Aku sampai semula ke Penang jam 9 malam, selepas kebas punggung atas bas selama 9 jam. Aku ambil grab dan sampai rumah mak ayah aku dah hampir pukul 10 malam.
Sampai depan rumah mak ayah, macam nak tercabut urat mata aku melihat kereta Luq terparkir elok di situ. Bila masa pula di ke sini? Agak-agak aku la... Mungkin Hakim dah bagitahu Luq tentang keberadaan aku di sini dan Luq pun sempat tukar plan.
Aku melangkah masuk ke dalam rumah. Aku menyalami semua yang ada termasuk Luq. Ramainya orang di sekeliling Chinta. Macam-macam lagak yang dia buat nak tarik perhatian orang. Semuanya lucu. Bila dia nampak aku, di palingnya muka ke arah lain. Merajuk konon, macam babah.... Asyik merajuk saja. Aku buat-buat menangis.... dan dia terus merangkak ke arah aku. Konon-kononnya nak memujuk....
Aku perasan Luq memandang kearah aku dan tersenyum. Aku buat tak tahu sebab hatiku sedikit terguris dan Kecewa.
Aku memeluk Chinta, rindu.....melihat matanya yang bundar aku jadi terharu. Sebentar lagi perang dingin akan terjadi. Kasihan Chinta.
Chinta sudah menenyeh mata menandakan dia sudah mengantuk, mungkin letih bermain dari tadi. Mak dah suruh aku tidurkan Chinta. Aku bangun mahu buatkan susu untuk Chinta. Luq cepat-cepat ambil botol dan tolong bancuhkan. Aku tidak berkata apa-apa. Aku minta izin mak dan ayah membawa Chinta ke bilik.
Aku letakkan Chinta atas tilam yang terletak di atas lantai. Aku baring di sebelah Chinta sambil menepuk punggungnya. Luq masuk dan suapkan botol susu itu ke mulut Chinta dan baring disebelahnya.
Luq merenung aku lama. Aku buat tak nampak sahaja. Dia memegang tanganku dan mencium belakang tanganku. Aku diam juga. Malas nak layan dan bertanya kenapa dia buat aku macam ni. Biarkanlah.
"Abang rindu Laila. Laila tak rindu abang? Luq, merenung aku menunggu jawapan.
Aku terus menepuk lembut punggungnya Cinta. Aku biarkan sahaja Luq bercakap sendiri. Malas lagi nak melayan. Aku takut jadi tercetusnya perang dunia. Baru semua orang tahu. Sabarlah Laila, hanya itu yang perlu ada menjadi perisai.
" Laila marah abang? Abang minta maaf..."
"Nak marah la.... tapi kena sabar. Kenapa nak minta maaf pulak, ada salah besar ke ? Nak share? Aku dah buka mulut, harap-harap suara aku tak kuat.... Takut nanti Chinta terkejut pula.
" Err.... Sebab abang tak telefon Laila? Laila marah?
" Sebenarnya Laila dah malas nak ambil tahu la.... Abang tak cakap pun tak apa. Laila rasa apa yang abang buat kali ini Laila tak maafkan. Laila rasa abang ada buat benda salah di belakang Laila"
" Abang buat apa Laila? Apa yang Laila fikirkan.?
Laila tak percayakan abang?
" Nak percaya macamana? Yang balik Perak tak bagitahu kenapa? Ingat tak penat ke? 20 jam buang masa atas bas. Langsung tak fikir. Laila rasa la... Kalau tak ada Laila disisi pun abang boleh hidup. Tengok ni.... Tak call 5 hari pun abang masih ok"
" Laila pun sama, datang Johor pun tak bagitahu. Adilkan?
" Biarlah Laila terus terang.... Masa Laila buat video call, abang ada dengan Seri kan? Abang ingat Laila tak nampak? Sengaja Laila buat tak tahu saja nak tengok keikhlasan abang. Kemudian abang hantar dia balik Perak kan? Semua ada dalam fikiran Laila la abang. Cumanya Laila tiada bukti. Tengok Hakim terkejut pun tahu, abang ada buat salah. Naluri seorang isteri abang....jangan sampai Laila jumpa bukti tu. "
" Sekarang ni Laila tuduh abang?? Jangan cakap kalau tak nampak sendiri. Berdosa tau kalau tak percayakan suami sendiri "
" Naluri seorang isteri, kalau suami bosan pun dia boleh rasa. Suami suka orang lain pun Isteri boleh rasa.... Kalau abang tak nak berterus terang pun tak apa. Laila akan tunggu. Yang jadi masalah sekarang ni abang tu. Apa yang abang dah buat di belakang Laila. Laila memang tak percayakan abang lagi"
" Kalau itu yang Laila fikirkan, hubungan kita sekarang ni ada masalah. Cuba tengok Chinta, kalau kita tak bahagia, dia akan terasa kesannya"
" Yang sebenarnya siapa yang buat masalah? Dari cemburu abang yang keterlaluan sampailah sikap abang yang sekarang ni membuatkan Laila tawar hati. Tiada rasa. Siapa yang bermasalah dan siapa yang buat masalah???
"Laila ni mesti dah ada orang lain ke sampai rasa macam tu kat abang.
"Itu saja yang abang tahu.... Tuduh orang macam-macam. Saya dah tak larat dengar dah la. Saya tak suka la hidup macam ni. Dah la...saya nak solat". Bila aku bahasakan diri sendiri tu saya, maknanya aku marah sangatlah tu..... Sakit hati aku kalau bercakap dengan Luq. Macam - macam nak tuduh aku. Sedangkan dia buat lebih dari itu. Aku cuba tidak tinggikan suara supaya mak dan ayah tak tahu keretakan hubungan kami.
Aku terus bangun bila melihat Chinta dah tidur. Aku terus ke bilik air mengambil wudhuk dan terus solat. Luq hanya memerhati aku tanpa kata. Dok mengumpat aku lah tu dalam hati. Mesti dia hairan aku dah tak macam dulu. Manakan tidak, aku terpaksa menjaga hatinya sebab tak nak masalah berpanjangan. Tapi kali ini aku dah tak peduli perasaan orang lain, aku peduli dengan perasaan sendiri.
Luq tidur bersebelahan dengan Chinta.... Aku biarkan aja, dia terlelap di situ. Aku merebahkan diri yang lelah diatas katil. Empuk sungguh tilam itu sehingga aku tidak tahu bila aku terlelap.
Aku terjaga bila terasa ada orang merangkak naik atas katil. Aku tahu itu Luq. Aku pejamkan mata berpura tidak sedar. Nasib baik aku tidur mengiring membelakangi dia. Tiba-tiba terasa ada tangan melingkari pinggangku. Mahu juga menyentuh aku. Aku ingat dah tiada nafsu lagi untuk aku. Tapi aku tak kisah, hati aku masih sakit.
" Sayang....rindu abang tak?" Suara itu membisik ke telingaku. Aku masih diam. Geramku itu tidak membuat aku terangsang. Aku bangun dan tidur di tepi Chinta. Tolong mama Chinta, mama tak boleh layan babah begini. Mama sakit Chinta. Sakit hati.
Tiba-tiba Chinta merengek nak susu lagi, mungkin juga terdengar bisikan dalam hatiku tadi. Aku ke dapur dan membancuh susu dan suapkan botol susu kepadanya. Aku lihat Luq sudah pejamkan mata, tak tahu sudah belayar atau belum. Aku tidur dengan Chinta hingga pagi, nasib baik Luq tidak ganggu aku lagi lepas tu. Mungkin terasa hati. Aku tahu aku berdosa tetapi aku terpaksa buat begitu. Luq Baktiar... Maafkan aku. Aku seperti dah tiada rasa.
Pagi-pagi Luq dah bangun, mungkin ikut ayah ke surau. Aku bangun mandi dan solat subuh. Aku turun ke dapur tolong mak buatkan sarapan. Bila ada ramai di rumah mak selalu masak nasi lemak. Aku tolong goreng ikan bilis sahaja. Adik masih terbungkang di dalam bilik.
"Mak.... Petang ni Laila balik nak balik Perlis"
"Esok kan cuti lagi.... Kenapa nak balik awal sangat. Dok la lama sikit, dah la jarang balik. Luq tak apalah... esok dia dah sekolah.
" Ada kerja sikit mak, balik awal tak kalut sangat"
Truttttt.... Trutttttt...... Telefon berbunyi dari dalam bilik aku.
" Hah...tu telefon siapa berbunyi tu.... Telefon Luq kot... Terlupa bawa lah tu.... pi angkat cepat, nanti terjaga pula Chinta." Mak suruh aku angkat telefon itu.
Aku pun cepat masuk bilik dan tengok si pemanggil tu.... Memang aku dah agak dah..... Dia masih berhubungan dengan Seri. Memang tidak boleh percaya pun... Geram betul.... Belum sempat aku angkat, bunyi telefon dah terhenti macam tahu-tahu saja aku nak angkat. Tiba-tiba... Tit.. Tit... Mesej masuk.
" Balik Johor singgah sini tak?" - Seri.
Aku nampak di layar skrin mesej tu.
Aku menahan nafas geram. Sumpah.... Aku bukan cemburu tetapi rasa tertipu. Tangan aku nak tekan saja mesej tu dan lihat mesej-mesej lainnya, tapi hati aku tak nak. Aku ikut kata hati. Tak apa.... Aku simpan. Aku nak lihat apa permainan Luq kali ini.
Trutttt.... Truttt...... Eh... Menjerit lagi telefon ni, memang cari nahas ni.... Aku mencapai telefon itu dan menekan butang hijau.... Aku diam dan menunggu. Suara manja di sana tak sabar-sabar nak bercakap.
"Helloooo." . Manja sungguh, aku dengar macam nak muntah.
Hellooo....Hello! .. Hello! ... Luq!!
" Ya... Hello. Ada apa cari suami saya?
" Eh... Laila.... Sori aku nak tanya Luq.... "
" Tanya apa? " Dengan pertanyaan sedikit tegas aku bersuara. Aku rasa orang di sana dah ketar lutut.
" Aku.... aku....
" Kau masih berhubung dengan Luq? Kau ada urusan apa dengan dia? Aku cuma nak tanya kau satu soalan. Sekarang ni Luq ada dekat mana?
" Dia ada dengan kau kat Penang kan? Kenapa kau tanya aku? Luq tak ada kat sana ke?
"Luq??? ada, ada, sekejap ya " aku terus berikan telefon tu pada Luq, kebetulan aku nampak kelibat Luq kat luar bilik macam nak terlondeh kain gayanya. Macam kucing tercicir telurnya sebab nampak aku cakap guna telefon dia.
....... Sambung.......
"
Share this novel