BAB 43

Drama Completed 94291

Nayli terkejut. 

Benarkah ini alamat yang diberikan Sakinah. Melihat rumah setinggan yang nampak buruk itu terus hati Nayli dipagut kesal. Enjin dimatikan dan dia keluar lalu ketuk pintu rumah. Tidak lama menunggu pintu pun terbuka. 

“Nay, masuklah.” Sakinah muncul dengan kepala yang dibungkus tuala. Tidak mahu rambutnya terdedah. Agaknya gadis itu baru lepas mandi. Tetapi tubuhnya sudah berbalut dengan kebaya kelmarin.

“Awal kau sampai.” Sakinah berbahasa. Nayli angguk. Memang awal. Baru enam setengah pagi tetapi dia sudah tercongok di sini.

Nayli tanggalkan kasut lalu masuk ke dalam.

Matanya melilau memerhati suasana di dalam rumah Sakinah. Tiada perabot mahal. Sekadar satu set kerusi rotan dan meja makan empat kerusi. Ada almari buku di hujung dinding dan cermin solek setinggi Sakinah terlekat di dinding sebelah almari buku. Kabinet tv di depannya sekarang nampak lama. Tv pun jenis lama. Bukan tv flat macam zaman sekarang. Begitu sederhana sehingga nampak macam miskin pula. Lantai papan pula di alas dengan tikar getah yang sudah carik sana sini.

“Duduklah Nay. Ini rumah  sewa je.”

Agaknya Sakinah malu sebab itulah dia berterus terang. Nayli angguk. Tidak duduk kerana sebak pula lihat kehidupan Sakinah. Rasanya semasa zaman sekolah dulu gadis itu nampak mewah juga. Lagipun dia dengar umi Sakinah orang kaya. Tetapi mana kaya yang dia dengar itu. Apa yang dia lihat tidak sama dengan apa yang dia dengar.

“Kau duduklah.” pelawa Sakinah lagi dan berlalu masuk ke dalam bilik tidur. Hanya satu sahaja bilik sebab Nayli hanya nampak satu pintu saja. 

“Mana mak kau?” tanya Nayli apabila Sakinah muncul dengan selendang yang sudah siap di gosok. Selendang di tangan dia hampar atas lantai. Terkejut Nayli dengan tindakan Sakinah.

“Emak ada dalam bilik. Maaflah… emak aku kurang sihat sikit. Lepas solat subuh tadi terus dia sambung tidur.” balas Sakinah lalu menghampiri cermin solek yang terlekat di dinding. 

"Umi kau?" Tanya Nayli sambil memerhati Sakinah. Nampak gadis itu mahu lurutkan tuala di kepala tetapi tidak jadi bila melihatnya melalui cermin.

Dia tidak jawab pasal umi sebaliknya tarik selendang di atas lantai.

“Aku nak pakai tudung. Kau tunggu kejap ya.” 

Nayli rasa pelik. Bukankah Sakinah cakap dia ada dua orang ibu. Ibu kandung dia panggil umi dan emak pula ibu tirinya. Nayli ingat semua cerita Sakinah tetapi kenapa sekarang hanya emak yang dia sebut. Uminya Sakinah?

Sakinah senyum mahu berlalu ke dalam bilik namun di tarik Nayli.

“Duduk. Aku nak make up kan kau.” dia tarik Sakinah dan suruh duduk atas kerusi. Terkejut Sakinah namun dia duduk juga cuma tangannya dikemaskan pada tuala. Dia tidak mahu Nayli lihat kekurangan yang ada padanya.

“Engkau ni dengan aku pun kau nak malu ke. Lepaslah tuala tu.”

Sakinah geleng dan tanpa di sangka-sangka Nayli tarik tuala dari kepalanya dan mata Nayli terbuntang melihat parut panjang di dahi kanan Sakinah.

Sakinah larikan mata. Kolam matanya sudah bergenang. 

“Kau….” 

Nayli sentuh parut di dahi Sakinah.

“Aku tak sempurna Nay.” ucap Sakinah sebak. Pedih hati Nayli melihat parut yang menakutkan itu. Walau terletak di hujung anak rambut dan boleh ditutup dengan rambut yang panjang namun kalau diselak tentu mencacatkan pemandangan. Orang pasti akan juihkan bibir.

“Patutlah kau pakai tudung lain benar sekarang. Kalau dulu kau tonjolkan dahi kau yang cantik ni  tapi sekarang….” Nayli hentikan kata. Dia tidak sanggup  hendak lukakan hati Sakinah.
“Aku dah cakap dengan kau kan. Aku serba kekurangan.”

Makin Nayli sebak.

“Tapi ini bukan parut lama kan. Ini parut baru. Aku tahu sebab aku tak pernah tengok sebarang parut dekat muka kau sebelum ini."

Sakinah tunduk. Tidak sanggup hendak tatap mata Nayli.

"Kau tentu tak nak kawan dengan aku kan sekarang. Kau geli kan?"

Jatuh juga air mata Nayli dengan kata-kata Sakinah.

"Kalau dulu kau boleh berkawan dengan aku yang hitam kenapa sekarang aku tak boleh berkawan dengan kau. Lagipun parut tu boleh ditutup dan kalau ada parut sekalipun kau tetap sempurna di mata aku Kin."

Sakinah tidak menangis sebaliknya dia senyum dan makin buat Nayli menangis lebat. Dia tidak mahu menambah lara di hati sendiri lalu dia peluk erat Sakinah.

"Kau jangan hiraukan orang lain. Kau kena ingat aku kawan kau sampai bila-bila."

Sakinah leraikan pelukan dan angguk bersama senyuman.

"Betapa banyak ujian yang datang sampai aku hanya tengok senyuman kau. Kau terlalu kuat Kin?"

Sakinah angguk.

"Aku perlu kuat demi hidup aku sendiri Nay." Sakinah senyum lagi dan hati Nayli makin tersiat. Betapa gadis itu sembunyikan duka dalam senyuman hingga tiada sesiapapun yang perasan.

"Senyumlah Kin. Senyum selalu sebab bila kau senyum aku pun akan ceria Kin."

Sakinah angguk lagi dan Nayli sapu sisa air mata di pipinya.

"Aku pula yang banyak nangis." Omel Nayli lalu mulakan tugas menatarias wajah Sakinah.

"Kau nak semua orang tak boleh buat kerja ke nanti?" Rengek Sakinah bila lihat mukanya sudah berubah.

Nayli senyum.

"Lantaklah dengan orang. Aku nak bagi muka kau makin naik seri. Tak tebal pun. Lagipun aku make up kan kau ni bukan nak suruh orang tergila-gilakan kau. Tapi nak suruh kau naik semangat dan yakin diri. Kalau dah yakin buat kerja pun smooth je."

Sakinah lempar senyum.

"Paling penting…." Nayli senyum penuh makna dan Sakinah pandang pelik.

"Biar bos yang nak test kau dua minggu ni jatuh cinta dekat kau." Nayli ketawa kecil namun Sakinah pejamkan mata. Wajah Hud yang segak tetapi serius itu  muncul di ruang mata.

"Aku gerenti dia tak akan larikan mata bila dia tengok kau nanti." Sambung Nayli lagi namun Sakinah geleng kepala.

"Aku nak pergi kerja Nay. Bukan nak cari calon suami."

"Sama jelah tu."

Nayli mulakan tugasnya. Ralik dia tatarias wajah Sakinah hingga tidak sedar gadis itu merenungnya dengan penuh bangga.

"Aku bangga dengan kau. Berjaya capai impian kau." 

"Jadi kau pun kena capai impian kau. Kau kan banyak impian."

Dia larikan mata. 

"Impian aku yang dulu dah musnah Nay. Sekarang aku cuma nakkan ketenangan." 

Nayli hentikan kerjanya.

"Aku nakkan kemaafan dan aku harap aku dimaafkan. Barulah aku akan tenang."

Nayli bulatkan mata.

"Kesalahan apa yang kau buat sampai kau tak tenang Kin?." 

Kali ini gugur juga air mata Sakinah dan dia tidak menjawab soalan Nayli.

Hanya senyuman berselang seli dengan tangisan yang dia berikan agar Nayli tidak akan terus tertanya-tanya lagi. Namun seorang Nayli tak mungkin biarkan sahabat sendiri menjeruk rasa.

Aku harap suatu hari nanti kau akan ceritakan semuanya pada aku Kin. Bisiknya dengan harapan hati Sakinah lembut untuk meluahkan semuanya.

Aku tunggu Kin. Aku tunggu.

Nayli dah tengok kekurangan Kinah. esok pulak Guzel bg bab lain.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience