Bab 59 Hairan

Short Story Completed 83757

Aku dikejutkan dengan deringan Telefon ketika masih dibawah selimut . "Hello...Laila, kau dapat berita ke belum yang bekas mak mertua kau dah tak ada". Terkejut aku bila Seri bawakan Khabar duka itu. Aku melihat jam waktu itu baru pukul 4 pagi. Chinta sedang tidur bersama Ucunya di bilik sebelah. Aku bingkas bangun sambil telefon masih memekap di telinga.

"Innalillahiwainnailaihirojiun....sakit apa Seri?

" Itu aku tak pasti ...yang aku dengar jatuh bilik air. Aku pun tak tahu cerita sebenar. Sekarang ni masih lagi di hospital. Luq ada telefon kau tak? Aku rasa dia tak tahu la..."

"Biar betul? Dia tak contact mak dia langsung ke? Kejap aku Tanya dia."

" Eh! Dia dah contact kau ke? Tak cakap kat aku punnnn? "

" Aku ingat kau dah tahu . Nantilah aku cerita . Aku tak tahu pula dia tak balik langsung. Bila nak kebumikan ? Sempat tak aku nak pergi sana. Aku nak bawa Chinta sekali."

"Ha..elok lah tu. Aku rasa sempat kot sebab ni jenazah ada di hospital lagi. Aku tahu berita ni pun, mak aku kat kampung yang beritahu. Aku nak bertolak juga ke sana"

Aku rasa bersalah juga kerana sepanjang aku bercerai dengan Luq sekalipun aku tak menjenguk emaknya. Aku berasa hati sebab tidak dilayan dulu. Emak dan ayah aku pun dituduh macam-macam. Hari last aku jumpa mak dia masa aku cari Luq dulu. Mak dia tuduh aku macam-macam masa Luq hilang dulu. Dia tak percaya yang aku tidak tahu Luq pergi mana. Aku dah lupa semua tu dan dah lama maafkan dia.

Aku cepat-cepat telefon Luq. Dengan dua kali dering sahaja panggilan aku di sambut. Aku terus beritahu berita kematian emaknya tu. Luq senyap di talian. Aku tak tahu apa perasaannya. Lama dia diam.

"Abang ada kat mana sekarang? Abang dah tahu ke belum berita ni? Kenapa abang diam?

"Abang dah tahu.... Samiyah yang beritahu, abang tak tahu di mana dia ambil nombor abang. Seingat abang nombor telefon baru abang tu , abang cuma beritahu Laila dan doktor abang sahaja, mak pun tak tahu "

" Dah tu? Dah tahu Samiyah ? Kenapa jawab call dia? Gatal kan? "

" Laila! Mak abang meninggal kot....tak kan nak cemburu pula. Biarlah siapa nak Telefon pun, asalkan maklumat penting tu sampai kat abang."

Aku terus tekan punat merah. Biar dia tak sempat nak cakap apa-apa. Rasa bersalah juga. Sebenarnya aku sengaja ...ya...memang aku sengaja buat-buat cemburu. Biar dia rasa apa yang aku rasa dulu. Aku nak tengok dia tahan tak bila aku pula yang cemburu .

Luq Telefon aku semula. Aku biarkan saja hingga telefon itu berhenti berbunyi. Tit...ada mesej masuk. Aku tidak terus membukanya. Aku biarkan.

Aku minta cuti selama dua hari dari pihak sekolah untuk melawat jenazah mak Luq. Aku membawa Chinta ke Perak untuk mengunjungi jenazah opahnya . Chinta mungkin tidak mengenali opahnya kerana jarang berjumpa. Keluarga sebelah sana pun tak pernah mahu eratkan hubungan. Sejak aku berpisah dengan Luq keluarga sebelah sana memusuhi aku. Tambah lagi mereka tahu aku yang mahu perpisahan itu. Emak Luq tak pernah pun memujuk aku dan tidak pernah bertanyakan tentang Chinta seolah-olah Chinta tidak pernah wujud. Aku memang kecil hati tentang itu tetapi aku tak melayan sangat. Ayah Luq lagi lah tidak ambil tahu sebab dia ada keluarga lagi satu. Emak Luq adalah isteri pertama.

Emak dan ayah aku masih terasa dengan layanan emak Luq dulu, aku ajak juga mereka pergi mengunjungi jenazah tetapi mereka menolak dengan alasan tidak berapa sihat. Aku akur sebab aku tahu perasaan mereka , lagipun aku takut mereka di keji lagi oleh keluarga sebelah sana.

Hanya adik Na sahaja mahu bersama-sama aku ke Perak. Kebetulan dik Na tinggal bersama aku di Perlis dan sedang menghabiskan sisa cuti semesternya. Itupun aku yang minta tolong untuk menemani aku dan boleh tengokkan Chinta semasa aku memandu. Aku tidak mahu Chinta merasa bosan dalam perjalanan dan menganggu pemanduan aku . Aku memang tidak suka diganggu semasa memandu.

Kami sampai di kampung Luq lebih kurang pukul 12.30 tengahari. Ramai orang berkunjung ke rumah Luq. "Jenazah sedang dimandikan" aku terdengar suara orang bercakap-cakap. Dari jauh aku nampak Samiyah sedang menanggis di penjuru bilik. Menyampah aku tengok. Seri dari jauh sudah nampak aku. Dia segera datang sambut aku.

"Cepat kau datang. Jenazah baru sahaja mandikan . Selepas zohor akan dikebumikan. Aku tak nampak Luq...dia tahu tak?". Seri berbisik perlahan.

" Dia tahu tapi aku tak sangka pula dia tak balik. Kenapa ek?". Aku juga hairan dengan sikap Luq. Kenapa kejam sangat? Mak meninggal kot? Kenapa dia tak balik? Aku baru perasan banyak mata sedang memandang kami sambil berbisik. Lebih tepat memandang tajam pada aku. Aku jadi tak selesa pula. Mereka ni sedang memuji atau mengutuk? Mungkin mereka baru sedar yang aku pernah menjadi menantu keluarga ni .

"Wey ....ada yang tak suka ke aku kat sini ? Macam pelik pula lama-lama aku kat sini."

"Tak tahulah, aku pun rasa mereka pandang semacam je kat kau . Ah! pedulikan. Kau berlagak macam biasa saja kejap lagi kita jumpa kat restoran yang aku cakap tu."

Aku terus berbual saja dengan Seri . Katanya selepas ni dia nak bawa aku makan dan borak kat sana. Banyak cerita yang dia nak sampaikan. Tunggu jenazah selamat di kebumikan saja.

Selepas selesai mandi, jenazah di bawa ke ruangan kafan. Aku membawa Chinta lebih dekat. Dia memeluk ku erat. Takut mungkin. Aku melihat wajah mertua aku dengan linangan air mata . Tidak ada langsung rupa dia yang aku simpan dalam ingatan aku. Cengkung sangat dan pucat. Terdetik di hati aku , lamanya aku tak berjumpa dengan dia. Dalam hati aku terasa sangat berdosa mengabaikan dia.

Selesai kafan , semua ahli keluarga diminta memberi penghormatan terakhir pada jenazah. Aku nampak ayah Luq juga ada. Dia memandang tajam pada aku dan Chinta. Aku jadi kaku dan serba Salah. Dengan perlahan aku melangkah kaki berundur bersama Chinta dan adik Na. Seri pun ikut sekali. Jenazah di usung ke masjid terdekat. Seri mengajak aku keluar dengan segera. Aku rasa sesuatu sangat di sini. Menyesal pula aku datang . Yang paling menghairankan Luq pun tak balik jenguh emaknya buat Kali terakhir.

" Kenapa Luq tak balik uruskan emaknya di sini hah? Yang kau tiba-tiba datang sini buat apa? Kau buang kami, tiba- tiba nak tunjuk baik. Apa kau buat pada Luq hah?

"Ayah! Laila tak tahu pun yang Luq tak balik . Laila datang sini nak bawa Chinta melihat opahnya buat Kali terakhir . Ayah tak rasa ke nak tengok Chinta? Opahnya pun dia dah tak kenal, tambahlah Atuknya ?

"Huh! Entah betul ke yang tu cucu aku? Entah keturunan dari mana!!"

"Ayah!! berdosalah cakap macam tu.? Sampai hati ayah cakap cucu sendiri macam tu. Menyesal sungguh aku datang sini . Kalau aku tahu macam ni, memang tak kan jejak kaki di sini lagi.q Memang menyakit hati sungguh. Geram pula rasa bila aku tak sempat membalasnya. Nasib baik Lelaki itu dipanggil untuk ke masjid uruskan jenazah. Kalau tidak, tak pasal pasal aku jadi derhaka pula. Semasa jenazah di bawa ke masjid, kami masing-masing membawa langkah ke restoran yang Seri maksudkan. Tak betah aku berlama-lama di sini .

Aku Cuba hubungi Luq . Tiada nada dering sekadar bunyi tut....dan senyap. Aku tak tahu apa yang terjadi pada Luq. Sengaja atau tidak dia buat begitu. Mungkin dia tidak mahu sesiapapun mengganggunya. Aku jadi risau pula dengan Luq ni, perangainya tidak dapat di tebak. Mungkin dia marahkan aku matikan Telefon semasa bercakap dengannya. Tak kan lah sebab itu. Teruk sangat kot. Aku teringat mesej yang dia tinggalkan, cepat-cepat aku membukanya. Ternganga aku sebentar kerana Cuba menghadam apa yang Luq sampaikan. Dah terlambat...aku dah sampai sini, dah nak balik dah pun. Menyesal? dah tak guna.

..........Sambung..........

Share this novel

Hawani Hashim
2023-10-22 11:15:26 

Xyah rujuk balik laila buat menyesal jer hari Luq ni jernih xtetap


NovelPlus Premium

The best ads free experience