Bab 19 Sakit hati

Short Story Completed 83757

5 Pagi..... Aku bangun siapkan sarapan walaupun rasa tak sedap badan macam nak demam. Aku paksa diri untuk goreng nasi ala kampung. Aku bekalkan sedikit untuk bawa ke sekolah dan tinggalkan separuh untuk Luq. Luq masih melingkar di bawah selimut. Aku kejutkan Luq sebelum azan subuh. Kalau tak, tak sempat dia ke masjid nanti. Alhamdulillah.. Luq sangat rajin ke masjid. Aku bangga dengan dia.

Selepas subuh aku siapkan diri untuk ke sekolah. Walaupun rasa tak sihat aku terpaksa pergi kerana ada tugasan yang belum selesai di sekolah. Selepas menyalami Luq dan mencium tangannya aku bergegas masuk kereta kerana jam dah menunjukkan 6:50 pagi. Aku tidak mahu harungi kesesakan jalan raya memandangkan sekolah aku mengajar agak jauh dari rumah.

Aku tiba di sekolah tepat jam 7:10 pagi. Nasib baik aku tiba awal, jalan pun tak sesak. Murid-murid dah ada kat sekolah. Awal sungguh mereka datang. Mungkin mengikut ibubapa yang kerja jauh, terpaksa keluar awal menghantar anak ke sekolah terlebih dahulu.

Aku terus sahaja membuka bekal nasi goreng yang ku bawa tadi. Rasa pahit sedikit tekak kerana badanku sedikit panas. Aku terpaksa makan kerana kejap lagi aku ada kelas di waktu pertama. Lagi pula aku nak telan panadol yang sedia ada dalam beg aku. Harap-harap kurang sikit berat kepala dan panas badanku.

Aku masuk ke kelas seperti biasa kerana berat kepala sudah berkurang selepas telan panadol tadi. Hari ni kelas aku tak banyak. Jadi aku dapat rehatkan sedikit badanku yang sedikit lemah.

Aku ambil keputusan untuk ke klinik selepas aku di serang sakit kepala. Rasa lain pulak badan ni, berat ja. Aku terus ke klinik kesihatan yang berdekatan dengan sekolah setelah aku beritahu Luq keadaan aku.

Aku masuk ke bilik pemeriksaan. Nasib aku di periksa oleh seorang doktor wanita. Kalau tidak jenuh aku nak ceritakan pada Luq satu-satu jika doktor itu lelaki. Dia tidak marah tetapi cukup cemas jika tubuh badan ku disentuh atau di lihat oleh mata lelaki dengan sengaja. Tetapi dalam cerita doktor lelaki ni memang tiada masalah jika dia ada sekali ketika membuat pemeriksaan. Aku melihat taq nama doktor itu Suzanna namanya.

Doktor Suzzana memeriksa suhu badanku. Tenyata tidak normal. Selepas diberitahu kepalaku terasa memusing. Doktor Suzanna minta aku membuat pemeriksaan air kencing kerana mengesyaki aku mengandung. Period aku datang seperti biasa, cumanya kali ini dia tidak lancar seperti sebelumnya.

Aku masuk semula ke bilik doktor selepas aku hantar air kencing ke makmal. "Tahniah Puan, puan mengandung. Sekarang ni kita scan baby untuk melihat anggaran jangka waktu kehamilan puan.

Dr. Suzanna meletakkan krim ke perutku. Sejuk terasa. Dia mula meneroka atas perutku dengan alat scan dengan mata memerhati skrin komputer. " Ha... Ni puan babynya. Masih kecil. Kita akan buat anggaran ikut besar kantung ni puan. Mungkin dalam tiga minggu. Puan ingat tak tarikh last period puan?

" Eh.. sekarang ni saya periodlah doktor. Sikit-sikit dia datang. "

" Ouh... Maksud saya bulan lepas. Tarikh period bila?

" 5 haribulan Mei"

"Kalau begitu, puan sudah mengandung 3 minggu dan jangkaan tarikh bersalin ialah 12 Februari tahun hadapan.

" Anak sulung kan puan?" Aku mengangguk. "Puan perlu jaga diri dan dapatkan info makanan sihat untuk ibu mengandung. Puan makan vitamin dan ubat yang kami bekalkan. Jika demam berlarutan tolong dapatkan rawatan dan jangan makan ubat sebarangan tanpa nasihat doktor. Saya beri Puan cuti sakit untuk esok supaya Puan dapat berehat.

Alhamdulillah. Aku bersyukur sangat. Tiga tahun aku dan Luq bersabar. Bohong jika kami tidak mengharapkan kehadirannya. Cumanya tidak terkeluar dengan kata-kata. Setiap kali datang bulan aku tahu Luq kecewa, bukan sebab tidak dapat bersama tetapi sebenarnya kecewa kerana aku tidak mengandung. Tidak terfikir pulak perjalanan haid yang tak teratur atau sakit kepala dan deman adalah tanda-tanda mengandung.

Aku tidak sabar untuk memberitahu Luq tentang ini. Aku cuba telefon Luq, tetapi tidak diangkat. Aku tahu sekarang ni dia ada di Pusat tuisyen. Aku akan ke sana untuk membuat kejutan.

Aku mahu terus ke pusat tuisyen. Mungkin waktu ini belum ada pelajar. Luq mungkin ke sana untuk persiapan kelas tuisyen petang nanti. Aku belikan sebiji kek kecil. Aku masukkan laporan scan tadi dalam plastik dan masukkan kedalam kek aku beli tadi. Cuma idea spontan itu je yang aku fikir. Kira jadilah.... Tak sabar rasanya nak buat kejutan untuk Luq.

Aku masuk ke kereta dan... "ketak! Ketak! enjin kereta tak hidup pula... Sudah banyak kali aku cuba tak hidup juga. Kenapa ni? Aku terus telefon Luq tak di angkat pula. Aku telefon syukri sepupu Luq yang membantu dia kat tempat tuisyen, harap-harap Luq ada di situ.

"Assalamualaikum....Shukri, Abang Long ada kat situ tak?

" Walaikumussalam... Tadi dia ada sini, tapi dah keluar, siapa ntah telefon tadi. Ni pun telefon dia tinggal kat sini. Tergesa-gesa ja nampaknya.

" Macam ni, kereta Kak Long tak boleh start tiba-tiba. Kak Long tak tau nak buat apa. Shukri boleh tolong kak Long tak.?

" Ok.. macam ni. Shukri tak boleh kluar sekarang ni. Ada ramai orang nak daftar tuisyen. Jap... Shukri minta kawan Shukri ambil kak Long dan tunggu abang Long kat sini.

" Ok juga. Kak Long ada kat Klinik Kesihatan ni. Tolong cepat sikit kak Long sakit kepala. Hari ni panas pulak.". Aku rasa macam nak pitam ja. Peluh merinik di dahi aku sapu. Aku masuk dalam kereta dan menunggu tanpa menutup pintu kereta. Panas sungguh. Aku pejamkan mata.

Bila aku buka mata, sebuah kereta parking elok di depan mata. Mungkin kawan si Shukri ni. "Kak Long Shukri kan?". Dia bertanya. Aku mengangguk saja. Nak gelak pun ada. Shukri ni...entah - entah nama aku pun tak tahu. Kenal-kenal terus panggil Kak Long. Apa-apalah.

"Saya Johan. Kawan Shukri. Kenapa dengan kereta Kak Long ni?

" Entah... Tiba-tiba tak boleh start " Dia terus memeriksa kereta tu.

"Kereta Kak Long kena bawa ke bengkel ni. Ada masalah lain. Nanti saya minta orang saya ambil. Kak Long nak pergi tempat tuisyen kan? jom saya hantar."

"Eh..tak apa lah. Jap Kak Long cuba telefon suami" takut juga Luq marah nanti tumpang kereta lelaki lain. Aku lupa yang Luq tertinggal telefon di pusat tuisyen. Mahu tak mahu aku terpaksa tumpang lelaki ini. Mungkin Luq tak marah sebab darurat lagipun budak ni kenal Shukri.

Aku tak larat berlama-lama kerana rasa kepalaku macam nak pecah. Ubat demam pun belum makan. Aku minta tolong Johan belikan aku air mineral selepas dia turun isi minyak.

Sementara aku menunggu... Aku nampak kelibat seseorang yang aku kenal. Seri! Aku nampak dia dengan seorang lelaki. Dan..... lelaki itu adalah Luq Baktiar. Fuh.... Suamiku bersama Seri?

Tiba-tiba air mataku bergenang.... Terasa pedih didadaku, mungkin hatiku telah terobek dan luka. Tidak pernah sekalipun aku terfikir Luq bersama perempuan lain. Mesra sangat.

Aku tidak menyangka langsung, Luq yang sentiasa menjaga aku dari pandangan lelaki lain sanggup bersama dengan perempuan lain tanpa pengetahuan aku. Aneh sekali... Katanya dia tak pernah buat begitu... Ya... Seperti yang dia buat sekarang ni dan dia tak nak aku pun buat macam tu.

Aku buka pintu kereta dan melangkah ke arah mereka yang sedang leka bersembang di dalam kereta. Aku melangkah dan melangkah walaupun rasa beban di kepalaku makin berat. Tiba-tiba terasa tubuhku melayang dan jatuh dalam pangkuan orang lain dan nyata bukan pangkuan suamiku. Laila! Aku cuma mendengar namaku di panggil dan aku rasa dunia ini kelam dan aku tidak ingat apa-apa lagi.

Bila aku sedar, aku cuma nampak Luq. Berwajah serius, tanpa senyum atau risau melihat keadaan aku. Aku sekarang berada di rumah. Aku cuba mengingat semula kejadian yang berlaku tadi. Aku dalam pangkuan lelaki lain. Jantungku berdebar kencang. Takut dengan tatapan Luq. Aku sedar kajadian tadi bukan kehendak aku. Aku tidak bersalah tetapi melihat wajah Luq begitu aku tahu dia marahkan aku. Apalagi tuduhan yang aku akan hadap???

...... Sambung....

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience