BAB 69

Drama Completed 94402

Nayli menjadi pengiring di hari pernikahan Sakinah dan Hud. Tiada siapa pun yang hadir kecuali dia, pasangan pengantin dan Rashdan. David juga tidak hadir kerana lelaki itu tidak mahu merasai pahit melihat Sakinah sah menjadi hak milik Hud. Dia tahu hari ini hari yang menjadi sejarah luka buatnya dan dia tidak mahu menambah luka di hati yang awal-awal sudah berdarah..

Upacara akad nikah di buat secara sembunyi-sembunyi. Hud tidak mahu orang lain tahu tentang pernikahan ini terutama sekali ahli keluarganya termasuk Shella. Lagi satu dia sengaja tidak war warkan pada semua kerana dia mahu Sakinah menjeruk rasa. Seorang perempuan pasti memasang impian untuk mengadakan majlis indah dan gemilang. Jadi, dia patahkan impian gadis itu sebelum terlaksana.

"Jaga diri kau Kin?" Pesan Nayli usai acara akad nikah di pejabat Agama. Dia peluk Sakinah lama. Bila dileraikan dia pandang wajah gadis itu lama juga. Berat sungguh hatinya hendak tinggalkan Sakinah bersama Hud yang terang-terangan bencikan Sakinah. Sungguh dia tak yakin dengan ikatan halal yang terbina ini. Entah kenapa dia rasa Sakinah akan terus berduka.

"Kau pun jaga diri Nay." Pesan Sakinah pula. Nayli angguk lemah. Sakinah masuk ke dalam kereta Hud bila lelaki itu beri arahan dengan matanya suruh masuk ke dalam. 

Nayli tidak puas hati lalu hampiri Hud yang hendak masuk ke dalam keretanya.

"Kau tolong layan Sakinah dengan baik. Kau jangan nak seksa dia." Pesan Nayli kasar. Sejak mengetahui cerita sebenar dia tak rasa lelaki itu perlu di layan dengan baik. 

"Aku hanya nak dengar yang baik-baik saja tentang dia. Kau jangan buat dia menangis." Pesannya lagi namun hanya dibalas senyum senget Hud.

"Kalau aku bunuh dia sekalipun kau mana tahu."

Buntang mata Nayli dengan jawapan lelaki itu.

Hud masuk dan duduk atas kerusi. Belum sempat hendak tarik pintu Nayli lebih dulu menghalang.

"Kau jangan seksa dia Hud sebab kau yang akan merana nanti. Kau yang akan menyesal nanti." Amaran Nayli tidak diendahkan. Dia tarik pintu dan tutup dengan kuat. Tercengang Nayli dengan tindakan Hud dan pantas saja hatinya berdebar. Dalam debaran tetap berdoa semoga Sakinah baik-baik saja. 

Kereta yang dipandu Hud sudah melunncur pergi dan Rashdan pula mengekori dari belakang.

Nayli hanya mampu berdoa semoga ada purrnama yang sudi memandang Sakinah di bawah dan menerangi kelamnya hidup Sakinah.

****

Hud hentikan kereta di hadapan banglonya. bibik pantas menjengah keluar sebaik saja terdengar ngauman enjin kereta yang tidak dimatikan.

“Bik, hantar Puan ke bilik.” arah Hud. Sakinah terkebil-kebil di dalam. Mahu bertanyakan lelaki itu. Ke mana lelaki itu mahu pergi sedangkan mereka baru saja selesai akad nikah. Namun pandangan mata Hud yang tajam buat dia matikan bicara dan terus keluar dari perut kereta. Hud terus undurk kereta dan pecut laju keluar dari perkarangan rumah menuju ke mana dia tidak tahu.

"Mari puan. Tuan suruh puan berehat dulu."

Sakinah terpinga-pinga tidak faham. Bila lelaki itu pesan. Dia tak dengar pun.

Bibik yang sudah fasih berbahasa melayu itu ketawa kecil.

"Semalam tuan dah cakap yang tuan akan kahwin dan akan bawa isteri tuan ke sini. Jadi tuan suruh puan berehat dulu. Esok tuan nak bawa puan pergi honeymoon."

Sakinah tersentak. 

Betul ke apa yang bibik ini cakap. Kalau betul aoa yang perlu dia buat. Terus hatinya gusar. Parut di badan bagaimana harus dia sembunyikan. Bagaimana pula hendak melayan lelaki itu kalau kekurangann dirinya akan terlihat jua. Bersediakah dia untuk dicemuh, dihima dan di keji.

Dalam rawan hati yang tak hilang dia ikut juga langkah bibik ke bilik yang pernah dia diami dulu. tak berubah malah makin buat hatinya gusar. Apatah lagi bila melihat katil bercadar kemas dan cantik.

“Puan… saya hidangkan makanan. Puan bersihkan diri lepas tu bolehlah turun makan."

Sakinah angguk dalam berat hati. Hendak tak hendak dia duduk sekejap dalam bilik. Tengok sana sini. Layan perasaannya. Bila tak hilang juga gundah di hati dia masuk bilik air dan bersihkan diri.

Siap tunaikan solat dia turun je bawah dengan baju kurung dan tudung di kepala.

"Puan makan dulu. Tuan Hud tak balik malam ni. Dia bermalam kat rumah mak ayah tuan."

Hancur hati Sakinah. Malam ini dia akan keseorangan. Tapi kalau Hud balik adakah dia sudah bersiap sedia untuk menyerahkan seluruh jiwa raga dia. Bersediakah dia untuk buka segala rahsia diri yang tak sempurna.

Dia tak keruan

Akhirnya makanan di meja makan hanya dijamah sedikit sahaja. Tinggalkan makanan dan terus masuk ke dalam bilik. Kunci pintu agar tiada sesiapapun mengganggu. 

Biarlah malam ini dia tidur dengan tenang agar esok akan muncul cahaya indah bergemerlapan menyinari seluruh hidupnya.

*****

Pagi menjelma. Usai solat subuh terdengar pintu biliknya diketuk orang.

"Puan. Encik Rashdan datang. Dia nak jumpa puan." Beritahu bibik. Sakinah tersentak. Buka pintu bilik. Bibik masih berdiri di depannya.

"Puan turunlah. Saya nak kemas bilik puan." 

Sakinah akur. Dengan telekung solat yang masih membalut badan dia turun ke bawah. Lihat Rashdan yang berdiri menunggunya sedang memandang fra areame gambar yang melekat di dinding ruang tamu.

Sakinah tersenyum melihat gambar Hud di atas sofa di apit kedua orang tuanya. Tetapi di situ tiada gadis sunti yang dia jumpa di restoran dulu. 

Rashdan berpaling bila menyedari orang yang ditunggu sudah muncul. Tak tunggu lama beg kertas di tangan dia hulurkan pada Sakinah. Gadis itu menerimanya dengan senyuman indah.

“Hud suruh bersiap. Dia nak bawak kau bercuti.”

Sakinah senyum malu.

Bercuti! 

Terus wajahnya merona merah. Namun merah itu hanya sekejap cuma. Berganti dengan rasa takut dan risau. 

"Kau pergilah bersiap. Aku tunggu kau dalam kereta."

Sakinah terpempan. Sekarang juga ke kena bersiap. Lalu dia melangkah naik ke tingkat atas apabila Rashdan sudah pun keluar dari rumah.

“Saya dah siapkan beg puan. Pakaian yang puan kena pakai pun dah ada atas katil. Cepat ya puan. Pakai cantik-cantik. Biar tuan jatuh cinta tengok puan.” Bibik mengusik tanpa dia tahu hal yang sebenarnya dan Sakinah hanya membiarkan saja usikan itu berlalu bagaikan angin lalu. Bibik segera beredar ke dapur usai menyampaikan pesan.

Sakinah ke dalam bilik. Melihat beg pakaian yang sudah tersedia di tepi katil. Cepat sungguh bibik jalankan tugasnya. Rasanya baru saja Rashdan ke mari dan semua yang perlu dia bawa sudah siap tersedia. Tertanya-tanya juga ke mana lelaki itu mahu bawa dia bercuti. 

Betulkah Hud hendak bawa dia bercuti. Apakah lelaki itu sudah memaafkan dia. Dia tidak tahu kerana tidak ada tanda-tanda lelaki itu sudahpun memaafkan segala kesalahan dia.

Beg kertas di tangan dia letak atas katil lihat isi di dalam. Sepasang gaun panjang yang hampir sama dengan pakaian yang dia pakai ketika di bawa berjumpa kedua orang tua Hud. Pakaian yang dia pakai semasa emak meninggal. Terus kolam matanya bergenang. Pakaian ini mengingatkan dia akan episod duka yang masih segar dalam ingatan. Tak sanggup rasanya hendak pakai gaun panjang ini. Namun saat tarik keluar gaun itu sekeping nota kecil melayang jatuh ke bawah..

Aku suka kau pakai baju macam ni. Cantik dan sesuai dengan kau. 

Tidak semena-mena bibirnya terlukis senyum. Hatinya berbunga-bunga. Mungkin Hud benar-benar sudah memaafkan dia. Dengan hati yang ria dia bersihkan diri dan bersiap seperti yang di arahkan Hud.

Dia keluar ke laman rumah sambil bimbit beg pakaian. Bibik di belakang mengekori hingga dia masuk ke dalam perut kereta.

“Hati-hati ya puan. Moga selamat sampai. Jaga tuan baik-baik. Tuan tu baik hati. Majikan yang begitu ambil berat akan saya.”

Sakinah angguk. Kalau benarlah apa yang bibik cakap dia harap Hud akan sayang dia dan ambil berat akannya seumur hidup dia.

Rashdan sudah memandu keluar dari perkarangan banglo  mewah Hud.

“Ini barang yang Hud beli. Dia nak kau guna sekarang. Jangan buat pekasam.” sambil memandu Rashdan hulurkan beg kertas besar ke belakang. Sakinah ambil. Lihat isi di dalam. Sebuah beg sandang baru  berwarna beige. Lelaki itu seolah-olah tahu warna kegemarannya. Dia senyum puas hati.
    “Dia kat mana?” soal Sakinah tercari-cari kerana selepas lelaki itu hantar dia ke banglo mewahnya langsung dia tak nampak Hud hingga ke saat ini.

“Lepas habis meeting dia akan menyusul. Dia kena siapkans emua kerja sebelum cuti seminggu.”

Sakinah angguk dengan ria. Lelaki itu ambil cuti panjang. Dia harap lelaki itu akan melayannya baik. Namun tiba-tiba hati terdetik curiga apabila perasan jalan yang di lalui Rashdan bukan jalan yang selalu dilalui bas. Malah masa yang diambil juga lama.  Lapan jam perjalanan dia rasa kosong dan risau hinggalah kereta yang dipandu lelaki itu memasuki lorong-lorong kecil dan berhenti betul-betul di hadapan sebuah rumah.

Dia tersentak. 

Melihat pemandangan di depan dengan seribu satu perasaan. Inikah tempat yang dikatakan disampaikan bibik. Inikah tempat mereka akan memadu kasih.

Sakinah perlahan-lahan keluar dari perut kereta. Berdiri tegak pandang ke depan. Kolam matanya terus bergenang melihat sekeliling rumah yang sudah sekian lama dia tinggalkan. Rumah yang menyimpan 1000 keperitan yang mahu dia buang selamanya. Namun kembali semula ke rumah ini buat kenangan itu hadir semula satu persatu dan mendera perasaannya.

“Kau masuk dulu. Berehat. Tenangkan diri. Hud mungkin sampai lewat sebab dia baru bertolak tadi.”

Sakinah angguk. Rashdan bawa keluar beg dan letak di muka pintu. Sakinah jejak anak tangga dan masuk ke dalam rumah apabila Rashdan tolong membukakan pintu untuknya. Lelaki itu minta izin ke pekan untuk bermalam di hotel bajet sebelum kembali ke Kuala Lumpur.

Setitik dua air jernih mengalir lesu di pipi Sakinah saat matanya melihat suasana di dalam. Masih seperti dulu. Tidak berubah langsung. Kak Idah cakap rumah ini sudah di beli orang. Adakah Hud pembeli itu. Kalau betul dia yang beli untuk apa. Untuk apa dia simpan rumah ini. Rumah papan yang sudah usang tetapi masih kuat dan utuh. 

Dia langkah masuk ke dalam. Saat kaki pijak ruang tamu,  terbayang ayah memukulnya tak sudah. Masih terasa sakitnya hingga kini bila dia ingat semua itu. Kakinya di arah ke dapur pula. Di situ dia lihat umi sedang menyiapkan juadah untuk mereka anak beranak menjamu selera. Di situ juga dia lihat umi hanya berdiam diri saat dia di pukul ayah.

Pedihnya hati kerana umi masih hidup. Malah dia langsung tak mampu pegang tangan umi. Suara umi tak kedengaran di telinga dia. Lagi pedih umi sedang sakit dan dia tidak berpeluang untuk mendengar suara umi memaafkan dia kerana wanita itu lumpuh separuh badan. Tidak dapat bercakap dengan betul.

Air matanya luruh tak henti-henti. Peritnya mengenang peristiwa hitam itu lalu dia melangkah ke biliknya. Makin deras bila melihat bilik  tidur ini yang langsung tak berubah. Bilik yang menjadi saksi dia menangis semahu-mahunya setelah dipukul ayah. Bilik yang menjadi saksi dia demam berhari-hari akibat disakiti ayah.

Dia duduk di atas katil. Terkenangkan Hud yang masih belum sampai.

Untuk apa Hud bawa dia ke sini. Kalau mahu membuatkan dia mengingati kisah lalu lelaki itu sudah berjaya. Sakinah duduk di atas katil. Lihat ada anak patung di antara bantal di kepala katil. Dia tarik anak patung teddy bear yang memeluk bantal merah berbentuk hati. Tertulis di situ ayat I love U.

Terus air matanya jatuh bercucuran mengingati anak patung ini. Hud datang ketika hari hampir senja untuk memberikannya hadiah ini. Namun dia balas dengan fitnah yang cukup dahsyat dan perasaan lelaki itu yang tertulis pada anak patung itu sudah tidak terzahir lagi. Cuma yang ada rasa benci yang membuak-buak. Itu yang dia nampak pada mata lelaki itu.

Maafkan Kinah abang Hud. Maafkan Kinah. Ucap gadis itu separuh berbisik dan perkataan itu terus terucap sehingga akhirnya dia lena. 

****

Dengan perlahan-lahan Hud masuk ke dalam rumah. Sejak dia sampai dadanya berdebar-debar. Melihat keadaan rumah yang gelap dia bimbang Sakinah belum sampai. Dalam rasa benci yang tak berkurang dia tetap risaukan gadis itu.    

Dia buka lampu ruang tamu. Mencari kelibat Sakinah di segenap ruang hingga ke dapur namun tidak dia temua. Akhirnya kaki dia arah ke sebuah bilik apabila ternampak cahaya terang dari celah pintu yang tidak di tutup rapat.

Dia tolak daun pintu dan terlihatlah Sakinah sedang lena sambil memeluk teddy bear. Nampak cantik bila mengiring begitu. Dia senyum kerana gadis itu mengikut arahannya. Tersarung di tubuh Sakinah pakaian yang dia suruh Rashdan sampaikan dan buat jiwanya bergejolak. 

Hud senyum senget. 

Sabar Hud. Permainan baru bermula. 

Hud dekati Sakinah. Teddy bear di ambil dan dia lihat anak patung itu dengan rasa benci yang semakin membuak-buak. Sengaja dia letak anak patung itu di dalam bilik Sakinah. Biar gadis itu akan terus ingat dia sampai bila-bila.

Teddy bear di tangan di letak semula ke atas katil. Pandang Sakinag sekali lagi sebelum dia melangkah ke biliknya. Dia hempas punggung ke atas katil dan kedua tangannya ditongkatkan ke atas tilam. Lihat sekeliling. 

Rumah ini dia beli 3 tahun lepas dengan pembeli asal. Dia dapat tahu rumah ini telah dijual tetapi dia tidak tahu atas sebab apa. Dia cuba cari di mana keluarga Sakinah berada tetapi seorang pun tidak tahu. Sementelah dia tidak kenal orang kampung ini. Dia sendiri tinggal di kampung ini tidak sampai 6 bulan. Sudah tentu dia tidak tahu dan tidak kenal semua orang.. Lagipun nampak banyak perubahan yang berlaku semenjak dia tinggalkan kampung ini. Ruamh papan yang suatu dulu berderet di sepanjang jalan sudah bertukar menjadi rumah teres dan banglo sebiji-sebiji. Malah surau di sebelah ini juga sudah berubah menjadi surau batu. Bukan lagi surau papan macam dulu-dulu. 

Hud senyum senget. 

Tak kisah dengan semua perubahan itu. Dia cuma kisahkan rumah ini yang berjaya dia dapat dengan mudahnya. Malah dia bangga. Dengan mudahnya Sakinah setuju untuk menjadi isterinya. Begitu murahnya Sakinah. Kononnya dulu dia jual mahal sangat. Cinta yang dia beri gadis itu  tolak ke tepi. Tetapi hari ini Sakinah sudah sah jadi isteri dia. Huh, Sakinah di matanya memang nampak murah.

Dia senyum lagi. Tak perlu dia bersusah untuk dapatkan Sakinah. Dia sudah menang. Esok dia akan pastikan dia akan menang lagi dan terus menang. Bila dia sudah puas dia akan tendang Sakinah keluar. Masa itu dia akan pastikan sakinah menangis tak berlagu dan dia akan pastikan gadis itu tidak akan lupakan semua yang telah dia buat.

Kau aka terus menyesal Sakinah.

Kinah oh Kinah.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience