"Abang.... Jika begini lah perangai abang, Laila dah tak tahan, Lepaskan Laila. Laila rasa ini keputusan paling baik untuk kita berdua" aku sendiri terkejut dengan lidahku ini, sudah tiada tapis lagi. Hairan juga hari ini aku berjaya meluahkannya setelah sekian lama aku pendam.
"Astaqfirullahalazim... Sampai ke situ Laila Fikir. Laila dah tak sayangkan abang ke? Sampai hati Laila... Abang dah tak ada siapa-siapa Laila, please.. Jangan tinggalkan abang.... Sayang" Luq melepaskan tanggis sambil memelukku erat.
Mati kata-kataku mendengar tangisannya. Dalam hatiku berdoa "Ya Allah... panjangkanlah jodoh ini, aku mohon berikan aku petunjuk, aku cuma mahu memberi pengajaran atas sikapnya yang selalu menyakiti hatiku.
" Maafkan Laila abang.... Laila dah tak tahan dengan sikap abang yang selalu menuduh tanpa bukti dan sentiasa syak wasangka yang bukan-bukan... Laila betul - betul kecewa"
"Mungkin dengan cara ini Laila dapat mengurangkan dosa Laila terhadap abang." Laila selalu tinggikan suara melawan cakap abang...
Laila juga selalu buat jiwa abang tak tenteram, tertekan dan... Laila rasa terlalu banyak dosa Laila kat abang. Maafkan Laila.
"Laila tak berdosa sayang, abang yang berdosa. Abang sedar abang selalu menurut kata hati, abang cemburu, abang sedar semua tu, tolong sayang, jangan minta abang lepaskan Laila... tak akan, abang tak akan lepaskan Laila sebab abang terlalu cintakan Laila."
" Dulu pun abang pernah berjanji untuk berubah, tapi... macam tu juga abang buat. Laila dah minta abang dapatkan rawatan, tapi abang degil. " Laila dah tak tahan la, boleh gila Laila, abang tak dera fizikal, tapi abang dera emosi Laila.... Laila dah tak larat la.....
" abang tak sakit Laila, macamana nak dapatkan rawatan. Lagipun Laila kan ada, Laila boleh rawat abang, Laila ikut cakap abang.. Abang ok la...
" abang tak sedar ke abang tu sakit, cemburu buta tu kalau keterlaluan tu sakit namanya.
Berfikir tak seperti orang normal fikir dan sentiasa syak wasangka juga penyakit... Abang tu macam tak normal tau takkkk??? ... Aku melepaskan kemarahanku yang menyala tanpa sedar ada hati terluka.
"Laila kata abang tak normal... Gila la maksudnya... Tu yang nak berpisah sangat tu.. takut orang kata suami Laila gila... Hah.." . Dia
membentak, merajuklah konon. Kali ni tak larat dah aku nak pujuk. Sudah 5 tahun aku bersabar dan memujuk semata-mata tak mahu pentengkaran berpanjangan......
Biarpun berat hati mahu berpisah dengannya, aku terpaksa demi menjaga hatiku yang kian sakit, perasaan yang berkecamuk dan kepalaku yang seakan mahu pecah... Biarlah aku dikatakan mementing diri sendiri.... aku pun mahu tenang seperti orang lain. Aku mahu bebas dari segala keserabutan yang aku alami.... Ya Allah, bantulah aku, tunjuki kami jalan yang lurus yakni jalan yang kau redhai.
Share this novel