Chinta berlari mengejar adiknya Qaseh Sufi. Dipeluknya erat lalu mencium pipi gebu itu sungguh-sungguh . " Nak lari dari kakak ek? Kan dah dapat....mana nak lari lagi ni? Ibu....Ibu nak tak jadi musang? Adik Qaseh jadi anak ayam dan Kakak jadi Ibu ayam. Cepatlah ibu .....seronok tengok adik Qaseh terkedek-kedek lari bawa diri" Sungguh dia sayang adiknya itu.
Aku menggeleng dari jauh sambil perhatikan kerenah keduanya. Aku yang sedang sarat tidak mampu lagi bermain kejar-kejaran lagi. Kali ini rasanya lain sangat. Sejak usia kandungan enam bulan lagi aku cepat merasa penat. Dulu ...ketika aku mengandungkan Qaseh memang aku kuat. Kuat berjalan , kuat makan dan kuat macam-macam hingga di tempat tidur pun aku kuat. Kata orang perubahan hormon. Aku tak tahu sangat bab-bab hormon ni tapi yang aku tahu aku tak boleh tahan bila dekat dengan Luq... Itulah...itu dulu.mengandung kali ini lain benar. Mungkin aku selalu di manja oleh Luq sehingga aku jadi malas bergerak . Kalau nak cakap pertambahan usia...tak juga sebab aku baru awal tiga puluhan , belum tua lagi pun. Ada juga yang kata mungkin anak aku kali ini berbeza jantina, sebab ketara sangat perbezaan cara mengandung ini dengan yang lainnya. Masa mengandung Chinta aku lagi aktif ...tak rasa penat pun. Aku tak kisah sangat tentang jantina anak tapi Luq mengharapkan anak lelaki. Namun dia sentiasa berdoa aku dan anak selamat.
Luq telah pun menjadi seorang usahawan yang berjaya. Dia telah menerajui dua Syarikat pengedaran buku terbesar di Johor. Alhamdulillah rezeki kami bertambah seiring dengan pertambahan bilangan anak. Luq telah membawa aku dan anak-anak berpindah ke sebuah banglo yang sangat selesa. Dia juga sediakan dua orang pembantu rumah untuk membantu aku uruskan anak-anak dan menjaga keperluan kami sekeluarga . Luq macam biasa tidak pernah sekali pun membuat aku rasa terbiar. Aku sentiasa rasa di hargai. Aku bertuah kerana Luq memang suami yang bertanggungjawab.
Aku tahu Luq sentiasa menjadi perhatian di luar sana terutama perempuan yang nak kan perhatian. Setiap Kali dia keluar rumah cemburuku menjadi-jadi tetapi aku dapat mengawal diri supaya tidak jadi pergaduhan. Aku hanya mampu berdoa kerana aku tahu cemburu aku yang membabi buta akan merosakkan hubungan kami. Macamana aku tak cemburu kalau ada saja mesej yang aku terima dari perempuan yang tidak aku kenali. Ada saja minta nak jadi madu aku dan ada pula yang secara terus terang mengutuk aku macam-macam.
Aku selalu berdoa setiap kali dia keluar rumah Luq akan kembali semula ke rumah ini dengan membawa rezeki yang melimpah bukan membawa wanita lain sebagai maduku. (Terkesan dengan kisah dalam novel ) Aku memohon pada Allah memelihara setiap langkahnya supaya memperoleh keberkatan.
Sudah berapa kali dia minta aku berhenti dari mengajar. Melihat keadaan aku yang sarat membuatkan dia semakin simpati pada aku. Aku sebenarnya sayangkan kerjaya aku , tapi memandangkan keperluan anak-anak dan Luq sendiri aku korbankan kerjaya aku sebagai seorang guru. Cuma satu aku berharap Luq menghargai pengorbanan yang aku buat ini. Kalau dia tinggalkan aku, memang aku dah tak ada tempat bergantung harap. Aku berserah pada Allah atas segala percaturan hidupku., semoga kami bahagia selamanya.
Sakit cemburu buta Luq? Ouh....sebenarnya masih ada. Tipu la kalau aku kata yang dia dah tak ada perasaan cemburu itu pada aku. Aku tahu setiap kali aku didekati lelaki jantungnya berdegup kencang. Aku sahaja boleh nampak jantungnya mahu keluar . Dia cukup risau jika urusan pekerjaan aku digandingkan dengan lelaki. Sekarang dia cukup kuat melawan cemburunya demi aku. Aku sedaya upaya menunjukkan sikap perihatin aku pada perasaannya. Aku amat jaga batas pergaulan bagi mengelakkan segala fitnah yang mungkin terjadi.
Aku rasa sikap cemburu tu ada pada semua orang. Kaya ke... miskin ke...cantik ke... buruk ke... seseorang itu pasti ada sikap cemburu itu, cuma terpulang kepada orang itu untuk mengendalinya. Jika ambil langkah positif masalah ini boleh diatasi tetapi kalau sebaliknya macam-macam boleh terjadi .
Malam itu selepas menidurkan anak-anak , Luq menghampiri aku yang sedang ralit menggosok perutku yang terasa cekang. Sekejap mengiring ke kanan dan sekejap ke kiri. Gelisah.
" Sayang ...kenapa ni? Sakit ke?" Luq menekap tapak tangan di perutku.
"Entah...rasa tak selesa. Sekejap sekejap mengeras perut ni. Baby dah penuh ni...rasa nak pecah perut Laila ni abang..cekang"
"Kasihan sayang.... abang cuma boleh gosok sahaja...abang tak boleh rasa kesakitan sayang. Nak panggil doktor ke?"
"Tak payah lah abang....ok dah ni ..baby dah tidur kot....dia tak bergerak kuat lagi . Aktif sungguh adik ni..". Aku menggosok-gosok perut ku.
"Laila ....trip abang ke Singapura esok malam. Macamana abang nak pergi kalau Laila macam ni? Abang boleh batalkan saja ...tapi kawan abang kat Singapore tu free lusa sahaja. Kalau tangguh juga, lambat pula nak jumpa dia. Dia nak pergi China tiga bulan"
"Abang pergi saja...Laila tak apa-apa la...kan bang minta mak dan ayah jaga Laila...adik Na pun ada... bibik pun ada. Apa-apa nanti mereka call saja beritahu abang". Aku menyedapkan hati Luq dan aku sendiri. Sememangnya aku berat hati mahu melepaskan Luq pergi. Aku takut aku tak sempat berjumpa dengan dia lagi. Takut mati beranak.
"Laila tak marah abang ke kalau abang pergi? Due date lambat lagi kan?"
"Ya.....lagi tiga minggu....tapi ada saja orang bersalin awal sebulan , abang tau tak ?
"I know.....sebab tu abang risaukan Laila. Kalau abang pergi tolong jaga diri ya sayang. Jaga anak kita baik-baik . Ni ..yang dalam ni. tunggu Babah balik tau ....". Luq mengusap perutku yang memboyot. Kalau aku tak macam ni..mungkin kami semua akan mengikut dia ke sana. Keadaan aku tak membenarkan aku berjalan jauh . Kalau aku berjalan terus , cabang paha aku sakit. Rasa macam nak terkeluar semua yang ada di dalam. Kalau nak berjalan jauh aku terpaksa naik kerusi roda. Perut aku pula lain macam besarnya Kali ini. Aku ingat kembar, doktor cakap mengikut scan yang di buat nampak seorang sahaja. Anak aku ini mungkin sedikit besar dan mungkin akan di bedah pada tarikh yang telah di tetapkan.
"Babah jangan nakal-nakal kat sana tau. Ibu nombor satu dan teratas sampai bila-bila tau...." Sahaja aku ingatkan Luq. Sebenarnya aku berat melepaskan dia pergi. Aku tak mahu jadi queen control ...demi tugas pergilah sayang.
"Ibu jangan risau...kalau ada nombor dua pun ibu teratas juga...Aduhhh...."
" Kan dah merasa , tak serik lagi ka abang ni. Jangan buat lawak macam tu ..sedih tau....ada hati nak cari nombor dua pula...." Mataku mula berkaca. Sejujurnya aku tidak suka langsung Luq mengeluarkan kata-kata itu meskipun dengan niat bergurau. Aku memang takut sangat itu terjadi lagi dalam hidup aku...berpisah...tidak mahu terjadi lagi .
" Sayang....abang tahu sayang risau kan? Abang minta maaf. Abang sudah bahagia dengan sayang dan anak-anak. Abang tak akan cari bahagia lain selain bersama sayang. Kesilapan abang yang lalu tak akan berlaku lagi. Melepaskan Sayang pergi dulu adalah satu kesilapan walaupun sayang yang minta di lepaskan. Abang tak sanggup biarkan Laila pergi lagi, abang akan jaga Laila dan anak-anak sehingga kita sama-sama ke Jannah ...sayanggg...itu janji abang...Kalau abang pergi dulu ....tolonglah jangan kahwin lagi ya ..." Berderau darah aku mendengar kata-kata Luq.
"Kenapa abang cakap macam tu...tak suka la.. Abang dah jemu hidup dengan Laila ke?". Sejujurnya sekarang ni aku sangat sensitif. Tak boleh silap cakap sikit aku akan terasa. Air mata senang sangat merembes keluar.
" Sayang....abang terlalu sayang keluarga kita. Tolong jangan cari orang lain kalau abang dah tak ada nanti...kalau kahwin dengan orang lain abang akan jadi hantu dan ganggu hidup sayang Jangan buat tau...." Kadang-kadang aku rasa terhibur dengan karenah Luq. Sentiasa menceriakan hidup aku. Sejak kami bersama semula Luq tak pernah lagi buat aku terasa hati. Dia sentiasa menjaga perasaan aku. Dia begitu sempurna ....
Seharian Luq menempel , mengikut aku bergerak ke mana-mana. Aku duduk dia duduk, aku berdiri dia berdiri. Aku makan dia makan. Hanya tinggal kami berdua. Chinta dan adiknya di bawa bersiar-siar oleh tok dan tok wannya. Adik Na pun ikut sekali. Aku malas nak keluar lagipun aku tak boleh berjalan jauh. Jadinya aku cuma bermalas - malasan dengan Luq. Lagipun malam karang Luq akan bergerak ke Singapura.
"Sayang... abang dah berpuasa lama kan? Laila dah cukup rehat kan? Kenapa Sayang tak ikut mak dan ayah, tak takut ke abang minta bekal ? " Luq memandang aku lama. Kesihan dia. Dah lama aku tak memberi ....maklumlah aku selalu minta tangguh.
"Abang.....malam ni dah nak pergi kan? Abang rindu Laila ke tak kat Sana nanti ? Atau abang dah tak sabar nak pergi...ada yang menunggu mungkin"
" Laila sayanggg.....jangan nak mulakan. Kalau boleh abang tak nak tinggalkan Laila dalam keadaan macam ni. Abang .....". Aku tutup mulut Luq supaya dia tidak terus bercakap. Aku menarik dia supaya berbaring atas ribaan aku . Aku membelai jambangnya yang tersusun rapi. Hidungnya yang mancung aku sentuh dengan gaya seksual. Bibir merahnya ku sentuh hingga terpejam matanya....sungguh aku cinta lelaki itu. Aku mencium dahinya.
" Laila sayang abang sangat-sangat. Jangan tinggalkan Laila abang. Laila tahu abang banyak pilihan di luar sana. Ramai yang nakkan abang kan?"
" Laila sayang. Semua itu adalah pilihan kita. Kalau kita tidak memberi ruang kepada orang lain, mereka tak akan berjaya masuk dalam hidup kita. Sebab itulah .. abang tak suka Laila mendekatkan diri dengan mana-mana lelaki kerana ada sebabnya. Sebenarnya jika kita buat begitu kita telah memberi ruang pada orang lain masuk dalam kehidupan kita. Kita perlu menjadi sombong sekali sekala untuk jaga rumah kita, kadang - kadang ada yang suka ambil kesempatan . Apa yang abang nak sayang buat dulu, abang memang buat untuk diri abang. Sayang Jangan risau tiada ruang untuk orang lain masuk dalam kehidupan kita. Abang harap Laila pun begitu..
" Sayang....izinkan abang melepaskan rindu ...dah lama kan???". Luq semakin mendekat hingga hembusan nafasnya terasa di telingaku, harumannya sungguh mengasyikkan membuatkan aku terbuai seketika. Luq terus main peranan bila tiada penolakan dari aku. Bahagiaku bersamamu Luq Bakhtiar.
Selepas melepaskan rindu seperti yang Luq maksudkan... , kami terus tertidur. Aku terbangun tiba-tiba bila terdengar bunyi air pancutan ....Luq sedang mandi agaknya. Perutku tiba-tiba sahaja memulas. Aku bangun dan mengetuk pintu bilik air. teris ke bilik. Mahu sahaja aku menjerit melihat lelehan air dari celah kelangkangku. Air ketuban.
"Abang....abang....dia dah turun bang....adik dah nak keluar" Aku kuatkan suara. Terkejut sebenarnya. Luq tergopoh gapah membuka bilik air bila terdengar panggilan aku. Cemasnya mengalahkan aku .
" Abang ...Laila nak mandi bang. Kita kena ke hospital. Abang masukkan barang baby dalam kereta ya" Aku cuba tenangkan diri. Luq masih tercegat di situ memerhati aku, takut nak biarkan aku sendiri mungkin.
"Tak apa abang ...pergilah...Laila belum sakit lagi...it's ok ..sempat pergi hospital nanti ". Aku cuba buat tenang supaya Luq tak cemas .
.
Sampai di hospital aku terus dikejarkan ke wad bersalin. Bukaan sudah pun melebihi 6cm , doktor cuba biarkan aku bersalin secara normal
dahulu.....aku tak biasa rasa begini sakit . Aku menjadi lemah. Luq tidak putus-putus memberi semangat. Tangannya aku genggam erat .
" Ok...Puan boleh bersalin secara normal puan. Releks Puan and Push!...Push!..." Doktor Rosnaida mengurut-urut perut ku lembut sambil mengalunkan ayat al-quran. Aku mengikut arahannya dan alhamdulillah seketul bayi lelaki putih melepak menangis melihat dunia. Aku nampak Luq menanggis.. " Anak lelaki babah...assalamualaikum". Luq terus mengazannya bayi itu sedangkan aku masih sakit memulas perutku.
" Aduh doktor....sakit lagi perut saya ni ...mengeras...Aduhh !!...Doktor memegang perutku yang mengeras....". Oh ..god ...ada seorang lagi Puan....push! push!....
Seorang lagi bayi lelaki comel dikeluarkan dari perutku. Aku nampak jelas wajahnya seperti Luq , dengan hidung terpacak...mulutnya aduh comel sungguh.... tetapi sangat kecil dan sepertinya tidak bergerak sahaja. Aku juga tidak mendengar suaranya menanggis. Senyap sahaja. Aku angkat kepala untuk melihat apa yang terjadi ...aku nampak doktor menepuk belakang bayiku itu. Aku rasa sesuatu yang tak kena bila nampak doktor begitu cemas , masih menepuk tubuh yang tergantung kakinya ke atas....Ya Allah...kenapa dengan anakku? Mimpi ke aku? Mataku tiba-tiba layu dan memberat . Aku terus terpejam.Kelam....
......Sambung........
Share this novel