BAB 77

Drama Completed 94401

“Ini yang Hud nak buat. Bawa anak dara orang sampai hotel. Ayah dah suruh duduk dengan Mak Su kamu dekat  banglo kita tapi Hud berkeras nak duduk hotel. Rupanya ini yang Hud  nak buat.” marah Encik Azman saat Hud tarik Sakinah mendekatinya.

Dia tidak ajar Hud buat benda tak senonoh. Makin geram pula bila gadis di sebelah Hud itu pernah dia lihat. Tetapi orang tua sepertinya sudah tidak mampu mencerna di mana dia jumpa gadis ini. 

Hud pandang semua yang sudah ada depan matanya. Genggaman tangannya pada Sakinah dieratkan. Dia bimbang Sakinah akan lari. Kemudian dia pandang Shella. Mukanya keruh dan nampak seperti sedang melawan perasaan. Apakah dia menyerah kalah. Dulu dia ego mahu menawan hati Hud tetapi kini dia lihat wajah itu keruh dan seperti mahu melarikan diri.

Kini dia pandang pula Mak Su Lini. Baru hendak meluahkan hal sebenar Puan Adila bersuara.

“Mama dah boleh agak masa Hud bawa Sakinah jumpa kami kat restoren dulu. Hud memang bercinta dengan Sakinah kan.”

Encik Azman tersentak. 

Sakinah. 

Ya, ini gadis yang Lini cakap telah memporak-perandakan hidup Hud. Adiknya itu cakap Hud akan menyeksa gadis itu selamanya.

Astaghfirullahal azim.

“Hud dengan Sakinah buat apa kat sini. Mana boleh berdua-duaan tanpa ikatan.”

Hud tarik nafas panjang.

“Maafkan Hud ayah, mama. Sebenarnya kami dah kahwin.” terluah jua cerita sebenar dari mulut Hud dan nampaklah muka masing-masing terkejut besar. 

Encik Azman geleng kepala.

“Hud dah membelakangkan ayah dengan mama.” ujar Encik Azman dan matanya panah mata Sakinah. Gadis itu pantas menekur ke bawah. 

“Kalau Hud kahwin dengan Sakinah semata-mata hendak membalas dendam ayah tak setuju.” 

“Tak ayah.” pantas Hud menafikannya. Pandang Sakinah yang hanya diam sedari tadi.

“Ayah… ma. Nanti Hud bawa Sakinah jumpa  keluarga kita bila Hud balik dari ladang nanti.”

Puan Adila pula tersenyum panjang. Dia sudah tahu semuanya. Saat dia ke rumah Hud untuk menemui anaknya bibik sudah berterus terang. Dia juga dari awal  sudah mengagak Hud benar-benar cintakan Sakinah saat anak lelakinya itu bawa gadis itu menemuinya di restoren. Hud tak pernah bawa perempuan bersama saat keluar bekerja. Hanya Rashdan peneman setia. Tetapi sekali Hud bawa,  dia sebagai emak sudah boleh membacanya.

Puan Adila rapati Sakinah. Tersentak Sakinah saat wanita itu raih tangannya dan genggaman tangan Hud terlepas. Pipi Sakinah dielus lembut.

“Mama dah tahu Sakinah isteri Hud. Bibik dah ceritakan semuanya.”

Buntang mata semuanya mendengar cerita Puan Adila. Kali ini wanita itu raih Sakinah ke dalam pelukannya.

“Jaga Hud betul-betul. Jangan sakitkan hati dia macam dulu.”

Pantas air mata Sakinah gugur dengan pesanan ibu mertuanya. Dia tidak mampu berjanji apabila hatinya sudah tekad untuk pergi dari Hud bila masanya sudah tiba. Dia hanya berada di sisi Hud untuk mengumpul kekuatan agar dapat berterus-terang. Selepas itu dia akan pergi. Dia sedar mereka tidak pantas untuk bersama.

“Ayah… mama. Hud dah lewat. Kita jumpa nanti.”

Puan Adila leraikan pelukan dan biarkan Hud tarik isterinya kembali. Sakinah salam tangan kedua-dua mertuanya dan pandang semua yang ada di situ.

“Kinah.” panggil  Mak Su Lini saat dia baru nak melangkah. Wanita itu hampiri Sakinah dan terus memeluk erat.

“Maafkan mak su.” 

Dan… tak semena-mena air mata Sakinah kembali lebat menuruni pipinya yang halus.

“Maafkan mak su. Kita buang yang keruh. Kita kembalikan jernih pada hubungan kita yang dulu.”

Sakinah angguk dalam tangisan. 

Hud senyum.

Hatinya gembira dengan perubahan yang berlaku. Dia sudah hampir berjaya buat Sakinah bahagia. Cuma ada satu lagi misi yang tak berjaya. Sakinah masih belum berterus terang.

Dia mahu dengar sendiri dari mulut Sakinah. Jadi dia akan pastikan Sakinah buka mulut juga nanti.

Dia tinggalkan semua orang dan bawa Sakinah ke ladang. Dia perlu selesaikan kerjanya di ladang sebelum balik menemui keluarganya.

Hatinya gembira.

****

Matahari sudah tegak di atas kepala dan mata Sakinah rasa berbalam. Walau ladang ini penuh dengan pokok-pokok kelapa sawit yang sudah matang dan menutup cahaya matahari dari terkena kepalanya namun kepalanya rasa berdenyut.

Sudah separuh hari dia di ladang melihat Hud berbincang ke sana ke mari dengan mandur. Perut pun memulas kerana masih belum bersarapan. Sekarang sudah masuk zuhur dan perutnya masih belum terisi. Apakah sebab itu kepalanya berdenyut.

“Abang nak ke depan sekejap. Lepas dah habis bincang kita balik.” beritahu Hud sambil melangkah seiringan dengan mandur.

Sakinah ikut juga sebab Hud tidak cakap tak boleh ikut. Kepala makin rasa  berat.

Makin dia melangkah makin kuat denyutan di kepala dan susuk tubuh Hud berbalam-balam di depan. Sakinah mahu meneruskan langkah tetapi dia rasa aneh. Kenapa makin kuat denyutan ini. Hendak tak hendak dia pijak juga lantai tanah yang penuh dengan ranting kayu dan tunggul pohon. Tiba-tiba kakinya tersadung tunggul pohon kelapa sawit lalu dia jatuh terduduk bersama jeritan.

Hud yang terdengar jeritan Sakinah pantas berpaling. Saat dia lihat gadis itu terduduk dan tangan pegang kaki sendiri dadanya berdebar kuat. Pantas dia berlari dan menghampiri.

“Kenapa sampai boleh jatuh?” soal Hud risau.

“Tak nampak ada tunggul kayu kat sini.” cerita Sakinah sambil tangan urut pergelangan kaki. Hud pantas selak kain yang menutup betis Sakinah. Saat melihat putihnya kaki gadis itu dia telan liur sendiri.

“Boleh berjalan?” soal Hud risau. Sakinah geleng. Dia tidak tipu. Dia memang tak boleh berjalan kerana  kakinya terasa sakit dan kepala masih berdenyut.

“Kalau macam tu kita balik.” pantas dia cempung Sakinah dan bawa keluar dari ladang menuju ke Hilux yang di parkir di kawasan lapang. Pada mandur dia tinggalkan pesan akan datang semula.

“Sayang okay ke tak ni?” tanya Hud bila lihat Sakinah hanya menyandar di bahu kerusi dan mata terpejam rapat. Sakinah hanya geleng dan Hud senyum lalu bawa gadis itu kembali ke hotel.

Dari kereta dia cempung Sakinah hingga ke bilik hotel. Gadis itu pula hanya diam dan kepalanya terlentok di bahu. Pelik juga kerana Sakinah tidak menolak mahupun merengus. Dia letak Sakinah atas katil.

“Sayang okay ke tak ni.”

Sakinah hanya diam. Melihat mata Sakinah yang terpejam dia agak gadis itu sudah lena namun tangan gadis itu asyik memicit kepala sendiri. Sesekali melihat kaki gadis itu dinaikkan dan tangannya mengurut kaki sendiri.

“Abang mandi kejap.” pantas Hud masuk ke dalam bilik air. Selesai bersihkan diri dia keluar dari bilik air dan lihat Sakinah sudah menyandar di bahu katil. Wajahnya basah dek air mata.

“Hey, kenapa ni?” soalnya yang sudah lengkap berbaju tshirt tapi masih bertuala. Dia duduk di sebelah Sakinah.

“Saya nak balik. Kepala ni rasa sakit sangat. Kaki pun berdenyut.”

“Agaknya sayang terseliuh.” 

Hud bangkit lalu ambil beg sandang. Dia tiada minyak urut. Hanya ada minyak zaitun yang dia guna untuk minyakkan rambut dia. Bawa ke katil. Tarik kaki Sakinah.

“Biar abang urut.” perlahan-lahan dia urut. Dalam berhati-hati menyentuh kaki Sakinah dia lawan perasaan yang berkecamuk melihat kaki si isteri yang putih. Tidak tercalar sedikitpun.

Dada rasa sebak. Gadis ini sempurna dan kenapa pagi itu dia larikan diri saat melihat kekurangan di belakang Sakinah. Dia tidak sepatutnya membuat gadis itu rendah diri. Dia yang bersalah kerana tidak memberi sokongan pada Sakinah. Kalau belakang itu tidak sempurna masih ada lagi bahagian lain yang bisa mengocak ketenangannya saat ini.

Dari kaki tangannya sudah menjalar hingga ke betis. Nampak Sakinah hanya diam. Seperti tidak larat hendak meluahkan kata. Dia hentikan urutan kerana jantungnya sudah tidak mampu duduk diam. Bangkit lalu duduk di tepi bahu gadis itu.

“Sayang sakit kepala ke?” soalnya dan Sakinah angguk lalu dia urut kepala Sakinah yang berbalut tudung. Susah hendak mengurut dengan tudung masih di kepala lalu tangannya mendarat di bawah leher gadis itu. Mahu tanggalkan tudung Sakinah namun cepat pula tangan gadis itu menolak.

“Kalau nak urut tak semestinya kena buka tudung.”

Sakinah malu. Malu dengan kekurangan diri. Namun seorang Hud tidak endahkan  semua itu.

“Saat abang berakad jadikan Sakinah isteri, abang terima baik buruk sayang. Cuma salah abang pagi tu. Abang tinggalkan sayang sebab abang dalam dilema.”

“Dilema sebab dapat isteri yang hanya cantik di luar. Bila buka semua hijab terus nampak buruknya kan.”

Hud letak jari di bibir Sakinah.

“Mulai hari ini jangan cakap lagi pasal tu. Abang nak kita mulakan hidup baru.”

Sakinah geleng.

“Saya nak balik.” Sakinah cuba bangun namun Hud halang.

“Sayang rehat kat sini. Kan dah cakap. Sayang kena ada dengan abang sepanjang weekdays. Hari minggu baru balik rumah kak Idah.”

Sakinah geleng. Dia tidak mahu. Namun bila tangan Hud naik ke kepala dan mengurutnya lembut mata dia mula terkatup. Terasa tenang.

Hud telan liur. Dada makin berdegup kuat. Akal menyuruh berhenti merenung isteri sendiri namun hati pula meronta-ronta menyuruh lepaskan apa yang terbuku selama ini.

Akhirnya dia kalah pada nafsunya. Urutan dihentikan.

“Izinkan abang mencintai sayang buat selamanya.”

Sakinah geleng. Tangan Hud sudah cengkam dagunya dan dia tidak larat hendak menolak.

“Abang… Kinah tak larat. Jangan paksa Kinah.”

Dalam tidak mahu dia goda Hud dengan memanggil lelaki itu begitu. Panggilan yang amat Hud rindui. Dan… dalam air mata yang tak surut Sakinah terpaksa merelakan semuanya.

  

sakit kepala hohoho

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience