Bab 57 Akukah yang cemburu?

Short Story Completed 83757

" Best tak ikut babah? Babah bawa pergi mana? Aku tanyakan Chinta tentang babahnya sambil memasukkan pakaian kami dalam beg. Malam ni kami akan balik ke Perlis. Aku mahu tahu juga tentang Luq. Maklumlah belum dapat bersembang berdua sebab aku jual mahal sangat. Dia pun tak mesej aku apa-apa pun.

"Babah bawa makan- makan dan jumpa kawan dia . Cantik kawan dia macam ibu " Chinta terus sahaja bercerita.

"Iya ke? Babah panggil dia apa? Terbit sedikit rasa cemburu di hati aku . Siapa perempuan yang Luq bawa berjumpa Chinta tu.

" emmm...Sayang...ya babah panggil dia sayang. Nama dia sayang kot. Dia suruh Chinta panggil dia Aunty Sayang. Rugi la...ibu tak ikut mandi kolam. Chinta mandi dengan babah saja. Seronok..." Aduh sakitnya hati. Betul ke nama perempuan tu sayang. Jangan-jangan Luq dah kahwin dengan dia dan panggil isteri dia dengan panggilan sayang macam aku dulu-dulu.

" Aunty Sayang mandi sama babah tak?

" Taklah....ada baby dalam perut Aunty Sayang tu. Besar ni Perut dia . Dia cakap bahaya kalau mandi dalam kolam tu, takut licin." Chinta menunjukkan ukuran perut Aunty Sayang dia dengan kedua belah tangannya di perut" Alamak.....silap aku tanya. Pedih wey. Macamana aku nak kurangkan debaran di dada aku ni. Hish...kalau aku tak tanya pun tak rasa macam ni. Aduh....kecewanya aku kalau Luq dah kahwin. Hari tu dia selalu pesan kat aku jangan kahwin dengan orang lain. Jangan gantikan babah Chinta . Sekarang ni dia yang buat ...gantikan ibu Chinta pula. Aduh!! Sakitnya hati .

Aku terus berlari masuk ke dalam bilik air . Air mata ni tak dapat nak tahan lagi . Aku menanggis sepuasnya. Malu pula kalau Chinta tahu aku menangis sebab cemburukan Luq.

Memang hati aku terasa sakit kalau Luq tak beritahu aku yang dia dah kahwin, patutlah teringatkan Chinta saja . Aku sikit pun dia tak kisah. Geram betul la...

Selepas reda tangisanku, aku dapat kembali kekuatan untuk meredhakan saja walaupun aku sangat kecewa. Aku yang memilih begitu. Aku patut redhakan saja. Aku tak perlu mengharapkan dia lagi. Lagi pula kalau cemburu buta dia belum hilang, tak ada makna apa-apapun , keadaan akan jadi sama juga jika kami berbaik semula.

" Ni bunga kau banyak- banyak tak nak bawak balik ke? Sayang la bunga ni, mahal kot..". Emak membebel tetapi tetap mencium bunga-bunga tu.

" Mak ambil la....kalau sayang mak bagi kering. Letak minyak wangi sikit , letak dalam bilik...mmm....wangi....". Malaslah aku nak ambik bunga tu. Entah dari siapa. Aku ingat Luq yang bagi. Kemungkinan besar bukan dari dia sebab dia dah pun ada isteri baru. Tak kan lah nak pikat aku pula . Aku tak nak berharap lagi.

"Siapa yang bagi bunga ni Lela? Luq ka? Semakin hensem kan dia. Hang tak nak baik semula ke dengan dia ?"

"Awat mak suka ka Laila berbaik semula dengan Luq.?"

". Mesti la suka, Chinta lagi suka, tak payahlah cari babah tiri lagi"

"Ish mak ni. Malu la macam ni. Awat mak tak tanya dia dah kahwin lain ke tak? Cerita yang Chinta bawa macam dia dah ada peganti. Dah kahwin kot mak. Mana tahan mak jadi duda lama-lama . Kalau janda tu lain , boleh lah tahan lagi walaupun dah bertahun.

" Tu la...dia tengok hang macam biasa ja mak tengok. Dah ada peganti lah kot. La ni biaq pi la kat dia asalkan dia takk lupakan Chinta dah cukup bagus."

"Ya lah mak....biar pi kat dia. Lagi pun dia layan Chinta baik itu dah bersyukur dah."

................

Aku kembali bekerja seperti biasa. Chinta aku hantar ke sekolah tadika berdekatan dengan rumah pengasuh, senang nak ambil bila balik sekolah nanti.

Minggu ni semua guru sibuk kerana menguruskan latihan rumah sukan. Aku tidak terkecuali kerana menjadi ketua rumah . Dalam kesibukan itu Luq hubungi aku . Jantungku sedikit berdebar . Mungkin rasa tidak percaya atau terlalu suka. Sibuk pun sibuk lah ..aku sambut juga panggilannya.

"Assalamualaikum....." aku menunggu dia bicara. Jantung pun masih berdebar. Ada satu perasaan aneh bertandang.

"Waalaikumussalam.....save nombor abang tak?
Itu pertanyaan permulaannya.

" Belum....

" Nanti Save ya ....jangan hilangkan.

"Ya....Telefon Laila kenapa? Sekarang ni semua orang sibuk persiapan hari sukan." Harapan aku dia tak sembang panjang sebab aku ada banyak kerja dan banyak telinga terpasang keliling aku.

"Oh ....hari ni balik pukul berapa?

" Dalam pukul 4 petang. Kenapa?

" Ingat nak ajak jumpa. Chinta balik sekolah pukul berapa? siapa selalu ambil dia.

" Dia akan ada rumah pengasuh sampai Laila siap kerja ."

"Ok...Cantik sangat time untuk kita. Abang ambil Laila kat sekolah boleh?

" Tak payah...Laila boleh pergi sendiri. Nanti ada orang marah pulak, lagipun Laila tak selesa. Hantar location nanti Laila sampai"

.
"Siapa yang nak marah? Ada orang marah Laila jumpa abang ke?

" Tak...abang tu lah....ah ! lupakan saja. Laila ada meeting jap lagi. Minta Maaf ya. Nanti habis meeting Laila bagitahu. Anggaran saja pukul empat , kadang-kadang lebih masa.

Hampir pukul empat petang. Mesyuarat belum ada tanda-tanda nak tamat. Masih bincang isu-isu penting. Aku mesej Luq cakap tak jadi jumpa sebab aku mungkin balik lambat.

" Malam ni abang ambil Laila kat rumah, ada benda penting yang nak abang bincang. Hal kita dan dan juga Chinta. Please Laila, jangan cari alasan untuk menjauhi abang."

" Baiklah....Chinta masih di rumah pengasuh. Abang boleh terus ambil Laila malam ni ."

Selesai meeting aku terus pulang ke rumah. Chinta aku biarkan di rumah pengasuh. Lagipun pengasuh nak Chinta tidur disana kerana anak sulungnya dari Sabah baru balik . Dia mahukan Chinta tidur kat Sana. Aku biarkan sahaja kerana Chinta sudah dianggap seperti adik mereka sendiri.

Pukul 9 malam, Luq menjemput aku untuk makan malam. Aku memakai dress warna biru laut. Bagi aku pakaian itu cukup selesa di pakai waktu malam . Tudung berbunga biru tua aku kenakan dengan jubah itu. Aku rasa selesa sangat. Aku ni bukan pandai sangat merias diri, tapi aku belasah sahaja , jangan jadi janggal sudah.

Aku tahu Luq sedang memerhati aku, aku tak tahu sebab terpegun atau pelik dengan penampilan aku. Ah..lantaklah. Aku dah tak peduli .Bukan aku nak pikat dia.

Luq membuka pintu kereta dan pelawa aku masuk dengan tersenyum . Sebaris Gigi putihnya membuatkan aku teringat pertemuan Kali pertama. Senyuman itu yang membuatkan aku tidak boleh lupa padanya. Aku selalu mencuri pandang walaupun waktu itu aku tahu dia tidak langsung memandang aku. Akhirnya dia mengaku juga , yang dia juga selalu pandang aku tanpa aku sedari. Katanyalah....betul ke tidak aku tak tahu atau mungkin itu ayat pemikat.

Hari ini perasaan itu sudah berbeza. Status kami ini seperti ada tembok penghalang. Tambah pula Luq sudah beristeri dan sedang berbahagia. Aku tidak tahu kenapa dia mahu jumpa aku sangat. Mungkin dia nak dapatkan hak penjagaan untuk Chinta. Aku tak akan benarkan itu terjadi .

Luq membawa aku ke Kuala Perlis. Dia memilih sebuah kedai makan seafood yang sedang viral sekarang ni. Aku pun belum pernah lagi datang kesini. Ada ruang special disediakan untuk pasangan bercinta. Hanya dua tempat duduk disediakan . Tempatnya pun Romantik. Aku tak sangka pula Luq membawa aku ke sini kerana kami ni bukan di lamun cinta. Kalau dulu mungkin ya, dalam keadaan sekarang ni rasa sangat tak sesuai. Aku cuma ikut sahaja tanpa komen apa-apa .

Aku memesan nasi putih dan kuah tomyam. Luq memesan ketam dan udang galah bakar bersama nasi putih. Tidak lupa juga telur dadar dan ikan siakap tiga rasa. Pecah liur Aku tau tak. Aku memilih nasi kerana terasa lapar hari ini. Aku baru sedar hari ini aku tidak langsung menjamah nasi langsung. Patutlah lapar semacam sahaja. Sebenarnya aku teringin ketam tadi, memandangkan Kali pertama keluar dengan Luq setelah sekian lama, aku jadi takut-takut pula dengan harga ketam sekarang ni. Nasib baik dia order 4 ekor ketam besar. Terharu sangat kerana Luq masih ingat makanan kesukaan aku. Minuman yang kami pesan tetap sama iaitu jus epal.

Semasa menunggu pesanan tiba, Luq asyik memandang aku sahaja sampai aku naik segan.
Aku beranikan diri bersuara.

" Kenapa abang asyik pandang Laila? Seganlah macam ni"

" Laila tetap macam dulu, abang rindu"

" Jangan macam ni abang, kita dah tak boleh macam dulu"

" Kenapa tak boleh Sayang? Abang nak kita sambung semula ikatan yang dah putus dulu. Laila setuju tak kalau abang Lamar Laila semula? Suara Luq menikam sukma. Aku mati kata-kata. Bukan ini yang aku mahu, aku tak boleh terima jika berbagi Kasih. "

"Abang....bukan ini yang Laila mahu. Abang sudah ada kehidupan baru, kenapa masih nak lamar Laila?

" Kehidupan baru? Apa maksud Laila? Abang tak faham!"

"Assalamualaikum....." Tiba-tiba seorang perempuan mengandung menyapa kami. Tak tahu dari mana datangnya. Cantik dan ayu senyumannya. Aku tersentak.

"Waalaikumussalam....Sayang. Inilah wanita yang abang ceritakan tu. Kenalkan Laila ......". Aku cepat-cepat bangun dan menyambut huluran salam perempuan itu. Mata aku dah mulai berkaca, aku perlu lakukan sesuatu. Cepat-cepat aku minta diri ke tandas dengan senyuman palsu. Air mata yang tak pernah menipu perasaanku merembes laju. Kecewa. Ya...tersangat kecewa.

.......Sambung.....

Share this novel

Hawani Hashim
2023-10-10 16:46:01 

Luq dah ada bini baru tapi ngape masih nk tagih cinta laila ngapa Luq asik menganjing kan laila kesian laila kalo aku di tempat laila aku pun sedih


NovelPlus Premium

The best ads free experience