BAB 12

Drama Completed 94402

Sakinah masuk ke dalam perpustakaan usai solat Zuhur. Hari ini dia mahu balik lambat dan sudahpun meminta izin ayah pagi tadi sebelum ke sekolah. Dia mahu menelaah bersama Nayli. Lagipun peperiksaan pertengahan tahun sudah hampir. Jadi dia mahu mendapat keputusan yang cemerlang untuk dijadikan kayu ukur untuk dia capai target untuk peperiksaan seterusnya

Lagi satu sudah lama juga dia tidak bersama-sama Nayli meluangkan masa mengeratkan hubungan persahabatan mereka yang bermula semenjak tingkatan satu lagi. Dia mahu berlama-lama dengan Nayli dan saling berkongsi maklumat dan rahsia.

Kerana Nayli tinggal di kampung lain jauh dari rumahnya sebab itulah dia kena ambil peluang hargai Nayli. Tak dapat bagi hadiah pun tak apa. Janji mereka boleh luangkan masa bersama dah cukup. Itu pesan Nayli. Mereka pula memang tidak dapat bertemu di luar waktu sekolah. Jadi masa yang ada inilah mahu mereka gunakan sebaiknya.

“Aku nak tanya kau. Kau betul-betul tak nak kawan dengan abang Hud ke?” bisik Nayli sewaktu mereka berdua di rak belakang sekali mencari buku-buku rujukan.

Sakinah tarik nafas. Menyandar di dinding dan pandang depan. Sebut saja nama Hud teringat dia akan pertemuan yang tak dirancang kelmarin. Benci betul dia dengan senyuman lelaki itu. Entah kenapa dia rasa lelaki itu betul-betul mahu mengusik. Bukan benar-benar sukakan dia pun.

Tapi dalam rasa benci itu entah kenapa dia rasa tergugat. Renungan mata Hud buat dia rasa lemah. Dia tidak tahu kenapa.

“Apa yang aku dapat kalau aku terima dia. Lagipun aku tak  nampak pun dia betul-betul maksudkan apa yang dia cakap. Aku nampak dia macam nak kenakan aku adalah.”

Nayli kerutkan kening.

“Bukan nak kenakan kau tapi itu cara dia nak tambat hati kau. Lelaki ni kan macam-macam jenis. Ada yang romantik, ada yang slamber badak. Ada juga yang macam garang dan macam-macam lagilah.”

Sakinah ketawa kecil.

"Jadi dia dalam kategori mana?" sengaja Sakinah bertanya.
"Abang Hud tu semua ada. Romantik, serius, nakal. Degil pun ya jugak."

Sakinah geleng kepala.

“Sejak bila kau jadi kaunselor ni. Siapa yang bayar kau. Hud?”

Nayli sengih. Pandai Sakinah teka. Memang dia dah jadi orang tengah Hud tapi bukan berbayar. Dia hanya nak tolong lelaki itu. Pada pandangan matanya abang Hud baik orangnya.

“Abang Hud tu betul-betul suka kat kau. Jangan lah kau kecewakan dia. Kau tu pembakar semangat dia nak belajar. Malah penawar hati dia. Itu kata abang Hud.”

Sakinah ketawa sinis.
“Itu namanya tempah penyakit bukan cari penawar. Maaflah aku tak minat.”

Nayli kecewa. Baru saja nak tolong Abang Hud dapatkan Sakinah tapi awal-awal lagi kena sailang dengan kawan baiknya. Dari dulu sampai sekarang Sakinah tak pernah bagi muka pada lelaki. Cinta yang datang ditolak mentah-mentah. Takkan langsung tak ada rasa nak bercinta. Ramai pula tu yang datang memikat. Hairan Nayli dengan sikap Sakinah.

“Belajar-belajar juga. Tapi tak salah kan nak bercinta.” Ujar Nayli tetapi tidak dijawab Sakinah. 

Buku sudah di tangan dan dia bawa ke meja. Sengaja pilih meja yang tersorok kerana tidak mahu diganggu mata-mata pelajar lelaki yang ada dalam perpustakaan ini. Tak sangka hari ini ramai pula yang datang menelaah di perpustakaan.

“Kita kecik lagi Nay. Tak boleh beza yang mana satu cinta yang mana satu suka.”

Nayli angguk. Sakinah budak pandai sebab itu dia lebih utamakan pelajaran berbanding perkara main-main. Sebab itulah dia suka berkawan dengan Sakinah. Boleh tumpang ilmu yang gadis itu dapat.

“Kalau umur panjang aku nak masuk U, lepas tu nak kerja. Aku nak sara ayah dengan umi. Soal cinta kahwin bagai aku tak mahu fikir.”

“Tak perlu fikir pasal kahwin pun." tiba-tiba satu suara menerpa gegendang telinga Sakinah. Suara itu benar-benar dekat dengan telinganya.
"Kinah tak perlu fikir apa-apa pun sebab abang dah ada untuk Kinah sayang. Lepas Kinah dah habis belajar abang hantar rombongan meminang. Lepas tu kita kahwin. Kalau sayang nak kerja abang bagi sayang kerja dekat company abang, jadi PA abang. Cantik kan jalan cerita  macam ni.”

Tergamam Sakinah dengan kemunculan Hud tiba-tiba siap dengan karangan bagai buat dadanya berdebar kencang.

Hud sudah ke depan. Tarik kerusi dan duduk di hadapannya. Khair yang turut serta juga ikut duduk tetapi di hadapan Nayli. Hanya Joe yang menjauh sedikit dan berdiri di rak belakang meja yang Sakinah duduk.

“Tapi yang pastinya cerita tadi tak tipu. Semuanya benar dan abang akan pastikan hanya Kinah sayang yang jadi permaisuri abang.” Hud tongkat dagu dan renung mata Sakinah.

“Gila!!!”

Sakit hati Sakinah dengan kata-kata lelaki di hadapannya. Menggigil tubuhnya mendengar kata-kata lelaki itu.

Dia cuba berlagak selamba tetapi renungan Hud buat dia gelabah. Belum ada lagi pelajar lelaki sekolah ini yang seberani Hud. Buat kerja gila merenung anak dara orang dalam perpustakaan. Mujurlah tidak ada cikgu sekarang tetapi mata dan mulut pelajar lain masih ada. Pasti mereka akan bercakap yang bukan-bukan pasal dirinya.
Sakinah tunduk dan pandang buku lama-lama. Hud pula terus merenung Sakinah. Kali ini dia jatuhkan muka ke atas meja dan mencari wajah Sakinah yang tunduk ke bawah.

“Boleh tak jangan ganggu kita orang nak belajar. Abang Hud ni.” marah Nayli tiba-tiba. Suaranya yang kuat buat semua mata tertumpu padanya. 

Khair gelak sakan. Dalam pustaka tapi dia buat macam dalam kelas dia pula.

Nayli jadi geram pula. Sekarang dia tidak kisahkan dirinya tetapi melihat Sakinah yang diam tidak bersuara buat dia rasa ada sesuatu yang telah terjadi. Biasanya Sakinah akan menjawab tetapi kali ini nampak lain. Diamnya ibarat lidahnya sudah dipotong.

“Alah abang berdua nak temankan Kinah dengan Nay. Janganlah halau abang.” Khair mencelah.

“Boleh tak abang berdua pergi jauh-jauh. Tak selesa lah nak belajar macam ni.”  Bisik Nayli. Cuba mengusir makhluk yang telah buat wajah Sakinah pucat tiba-tiba.

Hud masih merenung wajah Sakinah yang tunduk melihat buku. Dia angkat mukanya bila Sakinah buat tidak tahu.

Dada Sakinah pula berdebar kencang. Buat kali pertama dia rasa debaran ini menggila. Tidak pernah dia rasa begini apabila diayat lelaki lain. Tetapi cara Hud buat dia tak senang duduk.

“I  love you.”

Sakinah terkejut mendengar kalimah keramat yang dia langsung tak duga akan keluar dari mulut lelaki itu. Pantas dia angkat muka. Pandangannya dihala tajam ke arah Hud. Namun tajamnya renungan yang diberikan mulai tumpul bila Hud terus merenungnya. Saat ini terasa menggeletar seluruh tubuhnya. 

Mulut Nayli dan Khair pula bulat mendengar kalimah yang langsung tak terduga akan keluar dari mulut Hud.

Sakinah jatuhkan pandangan sekali lagi. Kolam matanya mulai bergenang. Dia pejam mata dan tarik nafas lalu hembus keluar dengan lemah. Saat dia angkat mukanya sekali lagi bukan Hud yang dia pandang tapi wajah Lili jiran seberang jalan rumahnya yang entah bila ada di belakang Hud yang dia nampak. Gadis itu sedang memandang tepat ke arahnya. Kali ini dia kalah lagi.

Serentak itu setitis dua airmatanya jatuh dan tahulah dia petang nanti habuan apa yang akan dia dapat.

Hud pula terpana.

Kenapa gadis itu menangis?

Dan… kenapa dadanya berdebar kuat.
Sakinah. Kenapa kau menangis?

Guzel bagi banyak bab sebab nak siapkan novel kat wttpad. Enjoy and tinggalkan komen tau.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience