BAB 05

Drama Completed 94402

Kenapalah petang-petang macam ni rantai basikal boleh putus pulak. Omel Sakinah geram. Dengan berat hati dia tuntun basikal melalui jalan yang sedikit sibuk. Waktu petang begini memang ramai penduduk kampung yang keluar masuk pekan untuk membeli belah bahkan bersiar-siar.

Sewaktu berjalan dia sedar ada beberapa pasang mata pemuda kampung yang sedang lepak di tepi jalan terkinja-kinja cuba meraih perhatiannya. Dalam takut dia lajukan langkah. Mereka adalah lelaki kampung yang tidak ada kerja. Pusing kampung macam YB terhormat. Ke sana ke mari seolah-olah sedang meraih undi. Tetapi untung tiada. Cuma yang ada habuk dan hampas kosong.

Sakinah makin lajukan langkah bila seorang dua lelaki yang kelihatan serabai memanggil namanya. Kalau bukan sebab kelas tambahan dia pun tak mahu balik lewat begini. Tambahan pula hari ini cikgu Bahasa Melayu lebihkan masa sebab sudah banyak kali kelas tambahan Bahasa Melayu dibatalkan.

Sakinah lega bila dia sudah jauh meninggalkan kumpulan lelaki tadi. Dia tuntun basikal sambil mengesat peluh di dahi. Baru saja nak tenang tiba-tiba muncul sebuah motorsikal berkuasa tinggi dan berhenti di depan menghalang langkahnya.

Sakinah brek mengejut. Dia kenal motor ini. Bila lelaki yang membonceng motorsikal ini angkat cermin topi keledarnya terus dia bagi jelingan maut. Muka di sebalik cermin itu buat Sakinah rasa nak ghaibkan diri. Tak sanggup hendak tadah mukanya depan mata lelaki itu. Dia jeling pula lelaki di belakang Hud. Khair memang suka tersengih macam kerang busuk. Bila dah begitu adalah yang nak dipedajalkan lelaki itu.

“Tak ada kerja ke nak sekat-sekat orang bagai. Kalau dah tak nak sekolah baik mohon kerja polis trafik. Elok buat kerja sekat pesalah dekat jalan raya daripada melangut kat sini macam orang gila. Duit pun dapat pahala pun dapat.” bebel Sakinah dengan rasa geram.

Tiba-tiba Khair naikkan kaki ke atas tempat duduk belakang basikal Sakinah. Menyekat gadis itu dari berlalu pergi.

Hud sengih saja tetapi Khair pula ketawa besar.

“Oh, adik Kinah nak suruh kita orang kerja ke. Nantilah abang cari kerja yang gajinya paling mahal. Boleh sara Kinah sekali. Kinah nak kan?”

Ya Allah mamat ni. 
Dia beri jelingan maut pada Khair. Lelaki muka lawak itu buat hatinya sakit.

"Tak kuasa nak layan. Tepilah."
Sakinah goncang basikal agar kaki Khair jatuh ke bawah namun berat pula kaki lelaki itu. Dah macam gajah beratnya. Digoncang kuat tetap juga tak berganjak.

Sakinah makin kuat menggoncang basikalnya.

“Dah dapat hadiah dari abang.” tiba-tiba Hud bersuara dan automatik tangan Sakinah berhenti. Dia pandang Hud yang tak lepas memandangnya.

“Oh, jadi betullah kau yang bagi kotak pagi tadi kan. Saja kan nak kenakan aku.” Sakinah geram. Nampak kaki Khair sudah dijatuhkan dan dia tak buang masa cuba berlalu pergi tetapi di tahan Hud pula. Handle basikalnya dipegang lelaki itu kemas.

"Kau nak buat apa bagi aku ulat bulu?" tanya Sakinah sakit hati.
Hud senyum.

“Itu tanda cinta abang pada Kinah.”

Sakinah pandang pelik.

“Ulat bulu tanda cinta? Gila ke apa.”

Hud angguk sambil tersenyum manis.

“Kinah tahu tak yang Kinah ni macam ulat bulu. Bila tengok Kinah abang meremang. Bila sentuh abang jadi gatal tapi gatal tu lain macam sebab buat abang makin nak dekat dengan Kinah. Nak sentuh Kinah.”

Hud lepaskan handle dan buat-buat nak sentuh Sakinah namun pantas Sakinah larikan tangannya lalu basikal jatuh menghempap jalan berturap yang berlubang.

“Jangan nak kurang ajar.” marah Sakinah. Hud dan Khair sengih jahat. Sengaja tunjuk muka jahat sebab nak tengok perubahan muka Sakinah. Memang mukanya berubah. Nampak pucat tetapi sekejap sahaja sebab ianya sudah bertukar dengan muka geram dan sakit hati.

“Kinah ni betul-betul buat abang ketagih.”

Cerlung mata Sakinah dengan kata-kata lelaki itu. Dia tahan nafas sekejap. Kalau ikutkan hati mahu dia sembur lelaki itu sama macam dia sembur lelaki-lelaki lain. Tetapi sekarang dia ada di tepi jalan. Bila-bila masa saja orang kampung akan melihat. Paling sadis kalau ayah ternampak. Teruk dia akan dikerjakan ayah.

Sakinah tunduk mahu dirikan basikal. Hud pula tidak mahu gadis itu buat kerja seorang diri lalu dia tunduk dan sengetkan bahu mahu membantu.

"Tak payah." Sakinah tepis lengan lelaki itu yang sudah menyentuh pelana basikal. Sakinah pegang basikal kuat.

"Perangai macam setan. Suka ganggu orang." hambur Sakinah geram.

"Hei, mana boleh cakap macam tu Kinah. Abang Hud ni bakal imam Kinah tau." lagi sekali Hud mahu mengusik. Khair di belakang terkekeh-kekeh melihat gelagat Hud yang nampak pro benar kacau anak dara orang.

"Imam apa? Imam solat jenazah." Sakinah bagi sebijik biar pedih hati lelaki itu. Tetapi nampaknya tak menjadi sebab keduanya hamburkan tawa yang kuat.

"Aduhai, Kinah! Solat jenazah apa pula. Imam solat jemaah kita berdua lah Kinah."

“Sakinah!!!”

Tiba-tiba bergema suara kuat memanggil nama gadis itu.

Terkejut ketiga-tiganya. Pantas sekali Hud jatuhkan cermin topi kaledar dan tutup mukanya lantas pandang ke arah pemilik suara yang memanggil Sakinah.

Sakinah pula pandang ke seberang jalan. Orang tua yang  berkopiah dan berbaju melayu lusuh itu merenung tajam ke arahnya. Melihat renungan ayah yang tajam dan berbisa serta merta tangan Sakinah menggigil dan perutnya terasa sebu.

Khair mula tak senang duduk. Tolak tubuh Hud menyuruh lelaki itu larikan diri. Hud tidak faham apa-apa. Matanya pandang Sakinah yang nampak pucat dan cepat benar gadis itu tuntun basikal lalu meninggalkan mereka. Dia perasan wajah itu nampak pucat serta menahan takut.

Kini dia alih pandangannya dan melihat lelaki dengan motor lampu bulat itu sudah beransur pergi mengekori langkah Sakinah yang laju benar jauh di depan

“Siapa?” tanya Hud.
"Kau tak kenal ke?" soalan berbalas soalan.
“Ayah Sakinah.”
Dan... hati seorang Hud mula rasa bersalah.

X habis lagi. Nak mengusik je kerja dia.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience