BAB 42

Drama Completed 94291

Hud ramas rambutnya. Entah kenapa sejak bersua muka dengan gadis itu tadi kepalanya rasa berat. Berdenyut-denyut dan ketika itulah wajah itu hadir sekali lagi bersama pandangan redup yang sukar dia halau. Bayangan wajah itu buat kepalanya bekerja keras. Lalu dua-dua belah tangan menongkat kepala dan mata dipejamkan.

Sakinah Taheerah!

Nama itu terbit dalam hatinya dan dia ulang banyak kali. Mahu dia zahirkan di bibir tetapi berat sungguh hendak menyebutnya. Malah hati terasa sakit  hingga mencucuk-cucuk dadanya setiap kali dia cuba mengingati nama itu.

Wajah itu cuba dia padam dalam kepalanya sekarang. Namun semakin dia mencuba semakin wajah itu muncul berulang kali.

Ah, tadi dia memang tidak perasan. Tetapi kali ini dia benar-benar yakin itu gadis yang dia tidak mahu ingat langsung. Tetapi tadi sebaik melihat kecantikan gadis itu yang tak pernah luntur malah makin berseri buat hati lelakinya tiba-tiba saja tak tentu arah.

Tidak! 

Dia tidak boleh lemahkan dirinya sekali lagi setelah melihat gadis itu sekarang. Cukuplah dulu dia jatuh cinta dengan gadis itu. Kali ini dia perlu butakan mata agar hidupnya tidak lagi sengsara.

Dia akui tadi dia hampir lemas dalam panahan berkaca mata gadis itu. Dan nasibnya baik apabila nama gadis itu dia ingat walaupun dia bersumpah tidak mahu ingat langsung. Dia benci dengan nama iti sebab itulah dia buat tidak tahu. Dia nafikan sekeras-kerasnya itu Sakinah Taheerah kerana dia tidak mahu lagi merasai kepahitan dulu. Dia benci dengan kepahitan yang gadis itu beri.

Jadi sekarang dia susun rancangan. Gadis itu perlu menghilangkan diri sebelum tengahari esok. Dia tidak mahu amarahnya bangkit. Jika sudah bangkit dia bimbang semua orang akan terkesan. Malah dia tidak mahu di akhirnya dia yang akan sasau tak tentu arah.

Dia angkat muka. Serentak itu pintu bilik terbuka luas. Jika masuk tanpa kebenarannya tak lain tak bukan itu adalah Mak Su Lini. Wanita pertengahan 30an itu melenggang ke arahnya dengan bakul berisi bunga segar. Baru balik dari Cameron agaknya sebab semalam dia cakap nak ambil angin segar dekat kawasan tanah tinggi itu.

Bakul di letak atas meja betul-betul di depan muka Hud. Hud palingkan muka. Tidak suka dengan bau bunga. 

“Kenapa Hud. Mak Su tengok muka tu dah tak ada manisnya.”

“Manis Hud dah lama hilang sejak hati ini digores dalam dan Hud tak akan tunjuk manis ini pada sesiapa pun.”

Mak Su Lini terpempan.

Kenapa dengan Hud. Tak pernah dia sekeras ini dengan emak saudaranya.

"Luka ini tak akan sembuh mak su."

Wanita itu terkebil-kebil tidak faham.

Sepuluh tahun Hud tidak sebut tentang peristiwa dulu. Alih-alih hari ini sebaik saja dia balik dari Tanah Tinggi terus dia dengar kata-kata pahit Hud.

“Someone dah buat hati anak buah Mak Su patah eh. Adik manis mana yang dah patahkan hati abang Hud ni ya?” sengaja Mak Su Lini hendak bergurau. Dia tergelak kecil namun sebaik saja Hud tolak fail yang terbuka kepadanya gelak kecil dia terus mati. Apatah lagi bila membaca nama yang tertera di atas kertas.

Matanya terus pandang Hud yang tetap serius wajahnya. Dada Mak Su Lini mula terasa ketat. Seperti Hud dia juga sudah berjanji tidak akan ingat lagi akan perempuan ini tetapi bila fail di depan mata sudah dia lihat apakah dia perlu buat tidak tahu.

“Dia minta kerja kat sini?”

Hud angguk.

“David macam dah angau sangat.”

Mak Su Lini mendengus lemah.

“Tak payah hire dia.” arah Mak Su Lini.

“Tapi… Hud dah janji dengan David. Dia akan bekerja dengan David kalau dia lulus ujian kelayakan Hud dan….”

Hud hentikan kata.

“Hud akan buat dia menyesal dan berhenti dengan sendirinya sebelum tengahari esok.”

Mak Su Lini hanya diam. Mata sahaja yang bergerak membaca aksara-aksara yang terbentang di depan mata.

“Nampaknya dia sendiri yang datang cari maut.”

Hud ketap geraham.

“Hud sudah buang ingatan tentang dia. Malah Hud buat tidak tahu masa jumpa dia tadi. Hud tak nak ingat langsung muka dia sebab Hud tak nak perasaan benci ini kembali subur. Sekali benci ini timbul balik Hud bimbang Hud akan tarik nyawa dia.”

Mak Su Lini terkejut. Terus sumpahan Hud sepuluh tahun dulu terngiang-ngiang di telinganya.

Hud akan benci dia seumur hidup Hud, Mak Su. Kalau Hud  jumpa dia semula Hud akan bunuh dia.

Bersama linangan air mata lelaki, anak saudaranya itu bersumpah.

“Ya, mak su ingat. Jadi Hud kena pastikan dia keluar dari syarikat.” nasihay Mak Su Lini kerana tidak mahu ada sesiapun yang terluka lagi.

Hud angguk.

Dia juga tidak mahu ada tragedi buruk yang terjadi di sini. Dia tidak mahu cemarkan syarikat ayah dengan muka perempuan itu. Jadi, sebelum semuanya berlanjutan dia akan pastikan perempuan itu lari sebelum tengahari esok.

Dia senyum senget.

Akan dia pastikan gadis itu pergi jauh dan tak akan kembali lagi. Senyumnya penuh makna.

Namun senyum sengetnya terus mati bila pintu bilik dikuak orang. Terjengul wajah Shella, kawan baik Mak Su Lini yang mula melangkah dengan senyum menggodanya dan pantas saja menghampirinya.

Hud mendengus. Lihat emak saudaranya yang jungkit bahu tanda tidak tahu sebab kemunculan kawan baiknya itu.

Ah, perempuan ini!

Kalau bukan sebab Sakinah Taheerah tentu-tentu saja dia akan kahwin dengan Shella. Walau dia tua lima tahun darinya dia amat cantik. Dia pandai bergaya. Malah dia pandai menggoda. Dia pernah hampir kalah dengan layanan wanita itu tetapi cepat-cepat dia sedarkan diri kerana Shella hanya mahukan duit dia sahaja. Dia tahu semuanya kerana Rashdan sudah pasang mata tambahan untuk mengintai gerak-geri wanita itu.

Kerana Shella jugalah dia berhati-hati. Bukan tidak mahu bercinta tetapi hati dia sudah lama mati. 

Kerana seorang Sakinah dia tutup pintu hatinya untuk semua perempuan. 

Dia tidak akan lagi meringankan mulutnya meluah kata cinta.

Sebab kau Sakinah hati aku beku.

Huh, lakonan.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience