BAB 29

Drama Completed 94379

“Sakinahhh!!!”

Amarah Haji Abdul Rahman sudah tidak tertahan lagi apabila anak daranya tunjuk degilnya. Dia mahu tendang pintu bilik Sakinah namun pintu itu terlebih dulu di tarik dari dalam. 
Muncul Sakinah dengan tangisan panjang.

“Apa yang dah jadi? Kenapa baju koyak, rambut tu kenapa sampai keluar? Cakappp!!!”

Tempikan Haji Abdul Rahman sekali lagi mengejutkan Hud yang baru saja hendak menghidupkan enjin motor.

Sakinah sapu airmata di pipi. Dia pandang Ustazah Rohaya. Mengharapkan ibu tirinya itu tidak membuka mulut. Biar semua yang berlaku menjadi rahsia mereka berdua.

Haji Abdul Rahman pandang Ustazah Rohaya apabila anak mata Sakinah tertumpu pada isteri keduanya.

“Aya, jangan sorok apa-apa dari abang.” tagih lelaki itu.

Hati lelakinya cukup kuat mengatakan anaknya sudah di usik orang. Dia cuba bersabar. Mahu dengar dari mulut Rohaya tetapi amarahnya lebih menguasai diri. 

Dia tarik Sakinah hingga ke ruang tamu. Sayyidah pula kejung di muka pintu biliknya. Tidak pernah dia melihat ayahnya sedemikian rupa. Dari situ dia memerhati dengan rasa takut. Makin takut apabila melihat mata ayah yang cerlung bagaikan naga melihat musuh hingga akhirnya dia terdiam seribu bahasa melihat Sakinah menangis teruk.

Haji Abdul Rahman sudah tidak hiraukan tetamu di bawah. Dia tarik lengan Sakinah sekali lagi dan dihumban anak daranya itu ke tiang seri rumah. Sakinah menyeringai kesakitan apabila kepalanya terhantuk tiang seri rumahnya.

“Siapa yang buat?” tanya Haji Abdul Rahman dan menarik tudung Sakinah. Rambut anaknya sudah mengerbang.

Gadis itu masih tidak bersuara. Hanya airmata yang menuruni pipinya dengan laju.

"Ayah nak suruh Kinah cakap pasal apa?" Sakinah main tarik tali. Dia tidak sanggup membuka cerita tadi. Jika dibuka salah itu akan nampak dipihaknya sendiri.

"Kau dah kena usik orang kan?" soal ayahnya keras. Sakinah diam.
Tidakkk!!!
Suara itu hanya bergema di dalam dada.

“Cakap Kinah. Cakap. Siapa yang dah rosakkan Kinah.” tiba-tiba umi meluru ke arahnya lalu menggoncang bahu Sakinah dengan kuat

Kinah tidak menjawab. Dia pandang wajah umi dengan rasa sebak yang boleh memecahkan dadanya. Kenapa sekarang baru umi nak masuk campur. Kenapa dulu sewaktu ayah pukul dia sedikitpun umi tidak bergerak. Jahatnya hati dia sekarang kerana mula menyoal tindak tanduk umi.

“Tak ada apa-apa pun yang berlaku abang, Ina. Kinah tak….” belum sempat Ustazah Rohaya menghabiskan kata masing-masing memandang ke muka pintu. Terlihat Hud yang muncul tiba-tiba dan Nek Wan yang lelah menghalang Hud dari masuk campur urusan keluarga Haji Abdul Rahman. Mereka berdua berdiri di atas jemuran mengadap muka pintu yang terbuka luas.

Sakinah pandang wajah Hud dengan perasaan benci. Tiba-tiba dia benci yang amat pada lelakki itu. Kerana kau jantan. Kerana kau aku kena pukul dek ayah. Kerana kau aku terseksa. Sakinah tak akan biarkan lelaki itu tenang lalu dia tergesa-gesa meluru ke muka pintu utama.

Hud pandang wajah Sakinah yang basah dek air mata. Melihat rambut gadis itu yang berterbangan dan bahunya yang terdedah hati lelakinya simpati.

Dia mahu pujuk Sakinah namun suara Sakinah yang keluar tanpa dikawal buat Hud tersentak kuat.

“Kau jahat. Kau memang jahat. Sebab kau lah aku jadi begini. Kau jahatttt” tempik Sakinah dan tak semena-mena dada Hud ditumbuk berkali-kali. Dia bertahan namun tangannya yang memegang beg kertas berisi hadiah untuk Sakinah terlepas jua.

Apalah sangat kudrat seorang anak kecil seperti Sakinah tidak memberi kesan pada tubuh lelaki itu.  Tetapi hati lelaki itu terkesan. Terkesan kerana gadis itu amat dia sayangi. Jahatkah dia andai cuba meraih hati Sakinah dengan cara dia sendiri. Jahatkah dia apabila datang dengan cara yang baik.

Hati lelakinya hancur melihat amarah Sakinah. Dia tidak mahu berdiam diri. Dia tidak mahu buruk di mata ayah Sakinah.

“Aku buat apa? Apa yang kau merepek ni Kinah.” Amarahnya muncul tiba-tiba apabila namanya dipetik gadis itu.
Sakinah cerlung pandang dia dengan mata berair.

“Kau rogol aku. Kau dah rogol aku.” jerit sakinah kuat lalu terkulai jatuh dalam esak tangis yang semakin menjadi-jadi.

Semua yang ada di situ terkejut. Ustazah Rohaya lagi terkejut kerana bukan itu yang sebenarnya  berlaku. Kenapa Sakinah petik nama Hud.

“Hud, betul ke Hud?” Tanya Nek Wan di belakang. Tangannya mengurut dada sendiri.

“Tak nek. Hud tak buat macam yang Kinah cakap. Hud tak buat apa pun.” dia mendapatkan Nek Wan yang berundur sedikit demi sedikit. Tidak percaya dengan apa yang dia dengar.

“Hud…” belum sempat dia habiskan kata tubuhnya tergolek jatuh ke bawah.

“Nekkkk!!!!”

Hud pantas mendapatkan Nek Wan.

“Nek!!!” jerit Hud bila nafas orang tua itu sudah berhenti.

“Nenekkkk!!!”

Jeritan Hud buat semua orang ke bawah. Melihat Nek Wan yang sudah tidak bergerak itu buat semuanya tercengang.

Sakinah terduduk dengan seribu penyesalan.

Kenapa Kinah buat Hud macam tu. Ya Allah... Kinah.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience