BAB 57

Drama Completed 94402

Tak berkelip David melihat Sakinah saat gadis itu keluar dari perut kereta Nayli. Dia yang menanti gadis itu di tempat parkir pantas mendapatkan Sakinah yang memang menyerlah malam ini dengan gaya tersendiri.

“What a beautiful lady tonight. Is it Sakinah?” sapa David yang sudah berada di belakang gadis itu.

“Of courselah ini Sakinah. Kau ingat siapa?” Nayli yang sudah keluar  dari bahagian pemandu menyampuk kata-kata David. Tutup pintu kereta dan tidak lupa menguncinya.

“I think angel is falling from heaven.”

Nayli geleng kepala dan Sakinah pula tersipu-sipu malu.

“Saya biasa saja bos.” Sakinah merendah diri dan David geleng kepala tidak bersetuju.

“You know what. This launching ceremony must be beautiful right now.”

Sakinah tidak faham. Tentulah suasana majlis nanti cantik sebab ini syarikat besar dan penganjur pasti sudah menghiasnya cantik-cantik.

Sakinah angkat kening tidak tahu.

“Because it has you in it.”

Senyuman Sakinah terlarik cantik dan buat David hampir pengsan. Dia lekapkan kedua-dua tapak tangannya ke dada.

"Oh, Sakinah. Penat saya nanti. Tak tidur malam teringatkan senyuman Sakinah.”

Sakinah makin melebarkan senyuman. Bukan apa, terasa lawak pula dengan kata-kata ketuanya.

Nayli mendengus lalu  menghampiri keduanya. Geram bila David dah tunjuk perangai playboynya.

“Dah. Kalau dengar ayat manis kau je tak masuklah aku kat dalam tu. Perut aku ni tengah lapar. Tak kuasa aku nak makan ayat kau je. Dah, jom masuk.”

David gelak besar. Persilakan keduanya dengan senyuman tak lekang di bibir. Mereka masuk ke dalam lif yang membawa mereka ke tingkat paling atas. Keluar dari lif melangkah bersama-sama pula menuju ke dewan mengikut arahan David.

David persilakan Sakinah dan Nayli masuk. Matanya pula tak lepas memandang meja VIP yang betul-betul mengadap pentas utama. Mata ditujukan pada Hud yang sudah lama menanti. Lelaki itu memang jenis punctual sebab itulah tak boleh main-main dengan dia. Mesti sharp. Jika tidak dia sembur semua staf yang suka melengah-lengahkan kerja. Makan hati berulam jantunglah semuanya nanti.

Tetapi malam ini sengaja dia bercakap lama di luar kerana dia mahu bawa masuk Sakinah bagaikan membawa masuk seorang puteri. Dia mahu lihat reaksi Hud. Apakah benar lelaki itu tiada rasa pada Sakinah. Dia mahu tahu. Kalau reaksinya luar biasa bermakna telahannya benar.

“Meja mana?” tanya Nayli.

David telan liur. Kasihan pula Nayli. Dia terpaksa asingkan Nayli buat seketika. Jika tidak perempuan itu akan kacau daun.

“Sorry Nay. Kau duduk meja lain dulu ya. Sebab Sakinah partner rasmi aku so aku bawa dia duduk dengan aku.”

Nayli cebik. Macamlah dia tak tahu apa yang ada dalam kepala David.

“Aku tak kisah. Janji aku dapat makan. Tapi kau kena ingat. She’s my bestfriend. Kau jangan nak kenakan dia. Kalau aku tahu kau nak  buat benda tak elok aku bakar syarikat kau.”

“Wow, speechless.” David hampir tergelak besar tetapi ditahannya. Jika tidak rancangannya akan gagal.

“Up to you. Tapi… kalau kau bakar syarikat tu kau kena kahwin dengan aku dan sara aku.”

Nayli tergamam. Kata-kata David tiba-tiba saja buat hatinya derhaka. Isk, apahal pula dengan kau hati.

“So sweety. Jom.” David melangkah bersama-sama Sakinah menuju ke meja yang diduduki Hud. Sengaja dia kosongkan kerusi sebelah  kanan Hud.

“Perkenalkan my beauty and gorgeous partner, Sakinah.” David memperkenalkan Sakinah pada semua yang ada di meja. Hud yang sedang meneguk air kosong pandang sebelah. Ternganga dia melihat kecantikan Sakinah yang luar biasa malam ini. Hampir meleleh air liurnya namun cepat-cepat dia tutup mulut dan telan liurnya. Bila Sakinah senyum padanya terus gelas di tangan jatuh ke bawah.

“Ehm….” dia berdehem dan betulkan bow merah di lehernya. Ketika itulah Sakinah jatuhkan punggung dan ambil gelas di atas lantai karpet. David menunggu Sakinah bangkit dan tarikkan kerusi apabila gadis itu sudah berdiri.

“Have a seat sweety.” David persilakan Sakinah duduk dan dia sendiri duduk di sebelah gadis itu.

Sakinah pula dengan sopan duduk di sebelah Hud. Gelas di tangan dia letak atas meja. Apabila pelayan menghampiri dia suruh tukarkan gelas yang baru untuk Hud.

Entah sudah berapa kali Hud betulkan leher sendiri. Terasa serba tak kena duduknya bila melihat Sakinah yang betul-betul memukau dalam persalinan hijau tua. Haruman yang gadis itu pakai pula  semerbak masuk melalui rongga hidungnya dan buat dia mula rasa panas. Membahang tubuhnya walaupun dewan ini sudah sejuk dengan penghawa dingin. Berpeluh-peluh. Serasa mahu keluar dan buka bajunya sekarang juga. Ah, kenapa aura gadis itu selalu buat dia tak senang duduk. 

Dia hembuskan nafas berat. Bangkit dari kerusi.

“Aku keluar kejap.” beritahu Hud pada David dan dengan pantas berlalu. 

David ukir senyum kemenangan. Dia berjaya buat lelaki itu penasaran. Ah, lelaki mana yang mampu tahan nafsunya bila melihat Sakinah. Tambah-tambah lagi gadis ini memang lain benar malam ini. Ah, kalau tak  mengenangkan Sakinah gadis beradab dan sopan santun serta terjaga akhlaknya mahu saja dia bawa gadis itu ke bilik hotel. Tetapi dia tahan diri sebab dia mahu tahu hati Hud dahulu. Kalau betul lelaki itu tidak sukakan Sakinah barulah dia akan pikat Sakinah untuk diri sendiri. Tetapi kalau Hud memang cintakan Sakinah dia akan jauhkan diri.

Mata pandang Sakinah yang tersenyum. Manis bak gula tetapi mampu kalahkan madu hingga buat beberapa pasang mata kakitangan lelaki yang turut serta tak lepas memandang Sakinah. Hinggakan pelayan hotel pun asyik melirik ke arah gadis itu ketika sedang menghidangkan menu pada malam ini.

Tiba-tiba mata terlihat Shella dan Mak Su Lini yang nampak tidak puas hati. Entah apalah yang menyebabkan wanita itu begitu tidak sukakan Sakinah. Dia mahu tahu tetapi tiada siapapun yang sudi memberitahunya.  

“Lepas habis  majlis saya hantar Sakinah balik ya.”

Sakinah geleng.

“Aku hantar dia balik.”

Tiba-tiba Hud muncul dan David terus tersengih.

Aduhai Hud. Ego je lebih.

Tapi tak apa. Lepas ni aku nak tengok setinggi  mana ego kau. Hati David tersenyum. Tak sabar dia nak uji Hud. Mata merenung Sakinah dan dia nampak Hud tidak puas hati. Konon-konon tak mahu tengok tapi bila orang lain asyik fokus kat depan dia pandang juga Sakinah.

Hud oh Hud. jangan ego sangat. Nanti kau yang akan merana.

Jeng3 Ada orang terpukai. tapi still jual mahal. kita tngok next chapter. apa yang jadi dengan orang tu. Kihkihkih.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience