Bab 66 Terima seadanya

Short Story Completed 83757

"Jemputlah makan Luq....Laila ...memang rezeki kamu hari ni. Ustazah memang masak banyak , rasa macam ada tetamu jauh nak datang".

"Terima kasih. Susah - susah saja Ustazah ni. Memang langkah kanan betul kami ni. Semoga dimurahkan rezeki ustaz dan Ustazah ya" Aku berbasa basi. Terharu sebenarnya dengan layanan mereka berdua.

" Malam ni macamana? Tidur sini ajalah " Ajakan Ustazah Azizah membuatkan aku dan Luq berpandangan sambil tersenyum.

" Terima kasih Ustazah. Sebenarnya kami dah booking dah hotel untuk malam ni. Terima kasih lah ya..siap ada makan makan lagi. Sedap Ustazah masak" Bijak tindakan Luq Kali ini Rasa bersalah pula menyusahkan keluarga itu. Sebenarnya aku lebih suka tidur di hotel, tidaklah menyusahkan orang. Bebas lah sikit nak buka tudung ke apa ke.....hi..hi...

Selepas makan kami bergerak ke hotel yang telah kami tempah sebelum datang ke sini lagi. Cuma baru tadi Luq confirmkan untuk dua malam. Riuh mulut cinta bertanya itu ini sepanjang perjalanan. Sebenarnya hotel kami jauh sikit dari rumah ustaz Bukhori ni, hampir satu jam dua puluh Lima minit perjalanan dari situ. Nun....di puncak Cameron kami sampai. Badan Luq yang sakit-sakit dah berkurang banyak selepas keluar dari rumah ustaz Bukhori. Apa yang ustaz tu buat aku pun tak tahu, tiba-tiba ja sakit badan Luq dah hilang.

Luq tak kan benarkan aku memandu kalau dia sihat elok. Tambah pula kawasan yang kami nak lalu ni gelap pula malam-malam macam ni. Selagi dia mampu dia yang akan memandu. Aku cuma nak menolong jika dia letih tapi dah dia tak benarkan , aku ikutkan saja...Luq memang lelaki yang kuat. Kalau boleh dia tak mahu menyusahkan aku. Bertuah sungguh aku rasa . Luq memang baik.

Chinta belum pernah datang ke sini sebab tu soalan tak lekang dari bibir munggilnya. Nasib baik Luq rajin melayan , sempatlah aku melayan kantuk hingga terlelap sebentar . Sejak berpisah dengan babahnya Chinta, aku tak pernah bawa Chinta bercuti ke sini, bukan apa... aku malas nak fikirkan tentang Luq lagi....dulu kami selalu datang sini....memadu asmara katakan . Kasihan Chinta, nasib baik babah cari ibu yang ini juga , kalau babah cari ibu lain tak merasalah Chinta jejak kaki ke sini lagi sehingga Chinta boleh datang sendiri. Ibu kejam tak Chinta ?

Sampai di hotel ...Chinta sudah pun di buai mimpi. Aku berehat sebentar di atas katil Chinta. Ada sebuah bilik asing yang boleh masuk dari bilik Chinta. Ada satu lagi katil Queen di situ....cantik hiasannya. Aku menjeling Luq yang tak lepas memandang aku tajam. Pandai Luq pilih bilik yang macam ni...

" Pergi mandi dan kita solat sama-sama. Mulai hari ini kita mesti solat bersama. Ingat tak pesan ustaz. Harap -harap sihir tu tak datang lagi. Dia dah buang untuk kita semasa kita di rumah dia tadi."

" Dia dah buang? Laila tak nampak pun . Bila dia buang?."

" Abang pun tak sedar , tapi waktu bersalaman nak balik tadi dia cakap kat abang yang dia dah selesaikan benda tu. Rasanya masa dia beri kita minum air putih tu kot. Kata ustaz Bukhori ...orang tu hantar yang biasa- biasa ja lagipun abang dah Amal ayat pendinding yang dia bagi tu sangat membantu.

Selesai solat aku menyalami Luq dengan rasa syukur. Terima kasih ya Allah...menemukan kami semula melalui jodoh yang kau tetapkan. Sempurnakanlah Iman kami , berkatilah hidup kami dan pilihlah kami untuk menikmati syurgamu ya Allah....

"Tuk! Tuk! tiba-tiba pintu bilik di ketuk. Tersentap sekejap. Siapa yang ketuk ni malam-malam.....Terkejut Chinta yang tengah tidur.....aku menepuk lembut punggungnya. Jangan dia bangun sudah....tak larat aku nak melayan celotehnya sebab badan aku terasa letih sangat....kalau Luq tak kacau aku malam ni kira ok juga sebab aku letih sangat....mungkin dia juga letih.

Luq mengintai di lubang bercermin. Tidak ada sesiapa pun ...Luq terus membuka pintu bilik. Terdengar bebelannya tidak ketahuan pucuk pangkalnya. Mungkin ada orang mabuk agaknya tersalah bilik. Kacau daun betul lah....

Aku merebahkan diri sebelah Chinta. Luq msuk ke bilik air...menggosok Gigi agaknya. Aku pejamkan mata yang terasa sangat letih sambil menepuk bahu Chinta. Entah bila masa aku terlena tak tahu lah ....Sedar-sedar dah pukul 3 pagi ...alamak ..Luq tidur kat mana ya. Aku menggosok gosok mata supaya terbuka sedikit luas. Aku nampak Luq di bilik sebelah yang terpisah dengan dinding kaca. Oh tuhan....Luq bertelaku diatas sejadah. Mata aku tiba-tiba berkaca. Terharu.... Luq memang lelaki baik. Dia sudah berubah ....dulu jarang benar aku melihat dia bangun pagi bertahajjud.....Alhamdulillah.

Pagi-pagi lagi sudah mendengar Celoteh Chinta bersama babahnya. Awal betul dia bangun pagi ni....maklumlah. tidurnya cukup semalam. Sedar-sedar sudah berada di hotel. Gembiranya tak boleh nak sembunyi lagi.

"Segar abang rasa pagi ni, jom kita minum teh di puncak . Kita bawa jagung dan ubi rebus . Kita sarapan kat situ. Ada macam-macam lagi kat Sana.. Boleh ja Chinta makan.". Luq bersuara sambil menyelak rambut di dahiku lalu menciumnya lembut. Mulutnya di rapatkan ke telinga dan membisikkan sesuatu membuatkan aku tubuhku sedikit meriding. " Malam ni ...abang nak tuntut janji." Aku hanya mampu tersenyum....berbagai perkara sedang bermain di fikiran...tapi...ada Chinta pula....

...,...

Kami jalan beriringan sambil memimpin tangan Chinta di tengah-tengah. Ada saja mata yang memandang kami. Bukan aku reka cerita , tapi...betul ramai perempuan memandang Luq. Aku tahu Luq makin hensem bila semakin matang ni...tambah pula dengan bulu-bulu yang disimpan rapi tu ..aku pun tergoda tau.. Sudah berganjak tiga puluh satu tahun lelaki itu...Luq masih setia mahu bersama aku. Aku bersyukur sangat. Aku semakin sayang dengan dia, rasa cemburu pula yang datang. Aku terfikirkan Luq dulu , cemburunya buta...adakah sebab dia terlalu menyanyangi aku hingga cemburunya sukar di kawal?

Kadang-kadang aku rasa sekarang ni cemburu Luq berkurang....dia tak marahkan aku lagi jika aku di tegur mana-mana lelaki, kalau dulu....bercakap dengan lelaki pun tak boleh walaupun lelaki itu yang tegur dulu. Aku bersyukur dengan perubahan pada dia. Kadang-kadang sengaja aku menguji dia ...tapi betullah dia tak peduli sangat. Satu perkembangan yang baik.

Balik berehat selepas makan tengahari....Petang tu aku ajak Luq ke tapak pasar malam. Ramai pula manusia malam tu ..mungkin cuti sekolah agaknya. Sengaja bawa Chinta ronda-ronda kawasan Cameron ni . Aku pula nak sangat beli jagung putih...Manis betul. Ubi kuning juga kegemaran aku. Teringat pula mak di kampung. Aku beli segala sayur, jagung dan berbagai jenis ubi untuk mereka. Kata Luq kalau Chinta letih jalan mesti tidur nyenyak malam ni. Ibu dan babah sempat la buat kerja . Aku tenung muka Luq dalam-dalam sambil dalam hati bertanya...dah ok ke ? Luq tersengeh melihat aku yang jelas kaku.

Balik dari pasar malam aku mandikan Chinta. Pakai pakaian tidur dan suapkan dia makan , nasi goreng China ya g di beli bungkus tadi. Waktu kami makan tadi dia masih kenyang katanya. Selepas makan aku melayan Chinta menonton televisyen . Sementara Luq pula dengan Mac book nya tidak mahu diganggu katanya. Nampak serius benar. Aku tak tahu apa kerjanya sekarang selepas berhenti menjadi guru. Yang aku tahu dia masih membuka pusat tuisyen dengan empat cawangan dua di Perak dan dua di Johor.

"Apa yang sibuk sangat tu abang? Boleh Laila tahu ? Lama Laila tak ikut perkembangan abang" Aku bangun menghampiri Luq yang masih menatap Mac book nya itu selepas Chinta sudah ku angkat ke katil. Aku mula mahu mengambil tahu tentang Luq....biarlah dia nak marah pun, kalau dia nak rahsiakan itu terpulang lah...maksudnya dia tidak jujur dengan aku.

"Sayang...sini...." Luq menarik tangan aku dan minta aku duduk di ribanya. Kembang lubang hidung aku sebenarnya...rasa dimanjai sangat. Aku tak menyangka yang Luq mahu melayan juga karenah aku . Rasa sangat dihargai.

" Tengok ni....abang dah buka satu Syarikat dengan bantuan kawan abang dari Singapura. Sekarang ni saham Syarikat kita sedang naik . Masa abang berubat kat Sana , alhamdulillah abang kawan dengan ramai orang. Mereka banyak mengajar abang tentang selok belok perniagaan. Abang bernasib baik kerana jumlah wang yang kita simpan sama-sama dulu cukup untuk abang jadi rakan kongsi untuk permulaan. Sumpah....abang tak pernah berniat nak ambil bahagia Laila... . Abang memang berniat nak bersama Laila meraikan kegembiraan ini. Abang bersyukur sangat Laila tak cari orang lain sebagai peganti abang. Abang tahu Laila memang sayang abang kan?

" Terima kasih abang kerana tunggu Laila dan kongsikan kegembiraan ini. Laila memang sayangkan abang ...tak pernah terniat nak cari peganti babah Chinta. Laila sayangkan abang sangat -sangat".

"Laila..terimalah abang seadanya sayang....abang dah tak ada siapa -siapa lagi dah . Abang cuma ada Laila sekarang ni. Tegurlah jika abang buat salah. Abang akan cuba berubah demi menjernihkan hubungan kita"

"Abang.....Laila pun bukanlah baik sangat. Abang pun tegurlah Laila jika tidak puas hati...tapi jangan cemburu buta lagi. Abang perlu yakin dengan Laila ....Laila nak abang sorang saja bukan orang lain. Tak perlu cemburu lagi ..Laila sentiasa jaga pergaulan Laila ....Sebenarnya Laila banyak belajar dari abang.....dulu....Cikgu Syamil kawan sekolah Laila....tumpang Cg Nurin masa balik sekolah. Katanya rumah satu hala. Nak jadikan cerita Cikgu Nurin tertekan pedal minyak bila ada murid melintas....terjadilah eksiden . Ramai parent dan anak murid kat situ melihat keadaan mereka sungguh memalukan. Cikgu Nurin berada di atas riba Cikgu Syamil tak sedarkan diri....apalagi malulah bila gambar mereka tersebar. Jika benda macam ni terjadi, Laila terus teringatkan pesan abang. Laila tak kan tumpang orang lagi dan elakkan dari tumpangkan orang terutama lelaki. Maafkan Laila....Laila selalu marah-marah juga kalau abang tegur itu ini.

"Biarlah masa lalu kita yang buruk itu pergi... kita perlu ubah ke arah yang lebih baik....abang terima Laila seadanya dan Laila terima kekurangan abang ya. ...kita jadikan pengalaman lalu sebagai pengajaran untuk kita". Luq menarik aku dalam pelukan. Suara seraknya membisikkan sesuatu membuatkan wajahku merona merah.

" Chinta dah tidur sayang ...jom kita tidur...abang nak tunaikan hajat "

" Hah ..nak tunaikan hajat? Ingatkan nak tuntut janji ?

" Malam ni takut Chinta sedar , biar abang tunaikan hajat yang tertangguh dulu ya...jangan risau Chinta tak kan sedar" Tubuhku terasa melayang, Luq membawa aku ke katil bilik sebelah ...harap-harap Chinta tak bangun merengek nanti.

......Sambung......

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience