Bab 16 Luahan rasa

Short Story Completed 83757

Sambil mengempal buku lima Luq menuju ke Lelaki itu. "Buk!" Buk! Cuma itu yang aku dengar dan lelaki itu sudah tergolek ke tanah.

"Hey... apa ni tumbuk orang. Kenapa kacau bakal isteri aku?

Aku terkejut dia kata macam tu. Matilah aku. Bakal isteri pulak, sahih la psiko lah pak cik ni. Macamana nak pujuk Luq nanti ni.... Makkkk tolong Laila mak.

" Cis, bakal bini....... Ni bini aku la... yang kau pegang tadi tangan bini aku lah!! , nah! ambik." Sebiji lagi buku lima mendarat dimukanya.

" Aduh!! .... Aku nak dia.... Aku nak dia....ke sini sayang. Dah lama abang cari sayang. ". Lelaki tu mahu dekati aku lagi. Aku hilang punca, aku tak tahu nak buat apa, aku pun pura-pura sesak nafas dan memegang dada. Aku jatuhkan tubuhku ke tanah. Apa nak jadi, jadi lah.

"Laila...hey. Laila.... Kenapa ni? Luq cemas sambil mengangkat aku ke atas ribanya. Sementara Lelaki itu juga cemas. Dia mahu menghampiri aku tapi dihalang cikgu lelaki lain yang cuba meredakan pergaduhan ini.

Luq mengangkat aku masuk ke kereta. Kemudian kembali semula ke lelaki itu.
"Hey kau nak apa hah! Itu bini aku. Kenapa kau nak dia? Dia nak kau ke?

" Dia dah janji dengan aku la... Dia nak balik rumah aku. Tapi dia tak datang. Kau jangan halang dia. Dia hak aku"

Aku jadi takut dengan kata-kata lelaki itu. Aku takut Luq percaya pulak. Aku masih pura-pura pengsan. Biarlah. Aku pasang telinga nak tahu apa jadi. Nak tahu juga apa yang lelaki tu katakan pada Luq. Aku tak tahu nasib aku bila balik nanti.

"Hak kau apanya... Dia bini aku la... " Luq semakin marah. Mahu aja dia sepak lelaki itu tetapi dihalang oleh beberapa orang kampung dan rakan-rakan guru aku.

"Encik... Sabar encik. Kita serahkan lelaki ni kepada polis. Dia ni sakit " kata Cikgu Hamid Guru Besar sekolah. Encik boleh bawa Cikgu Laila ke klinik dulu. Nanti kita selesaikan kes ni.

"last warning aku bagi kau. Jangan kacau bini aku lagi" Aku dengar suara Luq marah. Kecut betul lah. Sepanjang aku kenal dia belum pernah dia marah begitu.

Aku dengar pintu kereta di tutup kuat. Aku tahu Luq marah. Aku masih pejam mata berpura-pura. Takut kemarahannya itu di tuju kepada aku pula.

Luq terus memandu kereta. Aku agak dia nak bawa aku ke hospital. Aku tak mahu ke hospital. Aku cuba nak buat helah.

"Err.. Air.... Nak air...." Aku membuka mata perlahan-lahan. Luq memberhentikan kereta di tepi jalan. Di gapainya air di tempat duduk belakang lalu di buka tudung botol air lalu di letakkan di mulutku. Aku menghirup air kosong dari botol itu.

"Ah... Lega... Kenapa ni? Kita kat mana?" aku pura-pura lagi.

" Kita nak ke hospital, Awak tiba-tiba pengsan tadi. Tak ingat ke bakal suami pegang tadi?" Luq cuba sampaikan ketidakpuasan hatinya dengan memerli aku begitu. Sakit juga hati ini. Aku jeling meluat dengan kata-katanya.

" Abang nak buat laporan polis. Ada orang nak kan bini abang" Luq bersuara tegas.

" Tak payah la abang, dia tu sakit mental la . Mungkin dia tengah berubat tu, belum sembuh lagi. " Aku cuba memujuk Luq supaya tidak membuat laporan polis.

Sebolehnya aku tak mahu nama aku tercalit dengan kes polis. Aku takut ada rekod tak baik untuk aku nanti.

" Kenapa nak bela dia? Awak ada hubungan dengan dia ke? Nak dia kacau awak lagi? Dasar tak cukup satu, orang gila pun nak ke ? Luq tiba-tiba melenting membuatkan hati aku sakit sangat.

" Eh.. Hello... Ulang balik apa yang abang cakap tadi. Ayat yang last tadi...". Sakitnya hati aku. Suara aku dah jadi lain. Kesabaran aku dah mula hilang.

"Ulang apa yang awak kata tadi ? Ulanggg!!" aku dah mula meninggi suara. Geram di dalam sini membuatkan aku lupa yang aku seorang isteri.

"Sayang.... Sori. Ok. Abang minta maaf. Abang salah. Abang tahu... abang salah cakap" Aku tahu Luq terkejut melihat muka marah aku. Dia menarik aku ke dalam pelukannya. Mungkin juga dia tidak menyangka suara aku senyaring itu kerana seorang Laila tidak pernah begitu. Aku tolak tubuh yang memeluk aku.

"Laila tak suka abang cakap macam tu. Menuduh yang bukan-bukan. Teruk sangat ke Laila ni. Salah Laila ka berlaku benda macam ni? Laila pun ada had kesabaran la abang". Aku memang tak suka kalau aku di tuduh melulu. Macam aku ni teruk sangat tak tahu fikir baik atau buruk.

"Kenapa tak mahu buat report? Nanti dia kacau lagi macamana ? Bahayalah orang sakit jiwa ni. Kalau rogol orang pun, boleh lepas lagi tau.

Laila tak mahu nama Laila terlibat dengan kes polis. Kita baru nak kerja, takut sangkut nanti. Kenapa? Laila ni teruk sangat ke abang ? Kalau nak kan orang gila tu... Dah lama la Laila tinggalkan abang. Abang memang nak macam tu ka? Kalau Laila tinggal abang pun bukan pasal lelaki lain la... Tapi pasal perangai abang yang suka tuduh orang macam-macam. Laila tak suka.

"Abang minta maaf. Abang tahu dalam hal ni Laila tak salah. Bukan Laila cari dia kan? . Abang tahu Laila ada abang saja kan? Luq dah mula menyesal dengan kata-katanya tadi.

" Tahupun..... Kalau Laila ada yang lain, Laila tak kahwin la dengan abang. Kalau abang ok, tak kan Laila nak cari yang lain. Kalau asyik tuduh itu dan tuduh ini, kalau jadi betul macamana? Berputih mata la abang. Nak macam tu ke? aku cuba sedarkan dia. Biar dia kecut sikit.

" Jom la balik. Laila letih la, nak rehat "
Luq pandu kereta balik ke rumah. Sebaik sampai kat rumah, tanpa kata aku terus masuk ke bilik dan mandi. Penat aku rasa. Selesai solat aku mencari Al-Quran dan membacanya. Surah Yassin menjadi pilihan. Semoga ada sedikit ketenangan dalam jiwa aku.

Kata-kata Luq masih tergiang di telinga. "tak cukup satu, orang gila pun nak" Adakah sebab sakit cemburunya itu sehingga nak tuduh aku bukan-bukan.

Aku tak pernah terfikir nak menduakan Luq. Tuduhan yang tadi betul-betul mencabar aku. Aku pun rasa berdosa tadi tinggikan suara pada Luq. Aku tahu Luq mesti terkejut.. Mesti dia tidak menyangka aku seberani itu. Aku rasa berdosa padanya.

Aku menghampiri Luq yang berbaring terlentang di ruang tamu. Dia diam aja tidak memandang aku walaupun dia tahu aku ada di situ.

Luq memang begitu. Kalau marah dia tidak berbual dengan aku. Kalau aku tanya dia jawab pendek. Tiada topik bicara lain dari dia. Aku duduk di sebelah dia. Memegang erat tangannya. Aku mencium tangan itu.

"Abang.... Laila minta maaf. Laila tinggikan suara pada abang. Tadi Laila geram sebab abang dah sakitkan hati Laila. Maafkan Laila ya.

Luq masih diam. Aku dekatkan diriku padanya. Aku membelai rambutnya. Aku letakkan telinga di dadanya. Mendengar detak jantungnya yang tidak teratur membuatkan aku rasa bersalah. Aku sepatutnya mengikut rentak Luq untuk kurangkan penyakitnya.

Aku banyak mencari maklumat tentang penyakit cemburu ni untuk membantu Luq. Walaupun penyakit ni nampak biasa, tetapi sebenarnya ianya sangat bahaya jika biarkan. Aku perlu memujuk Luq.

Laila sayang abang. Laila nak abang sorang. Tiada orang lain, di hati Laila" Aku mula memancing semula hatinya yang kecewa.

Luq suka mendengar pengakuan yang sebegitu. Tangannya dengan segera merangkul tubuhku dan mulutnya mencium ubun-ubunku. "Jangan tinggalkan abang, sayang.... hanya Laila di hati abang. Abang terlalu sayangkan Laila. Kalau Laila pergi, hancurlah segala impian abang. Maafkan abang. Abang harap kejadian hari ini tak akan berulang. Abang takut sangat kalau Laila pergi jauh dari abang.

"Isteri abang ni cantik, comel dan manja. Abang tak boleh hidup tanpa Laila" biarlah dia memuji. Aku yang serba kekurangan ini menjadi begitu sempurna bila berada dekat dengan Luq. Hatiku sentiasa berbunga bila bersama dengannya. Luq sangat penyayang jika kena dengan moodnya. Aku sangat bertuah berkahwin dengannya. Yang penting dia sangatttt..... Setia.

*****sambung*******

Komen. Please.

Share this novel

Hawani Hashim
2023-09-27 22:14:03 

Bahaya lah cemburu buta ni


NovelPlus Premium

The best ads free experience