Bab 60 Alamak....

Short Story Completed 83757

Seri dan anaknya sudah sampai di restoran yang dicadangkan. Restoran masakan Siam. Ramai juga orang bertandang di sini. Aku sudah meleleh liur menahan lapar sejak tadi. Adik Na dan Chinta sempat makan dalam perjalanan tadi. Aku tak ada selera sewaktu berhenti di RnR.

"Kenapa suami kau tak ikut? Dia malu jumpa aku ek?

" Tak lah... Dia kerja petang ni. Out station lagi. Ni pun nasib baik dia sempat datang . Dia bawa emaknya yang ada bau-bau bacang dengan emak Luq. Aku naik kereta asing sebab lepas hantar emaknya, dia terus nak pergi kerja.

" Kenapa kau tak hantar saja mertua kau tu? Kan senang suami kau tu pergi kerja. Dah la bini dia tak hantar. Tak ada peluk cium ke? Lama nak tinggal tu" Saja aku menyakat Seri . Berubah juga wajah dia. aku rasa bersalah pula. Niat hati cuma nak bergurau, kasihan pula dia.

" Raykal tu dah biasa la macam tu. Dia dah tak kisah pun. Selalu sangat kerja luar. Kadang-kadang aku rasa banyak lagi kerja diluar dari duduk rumah. Aku tak mahu buruk sangka tetapi syaitan selalu bisikkan yang buruk-buruk kat aku. Dah...dah...buang masa ja dengar cerita aku . Cepat order.". Terasa sedikit pelik dengan keluhan Seri tu. Aku abaikan saja, lagipun mungkin dia tak bersedia nak ceritakan pada aku. Aku terus teringat kelakuan Luq kalau nak pergi kursus. Kalau kursus tu makan masa dua tiga hari, siaplah aku. Berkepit sahaja kerja dia. Pesan itu ini pada aku. Kalau malam....hmm....selalu nak bekal, faham sahajalah kan. Takut rindu katanya. Aku layankan saja. Manja sangat .

Aku memilih tomyam campur, telur dadar dan ikan siakap tiga rasa. Aku order sup untuk Chinta. Aku selalu memilih menu itu bila mencuba masakan baru. Entahlah..tekak aku kot...tak boleh lari dari masakan tomyam. Bagi aku kalau tomyamnya sedap, masakan lain pun akan jadi sedap juga. Tak tahu lah pula mulut orang lain, kalau aku begitulah.

Seri memilih untuk makan nasi putih juga dengan menu yang aku pilih tadi. Dia pun belum makan sejak pagi tadi. Lapar macam aku juga. Sementara anaknya tidur nyenyak dalam kereta tolak bayi dia pun makan dengan aman.

" Kau tidur mana malam ni? Dah ada tempat ke? Kalau tak ada, lepak saja rumah aku. Reykal tak ada. Boleh kita luangkan masa lama sikit. Nanti aku beritahu dia yang kau tumpang rumah aku, dia tak kisah pun sebenarnya ."

Aku jarang berjumpa dengan Raykal . Last aku jumpa semasa dia tunggu Seri bersalin. Kata Seri suami dia sentiasa sibuk . Memang betul sibuk sampai isteri bersalin pun tak tunggu.

"Aku tak booking lagi mana-mana. Ingat nak balik hari ni juga. Sekarang ni lepas makan rasa letih pula. Aku rehat rumah kau aja lah."

" Ha...elok lah tu. Aku suka sangat ....." .

" Kau tahu apa yang ayah Luq cakap kat aku tadi? Dia kutuk dan kata macam-macam kat aku, kau perasan tak tadi?

" Aku nampak la dia jumpa kau. Aku ingat dia nak jumpa Chinta juga. Aku tak tahu lah apa dah jadi dengan mertua kau. Sejak budak Samiyah tu masuk dalam keluarga Luq, macam- macam terjadi. Luq pun entah ke mana perginya. Dahlah anak tunggal, emak dia semakin rapat dengan Samiyah. Ayah dia kerap juga tak balik, Sebab tu Luq ditunangkan masa dia sakit tu. Samiyah ni ada hubungan juga dengan keluarga sebelah bapa dia. Saudara jauh rasanya "

"Aku pun nampak mertua aku tu macam lembu di cucuk hidung. Ikut saja apa yang Samiyah tu cakap. Nasib baik masa jumpa aku kat hospital tu dia setuju jugak. Kalau dok tunggu Samiyah tu...asyik minum air tawar Dan daun sireh sahaja ubatnya.

"Hah...ni....kes mak Luq jatuh bilik air tu pun macam misteri juga sebab....Aku rasa macam sesuatu pula bila aku tanya Samiyah tentang kemalangan mak Luq tu. Jawapan dia macam mencurigakan pulak."

"Kenapa pula? Ada benda pelik-pelik berlaku ka?

" Dia cakap kat aku mak Luq nampak benda dalam rumah. Aku nak cerita ni pun dah tercacak bulu roma kat tangan aku ni.....Aku rasa Samiyah ada simpan sesuatu la ..mungkin dia ada menuntut ilmu dari seseorang. Aku rasa ja..tapi aku tak ada bukti. Aku boleh cakap saja. Masa aku tunggu jenazah mak Luq sampai, aku bawa anak aku ke bilik air rumah mak Luq tu. Masa tu orang tak ramai sangat. Aku rasa seram sejuk dan bulu roma aku berdiri. Seram wey..
Aku rasa macam ada sesuatu dok pandang aku masa tu. Tiba-tiba anak aku menangis dan terus tak jadi kencing. Pada masa yang sama Aku dengar Samiyah seperti menghalau seseorang pergi tapi aku tak tahu siapa. Aku cepat-cepat pergi dari situ dan sampai saat ni aku masih terfikir siapa yang dia halau tu sebab aku tak nampak siapa-siapa.

"Sebenarnya apa yang kau nak sampaikan pada aku? Kau nak bagitahu mak Luq meninggal ada kaitan dengan benda tu semua?"

" Aku tak kata la macam tu. Aku cuma bagitau kecurigaan aku tu. Senang cakap aku rasa mak Luq pun dah kena madrem dengan Samiyah tu la. Bapa Luq pun tak peduli sangat dengan mak dia. Sebab tu Samiyah ambil kesempatan."

"Apa yang Samiyah ni nak sebenarnya? Nak kata nak kan Luq...Luq tak ada pun. Nak kata nak harta, bapa Luq yang banyak harta. Kenapa tak ngorat bapa dia saja, ni kot kacau mak dia dah kenapa kan? Aku pun tak faham dengan Sumaiyah ni. Mungkin dia dok mengharap Luq balik kot.

Eh...kau belum cerita tentang Luq kan? Dia balik jumpa kau ke Hah? Kau cakap dia dah contact kau kan? Mana dia pergi hah? Tiba-tiba Seri menukar topik beralih kepada Luq pula.

" Luq cakap dia pergi berubat di Singapura. Dia ubatkan sekali dengan sakit jiwa dia tu"

" Sakit jiwa? Luq sakit jiwa ka?

" Sakit cemburu buta dia tu lah....Dia baik dengan satu doktor ni. Doktor tu namanya Sayang.... aku bengang lah dia panggil sayang kat doktor tu" Belum sempat habiskan cerita Adik Na dah gelak. Mahu saja aku capuk mulutnya tu, menyebal betul. Aku tahu dia gelak kat aku sebab aku cemburukan Luq. Sebelum ni aku tak suka kan orang cemburu.

" Baguslah kalau dia dah pergi berubat. Entah -entah dia dah sembuh terus. Kau mesti baik balik dengan dia kan? Lepas ni tak ada langsung kot cemburu dia tu, kau mesti suka kan? Tapi bagi aku tak best la kalau tak cemburu langsung.

"Ok pa....tak cemburu senang nak buat kerja . Tak perlu nak kekok sangat bila ada lelaki sembang dengan kita, kalau tidak kita takut-takut saja takut orang marah"

" Tapi kalau dia tak cemburu langsung rasa tak seronok tau. Apa kita buat dia tak akan peduli dah. Kau nak pergi mana ke? Kau nak jumpa siapa ke? Pendek kata apa yang jadi dekat kau dia tak ambil peduli., kau mahu ke macam tu? Aku dah lama laluinya Laila..." air mata Seri aku lihat bertakung di kelopak matanya. Aku simpati.

Ada benar katanya Seri, jika dulu Luq sangat mengambil berat pada aku, dia mahu tahu semua tentang aktiviti aku tahu sebab dia cemburu. Aku jadi rimas pula begitu. Semua perlu di ceritakan. Berjumpa dengan siapa ??? Itu soalan yang paling penting bagi seorang Luq Bakhtiar. Luq pernah berkata pada aku.. ..Laila boleh berkawan seramai mana yang Laila nak tetapi syaratnya kawan itu bukan lelaki. Tak boleh!!! Pantang tok nenek dia kot. Ni sampai kawan sekolah pun nak cemburu apa cerita?

" Kau pilih yang mana dik...yang cemburu buta atau yang tak cemburu langsung??? Bagi aku dua-dua aku tak mahu. Aku mahu orang yang memahami . Aku tak mahu kedua-duanya. Aku cuma mahukan Luq yang tidak cemburu buta. Kalau buang yang buta itu, Luq adalah pilihanku paling atas. Luq hampir jadi Mr. Perfect aku. Hu..hu... Tapi....Luq tetap Luq, bekas suami aku.

...........

Aku masih menunggu Luq hubungi aku untuk berjumpa. Memang aku setuju beri dia peluang untuk berbaik semula tetapi bukan bermakna aku menerima dia masuk dalam kehidupan aku semula secepat itu. Aku cuma nak pastikan apa yang dia kata itu benar belaka. Katanya dia sudah pun pergi membuat rawatan tentang masalah itu di Singapura. Aku mahu lihat perubahan dia sehingga aku benar-benar yakin. Aku tiba-tiba teringat mesej Luq yang last tu, yang aku sengaja tak buka tu . Masa tu aku meroyan sikit, mengada .Merajuklah kononnya.

" Abang harap Laila tak rancang nak pergi menziarahi jenazah mak abang . Janji dengan abang, jangan pergi!!. Abang ada sebab tersendiri. Abang pun mungkin tak dapat balik tengok mak abang untuk Kali terakhir. Nanti kita jumpa". Menyesal pula aku tidak baca mesej Luq awal-awal . Nak merajuk punya pasal. Rupanya dia pun tak galakkan aku pergi. Kata-kata ayah Luq masih tergiang di telinga. Kecik hati aku bila Chinta pun jadi mangsa. Tak mengaku cucu la pula. Kasihan Chinta.

Aku call Luq lagi. Masih tiada respon. Tak tahu la dia pergi mana dan apa masalah dia tu . Kiranya mak dia meninggal pun tak balik ni apa cerita. Aku nak tahu juga la alasan yang dia nak bagi . Kalau lah dia sengaja , aku rasa terkilan juga. Aku tak dapat terima dia buat begitu pada emaknya. Tidak menjenguk langsung sehinggalah meninggal maknya tu.

Aku keluar dari kawasan sekolah lewat dari biasa. Aku menghabiskan kerja-kerja yang tertangguh sudah sekian lama. Rasa ringan sedikit bahuku , serabut otak pun dah tak ada lagi. Masih ada staff pejabat dan beberapa rakan guru juga yang masih belum pulang.

Sebaik sahaja ke tempat parking , sepasang mata aku tertancap pada sejambak bunga ros merah yang masih segar di atas Bonet kereta . Aku mengambil bunga itu sambil tersenyum. Suka benar dengan bunga itu. Aku menghidu baunya....segar sekali . Ada sekeping kad terselit di dalamnya.

" Sayang....abang rindu. Terimalah abang" Belum habis baca aku sudah tersenyum . Aku sudah agak memang bunga -bunga tu semua dari Luq. Terasa sebu dalam perut sepertinya aku pertama kali jatuh cinta macam dulu-.dulu. "Ehem.....abang ada sini sayang." Alamak ....siapa tu? Lain benar suaranya

" Cikgu Zydan???" Apa Cikgu buat kat sini?

" Nak beri bunga dekat awak lah....suka?"

" Alamak...Jemmmm....." Aku benar-benar malu. Baru sahaja nak angau. Potong betul lah ..."

.....Sambung....

Share this novel

Seri
2023-11-02 14:53:53 

Pulakkk… cela mana pupa cikgu zaydan ni


NovelPlus Premium

The best ads free experience