BAB 76

Drama Completed 94291

Kak Idah pelawa Hud tidur di rumah dan bila lelaki itu angguk setuju dada Sakinah terus berdetak kuat. Dia tidak mengharapkan lelaki itu bersamanya di sini.

"Esok je lah Hud bawa Kinah pergi kerja. Malam ni tidur sini dulu. Kak Idah masak spesial untuk adik ipar kak Idah."

Hud senyum. Rasa bertuah kerana mendapat  seorang kakak ipar yang baik hati. Nampak muka lembut Sayyidah. Wajah itu cantik tapi tak secantik Sakinah. Sakinah yang buat dia gila bayang suatu waktu dulu dan dia mahu kembalikan memori lalu. Dia mahu Sakinah balas cintanya yang sejak dulu tumbuh untuk gadis itu. 

“Hud pergilah bersihkan diri dulu.”suruh Sayyidah dan lelaki itu mengekori langkah Sakinah yang sudah tiba di bilik tidur gadis itu.

“Kinah… ambilkan baju dengan kain pelikat abang Taufik dalam bilik Kak Idah. Ambil tuala sekali.” jerit Sayyidah. Sakinah yang baru saja  meletak beg sandang di atas meja solek terus pusingkan badan dan melangkah keluar. Tidak beri senyuman pun pada Hud yang masih berdiri di muka pintu.

Hud senyum. 

Keluarkan telefon dan senyum lagi. 

Sakinah masuk dan letak barang yang di ambil ke atas katil. 

“Tak apa. Lepas makan malam nanti abang balik tidur hotel. Nanti sayang datang jumpa abang kat bilik tadi. Lepas subuh terus datang. Abang nak sayang tolong temankan  abang ke ladang.”

Sakinah diam. Mengangguk tidak. Menggeleng pun tidak. Hanya berdiam diri. Bila Hud juga diam dia pun keluar dan menolong kakaknya memasak. Hud juga keluar dan menyertai anak saudara Sakinah yang sibuk bermain game dalam telefon.

“Syahir… salam pak su.” suruh Sayyidah pada anak lelakinya. Anaknya itu hanya tarik tangan Hud tanpa melihat muka bapa saudaranya.

“Kalau dah mengadap telefon jangan harap nak pandang sana sini. Kena tunggu ayah dia balik baru bergerak.” bebel Sayyidah dari dapur. Hud senyum.

“Syahir main apa?” tanya Hud lalu duduk sebelah anak muda itu. 

“Main roblox je pak su. time ayah tak ada ni lah Syahir boleh main. Kalau ayah ada Syahir kena bantai dengan ayah. Ayah tu dia akan buat syahir macam askar pelatih.”

Tersengih Hud dengan jawapan anak saudara Sakinah. Budak-budak macam tu lah. Dalam degil ada lemahnya. Macam dia dulu-dulu. Dalam suka menyakat orang hatinya lemah bila melihat Sakinah.

Dia halakan pandangan pada si isteri  yang sibuk ke sana ke mari membantu Sayyidah memasak. Dia bangkit bila lihat gadis itu leka di dapur. Masuk ke dalam bilik Sakinah lalu keluarkan telefon gadis itu dari dalam beg sandang. Duduk di birai katil dan tilik telefon itu.. Masih sama. Telefon yang dia beri untuk Sakinah dan gadis itu tidak menukarnya. Bermakna Sakinah suka dengan hadiah yang dia berikan

“Nanti dah ada duit saya bayar balik.” tiba-tiba Sakinah muncul dan merapati Hud. Mahu ambil telefonnya namun Hud larikan ke kiri dan ke kanan hingga Sakinah tidak berjaya menangkapnya. Bila lelaki itu sorokkan ke belakang dia jatuh terduduk atas ribaan Hud. Tidak beri peluang untuk Sakinah larikan diri lalu dia paut pinggang Sakinah erat.

“Lepaslah.” jerit Sakinah kecil.

“Bukan sayang yang nak duduk ke.”

Sakinah tolak tangan Hud namun dia tidak kuat. Tak berjaya untuk leraikan pautan tangan lelaki itu.

“Kenapa tak nak duduk. Tak salah pun. Setakat berat sayang abang boleh tahan lagi.”

Sakinah meronta-ronta minta dilepaskan. Tiba-tiba sebuah ciuman singgah di pipi dan Hud gelak kecil.

“Bau sambal belacan.”

Sakit hati Sakinah lalu tumbuk dada Hud. Tidaklah kuat tetapi sengaja Hud tunjuk sakit.

“Aduhhh! Sakit sayang.”

“Padan muka. Jangan nak menggatal. Saya tak akan terkesan.”

Sakinah bangkit lalu capai barang-barang dan bawa masuk ke dalam bilik air di luar bilik. Hud tunggu dengan senyuman. Lama menunggu akhirnya Sakinah muncul. Santai dengan baju kurung kedah dan kain batik. Kepala tetap bertutup.

“Kenapa masih pakai tudung?” soal Hud ingin tahu.

“Abang Taufik dah balik. Dia bukan abang saya.”

Hud angguk. Rasa bangga dengan Sakinah. 

“Kinah… ajak Hud makan. Abang Taufik dah ada kat meja ni.” laung Sayyidah di meja makan.

Sakinah tidak mempelawa sebaliknya menonong tinggalkan Hud di dalam bilik. Hud senyum saja. Hari ini dia rasa sungguh bahagia. Walau Sakinah hanya tunjuk wajah masam dan kadangkala ketat dia tidak kisah. Dia akan pastikan wajah itu akan tersenyum juga nanti.

Mereka sama-sama menjamu selera. Sekadar masakan kampung dan Hud begitu berselera.

“Tambah Hud. lepas ni nak jaga Kinah jadi Hud kena sihat dan kuat.” Usik Sayyidah. Hud senyum. Untuk Sakinah dia akan buat apa saja. Sakinah pula diam. Sedari tadi langsung tidak melayan Hud walaupun sudah disuruh kak Idah namun dia tetap begitu. Tunjuk protes. Tunjuk muka benci dan tidak suka. Namun Hud tidak kisah.

“Hud balik dulu kak.” ujar Hud selesai makan malam. Pandang Sakinah yang kononnya menghantar dia hingga ke kereta tetapi langsung tidak mahu pandang muka suami sendiri.

“Esok sayang jangan lambat.” pesan Hud. Sakinah hanya diam. Hud geleng kepala.

“Satu lagi, esok jangan pakai baju kurung. Pakai seluar panjang.” arah Hud dan Sakinah hanya biarkan pesanan itu masuk telinga kanan keluar telinga kiri.”

Hud tunggu Sakinah salam tangannya namun gadis itu hanya diam jauh sedikit dari keretanya. Hud tidak mahu lihat muka gadis itu seperti tertelan cuka lalu dia hampiri dan tarik rapat Sakinah hingga ke dada. Tersentak Sakinah dengan tindakan lelaki itu. 

Sayyidah yang tidak jauh dari mereka pula hanya tersengih.

“I will miss you.”

Bila Hud cium pipinya dan ucapkan kata sayang terus matanya membulat dan dia pusing belakang. Genggam tangan dan letak di dada. Ada  debaran yang cukup kuat menunjal dada.

Jangan cepat kalah. Pesannya pada hati. Bila Hud sudah menghilang dia terus masuk ke dalam bilik. Duduk di birai katil dan tengok telefon yang Hud tinggalkan di atas katil. Tarik telefon dan buka aplikasi whatsapp.

Ada pesanan dari nombor yang tak di kenali.

-Kalau awak isteri orang, saya pula suami orang.

Kalau bersatu menjadi suami isteri orang-orang -

Sakinah ketap bibir. Dia sudah agak nombor yang tak dikenali ini adalah nombor Hud. Dia sangat yakin saat dia tolak pemilik nombor ini yang mahu berkawan dengannya. Sudah dia berterus terang namun pemilik nombor ini berterusan menghantar mesejnya. 

Dia yakin ini Hud. dia amat yakin dan dia tahu Hud mahu merebut kembali hatinya. Namun dia sendiri tidak tahu di mana hati dia lalu dia biarkan Hud terus dengan kegilaannya.

*****

Pagi-pagi lagi dia naik teksi ke hotel kelmarin. Waktu itu matahari baru muncul. Apabila sampai di bilik kelihatan Hud terkial-kial memasukkan beberapa dokumen ke dalam beg sandang. Pantas Sakinah hampiri. Tolong lelaki itu berkemas.

Namun mata Hud terbeliak saat melihat Sakinah.

“Kenapa pakai baju kurung?” 

“Tak salah  kan.” nak menjawab pula kerja si Sakinah sekarang.

“Tak salah tapi kita nak pergi ladang kelapa sawit. Kat dalam ladang bukan macam kat dalam bilik ni.” omel Hud. Sakinah mencuka. Macamlah dia tidak tahu ladang kelapa sawit tu macam mana.

“Dah pakai seluar dalam?”

Hah, Sakinah terperanjat. Nampak muka gadis itu merah menyala. Hud ketawa kecil.

“Bukan. Bukan. Maksud abang dah pakai legging kat dalam?”

Sakinah jeling.

“Dah.” jawabnya kasar. Ya. dia dah pakai tapi legging sekerat lutut saja. Dia tak kisah nak masuk dalam ladang pakai macam ni. Dia budak kampug dan dia tak takut segala jenis binatang kecil, lembik atau menjalar.

“Kalau macam tu jom lah.” Hud melangkah keluar dan tunggu Sakinah yang sedikit lambat. Bila Sakinah sudah muncul terus dia tarik tangan  gadis itu dan genggam erat. 

Sakinah biarkan. Sejak Hud muncul dia dah tak mampu nak halang segala perbuatan lelaki itu. Itu suami dia. Kalau dia halang dia yang berdosa. Cuma dia keraskan hati. Dia tidak akan lemahkan diri dengan rayuan lelaki itu.

Mereka seiring melangkah hingga ke lobi. Hud dengan lajunya melangkah. Ibarat sedang mengejar sesuatu yang berharga. Baru tiba di pintu hotel suara seseorang mengejutkan keduanya.

“Hud!!!”

Kuat suara itu memanggil. Sebaik berpaling wajah Mak Su Lini dan Shella menghuni matanya. Hud terpempan. Namun tanpa dia sedari ada dua pasang mata tua juga sedang merenung tajam ke arahnya. Bila dia berpaling wajah ayah dan ibu terpampang di depan mata. Bila keduanya sudah ada di sini dan melihat tangannya yang menggenggam tangan Sakinah dia perlu sedia dengan sebarang kemungkinan.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience