BAB 21

Drama Completed 94291

Sakinah peluk erat tubuh Sayyidah. Perut yang membulat itu nampak semakin terik dan bila-bila masa saja bayi yang dikandung kakaknya itu akan keluar jika dia terus memeluknya kuat.

“Ingat-ingat sikit ya. Kan terkeluar anak buah awak dalam ni. Susah abang Taufiq nanti."

Sakinah leraikan pelukan sambil tergelak kecil.

“Rindu kak Idah sangat-sangat. Cakap sampai petang tapi dah lewat malam macam ni  baru sampai.” Tangan Sayyidah di genggam kemas.

“Kami singgah pekan tadi. Beli barang baby. Lagipun esok abang Taufiq kena balik dah. Cuti dua hari je.” Ujar Sayyidah sambil melirik ke arah suaminya yang nampak penat tetapi tetap juga tersenyum apabila berjumpa kedua mertuanya.

“Please, abang Taufiq. Bagi kak long cuti panjang kat kampung.” rayu Sakinah pada Taufik yang duduk di sebelah ayah di atas kerusi rotan.

“Abang bawak kak Idah balik kampung ni nak suruh dia cuti lama kat rumah umi ayah. Siap berpantang kat sini lagi. Nanti Kinah kena tolong jaga baby dengan Kak Idah sekali.” ujar Taufik dengan sengih panjangnya. Bangga kerana berjaya juga dia memohon cuti untuk menghantar isteri balik bersalin dan berpantang di kampung walaupun hanya dua hari sahaja yang diluluskan ketuanya

Sakinah angguk. Dia bawa Sayyidah duduk di atas kerusi di hadapan ayah.

“Insyaallah abang Taufiq. Kinah akan jaga Kak ldah betul-betul.” janji Sakinah.

“Ya lah tu. Boleh percaya sangat.” Sayyidah buat muka. Sengaja mengusik adiknya.

“Wait and see lah kak Idah.” Sakinah ketawa kecil.

“Pergilah masuk bilik dulu Idah. Berehat. Jangan lasak sangat. Dah 7 bulan ni kena hati-hati. Jangan sampai bersalin tak cukup bulan pulak.” pesan Hajjah Salina. 

Sayyidah angguk. Dia tarik tangan Sakinah menyuruh adiknya itu menolong membawa beg pakaiannya ke dalam bilik. Taufik tidak betah membiarkan si adik yang mengangkat beg berat lantas mengambilnya dari tangan Sakinah.

“Biar abang bawa.” Taufik terus ke dalam bilik. Sakinah senyum.

“Kak Idah rehat dulu. Nanti kita tukar-tukar cerita esok ya.”

Sayyidah angguk. Dia minta izin umi dan ayah untuk ke bilik dulu.

Apabila Sayyidah sudah hilang ke dalam bilik Sakinah pula tidak berdiam lama. Dia juga mahu berehat sementelah jam sudah menunjukkan angka sebelas malam. Baru saja hendak melangkah masuk ke bilik sendiri si ayah memanggil ke jemuran. Dengan sopan Sakinah ikut Haji Abdul Rahman hingga ke luar. Dalam suram  cahaya lampu bulat  mereka duduk di bangku bertemankan suara unggas.

“Kinah dah ada teman lelaki?” tanya ayah tiba-tiba dan buat Sakinah terkejut besar.

“Kinah kecik lagi ayah. Nak ada teman lelaki buat apa. Cukuplah ayah seorang saja teman lelaki Kinah.” Petah Sakinah membalas namun suaranya berbunyi sayu.

Kalaulah ayah selalu begini dia tidak teragak-agak untuk tunjukkan sayang dan cintanya pada ayah. Tetapi ayah lebih banyak memukul dari saling bertukar cerita dan masalah.

“Kinah jangan tipu ayah. Cikgu-cikgu di sekolah semua kenal ayah. Dah ada 2, 3 orang cikgu yang bagitahu ayah pasal Kinah.  Baik Kinah berterus terang sebelum ayah bawak teman lelaki Kinah ke rumah ni.”

Buntang mata Sakinah dengan kata-kata ayah.

“Ayah nak cari siapa? Mana Kinah ada teman-teman bagai. Kawan lelaki pun tak ada.” Suara Sakinah sedikit tinggi. Haji Abdul Rahman pandang anaknya pelik.

“Hari tu Lili yang bagitahu ayah sebab tu ayah marah. Kinah tahu kan ayah tak suka anak ayah berkawan dengan lelaki. Kalau Kinah nak sangat lepas SPM nanti terus ayah kahwinkan Kinah.”

Terdiam Sakinah dengan kata-kata ayah. Ayah tak pernah berbincang begini dengannya. Entah apa yang ada dalam kepala ayah sekarang Sakinah tidak tahu. 

“Ayah, Kinah tak pernah ada rasa pun nak bercinta . Kahwin lagilah Kinah tak pernah simpan dalam hati. Kinah nak belajar, nak capai impian Kinah. Kemudian Kinah nak tolong ayah dengan umi. Ayah jangan dengar cakap orang. Ayah kenal anak ayah kan?” sayu suara Sakinah memohon pengertian dari si ayah.

“Sebab ayah kenal Kinahlah  ayah nak Kinah tahu semua yang ayah buat adalah untuk kebaikan Kinah. Ingat tu.”

Sakinah tunduk. Kolam mata yang di tahan agar tidak menumpahkan air jernih tetap derhaka juga. Setitis dua air suam itu mengalir lesu ke pipi. 

Dia sapu laju.

“Kinah masuk bilik dulu ayah. Kinah dah mengantuk.” Ujar Sakinah lantas tangan si ayah dicapai dan di kucup mesra.  Dia cepat-cepat beredar. 

Malam, jangn kau berlalu dengan begitucepat. Aku tidak mahu esok yang hadir membawa kembali episod duka. Air matanya kembali laju dan meninggalkan esak tangis yang tidak bertepi lagi. 

Sakinah tenggelam dalam kesedihan yang tak bertepi.

Hanya kakak yang memahami.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience