BAB 18

Drama Completed 94401

Baju sekolah yang dipakai tadi di masukkan ke dalam bakul sebelum di bawa ke bilik air. Dalam keadaan kurang sihat segala keperluan diri perlu dia uruskan sendiri juga. Dia malu hendak menyusahkan umi. Sudah besar panjang takkan baju sehelai pun nak suruh umi yang sental.

Sakinah duduk di birai katil melepaskan lelah yang dia tidak tahu kerana apa. Cuma yang dia pasti lelah yang dia dapat semuanya berpunca dari Hud. Masih terasa tangan kasar lelaki itu menggenggam jemarinya. Hangatnya kucupan lelaki itu masih terasa pada kulit tangannya dan bisikan lembut lelaki itu juga masih terngiang-ngiang di telinganya sehingga sekarang.

Dia geleng kepala.

Tidak!

Dia tidak boleh jatuh hati pada lelaki itu. Kalau ayah tahu dia yang akan merana dan lelaki itu pula ketawa gembira.

Dengan kudrat yang masih ada dia peluk bakul lantas dibawa masuk ke dalam bilik air.

“Letak je dalam mesin basuh Kinah. Biar umi basuh. Kinah tak larat lagi tu.” suruh Hajah Salina sewaktu anak daranya itu melintasi dia yang sedang memasak di dapur.

“Tak apa umi. Sikit je ni.” 

Ya, dia tidak suka gunakan mesin basuh apabila baju kotor hanya sehelai dua. Itu kerajinan yang dia dapat sedari kanak-kanak.

Dia masuk ke dalam bilik air dan mula merendam baju ke dalam besen. Saat keluarkan baju sekolah putihnya dia lihat ada sesuatu di dalam kocek baju. Warna hitam dan berbentuk bulat. Baru dia sedar.. Bukankah Hud masukkan sesuatu ke dalam poket bajunya tadi.

Dia masukkan tangan dan menarik keluar getah pengikat rambut berwarna hitam dihiasi patung Hello Kitty. Senyumannya koyak tiba-tiba.

Rambut yang disanggul tinggi dia leraikan lalu di genggam dan diikat rambut panjangnya dengan getah pengikat tersebut. Hatinya berbunga tiba-tiba dan senyuman masih lagi menghiasi bibirnya.

Sakinah tampar mulut sendiri. Sejak tadi mulutnya sudah pandai derhaka pada tuannya. Senyum panjang pula tu tatkala teringat akan Hud. Dia geleng kepala lagi.

Baju segera di basuh. Siap membasuh dia segarkan diri dan mula keluar apabila terdengar enjin motor ayah di bawah rumah.

Siap berpakaian dia turun ke bawah dan menjemur baju yang masih basah.

“Kenapa tak rehat?” tanya ayah saat Sakinah selesai menjemur baju.

“Kinah nak rehat tapi baju ni kena basuh dulu. Takut lama-lama kuning jadinya.”

Haji Abdul Rahman geleng kepala apabila Sakinah sudah mula masuk ke dalam rumah. Terdetik rasa kesal dalam hatinya dengan apa yang telah dia lakukan ke atas anak daranya.

Entah, dia sendiri tidak faham kenapa dia begitu kasar dengan Sakinah padahal berbanding Sakinah dan Sayyidah, anak sulungnya lebih nakal. Sayyidah lebih berani melawan katanya. Berani membawa rakan-rakan sekolah balik ke rumah untuk buat apa saja. Sedari sekolah rendah lagi Sayyidah memang ramah mesra orangnya. Tetapi dia tidak begitu marahkan Sayyidah. Tetapi jika Sakinah pula dia akan cepat marah. Dia memang tak boleh biarkan anak daranya itu berkawan. Malah lelaki juga tidak berani nak datang dekat kalau dia ada. bolehahun.

Kerana Sayyidah yang cepat mesra jadi dia kahwinkan Sayyidah dengan lelaki yang menyukai Sayyidah. Dia gembira kerana Sayyidah bahagia hingg sekarang.

Sebaliknya pula dengan Sakinah. Gadis itu tidak pernah berlawan kata. Hendak mendengar dia tinggikan suara pun tidak. Taatnya gadis itu buat dia rasa bertuah memilikinya sebagai anak. Perangai Sakinah saling tak tumpah seperti Salina. Cantiknya juga sama.   Apakah sebab itu dia jadi takut kiranya perangai baik Sakinah dan kecantikan anaknya itu  akan menjadi racun dalam hidupnya. 

Ya, dia takut. Takut untuk menghadapi hari esok yang bukan dalam tangannya. Takutnya dia hingga menjadikan dia orang yang terlampau menjaga Sakinah sehingga apa saja yang dia dengar tentang Sakinah buat amarahnya terus menggunung tinggi.  

Dia terlalu menjaga. Salahkah!

Awal2 cerita... cinta budak2 dulu. nanti lepas ni meletop kebabooommm. ada sesuatu yang bakal terjadi. tahan air mata semua ya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience