Aku terus blok nombor itu. Tak mahu jadi isu. Aku padam semua mesej. Aku tidak mahu Luq tahu. Bukan semua benda perlu di ceritakan. Aku takut Luq salah faham dan menyalahkan aku.
Rutin hari ini seperti biasa. Selepas hantar Chinta ke rumah pengasuh aku terus ke sekolah. Hari ni keputusan pertukaran antara negeri sudah keluar. Berdebar aku tunggu, line tak berapa elok pula hari ni. Berpusing-pusing.... talian internet seperti siput.... Bosan betul la...harapanku dapat tukar ke Johor supaya berada di sisi Luq setiap masa.
Mengajar di Perlis ni memang seronok. Negerinya memang kecil. Jauh dari kesesakan lalu lintas dan hiruk-pikuk kota. Setiap kali ada perjumpaan semua sekolah boleh hantar wakil. Bila jumpa wakil yang sama setiap kali mesyuarat atau kursus dia jadi akrab. Banyak masalah boleh di selesaikan bila ramai kawan. Aku suka ramai kawan. Tapi bab kawan yang berlainan jantina aku lebih berhati-hati. Tapi aku rasa perlu juga berkawan berlainan jantina sambil bertukar-tukar pendapat. Aku ada juga simpan nombor telefon kawan-kawan lelaki dalam telefon aku tapi terpaksa lah letak nama perempuan. Aku takut Luq kadang - kadang waktu tak ada kerja dia suka skodeng telefon aku. Takut kantoi punya pasal aku pun letak la Halim jadi Halimah atau Ali jadi Aliah. Ada sekali tu kawan Cina namanya Lim Ah Seng, aku letak nama Limah... Hah.. Ambik kau. Kadang-kadang aku terpaksa buat begitu, berdosakah aku? Bagi aku Selagi aku rasa tak buat dosa aku biarkan saja. Aku bukan nak lawan cakap Luq, tapi aku rasa perlu simpan nombor jurulatih - jurulatih itu untuk rujukan suatu hari kelak.
Aku semak sekali lagi eg_tukar. Kali ini line internet sedikit laju. Tidak sampai seminit terpampang "Pertukaran anda tidak diluluskan" aku sangat kecewa sebab tak dapat dekat dengan Luq. Aku cepat call dia beritahu keputusan pertukaran itu. Sakit hati juga bila Luq macam biasa.. tenang aja. Tiada rasa kecewa langsung. Aku ada dekat atau jauh dia sama saja. Yang penting hujung minggu kalau free dia balik, kalau ada aktiviti dia tak balik. Bila balik dia kata rindu. Bila jauh di sana biasa-biasa saja. Aku rasa macam dia tak suka aku tukar ke sana. Kalau aku ke sana aku mesti bawa Chinta. Mungkin dia rasa terikat nak ke mana-mana. Asyik kena mengasuh Chinta saja. Itu hanya, andaian aku, dalam hati dia, aku tak tahu pula.
Tit. Mesej masuk. Rupanya mesej dari Ika. Aku dengan malas membukanya. "Kau dapat tukar tak? Kalau dapat tahniah tau. Saja aku mesej ni nak ingatkan kau... jangan lupa majlis aku sabtu ni. Luq balik tak? Kalau balik ajak dia sekali". Ika memang tahu aku masih marahkan dia . Sebab tu dia tak call, dia tahu aku tak akan angkat. Banyak kali dia pesan, takut aku tak ke majlis dia. Luq memang akan balik minggu ni tetapi boleh jadi tak pergi kalau dia masih berang dengan kejadian di Restoran Pak Mat western tu. Dia memang marahkan semua orang lepas kejadian tempoh hari. Termasuklah Ika. Kalau mood dia elok, mungkinlah dia akan pergi.
Aku pun berfikir dua kali nak pergi. Bukan sebab marahkan kejadian tu tetapi aku takut kalau-kalau terjumpa Cik Din kat situ. Di buatnya gila-gila dia tu depan Luq, mati aku. Tengah dok tenang-tenang majlis mahu jadi ribut taufan Luq punya cemburu Fuh!!! minta simpang lah malaikat empat puluh empat. Aku rasa macam tak nak pergi ke majlis perkahwinan Ika tu untuk kebaikan semua.
.....................
Luq bertolak dari Johor pada hari ini selepas sekolah. Kebetulan cuti umum jatuh pada hari Ahad dan Luq beritahu aku yang dia mengambil satu hari cuti tambahan pada esoknya semata-mata nak bersama aku. Mungkin Luq memberi alasan yang munasabah. Dia pun tidak pernah ambil cuti lagi pada tahun ini sebab tu mudah dapat cuti. Aku belum ingatkan dia tarikh perkahwinan Ika. Biarlah .... Kalau dia tak ingat tak perlulah kami pergi. Kasihan juga Ika, kami sudah lama berkawan. Bukan asbab kejadian di restoran hari tu, tapi.... Sebab lanjutan dari kejadian itu, Cik Din sudah mengenali dan mahu mendekati aku. Aku tak suka.
Luq sampai lebih kurang pukul 12 tengah malam, malam jumaat . Lebih kurang tujuh atau lapan jam perjalanan. Mesti letih. Chinta sudah pun tidur lena. Aku berpisat-pisat mata bila terdengar kereta Luq sampai. Bukan sebab nak buka pintu, cuma nak bagitau Luq yang aku menunggunya balik. Luq sudah ada kunci rumah sendiri, kalau tak bangun pun tidak mengapa. Oleh sebab rindukan suami aku pun bangun menyambutnya. Selalunya dia akan hargai sangat-sangat.
Tetapi..... Hari ni lain pula... Dia tengok aku biasa saja. Tiada senyuman. Tidak ada riak teruja atau rindu seperti yang diucapkan dalam telefon tempoh hari. Aku menyambut tangannya untuk bersalaman pun rasa lain. Bila masuk saja dalam rumah wajah Luq terus muram tanpa sepatah kata.
" Kenapa ni bang? Lain macam saja. Luq tidak menjawan. "Abang ni dah kenapa? Balik jauh-jauh nak jumpa Laila, jadi masam macam ni dah kenapa hummm? "Cuak betul aku. Apa daj jadi? Aku cuba memujuk tapi dia masih lagi membisu. Aku pun confius, dia marahkan aku atau marahkan dirinya. Mungkin dia dengar cerita apa-apa yang tak elok tentang aku. Susah juga bila orang tak mahu berterus- terang ni. Simpan... simpan dan simpan. Tension juga jadinya aku ni. Mahu sakit jiwa bila hati sakit sebab tidak tahu punca.
Luq mengangkat begnya masuk. Mulut masih diam membisu. Tak sepatah haram pun keluar dari mulutnya. Sakit... Aku sakitttt.....
"Abanggg.... Tolonglah. Jangan buat Laila macam ni. Terus sakit kepala ni bila teringatkan abang. Tak penat ke balik-balik cari gaduh?
" Tak ada apa-apa lah... Baik tidur saja. Tidurlah". Itu aja ucapannya. Dia masuk mandi dan kemudian solat. Aku masih berteka-teki apa yang tak kena sebenarnya. Luq terus tidur di sofa ruang tamu. Aku menanggis sayu malam tu tanpa tahu salahku.
Aku tidak dapat melelapkan mata bila Luq tiba-tiba saja dingin. Dia langsung tidak menjenguk Chinta yang sedang tidur nyenyak atas katil kami. Marahkan aku, Chinta pula jadi mangsa.. Sampai hati Luq.
Esoknya.... Aku bangun awal sebab tidak dapat tidur lena. Aku bangun sebelum subuh lagi. Aku menjenguk Luq di ruang tamu. Aku juga tahu dia juga tidak nyenyak tidur. Selalunya dia begitu jika dia tidak puas hati dengan aku. Dia bercakap juga tetapi kurang mesra. Dia hanya akan menjawab apa yang aku tanya sahaja. Kali ini pun aku rasa ada sesuatu yang dia simpan.
Selepas solat subuh, aku kejutkan Luq. Macam biasa aku akan menggosok kepalanya dan membaca Surah Al- insyirah seperti yang aku selalu buat pada Chinta. Surah ini banyak kelebihannya, kata-kata ustazah pada suatu kuliah, surah ini boleh membuatkan aura positif dalam diri, tidak malas, diberi kelapangan dalam hidup dan banyak lagi kelebihan lain. Aku selalu amalkan setiap hari. Luq bergerak sedikit bila terasa kepalanya di sentuh.
"Abang.... Bangun solat. Subuh masuk lama dah la abang. Cepat la bangun. Laila rindu abang" Tiba-tiba tangan Luq mencengkam pergelangan tangan aku "Apa ni bang.. Sakit la". Matanya memerah memandang aku seperti harimau nak menerkam mangsa. Kecut perut aku.
"Siapa Cik Din?"
"Hah! Siapa? Aku cuma nak confirm supaya aku tak salah dengar.
" Kenapa? Pekak ke? Cik Din la... Siapa Dia? Suaranya meningkat satu oktaf. ". Aku dapat rasakan sesuatu yang tak kena. Aku perlu cari cara nak kawal darah panas Luq itu.
" Kenapa dengan Cik Din? Laila tak faham. Cuba abang ceritakan apa yang berlaku."
" Abang tanya siapa Cik Din tu dengan Laila? Berkirim salam bagai. Laila ada hubungan dengan dia ke? Aku masih tidak faham jawapan yang bagaimana Luq mahukan. Lelaki ini penuh dengan emosi. Aku takut tersalah jawab.
"Abang.... Cuba abang cerita satu-satu. Laila tak faham la. Hubungan apa yang abang maksudkan? Kalau hubungan teman tapi mesra bukan ek... Kalau hubungan kekasih... Jauh lagi ok! Laila hanya ada abang Luq saja. Cuba cerita apa yang jadi ni... Macam ada sesuatu ja" aku nampak wajah Luq tidak tegang macam tadi bila aku melembutkan kata.
" Abang nak mandi, nak solat" Luq terus bangun mencapai tuala dan terus ke bilik air- meninggalkan aku yang terkulat-kulat berteka - teki di situ.
...... SAMBUNG.......
Minta maaf readers semua kerana lama menyepi. "sakit cemburu" ini kembali bersiaran. Cuba komen sikit.
Share this novel