buat untukku. Bahayanya amarah bila syaitan menguasai. Aku akan balik, tetapi balik kepangkuan dia belum tentu sebab aku masih belum mendapat jawapan tentang Seri.
Aku mula menyusuri taman perumahan si sini untuk mencari rumah untuk aku tinggal nanti. Banyak juga rumah di kawasan ini. Dari taman ke taman aku cari rumah untuk disewa. Akhirnya aku terjumpa rumah sewa tiga bilik yang di sewa oleh 2 orang staff KKM yang masih bujang. Kata mereka ada 1 bilik lagi yang kosong. Kebetulan rakan mereka baru berpindah keluar. Aku pun setuju aja dulu. Lepas tu mungkin aku akan cari rumah sewa yang lain.
Aku akan mendaftar diri dalam masa dua minggu lagi. Aku akan balik hari ini juga. Aku menyiapkan diri dan membawa beg aku masuk ke kereta. Aku serahkan kunci dan meminta nombor telefon tuan homestay untuk kemudahan akan datang.
Aku terus bergerak balik ke Pulau Pinang selepas solat Zohor. Aku tidak akan balik ke rumah, aku akan ke rumah mak terlebih dahulu. Tidak mungkin aku pulang terus ke rumah kerana marah pada Luq masih tersisa. Aku akan pulang ambil pakaian sahaja bila Luq tiada di rumah nanti.
Aku silap caturan rupanya. Sebaik sahaja aku parking kereta. Aku ternampak kereta Luq masih di situ. Aku ingat dia dah balik, rupanya tidur rumah mak. Selalunya dia tak pernah tidur rumah mak bila aku tak ada.
"Eh... Dah balik? Emak yang nampak aku dulu. Aku salam mak.
" Ya mak, mana semua orang? Sunyi ja."Aku tinjau sekeliling.
"Semua kat belakang sana tu... Tengah bakar ikan. Jomlah..."
" Laila... Syukurlah. Abang tunggu Laila balik" Luq tiba-tiba muncul dari belakang sana selepas kelibat mak hilang. Aku salam Luq seperti kebiasaan bila baru berjumpa. Luq tidak lepaskan tanganku.
"Tolong jangan pergi, abang tak boleh duduk tanpa Laila. Sayanggg.... Cakaplah dengan abang.". Luq mendesak bila aku tanpa bicara. Aku tak ada mood masa itu. "Maafkan Laila... Hatiku berkata. Aku tahu itu dosa. Tapi aku tak boleh teringat kata-kata bisa dia tu. Aku biarkan sahaja dia memegang tanganku. Katanya rindu. Luq melepaskan pegangan tanganku sebaik sahaja nampak adik.
Luq ikut aku ke belakang. Melihat aku sampai adik datang memelukku. " Kak, dah kurus sikit nampak. Sihat ke kak?
"Sihat ja... Kenapa? Tak suka ka kak jadi kurus?
" Eh.. Dah aih... Kak cantik tapi macam pucat sikit... Letih ka? Aku mengangguk tanda mengiyakan pertanyaan adik. Memang betul aku letih. Letih memikir dan juga letih memandu.
"Kursus kat mana? Pasai pa tak bagitahu Luq? Aku tanya dia kata hang tak habaq. Kurang-kurang suruh lah dia hantar., Ada ka lagu tu? Ayah mula buka suara, mungkin tak puas hati dengan layanan aku pada Luq.
" Kat Perlis la ayah... La... Hari tu depa kata kat tempat lain. Tak confirm lagi masa tu. Tu yang tak cakap kat Luq. Campur merajuk sama.". Aku belasah cakap aja. Aku nampak Luq sedikit tersentap. Mungkin takut aku buka cerita.
" Merajuk? Patut pun dia tak tau. Patut aku tengok macam ayam berak kapur ja masa baru mai sini.. Ada pasai la.... Tak letih ka bawa keta sendiri sampai Perlis... Kalau ada drebar kan senang? Dah nak merajuk sangat. Rasa letih la.
"Letih juga la...." Aku menjawab sambil mencubit isi ikan bakar yang telah siap terhidang.
" Masa kat Perlis tu, kebetulan surat posting pun dapat sekali. Aku sengaja kuatkan suara supaya Luq dengar. Aku malas nak bagitau dia sendiri. Berdosakan begitu. Biarlah... Hati sakit nak buat macamana.
"Hah! Perlis? Alhamdulillah. Nasib baik bukan Sabah atau Sarawak" Ayah suka Perlis tu damai dan mendamaikan. "
" Sekolah apa Laila? Luq mula bersuara. Aku nampak lain benar wajahnya. Mungkin kecewa sebab aku tak bagitahu dia dulu.
"SMK Sanglang" Sempadan Sanglang Kedah. Hari tu alang - alang ada situ, Laila cari siap-siap la rumah sewa. " aku pandang Luq, nampak dia macam sedikit terkejut. Ah... Biarkan. Dalam hati aku mohon allah ampunkan dosaku. Nanti-nanti lah aku minta maaf pada Luq. Bagi marah aku hilang sikit.
" Abang dah dapat ke belum surat posting? Aku berbasa basi supaya Luq tak berasa hati. Dalam marah-marah pun masih juga niat nak jaga hati kan.... Itulah aku..... Laila Suhaila.
" Belum.... Entahlah..tak dapat lagi pun tak apa. Boleh ikut Laila pergi Perlis. Damai mendamaikan macam ayah cakap. Pusat tuisyen nak suruh Shukri tolong tengokkan". Ah... Sudah. Macamana ni, Luq nak ikut aku pula. Aku dah la sewa bilik aja. Tak.. Tak... Tak boleh jadi ni aku mesti fikir sesuatu. Luq tak boleh ikut aku.
...... Sambung......
Share this novel