BAB 55

Drama Completed 94401

“Aku tak fahamlah dengan kau Kinah. Dari zaman sekolah sampai sekarang ada je lelaki yang nak rebut kau. Ayat apa kau pakai sampaikan diorang mengekor 24 jam.” ujar Nayli sebaik saja mereka jauh dari lelaki-lelaki  yang kini muncul dalam hidup sakinah.

Sakinah senyum tetapi hatinya pedih dengan kata-kata Nayli. Dia tidak minta jadi tumpuan lelaki. Kalau zaman sekolah dulu, dia tak kisah direbut orang. Lagipun hatinya tetap kuat dan kukuh. Amaran dan nasihat ayah sentiasa dalam dada. Sesekali jadi nakal pun  sebab ada Nayli. 

Tapi sekarang dia sudah tidak sanggup lagi seperti dulu. Dia tidak mahu dipandang mana-mana lelaki. Sebab itulah dia pakai selekah. Apatah lagi peristiwa lalu terlalu perit untuk dia kenang. Sekarang sedaya upaya dia tutup kelebihan yang ada agar tidak lagi menjadi rebutan ramai. Lagipun tujuannya hanya satu. Tak pernah berubah.

Oleh kerana tujuan itulah dia palut lumpur pada diri agar sirna yang ada tidak nampak di mata orang. Namun di mana silapnya mata lelaki tetap juga gatal hendak melihatnya.

“Aku tak minta pun jadi macam ni Nay. Aku pun nak hidup macam orang lain. Kau ingat aku bahagia ke dengan apa yang aku ada. Menambahkan  sengsara aku adalah. Makin buat aku tak tenteram dengan perangai lelaki yang aku belum kenal. Entah apa yang dia orang nak aku tak tahu.”

Nayli geleng dalam sengih.

“Nasib badan. Lelaki silih berganti datang mengacau tapi yang sorang tu aku tak faham. Agaknya jodoh kau dengan Hud memang kuat kut. Mati-mati masa sekolah dulu kau tak nak kat dia tapi alih-alih dia jugak yang muncul. Dahlah bapak handsome sekarang.”

Sakinah buang pandang ke depan. 

Ya, hampir gugur hatinya melihat Hud sekarang. Kalau dulu lelaki itu memang dah kacak, sekarang dia bukan saja kacak tetapi nampak jantan. Dia suka dengan sifat lelaki itu. Kalau dulu dia jatuh cinta sebab mulut manis Hud sekarang dia makin cinta dengan sikap seriusnya. Gila bukan. Jatuh cinta pada lelaki yang membencinya. Memang dia gila.

Namun dia tak ada daya hendak meraih cinta Hud. Dulu dia jual mahal. Sekarang kalau dia jual murah sekalipun dia yakin Hud tak akan terima dia. Hatinya yakin.

Buang pandang sekali lagi ke arah jalan. Melihat pelbagai jenis orang yang lalu lalang di depan mata tengahari macam ni tidak mampu membuang rasa yang sudah bertakung dalam hatinya semenjak dia dibuang Hud. Tetapi dia pula makin cintakan Hud. Dia rasa macam nak gila kerana dia terlalu takut untuk meluah rasa. Kerana dia tahu jawapan lelaki itu. Dia yang akan malu sendiri nanti.

Kalaulah dia tahu semua ini akan terjadi tidak mungkin dia fitnah lelaki itu. Pasti dia tidak akan menyesal berganda-ganda. Malah dia pasti tidak senaif ini. Kolam matanya bergenang bila teringatkan lelaki itu yang nyata ada di mana-mana sahaja sekarang.

“Kau suka Hud kan?” soalan maut Nayli yang tiba-tiba itu buat mata Sakinah bergenang dan mula meluruhkan air jernih. Cepat-cepat dia sapu bila Nayli pandang dia dengan pandangan pelik. Alihkan muka kerana tidak mahu Nayli baca apa yang ada dalam dadanya.

"Memang kau cintakan dia." Nayli tergamam. Sebak dadanya melihat Sakinah yang bukan macam dulu lagi. Nampak kuat zahirnya tetapi hati dia rapuh sebenarnya. Serapuh daun kering yang berguguran.

"Sejak bila Kin. Sejak bila kau cintakan dia?" Soalan Nayli tidak mampu dijawab Sakinah. Dia sendiri tidak mampu menjawabnya. Tetapi rasa ini telah lama tumbuh malah makin segar dan ranum. Cuma dia tidak tahu bila Hud mahu mengutip rasa ini.

"Kenapa baru sekarang aku nampak kau cintakan dia Kin. Kalaulah dulu kau bagitahu aku, aku pasti akan tolong satukan kau. Tapi… aku nampak kau dan dia seperti ada masalah besar sebab muka dia tak macam dulu. Serius sangat sekarang."

Sakinah sapu air hidung yang meleleh keluar. Sekarang dia sudah tidak mampu sembunyikan rahsia hatinya. 

“Kenapa kau pindah dulu? Sebab cerita yang tersebar tu ke?” Soal Nayli lalu tarik tangan Sakinah dan digenggam erat. Matanya tepat merenung Sakinah. Gadis itu pula larikan pandangan bila sepasang mata milik Nayli gigih mencari jawapan di sebalik matanya yang berkaca.

“Maaf Nay. Aku kalau boleh tak  mahu lagi ingat hal-hal yang dah lepas.” 

Nayli kesal. Sakinah tetap dengan pendiriannya.

“Kau tak mahu ingat tapi jasad Hud tetap ada mengekori kau setiap masa. Kau ingat aku tak tahu. Dua puluh empat jam dia akan perhatikan kau macam sekarang.”

Nayli muncungkan mulut ke arah parkir seberang jalan. Hud sedang melihat sesuatu dalam tablet sambil menghisap rokok. Cermin kereta diturunkan agar asap rokok tidak memenuhi ruang kereta.

Sakinah berdebar.

“Ke mana saja kau pergi aku akan ikut. Ke liang lahad sekalipun aku akan ikut. Biar nama aku akan selalu menghantui hidup kau budak.”

Kata-kata Hud menerjah ruang ingatannya.

“Jomlah. Aku nak balik ofis.” ajak Sakinah apabila sedar jam sudah pun melepasi pukul dua petang. Lagipun dia takut  akan dimarahi Hud kerana masuk lambat selepas makan tengahari. Pastinya dia akan di sindir tajam kerana Nayli suka-suka hati bawa dia keluar macam dia pula bos besar kat situ.

Nayli angguk. Melihat riak wajah takut  Sakinah dia bawa gadis itu keluar dari restoren.

“Hud nak apa sebenarnya dari kau?” soal Nayli lagi sewaktu mereka berjalan seiringan di kaki lima bangunan.

“Dia nak seksa hidup aku.”

Buntang mata Nayli mendengarnya.

“For what?”

Sakinah ketap.

“Atas kesalahan yang aku cipta sendiri Nay.” jawab Sakinah lantas dongakkan kepala. Cuba tahan air mata dari jatuh sekali lagi.

“Kin.”

Nayli pegang lengan Sakinah dan langkah mereka terhenti. Kedua-duanya saling bertatapan.

“Kita kawan baik tapi sampai ke  hari ini aku tak tahu apa sebenarnya yang jadi antara kau dengan Hud. Apa yang aku nampak dia sedang berperang dengan kau. Kesalahan apa yang kau buat sampai dia tak kan lepaskan kau sampai bila-bila.”

Sakinah tunduk pula. Air mata yang hampir jatuh di seka cepat.

Hati, jangan kau lemah.

“Maafkan aku Nay. Aku tak ada daya nak cerita pada kau. Bagi aku masa.”

Nayli lepaskan lengan Sakinah.

“Aku tunggu. Walau perit macam mana sekalipun aku tunggu. Kau kena ingat. Aku tetap ada untuk kau.”

Sakinah angguk. Diakhirnya dia senyum dengan kesetiaan Nayli.

still tak mampu nak kongsi masalah. sian betul Kinah.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience