BAB 13

Drama Completed 94401

“Ayah, tolong ayah. Saakiiit.” 

Teresak-esak sakinah menangis namun Haji Abdul Rahman tetap tidak peduli.

Dilibasnya belakang Sakinah dengan tali pinggang yang dicabut dari seluar slack yang dia pakai ke pekan tadi.
Kuat. Sangat kuat.
Sekali dipukul sekali Sakinah menjerit. Tetapi jeritan hanya bergema dalam gumpalan hujung baju yang digigit kuat. Tidak terdengar hingga keluar rumah. Dia malu bila sudah besar begini masih lagi dipukul ayah.

“Ayah, Kinah tak salah. Kinah tak buat apa-apa pun.” Rayu Sakinah dengan suara yang sudah serak serta air mata yang bercucuran tak henti-henti.

“Berapa kali aku nak pesan. Jangan melayan lelaki. Tapi kau tak dengar.” Tali pinggang di tangan masih melibas belakang Sakinah. Menangis tak berlagu gadis itu kerana kesakitan.

Hajjah Salina di muka pintu dapur hanya mampu melihat dan menangis dalam diam. Suaminya  sudah berpesan agar jangan ditolong anak daranya itu. Kerana bimbang tali pinggang di tangan sang suami pula yang akan naik ke badannya jadi melihat sajalah yang dia mampu.

Puas melibas belakang Sakinah, Haji Abdul Rahman tarik anak daranya itu masuk ke dalam bilik. Dihumbannya ke lantai.

“Jangan makan, jangan minum. Jangan berani keluar. Kalau aku tengok kau keluar sampai mati aku kerjakan nanti.”

Sakinah yang terdampar di atas lantai menangis semahu-mahunya. Sebaik ayahnya keluar dia pukul lantai berkali-kali. Luahkan rasa sakit dan kecewa pada lantai yang tak bersalah.

“Kau jahat Hud. Kau jahat.” Tempik Sakinah bersama deraian airmata yang tak sudah. dalam titisan air mata yang keluar nampak wajah Hud tersenyum sinis. Makin bercelaru hati Sakinah.

Hajjah Salina sapu tubir mata yang digenangi air jernih melihat keadaan si anak yang dikurung bagaikan pesalah berat. Dia hampiri suaminya yang duduk terperuk di hujung dinding membongkokkan badan mengadap meja jepun.

“Cukuplah abang buat Kinah macam tu.” rayu Hajjah Salina pada suami yang duduk menulis sesuatu di atas kertas kajang. 

Dia tahu suaminya bukan sibuk mana pun tetapi begitulah sikap lelaki itu. Bila dia rasa dia telah buat salah dia akan tenangkan diri dengan menulis. Apa yang dia tulis Hajah salina tidak tahu. Semuanya dalam tulisan jawi.

“Dia dah besar panjang bang. Bukan budak kecil yang kena pukul baru mengaku salah sendiri.” Sambung Hajah Salina lagi.
Bahu suami di sentuh.

“Aku tak nak pisang berbuah dua kali. Cukuplah kau seorang saja Ina yang buat aku menyesal sampai sekarang sebab setuju kahwin dengan kau.”

Terpempan Hajjah Salina dengan kata-kata sang suami. Jatuh tangannya ke bawah dengan pengakuan lelaki itu.

“Rupa-rupanya selama 23 tahun kita hidup bersama abang masih tak boleh terima Ina sepenuhnya.” dia mula berlutut di hadapan suami yang masih melihat kertas kajang.

“Kalau aku tak boleh terima tak akan lahir Sayyidah dengan Sakinah tu. Aku trauma Ina. Masih terbayang-bayang perbuatan kau pada aku Ina. Bila anak dah besar aku jadi takut. Takut anak-anak akan terikut langkah kiri kau.”

Hancur luluh hati Hajjah Salina dengan kata-kata suaminya. Dia menangis teresak-esak tunjukkan rasa kecewa dengan pengakuan lelaki itu.

“Kalau macam tu abang sepatutnya hukum Ina. Bukan hukum anak-anak.”

“Aku bukan hukum tapi aku bagi pengajaran pada salah yang dia buat.”

“Tapi betul ke Kinah buat salah bang. Abang jangan percaya dengan apa yang Lili sampaikan. Lagipun Kinah dalam pustaka bang. Ramai je budak-budak lain dalam tu.”

“Ah, aku takkan percayakan anak aku bulat-bulat. Biar dia tahu, nak buat kerja jahat kena fikir banyak kali.”

Hajah Salina tunduk.

Ya Allah, kerana kesilapan dia anak-anak menjadi mangsa. Si suami sampai sekarang masih berdendam dengan peristiwa dulu. Mana dia nak cari kekuatan untuk betulkan keadaan. Dulu dia amat berharap marah suaminya tidak akan lama. Bila anak-anak lahir mereka akan bahagia macam orang lain. Tetapi dia memang tak sangka. Marah suaminya di bawa hingga ke saat ini.

“Abang, walau apapun yang berlaku Ina tetap cintakan abang.” 

Hajah Salina kuatkan semangat.

“Aku juga Ina. Sayang aku pada kau tak pernah berkurang. Selepas aku terima akad aku letak dalam hati, aku akan cinta kau sampai mati. Tapi perbuatan kau dulu pada aku tak mungkin aku lupa Ina. Luka yang kau bagi amat dalam sampaikan tak ada ubat yang mampu sembuhkannya."

Hajah Salina pandang suaminya. Ada air jernih yang bertakung di tubir mata sang suami.

Ah, sang suami menangis juga akhirnya. Memamg semua salah dia tetapi tak bolehkah suaminya buang semua sejarah lalu. Tak boleh kah?

Hati manusia. Dia tidak mampu ubah. Hanya doa dia panjatkan agar suaminya lembut hati dan mereka anak beranak akan bahagia. Tetapi dia tidak nampak bahagia itu akan berpanjangan bila Sakinah selalu dipukul.

Abang, jangan sampai Ina pun akan turut sama menyakiti Sakinah, menghukum Sakinah atas dendam abang.

Sorry... x menahan. kena update jugak. njoy reading yaa

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience