BAB 56

Drama Completed 94344

Hud memerhati Sakinah dan Nayli melangkah meninggalkan restoren. Dia baling tablet ke belakang. Hatinya sakit. Baru saja hendak balas dendam pelindung gadis itu muncul pula. Dari dulu sampai sekarang Nayli tetap setia dengannya.

Macam mana dia nak buat Sakinah terseksa kalau Nayli ada sama. Hatinya tak tenang bila gadis itu nampak ceria bila bersama Sakinah. 

Dia pukul stereng kereta.

Jaga kau Sakinah. Aku akan tarik Nayli dari kau perlahan-lahan. Biar kau rasa bagaimana sakitnya aku bila kau bunuh nenek aku. Biar kita sama-sama menderita. Hatinya berbisik geram.

Kau yang mulakan dulu Sakinah dan aku akan pastikan di akhirnya kau merana  sendiri tanpa siapa pun di sisi kau. Nekad Hud dan tiada siapa mampu menghalang.

Malam nanti dia akan jalankan misinya. Harap gadis itu akan muncul. Bagus David. Kau telah buka peluang untuk aku seksa dia. Aku nak tengok dia menangis teresak-esak dan melutut depan aku.

Hud senyum jahat.

****

Sakinah berlunjur di atas katil. Telefon emak dia lekapkan ke telinga. Berdebar-debar dadanya menunggu panggilan bersambut. Tingkahnya yang nampak gelisah buat Ustazah Rohaya di luar pintu biliknya terus menunggu. Dia mahu turut mendengar perbualan Sakinah. Adakah sama macam hari-hari sebelumnya.

“Kak Idah sihat?” tanya Sakinah seperti selalu dan jawapan Sayyidah juga sama. Cuma kali ini terdengar esakan kecil kakaknya.

“Kenapa kak?” soal Sakinah risau.

“Syahir bakal dapat adik.”

Sakinah teruja. Ya, dah sepuluh tahun menanti selepas mendapat anak sulong. Alhamdulillah kakaknya itu masih ada rezeki untuk menimang zuriat kedua.

“Berapa bulan dah kak?” tanya Sakinah gembira. 

“Baru dua bulan Kinah. Dah lama tak pregnant kali ini alahan teruk sangat.”

Sakinah simpati. Tapi kenapa suara kakaknya itu terdengar serak. Ada nada sedih ke udara.

“Bila dah macam ni kak Idah tak dapat nak jaga umi Kinah.”

“Erk, maksud kak Idah?”

Terdengar esak Sayyidah.

“Umi kena stroke.”

Bagaikan mati separuh jasad Sakinah mendengar berita yang disampaikan Sayyidah.

“Kena stroke. Bila lagi kak?” tanya Sakinah risau.

“Baru  je jadi Kinah. Kak Idah sekarang kat hospital. Nak call Kinah nak bagitahu Kinah tentang umi. Alih-alih Kinah yang call akak dulu.”

Sakinah sebak.

“Macam mana umi kak?”

“Doktor tengah pantau. Kena stroke ni macam tulah Kinah. Lagipun umi terus kena major stroke. Tak tahu kak Idah nak cakap macam mana. Rasa sedih sangat Kinah.”

Mendengar suara esakan Sayyidah hati Sakinah terus hancur.

“Kinah pergi sana ya kak.”

“Eh, jangan. Umi masih tak boleh terima Kinah. Kalau Kinah datang kak Idah takut umi  makin sakit.”

Hancur luluh hati Sakinah mendengarnya. Sepuluh tahun sudah berlalu. Tidakkah umi rindukan dia sebagaiman sakitnya hati dia merindui umi. Walaupun wanita itu tidak pernah membelanya saat disakiti ayah dia tidak berdendam. Itu umi dia. Wanita yang susah payah melahirkannya. Lagipun dia tidak diajar untuk membenci ibu bapa kandungnya.

“Umi….” sebut Sakinah bersama juraian air mata. Saat itulah dia terlihat Ustazah Rohaya di balik pintu. Wanita itu pantas menghampiri dan memeluknya erat.

“Sabar. Doakan umi cepat sembuh dan dia akan maafkan Kinah.”

Sakinah angguk dalam linangan air mata. 

Talian diputuskan dan dia leraikan pelukan.

“Dah, jangan nangis. Bukan ke Kinah kena pergi majlis kejap lagi?”

Sakinah angguk. Lihat jam. Sudah hampir pukul tujuh. 

“Kejap lagi Nayli datang ambil. Mak izinkan ke Kinah pergi majlis tu?”

Ustazah Rohaya senyum.

“Itukan sebahagian dari tugas Kinah. Lagipun Kinah cakap Kinah kena ikut syarat-syarat yang Hud letak.”

Sakinah angguk. 

“Kalau macam tu Kinah nak mandi dulu. Nak bersiap.” baru saja bangkit dari katil kedengaran hon kereta Nayli di luar sana.

“Tu, dah sampai.” Ustazah Rohaya bangkit lalu keluar dan menyambut tetamu di muka pintu. Sakinah pula ke dalam bilik air. Bersihkan diri dulu sebelum di siapkan oleh Nayli. Nayli sudah muncul di muka pintu dengan senyum lebar dan  di tangannya penuh dengan barang..

“Nay masuk bilik. Kinah cakap dia nak mandi dulu.” Nayli angguk dan terus bawa barang di tangan masuk ke dalam bilik tidur.

Tidak lama menunggu Sakinah muncul dengan siap berabaya.

“Kau nak pakai macam tu?” soal Nayli tidak puas hati bila Sakinah angguk.

“No… no… no. Aku  tak izinkan. Kau pakai yang ni.” Nayli hulurkan dress panjang berwarna hijau tua. Sakinah tarik keluar dari plastik yang membungkus dress tersebut. Buntang matanya melihat dress tersebut. Cantik sangat. Di dada dress tersebut ada manik menghiasi. Malah dress yang dibuat dengan kain satin itu dialas organza yang ditaburi glitter dan permata yang halus dan menyerlahkan dress labuh itu. Tetapi sayang ianya terdedah di bahagian dada.

“Kau nak suruh aku pakai macam ni. Nampak macam ketat. Lagi satu. Tu kat dada. Nak tutup macam mana.”

Nayli gelak kecil.

“Memang ikut tubuh tapi sampai pinggang je. Dari pinggang sampai kaki kan kembang tu. Macam princess kalau kau pakai nanti. Hah kau kan pakai tudung. Nanti pandai-pandailah aku cover. ”

“Tapi masalahnya majlis nanti majlis launching je bukan majlis kahwin aku.”

Nayli gelak besar.

“Kalau majlis kahwin kau nanti bukan dress macam ni yang akan kau pakai. Ini biasa je. Kalau kau dah nak kahwin aku akan sponsor pakaian pengantin. Untuk kau aku bagi  free.”

Sakinah senyum. Bilalah masa itu akan tiba. Kalau jadi sekalipun siapa lelaki yang malang itu. Mengahwini gadis yang serba kekurangan. 

Nayli lihat muka Sakinah sudah berubah riak.

“Alah sedih pulak. Kau jangan risau. Aku akan pastikan hanya Hud yang akan jadi suami kau.” Nayli gelak.

“Tak ada David. Tak ada lelaki lain. Hany Hud.”

Sakinah akhirnya lempar senyum. Hendakkah lelaki itu pada dia jika tahu kebenarannya.  Dan… terampunkah dosanya kalau benar lelaki itu mahu mengahwininya.

Itu semua hanya mampu dalam mimpi. Realitinya Hud bencikan dia dan sudah tidak ada cinta lagi dalam hati Hud. 

Dia sedar diri dan dia pasrah.

Oppss. umi kinah sakit. kasihan kinah.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience