Bab 32. Sindrom othello

Short Story Completed 83757

Sudah sebulan Luq masih telantar, pehanya belum kuat untuk berjalan. Dengan bantuan kerusi roda membantunya bergerak ke mana-mana. Dia masih tidak sihat sepenuhnya. Luq masih berada dirumah mamanya. Aku ambil cuti tanpa gaji untuk menjaga Luq. Semua ni sebab Seri. Aku tak mahu Seri tengok-tengokkan Luq seperti yang mama sebutkan. Aku rela walaupun tanpa gaji dari aku dicop tak pandai urus suami.

Seri? Ada sekali dua dia datang menjenguk tetapi aku selalu tak beri peluang dia berdua dengan Luq. Aku sengaja buat dia cemburu nampak gayanya dia tak kan kacau hubungan aku dengan Luq lagi. Bertaubat dah kot.

Sejak menjaga Luq , aku jarang keluar kemana-mana. Manakan tidak Luq sejak sakit menjadi-jadi pula dengan dengan sindrom othellonya. Kekurangan dirinya menjadi penyebab keyakinan dirinya berkurangan. Mulutnya tak henti-henti menuduh aku mengambil kesempatan melayan lelaki di luar sana. Aku buat pekak telinga sahaja. Kalau aku menjawab lagi panjang bebelannya. Selagi boleh Sabar aku sabar. Dia patut sedar kesabaran Laila Suhaila ada batasnya.

Aku sebolehnya tidak mahu ambil hati bila aku tahu dia sakit. Tapi sekali- sekala jika mama Luq masuk campur aku pun malu juga. Macam aku ni teruk sangat. Mama mungkin tidak tahu penyakit cemburu Luq itu. Dia selalu nasihatkan aku supaya menjaga pergaulan seolah-olah mengiyakan apa yang Luq suarakan. Dia minta aku pandai jaga diri dan juga menjaga perasaan Luq. Aku pun buntu sebenarnya. Kalau nak ikut nak jaga perasaan Luq aku memang tidak boleh berhubung langsung dengan mana-mana lelaki di muka bumi ini. Sanggupkan begitu. Aku bukan tinggal di dunia yang isinya terdiri dari kaum hawa sahaja. Fikirlah.

Kadang-kadang aku rasa pengorbanan yang aku buat tak dihargai langsung. Aku bercakap dengan doktor lama pun tak boleh, aku sembang dengan penjual roti pun di tegurnya. Yang dia tahu merayu aku supaya aku tidak tinggalkannya. Aku dah tiada rasa bila dia merayu aku begitu. Aku tak niat pun nak tinggalkan dia, kenapa perlu merayu bagai. Kadang - kadang timbul perasaan jemu sebab hari-hari mendengar ayat yang sama. Timbul juga perasaan tak puas hati aku. Bila aku sedar.... Jaga orang sakit kena sabar. Aku sabar ajalah selagi termampu.

Aku memang selalu sarankan Luq menerima rawatan. Aku tahu Luq ada penyakit cemburu melampau. Melalui pembacaan, aku baru tahu penyakit ni juga dikenali sebagai Sindrom Othello. Pesakit sentiasa meragui pasangan walaupun tiada bukti yang jelas. Aku rasa pesakit masih boleh di rawat jika kena caranya. Aku sentiasa memujuk Luq untuk menerima rawatan tetapi dia tidak mahu. Aku tidak berani suarakan cadangan ini pada mama Luq kerana aku takut penerimaan mereka tidak seperti yang aku fikirkan. Mahu tidak mahu aku mesti memujuk Luq dan meyakinkan dia untuk menerima rawatan.

"Laila pergi mana ni ? Lama sangat. Takkan beli barang sampai 1 jam. Abang tunggu lama dah nak mandi. Cepat balik. Jangan ke tempat lain, terus aja balik rumah. Jangan dok beramah mesra pula dengan semua orang kat sana"

"Ye... Ye.... Laila otw ni. Tengah drive" Kalau sehari tak menyakitkan hati aku tak puas kot rasanya. Penat mencari barang pun belum habis, sudah di bebelkan. Lagi bertambah penat aku rasa. Nasib baik Chinta ada di penang bersama tok dan tok wannya. Jika tidak pastinya dia terabai dengan kesibukan aku mengurus Luq.

Kebetulan jalan pulak jem, mungkin waktu orang balik dari kerja. Sudah 1 jam aku keluar ke Pasaraya paling dekat maklumlah nak jimat masa. Tut.. Tut... Kena jem teruk lambat juga sampainya. Luq selalu dalam keadaan bimbang dan risau, bukan risau sesuatu terjadi pada aku tapi risau kalau aku berlama-lama dengan lelaki lain.

Sebaik melangkah masuk ke bilik, telefon aku berdering minta diangkat. " Hello... Ya cikgu Rusdi. ouh! Ya ka? sampai 1 haribulan saja. O.. Ok.... Saya akan siapkan.

"Siapa telefon? Luq dah muncung di muka pintu. Cemburu sangat aih, cara tanya macam aku buat salah pulak.

"Cikgu Rusdi, nak markah koko budak kelas. Laila belum siap, kalut hari tu ambil cuti tergesa-gesa. Hampir lupa nak masukkan dalam sistem"

"Em.... Cuti pun nak ganggu isteri orang. Abang tak suka dia ganggu cuti Laila" Luq mungkin tak puas hati. Apa yang dia fikir aku tidak tahu. Sedangkan dia juga seorang guru. Keadaan macam tu memang biasa tak kan itu pun cemburu.

Luq suka aku berkepit ke mana-mana dengan dia. Kalau aku ke mana-mana tanpa dia......dia akan risau dan bimbang. Tidak yakin dengan dirinya sendiri. Setiap hari dan setiap masa aku perlu meyakinkan dia yang aku hanya kepunyaan dia seorang, tiada yang lain.

Aku tak boleh terlalu dekat dengan sebarang lelaki. Tak kira doktor atau sesiapa saja bernama lelaki. Tambah kalau ada urusan luar, cemburu Luq sudah menjadi penyakit. Dia sentiasa melihat perkara negatif pada aku. Di mulutnya sentiasa menuduh aku layan lelaki itu dan lelaki ini sebab suami di rumah tidak sempurna. Sedangkan aku tak pernah memperlekehkan dia. Luq jadi begitu jika aku jauh dari dia. Kalau aku selalu dekat dengan dia, layanannya memang A+. Sayang dan cintanya membuatkan aku yakin seratus peratus. Pendek kata, dia tidak boleh berenggang dengan aku walaupun sekejap. Bila aku keluar dan hilang dari pandangannya, jiwa dia jadi kacau. Fikirannya selalu membayangkan aku buat sesuatu yang tidak baik. Mencari orang lain yang lebih sempurna dari dia. Aku cuba bersabar dengan tuduhan itu, aku perlu bijak mencari alasan supaya dia yakin dengan aku. Kadang-kadang aku terpaksa buat videocall nak beritahu di mana aku berada dan dengan siapa aku pergi.

Habis cuti tanpa gaji selama sebulan, aku membawa Luq pulang ke Perlis. Alhamdulillah, Luq sudah boleh berjalan menggunakan tongkat sebelah. Luq juga menerima rawatan fisioterapi di sebuah hospital swasta untuk membetulkan dan menguatkan kakinya untuk berjalan seperti biasa. Cuti sakitnya akan bertambah dua minggu setiap kali menjalankan sessi fisiotrapi itu sehinggalah dia benar-benar sembuh.

Tentang Chinta, mak dan ayah sudah tidak boleh berenggang dengan Chinta. Aku bawa pulang Chinta dua hari pun mereka dah tak boleh duduk. Mak minta nak mengasuh Chinta hingga Luq sembuh sepenuhnya. Luq pun dah setuju. Aku ikut sahaja. Lagipun setiap hujung minggu, kami akan mengujungnya ke sana.

Setiap kali Luq ada temujanji, aku akan menemaninya. Aku akan mengambil cuti penuh atau ambil separuh hari untuk menghantarnya ke hospital. Semakin hari, kesihatan Luq semakin pulih. Minggu depan Luq akan balik ke Johor dan akan mengajar semula.

Minggu akhir ini, Luq semakin tak keruan. Manakan tidak, nanti dia akan berjauhan dengan aku. Aku tak boleh pergi jauh dari dia. Tak boleh berenggang dengan dia langsung, dia jadi sangat manja, caring dan setiap hari dia akan menghantar dan mengambil aku ke sekolah. Memasak untuk aku setiap hari, aku cuma cuci tangan, nganga mulut dan ngap sahaja bila balik sekolah. Bahagianya hidup aku. Kalau aku balik lambat, tak senang duduk dia. Setiap minit telefon atau mesej. Rasa macam baru mula nak belajar bercinta. Malam-malam di isi dengan momen-momen indah.

Kami pulang ke penang dua hari sebelum Luq balik Johor. Kami bermalam di situ bersama Chinta. Luq mengomol Chinta sepuas-puas supaya bila di Johor sana pasti akan merindui satu-satunya Puteri kami.

Sebelum berangkat pulang ke Johor, Luq sempat berpesan ke telinga " jangan cari orang lain. Kalau rindu telefon abang. Jangan berurusan dengan lelaki itu, lelaki ini. Makan jangan semeja dengan lelaki, jangan sembang berdua, jangan itu, jangan ini dan jangan. bla.. bla..bla....sampai berbulu telinga aku sampai aku rasa ada tanduk kecil sedang tumbuh di bubunku. Terasa mahu mengingkarinya kerana apa yang dia pesan tidak boleh diterima akal. Aku pasti melaluinya.

....... Sambung......

.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience