Bab 50 Strategi

Short Story Completed 83757

Aku balik ke homestay dengan perasaan kecewa. Tidak terfikir pula Seri nak kenakan aku. Bodoh betul pula rasa. Nak kenakan aku atau nak membantu Luq? Jangan-jangan dia juga menuduh aku buat benda kurafat tu. Ya Allah berikan aku kekuatan. Selamatkah aku kat sini. Nanti di serbu atau di serang hendap oleh orang kampung , mati aku. Fikir...fikir....apa perlu aku buat. Tinggalkan homestay ni? Aduh ..buntu betul. Teringat pula aku pada si Zaheer tu. Kalau la aku minta tolong dia....oh...tidak- tidak...Luq tak suka itu. Eh! kenapa pula aku ingat Luq pula. Aku dah tiada hubungan dengan Luq lagi. Aku boleh buat apa yang aku suka. Luq dah tak ada hak pada aku lagi . Tetapi....aku rasa tak elok pula. Aku perlu jaga batas diri. Janda bukannya murah.

Aku nak tinggalkan tempat ni...apa nak jadi jadilah.... Aku kemaskan beg pakaian aku. Ingat nak cari hotel lain saja biar Seri tak dapat cari aku lagi.

Tit...Tit....Mesej masuk dari Seri. Ingat dihati tak teringin aku nak buka mesej tu dek kerana sakit hati tetapi jari ni tak selari dengan hati. Terus saja di tekan mesej tersebut dan baca.

-Semalam aku pergi rumah Luq . Bila dia nampak aku terus saja dia sebut nama kau. Aku rasa dia rindu sangat kat kau Laila. Kau nak biar lagi ke dia macam tu? Kesian dia Laila, baik kau cepat bertindak -

- Kau buat apa kat Sana?-

- Aku nak tengok keadaan dia la dan aku nak cari kesempatan jalankan plan kita. Aku sempat pesan kat dia buat-buat tak sedar diri esok pagi. Aku rasa esok pagi kau patut telefon ambulan cakap ada kecemasan orang pengsan-

- Jam berapa? Kau pasti ke Luq akan buat apa yang kau suruh?-

- Dalam pukul 7 pagi macam tu. Aku dah cakap pada dia yang kau ada sini. Ceria sikit wajah dia. Terus dia angguk setuju nak buat macam tu. Nasib baik mak dia tak perasan yang aku ajar Luq buat macam tu. -“

- Kenapa awal pagi sangat ?-

- Yang tu jam yang Luq cadangkan. Selalu selepas subuh dalam pukul tujuh tu la..mak dia masuk bilik pantau dia. Masa tu barulah dia nak buat-buat teruk , biar mak dia gelabah sikit...kalau waktu tu ambulan datang kira rancangan kita berjaya lah...Aku ingat kau kena telefon awal sikit sebab ambulan datang lambat juga kan? Kau ada semua maklumat tentang dia kan? So ...tak jadi masalah kau nak berlakon sikit. Hendak seribu daya tak nak seribu dalih. Kau setuju tak?-

-Oklah...Oklah...aku akan buat esok. Harap-harap ambulan sampai tepat waktu. Aku minta maaf kerana salah sangka pada kau . Aku nampak la kau masuk rumah Luq semalam. Sikit lagi ja aku nak jerit.-

- Awalnya kau skodeng dia orang ek? Kau tak cakap pun kau nak gerak malam tu juga. Aku ingat kau nak rehat dulu. Esok baru jalankan rancangan. Kau tak sabar nak tengok dia kan? Kalau tak dapat tengok orangnya, tengok bumbung rumah pun jadi lah kan?

- Ish kau ni....Aku hanya kasihankan dia. Kalau boleh aku nak selesaikan cepat-cepat lah rancangan ni. Harapan aku Luq Selamat.

- Betul ke kasihan? Kasihan ke rindu?- Terkedu aku dengan soalan itu. Aku diam sebentar. Aku pun tak tahu lah dengan perasaan aku. Aku lebih pada kasihan sebenarnya tambah pula terbayang wajahnya yang mengharap itu. Aku meraup wajah ku supaya hilang wajah Luq di fikiran. Aku kuatkan lagi nekad aku mahu menolongnya.

Selepas bercakap dengan Seri. Semangat aku kuat kembali. Menyesal juga aku tuduh dia belot. Aku baru nak fikir macamana nak beritahu Luq supaya buat-buat pengsan, nasib baik Seri memudahkan kerja aku. Selepas solat Insya aku membaca Yassin sehingga mataku rasa mengantuk. Aku terus baring di katil bila selesai bacaan Yasin. Aku mesej Luq lagi tapi macam biasa tiada balasan.

Aku melentang di atas katil sambil mata memandang siling , pejam celik pejam celik saja mata aku ni . Tak dapat lelapkan mata . Masih Kelipok kelipok mata ni....Haih! Tak boleh lelapkan langsung... kenapa ek? Rungsing? Tak tahulah apa yang aku rungsingkan. Aku mencapai telefon dan set alarm supaya berbunyi pada pukul 5:30 pagi. Aku memaksa mataku untuk pejam. Memang rasa mengantuk tetapi tak nak lena. Aku pusing ke kiri , aku pusing ke kanan , masih tak boleh lelapkan mata. Akhirnya aku bangun dan menuju ke dapur. Mengambil segelas air suam aku duduk di sofa sambil membaca mesej di Telefon yang belum sempat aku baca. Hah! ada mesej dari Luq. Aku terus membuka mesej itu.

-Kenapa masih contact aku. Kita dah tak ada hubu ngan apa-apa lagi-

Aku tak dapat menyeka lagi air mata. Laju benar air mata ku merembes keluar . Aku tak sangka itu yang aku dapat. Luq sangat melampau. Rasa macam pengorbanan aku sia-sia sahaja. Hati aku sakit. Geram punya pasal aku benamkan kepala aku dengan bantal dan aku tak mahu ingat apa-apa lagi. Nasib baik terlelap juga akhirnya.

Jam tiga pagi aku tiba-tiba terjaga. Banyak perkara yang bermain di fikiran ku . Entah kenapa aku masih berfikir-fikir tentang mesej semalam.
Akalku menolak yang mesej itu bukan dari Luq. Luq tak pernah pun bercakap guna bahasa "aku" walaupun dia sedang marah. Aku yakin sangat yang mesej itu mungkin di hantar oleh orang lain. Yang pasti bukan dari emak Luq.

Aku terus pejamkan mata menyambung tidur tetapi tidak berjaya. Sudah hilang rasa mahu tidur semula bila memikirkan Luq. Aku rasa bersalah sedikit melepaskannya sedangkan dia sangat perlukan aku. Aku pun tak percaya pada diri aku yang terlalu nekad untuk berpisah dengan alasan tersendiri. Kejam ke aku bila mementingkan diri sendiri?

Ingatan aku berlegar-legar semasa Luq masih bersamaku. Kami sangat bahagia . Aku tahu dia sangat mencintai aku . Hanya sebab terlalu cinta dia menjadi begitu cemburu sehinggakan setiap langkah aku perlu di laporkan. Dia sangat takut jika aku jatuh suka pada orang lain, membuatkan dia selalu fikir yang bukan-bukan. Selalu berfikir perkara negatif membuatkan dia kaitkan aku dengan cerita negatifnya. Aku jadi tidak tahan bila dia selalu menyalahkan aku pada perkara yang aku tidak buat . Ah! Benda lepas tak perlu di ingat. Kadang-kadang aku ni cepat lupa apa yang berlaku pada diri sendiri. Berpisah dengan Luq memang menyenangkan aku. Tidak rasa terkongkong lagi dan hidup aku rasa tenang sangat. Cumanya dari sudut lain, hidup sebagai janda amat mencabar sebenarnya. Tidak lari dari fitnah manusia , salah sangka, cemburu serta godaan manusia kononnya aku janda sepi Ah..banyak lagi perkara yang perlu aku hadapi. Aku perlu kuat untuk membiasakan diri menghadapi semua ini. Untuk mencari peganti atau teman hidup yang lain, buat masa ini mungkin tidak. Aku masih tak dapat lupakan Luq sebenarnya kerana cintanya pada aku, untuk kembali mungkin tidak.

Aku terus melayan perasaan hingga empat pagi. Teringat pula aku pada Chinta. Apa Khabar agaknya dia tanpa aku. Nak telefon tanya emak mungkin emak sedang rehatkan diri lagi. Dah alang-alang tak dapat tidur semula aku bangun bersihkan diri dan terus mengerjakan solat tahajud dan solat sunat lain sementara menunggu waktu subuh .

Sekarang ni aku cuma nak tunggu pukul tujuh pagi, aku mahu buat apa yang dirancang. Mesej semalam aku abaikan. Aku anggap ianya bukan dari Luq.

.................

" Hello Encik. Saya nak minta bantuan ambulan. Suami saya sakit, sekarang ni dia dah tak sedar diri."

" Puan boleh beri lokasi dan nama Puan ya"

" Kampung Gajah err...No 26 Kampung Gajah , Perak. Ya..sebelah Sekolah Pulau Juar . .Nama saya Laila Suhaila"

" Pesakit jatuh atau memang terbaring lama Puan?

" Terbaring lama, tapi dia dah tak sedarkan diri Encik"

" Ok. Baik Puan. Saya akan cuba dapatkan perkhidmatan ambulan untuk Puan. Terima Kasih "

Fuh!! Lega lepas menipu. Tipu sunat kerana terpaksa. Nasib baiklah tiada soalan macam-macam Selepas buat dosa menipu terpaksa, aku terus mencapai kunci motor atas meja, aku keluar ke rumah Luq untuk memantau keadaan. Bukan niat nak menipu sebenarnya lebih dari membantu.

Aku nampak emak Luq keluar masuk seperti gelisah. Mungkin menunggu seseorang untuk meminta bantuan. Selepas beberapa minit munculah sebuah kereta di situ. Seperti yang dijangka memang perempuan itu yang datang. Memang tak orang lain lagi yang emak Luq harapkan. Samiyah bakal menantunya yang paling baik. Rasanya mak mertua aku ni dah terkena dah ni. Ya...Kena control. Belum sempat perempuan tu masuk ke dalam rumah , kedengaran bunyi siren ambulan yang melegakan hati aku yang gundah . Alhamdulillah ....ambulan sampai tepat pada waktunya. Terkocoh-kocoh dia orang masuk ke dalam rumah membuatkan aku rasa rancangan kami telah pun berjaya. Aku nampak mereka mengusung Luq masuk ke dalam ambulan. Mungkin tuan rumah tidak bercakap banyak , kecemasan katakan. Aku tak tahu apa tindakan mereka jika mereka tahu siapa yang telefon ambulan sebentar tadi.

Aku terus fikirkan rancangan seterusnya bila Luq dibawa ke hospital. Aku akan buat sesuatu supaya dapat bertemu dengan Luq tanpa di sedari oleh tunang ataupun emaknya. Sekarang ni biarlah mereka uruskan Luq di sana. Sekurang-kurangnya Luq menerima rawatan dengan sempurna di situ.

Aku singgah membeli sarapan di warung sebelah jalan sana. Baru terasa lapar selepas kerja selesai. Ada empat Lima orang Lebai kampung bersarapan di situ, mungkin lepas solat di masjid subuh tadi.

" Anak si Munirah ke ambulan bawa tadi? "Salah seorang dari mereka bersuara

" Dengar katanya pengsan" Jawab seorang lagi.

" Sakit apa sebenarnya tu?"

" Katanya kena buatan orang. Tapi aku tengok tak pernah bawa ke hospital pun budak tu. Entah sakit lain pandai-pandai pula berubat sendiri."

"Ada anak kan budak tu ? dah cerai tahun lepas. Katanya bekas bini cemburu"

"Aku tak rasa macam tu, macam sakit biasa. Putus cinta macam tu lah"

" Tu..ambulan dah bawa tu...esok balik sihat lah tu"

Aku terus saja berlalu , tak sanggup nak dengar cerita mereka lama-lama. Nasib baik ada juga yang berfikir macam aku walaupun ada juga isu buatan orang di situ. Aku maafkan kesalahan mereka yang mengata aku, mudah-mudahan Allah permudahkan urusan Luq nanti.

Aku dail nombor Seri dan beritahu rancangan kami berjaya.

"Aku nak kau pergi hospital sekarang, Dan tengok apa jadi kat Sana? Luq dah terima rawatan atau mereka bawa balik saja. Kalau mereka nak bawa balik kau halang. Biar Luq dapat rawatan kat sana dulu. Aku tak dapat pergi lagi sekarang rasa macam dah ada tanda-tanda aku nak bersalin. Aku nak buat persiapan"

"ouh...dah nak bersalin masih lagi ingat Luq. Buat kerja kau dulu sampai selesai, Luq kau Serah saja pada aku" Lain benar Seri ni ambil berat tentang Luq. Suami dia tak cemburu ke? Kalau dulu Luq dah berangin dengan aku.

Macam tak sopan pulak kan isteri orang ambil berat pada lelaki lain. Rasa macam suami dia terlalu ikut sangat kehendak dia, tak tegur ke isteri tu. Naik rimas pula aku. Aku baru terfikir mungkin ini yang Luq ingin sampaikan pada aku? Dulu aku tak terfikir pun bagaimana perasaan Luq atau pandangan orang lain bila perempuan terlalu ambil berat tentang lelaki lain. Tapi bila Seri buat begitu aku rasa tak elok pula. Eh! Kenapa aku terikut cara Luq? Adakah dia selalu betul? Tuhan....maafkan aku .

.......Sambung.......

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience